You are on page 1of 8

TAJUK: Melahirkan Pelajar Cemerlang Dalam Kedudukan Kelas Untuk Peperiksaan

Awam dan Semester 2 Dalam Kalangan Pelajar Sederhana di Kelas 6A 1 dan 6A2, SMK
Pending 2019/2020
1.0 Pengenalan
Menurut kajian lepas yang telah dilakukan oleh Nur Sofuran Mohd Faiz, Maziana Mohamed
dan Rofaszlizah Zahit, pelajar cemerlang merupakan kebanggaan dan pemangkin dalam
nkcemerlangan akademik. Kecemerlangan akademik pula merupakan matlamat utama
kebanyakan pelajar di semua peringkat sekolah terutamanya pelajar prauniversiti. Sebagai
sebuah egara yang sedang pesat membangun, Malaysia sudah semestinya memerlukan graduan
yang cemerlang dari segi akademik yang bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang
mahir dan professional agar Negara dapat membangun.

Berdasarkan kajian lepas yang telah dilakukan oleh Hasmah Binti Iberahim yang bertajuk
‘Pengaruh Persekitaran Terhadap Kecemerlangan Akademik Pelajar’, beliau menyatakan bidang
akademik merupakan satu platform pembelajaran yang penting dalam sistem negara. Tahap
pencapaian pelajar dinilai melalui kecemerlangan akademik. Namun tahap kecemerlangan
pencapaian tersebut bergantung kepada kebolehan individu. Kecemerlangan akademik
berhubung kait dengan keputusan peperiksaan yang dilaksanakan oleh setiap institusi.
Kebiasaannya, sesebuah sekolah atau institusi pengajian yang dapat menghasilkan ramai pelajar
yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan dikatakan sekolah atau institusi pengajian
yang baik dan cemerlang. Hal ini dikatakan demikian kerana peperiksaan adalah merupakan
salah satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan pelajar terhadap sesuatu yang
dipelajari dan kemahiran mereka.

Bagi pelajar Tingkatan 6, pelajar diwajibkan untuk menduduki peperiksaan prauniversiti


iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). STPM ialah salah satu daripada dua sistem
prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Pelajar Tingkatan 6
dikehendaki sekurang-kurangnya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.50 ke atas
untuk melayakkan diri memasuki institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Untuk melahirkan
1
pelajar cemerlang dalam kalangan Tingkatan 6, semua pelajar digalakkan mendapat PNGK 4.00
dalam setiap subjek yang merupakan purata tertinggi atau lulus penuh.
Antara cabaran yang menyebabkan sukar untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi
akademik dalam kalangan Tingkatan 6 ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas.
Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai akan menyebabkan suasana
yang bising dan tidak kondusif untuk pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas
semasa menjalani sesi pembelajaran. Manakala kelas yang sesak, kurang pengudaraan akan
menyebabkan pelajar menjadi lesu dan tdak bertenaga untuk belajar. Malahan, bilangan pelajar
yang terlalu ramai akan menyukarkan guru untuk mengajar dan mendidik. Oleh hal yang
demikian, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan kepada
setiap murid.

Cabaran yang kedua ialah kemerosotan disiplin pelajar Tingkatan 6. Dalam


perkembangan kini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 semakin serius. Pada
tahun 2017, ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar yang
berjumlah seramai 67,053 pelajar. Pelajar Tingkatan 6 yang sering ponteng sekolah akan
ketinggalan banyak proses pembelajaran dan pengajaran yang diajar oleh guru sepanjang
ketidakhadiran mereka. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak memahami sebahagian topik
dalam setiap subjek dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Malahan, pelajar yang tidak
mementingkan dan membahagikan masa mereka dengan sebaik-baiknya akan menyebabkan
mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru
serta mengulang kaji pelajaran. Impaknya, pelajar yang suka ponteng , tidak mementingkan
masa mereka dan suka melengah-lengahkan masa akan menyumbang kepada kemorosotan
pencapaian akademik di sekolah sekaligus matlamat untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 tidak tercapai.

Di samping itu, pelajar yang tidak mempunyai masa untuk belajar akibat pekerjaan
sambilan yang dilakukan oleh mereka menyebabkan sukar untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja sambilan datangnya daripada keluarga yang
susah atau miskin. Mereka perlu melakukan kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan
mereka dan mengurangkan beban ibu bapa mereka. Kebiasaanya, pelajar sebegini tidak
2
mempunyai masa untuk berehat di rumah dan akan tidur di dalam kelas ketika sesi pembelajaran
dan ini akan menggangu pelajar lain yang ingin belajar. Pelajar ini tidak mempunyai masa untuk
mengulang kaji pelajaran di rumah terutamanya ketika musim peperiksaan akibat kerja sambilan
yang dilakukan oleh mereka. Ketiaadaan masa untuk belajar akan mendorong mereka
mengalami kemerosotan dalam bidang akademik.

