You are on page 1of 7

LAPORAN PROGRAM

1. NAMA PROGRAM : Kempen Menangani Wabak Denggi

2. TARIKH PELAKSANAAN : 08 Julai 2019 Hingga 12 Julai 2019

3. ANJURAN : Panitia Pendidikan Kesihatan, Unit 3K DAN Pejabat


Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

4. TEMPAT : SK Methodist Sungai Siput (Utara)

5. OBJEKTIF : 5.1: Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat.

5.2: Memupuk sikap keperihatinan dan komitmen yang tinggi di


kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan
demam denggi.

5.3: Menjadikan murid agen perubahan terhadap pencegahan


pembiakan nyamuk AEDES.
5.4: Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kodusif
dan bebas pembiakan nyamuk.
6. SASARAN : Semua murid, guru dan kakitangan SK Methodist

7. BUTIRAN AKTIVITI :

7.1: Perhimpunan Khas Kempen Menangani Wabak Denggi

Sebuah majlis perhimpunan telah diadakan sempena Kempen Wabak Denggi pada 8
Julai 2019. Murid- murid dan juga guru- guru telah menghadiri perhimpunan tersebut.
Puan Barbier Kaur A/P Bachan Singh iaitu Penolong Kanan 1 SK Methodist Sungai
Siput telah memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti- aktiviti yang bakal dijalankan
sempena kempen ini kepada warga sekolah. Guru besar juga telah menekankan
kempen ini dalam ucapannya. Oleh itu, warga sekolah dapat mengetahui info tentang
pelaksanaan aktiviti mengenai wabak denggi.

7.2: Ceramah Pendidikan Pencegahan Denggi

Suatu ceramah mengenai wabak denggi telah diadakan pada 8 Julai 2019. Kami telah
berhubung dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar bagi mengadakan
ceramah. Oleh itu, pegawai dari pejabat kesihatan itu telah sudi memberikan ceramah
kepada warga sekolah. Pegawai tersebut telah menjelaskan punca- punca wabak
denggi serta kesannya dalam ceramah beliau. Beliau juga telah menjelaskan langkah-
langkah keselamatan demi menangani pembiakan nyamuk AEDES serta mencegah

1
demam denggi. Pada masa yang sama, pameran mengenai wabak denggi juga telah
diadakan.

7.3: Aktiviti Mencari dan Musnah

Pada 10 Julai 2019, aktiviti gotong- royong telah dikendalikan oleh murid- murid Tahun
4 Onyx. Murid- murid begitu seronok dan juga rajin semasa melakukan aktiviti gotong-
royong. Sedikit taklimat mengenai aktiviti gotong- royong dan alatan seperti sarung
tangan, beg plastik telah diberikan kepada murid- murid sebelum memulakan aktiviti
tersebut. Manakala, pada 11 Julai 2019, aktiviti kemasukan ‘Abate’ iaitu ubat nyamuk
telah dilakukan oleh pekerja sekolah. ‘Abate’ telah dimasukkan ke dalam tangki
simpanan air di tandas dan tempat- tempat bertakung air. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk AEDES. Jadi, kedua- dua aktiviti ini telah diadakan
dengan efektif demi keselamatan warga sekolah.

7.4: Pemeriksaan dan Penyelenggaran Tangki Kumbahan

Pemeriksaan dan penyelenggaran tangki kumbahan telah diadakan pada Kami telah
meminta bantuan daripada pekerja sekolah untuk memeriksa dan menyelenggar tangki
kumbahan sekolah. Oleh itu, mereka telah memeriksa tangki kumbahan itu serta
menyelenggarkannya dengan ubat nyamuk, ‘Abate’.

7.5: Pengaktifan Sudut Informasi

Pada 8 Julai 2019, kami telah mengaktifkan sebuah sudut informasi megenai wabak
denggi di bangunan blok B sekolah yang mana merupakan kawasan laluan murid-
murid. Kami telah merancang awal untuk menubuhkan sudut informasi sebagai salah satu
aktiviti Kempen Wabak Denggi. Kami telah menampal poster- poster mengenai wabak
denggi di sudut tersebut supaya murid- murid mampu membacanya apabila lalu tempat
itu.

