You are on page 1of 5

SJK (T) LADANG LANCHANG

LANCHANG,MENTAKAB
PAHANG. 20 DECEMBER 2018

KEPADA,

TUAN/ENCIK/PUAN/CIK
………………………………………………………………………………………………………

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MALAYSIA PERTAMA 2019

Perhatian kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat

Jawatankuasa Panitia BM Sekolah kali Pertama akan diadakan seperti di bawah:-

Tarikh : 27 DECEMBER 2018

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :-

 Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi


 Perlantikan AJK Panitia BM
 Perancangan Program Panitia Tahun 2019
 Pemantauan/ Pencerapan P&P dan Buku Latihan
 Hal-hal lain.

3. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan memantapkan lagi P& P di sekolah ini.

Sekian , Terima Kasih,

Saya Yang Menurut Perintah, Disahkan oleh,

..................................……. ……………………………………
(EN.R.SHANMUGANATHAN) (MALATI A/P MUNIAPPAN)
Setiausaha Panitia BM GURU BESAR

MINIT MESYUARAT pertama


PANITIA bahasa Malaysia

TAHUN 2019.

TARIKH : 27 DECEMBER 2019.

HARI : KHAMIS

MASA : 9.00 pagi

TEMPAT : BILIK MEYUARAT

Kehadiran :

1. PN. MALATI A/P MUNIAPPAN


2. CIK. REVATHI A/P THANGAVELU
3. CIK NORAZLIZA BT ABD AZIZ WONG
4. PN. MARGARET A/P SAVARIAR
5. EN.SHANMUGANATHAN A/L RAJOO

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :-

 Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi

 Perlantikan AJK Panitia BM

 Perancangan Program Panitia Tahun 2019

 Pemantauan/ Pencerapan P&P dan Buku Latihan

 Hal-hal lain.

1. 0 Ucapan Pengerusi


1.1 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada Mesyuarat Jawatankuasa Panitia BM yang
pertama.

1.1 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memantapkan Pengurusan dan
program –program Panitia ini.

1.2 Memohon jasa baik guru-guru untuk meneruskan semangat kerjasama dan menyumbang
idea untuk kepentingan dan kecemerlangan Sekolah mencapai Misi dan Visi.

Tindakan : Ketua Panitia

2.0 Ucapan Penasihat

2.1   Guru Besar memulakan mesyuarat dengan ucapan motivasi dan kepentingan ICT dalam
P&P.

2.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa kerana program-program
melibatkan murid dan guru telah berjalan dengan baik tahun lepas.

2.3 Beliau juga berharap agar Jawatankuasa BM dapat meneruskan agenda Panitia dengan
adanya prasarana yang agak lengkap dan peruntukannya.

Tindakan : GPK

3.0 Pengesahan Perlantikan AJK

3.1   Mesyuarat telah mengesahkan perlantikan bagi AJK Panitia BM dengan beberapa pindaan
pada nama-nama AJK berikutan pindaan tugas guru dan jadual waktu.

3.2   Rujuk lampiran senarai AJK Panitia BM Sekolah                 

                                                                                                                                   

Tindakan  : Semua Guru Matapelajaran

4. 0 Perancangan Strategik


4.1   Perancangan Strategik panitia telah dirangka berdasarkan analisis SWOT mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah.

4.2   Pelan Taktikal dan Pelan Operasi mestilah dirancang mengikut Program Kecemerlangan
KBSR, Latihan Dalam Perkhidmatan.

4.3   AJK dikehendaki memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk merancang dan menjayakan
segala aktiviti yang telah dirancang.

4.4   Pelan Operasi perlu disediakan setelah melaksanakan sebarang aktiviti yang dirancang
dengan bahan bukti seperti gambar dsb.

Tindakan  : Pengerusi

5.0 Pemantauan/ Pencerapan P&P dan Buku Latihan

5.1   Pemantauan / pencerapan guru dan buku latihan murid adalah merujuk kepada Takwim.

5.2   Penggunaan ICT dan E-Frog dalam proses P & P .

Tindakan  : Pengerusi Panitia

6.0                   Hal-Hal Lain

6.1   Penggunaan bilik ICT diwajibkan dan digalakan.

6.2   Borang Biodata Guru dan Rekod Senarai Buku Rujukan Guru dan Murid yang telah
diedarkan mestilah dipulangkan kepada Pihak Pengurusan panitia  dalam tempoh dua hari. 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 petang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

...................................................... ..........................................................

(EN.R.SHANMUGANATHAN) (PN. MALATI A/P MUNIAPPAN)

KETUA PANITIA GURU BESAR

SJKT LADANG LANCHANG

You might also like