You are on page 1of 7

KEPUTUSAN MESYUARAT KEHADIRAN BERTUGAS

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN


PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
4 MEI 2020 – 12 MEI 2020

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


5 Mei 2020
Sabah Hebat : Katakan Tidak Kepada No. 16!
GURU SEBAGAI PENJAWAT AWAM

1. Tertakluk kepada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


2. Kelayakan cuti guru :
(i) Semua cuti yang layak bagi penjawat awam kecuali cuti rehat
(ii) Guru layak Cuti Rehat Khas (CRK) – 10 hari setahun
(iii) Cuti penggal persekolahan
3. Sepanjang PKP, guru diarah mengajar dari rumah. Pelaporan PdP melalui Google Form
yang diselaraskan oleh JPN Sabah.
Keputusan Mesyuarat – Kehadiran Bertugas Tempoh PKPB

1. Semua Pejabat Kerajaan akan mula beroperasi sepenuhnya mulai 4 Mei


2020.
2. Pertimbangan dan kelonggaran kepada mana-mana pegawai untuk bekerja
dari rumah sama ada secara penggiliran atau di sepanjang tempoh yang
ditetapkan hendaklah berasaskan bahawa urusan atau tugasan pegawai
berkenaan tidak memerlukan keberadaan pegawai di pejabat pada setiap
masa atau sepanjang tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, semua warga
Pendidikan (JPN/PPD/Sekolah) perlu menjalankan tugas masing-masing
sama ada di pejabat atau dari rumah.
Keputusan Mesyuarat – Kehadiran Bertugas Tempoh PKPB

3. Keutamaan bekerja dari rumah adalah bagi perkara-perkara berikut:

3.1 Mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah/OKU yang perlu penjagaan/penggiliran


bertugas dengan pasangan.
3.2 Terkandas di luar kawasan dan permohonan GerakMalaysia belum diluluskan.
3.3 Ahli keluarga yang dikuarantin di rumah (Home Quarantined).
3.4 Panduan PDPJJ akan dipinda dengan mengambil kira 50% bilangan guru yang
melaksanakan pengajaran secara dalam dan luar talian sehari. Oleh itu, guru hadir ke
sekolah untuk menyediakan bahan PdP luar talian dan mengajar dalam talian sekiranya tiada
capaian internet di rumah.
3.5 Arahan daripada Ketua Jabatan.
3.6 Lain-lain sebab permohonan yang dikemukakan kepada Ketua Jabatan.
Keputusan Mesyuarat – Kehadiran Bertugas Tempoh PKPB

4. Ketua Jabatan mengeluarkan surat kebenaran hadir ke pejabat/sekolah /rumah mengikut


jadual bertugas.

Bil. Pegawai / Kakitangan Kuasa Melulus


i) Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Kanan, Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri,
Ketua Penolong Pengarah, Pegawai
Pendidikan Daerah

ii) Pegawai dan Kakitangan Sektor serta PPD Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah
Kanan, Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri,
Ketua Penolong Pengarah, Pegawai Pendidikan
Daerah
iii) Pengetua dan Guru Besar Pegawai Pendidikan Daerah
iv) Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Pengetua dan Guru Besar
(AKP) di sekolah
Keputusan Mesyuarat – Kehadiran Bertugas Tempoh PKPB

5. Langkah-langkah keselamatan dan kebersihan diri sentiasa diamalkan.


6. Ketua Jabatan memantau pelaksanaan tugas pegawai yang bekerja dari
rumah.
7. Waktu bekerja dan pengambilan cuti tertakluk kepada peraturan yang
sedang berkuat kuasa.
PUNCA KUASA

1. Teks Perutusan Khas YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana
Menteri Malaysia pada 1 Mei 2020.
2. OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
(PKPB) – Surat JPA bertarikh 2 Mei 2020.
3. SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM).
4. Mesej Setiausah.a Persekutuan Sabah bertarikh 4 Mei 2020

You might also like