You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LAPOK, TINJAR, BARAM

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM, 98050 MARUDI, BARAM

AKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya, ___________________________________dan ______________________________

Ibubapa / penjaga kepada : ___________________________________________________

Bersetuju untuk membenarkan anak saya meneruskan persekolahan di Prasekolah SK


LONG LAPOK, TINJAR ini mengikut peraturan dan Garis panduan yang diarahkan oleh
kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa 01 Julai 2020. Saya memberi kepercayaan penuh
kepada pihak PRASEKOLAH ANGGUN / PRASEKOLAH DAHLIA SK LONG LAPOK,
TINJAR untuk mendidik anak saya dengan sewajarnya. Oleh itu saya bersedia dan
bersetuju untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi kepentingan dan
kebaikan bersama.

Saya bersetuju untuk :

● sentiasa mematuhi waktu/ masa/ jadual pengoperasian prasekolah dan saya tidak
akan menyalahkan atau mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku sebarang
kejadian ke atas anak saya di luar waktu tersebut.
● mengikuti waktu semasa/ waktu standard melalui jam utama yang terdapat di
prasekolah.
● mengelakkan anak saya untuk hadir di prasekolah sekiranya anak saya tidak sihat
atau disahkan menghidap sebarang penyakit berjangkit terutama mempunyai
simptom batuk, selsema dan demam.
● memaklumkan kepada pihak prasekolah sekiranya terdapat sebarang kesan
kecederaan di tubuh badan anak saya untuk direkodkan oleh pihak sekolah.
● memberi komitmen penuh dalam setiap aktiviti yang telah dirancang oleh pihak
prasekolah sepanjang tempoh ditetapkan berdasarkan PdP yang dirancang.
● bersikap terbuka dan bertoleransi terhadap pihak prasekolah dan sentiasa bersedia
untuk berbincang secara baik sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau
kekeliruan tanpa memperbesarkan isu-isu atau melibatkan pihak-pihak yang tidak
berkaitan.
● akur dengan konsep dan amalan prasekolah agar menyerahkan anak saya dalam
keadaan bersih dan bersedia untuk aktiviti di prasekolah.
● tidak menyalahkan prasekolah sekiranya anak saya disahkan positif COVID-19
sepanjang tempoh persekolahan.

Kami sesungguhnya faham dan bersetuju akan segala perkara yang tersebut di atas.

______________________________
( Tandatangan Ibubapa/ penjaga ) (Cop Rasmi Sekolah)
Tarikh :

You might also like