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2018 mencatatkan
peningkatan PNGK dengan catatan 2.80 berbanding 2.76 pada tahun 2017 keseluruhannya.
Pencapaian itu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun
sebelumnya. Manakala, daripada keseluruhan 42,849 calon yang menduduki peperiksaan STPM
pada tahun 2018, seramai 666 calon yang mendapat (PNGK) 4.00 berbanding tahun 2017 yang
mencatat seramai 485 calon. Di Sarawak, keputusan STPM 2018 mencatatkan peningkatan
dengan PNGK 2.73 pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 yang mencatat PNGK 2.64.
Seramai 92 calon berjaya memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00 manakala
pada tahun sebelumnya, seramai 51 calon sahaja telah memperoleh PNGK 4.00. Pencapaian
pelajar cemerlang dalam bidang akademik ini menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan di Sarawak. SMK Pending telah mencatat tempat ke-11 terbaik di seluruh
Sarawak dan menduduki tempat ke-3 terbaik di seluruh Kuching. Keputusan keseluruhan
Pencapaian PNGK SMK Pending telah meningkat daripada 2.92 kepada 3.07 pada tahun 2018.
Seramai 3 calon yang telah berjaya memperoleh PNGK 4.00 di SMK Pending.

Rasionalnya, kajian ini dibuat kerana pengkaji berminat untuk mengkaji cabaran
melahirkan pelajar cemerlang dalam kedudukan kelas untuk peperiksaan awam Semester 2
dalam kalangan pelajar sederhana kelas 6A1 dan 6A2 yang semakin membimbangkan dan akan
memberi kesan kepada reputasi sekolah dan masa depan pelajar. Pencapaian akademik yang
tidak memuaskan di sesebuah sekolah ataupun institusi akan menjejaskan nama sekolah atau
institusi itu sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk melayakkan diri ke Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). Bahkan, pencapaian yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar
akan merugikan pelajar sendiri kerana tiada tindakan yang harus diambil untuk memupuk
semangat menjadi pelajar cemerlang dalam bidang akademik. Sekiranya kita ingin menjadi
pelajar yang cemerlang, sudah tentu kita mesti memperbaiki kelemahan kita dalam pembelajaran
ataupun nilai murni dan akhlak agar usaha kita membuahkan hasil. Bukan itu sahaja, cabaran-
3
cabaran melahirkan pelajar cemerlang mestilah dikenalpasti dan diatasi agar negara kita dapat
menjadi negara yang maju di masa hadapan.
2.0 Objektif Kajian
 Mengkaji cabaran-cabaran yang menyebabkan sukar untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang untuk peperiksaan dan Sem 2 dalam kalangan pelajar sederhana di kelas 6A1
dan 6A2 di SMK Pending.
 Mengenalpasti usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk melahirkan
pelajar cemerlang di kelas 6A1 dan 6A2 di SMK Pending.

4
4.0 Lokasi Kajian

Peta 1: Peta Sarawak

Sumber: https://emasjid.sarawak.gov.my

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak terletak di Malaysia Timur di


kepulauan Borneo dan merupakan satu daripada dua negeri yang membentuk timur Malaysia.
Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang. Negeri ini berada di kawasan tropika
dengan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Sarawak mempunyai 27
etnik besar yang terdiri daripada etnik Bidayuh, Kenyah, Melanau, Iban dan sebagainya.
Kesemua etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri. Bukan
itu sahaja, Sarawak ialah negeri yamg kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di
Malaysia dengan hasil sumber asli, petroleum, balak dan kelapa sawit.

Peta 2: Peta Kuching

Sumber: https://www.google.com/maps/place/Kuching

Kuching atau dikenali sebagai Bandar Raya Kuching merupakan ibu negeri di Sarawak dan
Bandar terbesar di Sarawak dan di5 Borneo. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung
barat daya negeri Sarawak. Kuching dijadikan sebagai Bandar raya utama di Sarawak pada 1
Ogos 1988. Selain itu, Kuching adalah bandaraya pertama diiktiraf sebagai “Bandaraya
Perpaduan” malah mempunyai dua datuk Bandar iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU)
dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS).
Peta 3: Peta lokasi SMK Pending
Sumber: Google Maps

Peta ini berfokuskan di kawasan tempat terletaknya SMK Pending dimana SMK Pending
merupakan tempat kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Jarak dari pusat Bandaraya
Kuching ke SMK Pending ialah 1.44 Km. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke SMK Pending
mengambil masa selama 10 minit dengan menggunakan kenderaan darat seperti kereta.

6
4.0 METODOLOGI

4.0.1 Pengenalan

Menurut Hornby (1985) (dalam Nor Hidayah bintinMohamed, 2004), metodologi merupakan
satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu.
Oleh itu, bahagian ini adalah untuk membincangkan metode kajian yang meliputi cara
mendapatkan sampel secara kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji mendapatkan maklumat daripada
responden melalui instrumen kajian seperti borang soal selidik, borang temu bual, dan rujukan.
Seterusnya, pengkaji akan memproses dan mempersembahkan maklumat daripada kajian yang
dijalankan.

4.1 Kaedah Kajian

Kaedah kajian ialah salah satu teknik yang perlu dijalankan bagi memperoleh data dan hasil
dapatan kajian yang betul dan sesuai. Teknik tersebut juga dapat membantu pengkaji untuk
mencapai objektif kajian data yang telah diperolehi.

4.1.1Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang utama dalam proses pengumpulan data kerana kaedah
ini membolehkan pengkaji untuk berhubung secara terus dengan golongan sasaran. Pengkaji
menggunakan borang soal selidik yang dikemukakan soalan yang ringkas agar mudah difahami
oleh responden.

4.1.2 Pengumpulan Data


Pemilihan responden adalah berdasarkan kesesuaian tajuk kajian iaitu di dua kelas yang
terpilih sahaja dalam kalangan pelajar serta kerelaan mereka bagi meluangkan masa dan
memberi kerjasama untuk menjawab soal selidik. Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
Bahagian A: Demografi responden (umur, kelas, jantina, kaum, keputusan peperiksaan,
matapelajaran yang diminati dan kurang diminati)

7
Bahagian B: Cabaran untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam kedudukan kelas di SMK
Pending. Responden diminta untuk menyatakan cabaran pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah
untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam kalangan pelajar sederhana di kelas 6A1 dan 6A2
dengan menggunakan skala likert iaitu 1: Sangat Setuju, 2: Setuju, 3: Tidak Setuju.

Bahagian C: Usaha untuk melahirkan melahirkan pelajar cemerlang dalam kalangan pelajar
sederhana di SMK Pending. Responden perlu menyatakan usaha yang perlu dilakukan oleh
semua pihak untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam kalangan pelajar sederhana di kelas 6A1
dan 6A2 dengan menggunakan skala likert iaitu 1: Sangat Berkesan, 2: Berkesan, 3: Kurang
Berkesan.

Soalan-soalan yang disediakan bertepatan dengan objektif dan persoalan kajian yang ingin
dicapai dalam kajian ini. Semua soalan yang dikemukan oleh pengkaji merupakan soala tertutup
bagi memastikan analisis data dilakukan dengan kesesuaian dan ketepatan data. Soalan yang
diajukan kepada responden menggunakan ayat yang mudah agar responden dapat memahami
semua soalan-soalan yang telah dinyatakan.

4.2 Temu bual


Temu bual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih(penemu bual dan yang ditemu
bual). Temu bual dilakukan oleh pengkaji untuk memperolehi maklumat yang relevan daripada
responden. Melalui temu bual tersebut, data diperolehi daripada pemerhatian dapat diperkukuh
dan diperlengkapkan.

4.3 Dokumentasi
Dokumentasi merupakan kaedah yang digunakan dengan merujuk kepada sumber
kepustakaan, buku rujukan dan bahan ilmiah yang lain, Kamus Dewan Bahasa, bahan bacaan
penyelidikan, dan kajian-kajian lepas penyelidik. Selain itu data sekunder juga diperoleh
daripada laman-laman web seperti laman web rasmi kerajaan, laman web rasmi SMK Pending
surat khabar atas talian dan majalah. Selain itu, gambar-gambar dan peta-peta yang berkaitan
dengan lokasi kajian turut diperoleh daripada Google Maps dan gambar-gambar yang sedia ada
8
di Google image. Pengkaji menggunakan kaedah dokumentasi untuk mendapatkan maklumat
yang telah sedia ada serta maklumat yang mengenai bukti atau pengetahuan yang berkaitan
dengan tajuk kajian.

You might also like