7.6: Aktiviti Mengedarkan Risalah Kepada Murid, Guru dan Ibu Bapa

Kami juga telah mengadakan aktiviti mengedarkan risalah kepada murid, guru dan juga
ibu bapa sepanjang minggu Kempen Wabak Denggi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk
meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan murid, guru dan juga ibu bapa supaya
menjamin kesejahteraan persekitaram dan juga kehidupan. Risalah tersebut telah
disediakan secara lebih jelas dengan menggunakan gambar- gambar mengenai wabak
denggi.

7.7: Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster

Pertandingan mewarna dan melukis poster sempena kempen ini telah diadakan kepada
murid- murid SK Methodist Sungai Siput sepanjang minggu kempen ini. Pertandingan

2
mewarna telah diadakan bagi murid- murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 manakala
pertandingan melukis poster pula diadakan bagi murid- murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5
dan juga 6. Murid- murid kelihatan seronok apabila melakukan kedua- dua aktiviti ini.
Guru Pendidikan Seni Visual bagi setiap kelas telah mengadakan pertandingan ini di
kelas masing- masing. Jadi, saya sebagai guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
juga telah mengadakan pertandingan mewarna bagi murid- murid Tahun 3 Pearl.

8. PENILAIAN PROGRAM :

8.1: Perhimpunan Khas Kempen Menangani Wabak Denggi


Perhimpunan khas telah dijalankan dengan jayanya, Murid- murid dan guru- guru
telah diberikan info mengenai kempen wabak denggi dan aktiviti- aktiviti sepanjang kempen
ini.

8.2: Ceramah Pendidikan Pencegahan Denggi


Ceramah mengenai wabak denggi telah berjaya dijalankan tanpa sebarang halangan
dan rintangan. Pegawai dari pejabat kesihatan berjaya memberikan kesedaran
terhadap murid- murid melalui ceramahnya. Murid- murid juga dapat mengetahui
maklumat penting dengan lebih terperinci melalui pameran yang telah diadakan.

8.3: Aktiviti Mencari dan Musnah


Aktiviti Mencari dan Musnah juga telah dijalankan dengan lancar. Murid- murid
daripada Tahun 4 Onyx dapat mengetahui kesan daripada aktiviti gotong- royong dan
mereka juga mampu menjawab soalan- soalan dengan betul apabila dikemukakan
oleh guru. Kemasukan ‘Abate’ juga telah berjaya dilakukan oleh pekerja- pekerja sekolah.

8.4: Pemeriksaan dan Penyelenggaran Tangki Kumbahan


Pemeriksaan dam penyelenggaran tangka kumbahan berjaya dilakukan oleh pekerja-
pekerja sekolah. Mereka telah memasukkan ‘Abate’ ke dalam tangki kumbahan
tersebut bagi mengelakkan pembiakan nyamuk AEDES.

8.5: Pengaktifan Sudut Informasi


Kami, guru praktikum telah berjaya mengaktifkan sudut informasi sempena kempen
wabak denggi. Murid- murid telahtertarik dengan sudut itu dan mampu membaca info-
info yang terdapat pada poster- poster yang telah ditampal.

8.6: Aktiviti Mengedarkan Risalah Kepada Murid, Guru dan Ibu Bapa

Aktiviti mengedarkan risalah kepada murid, guru dan ibu bapa juga telah berjaya
dilaksanakan. Kami telah menyediakan brosur mengenai wabak denggi dan

3
mengedarkannya kepada pihak- pihak tertentu. Murid- murid dapat memberitahu
info- info yang telah didapati daripada risalah tersebut. Bagi murid yang tidak tahu
membaca, mereka mampu memberitahu kandungan risalah dengan hanya melihat
pada gambar- gambar yang terdapat pada risalah itu. Oleh itu, pengedaran risalah ini
meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan murid.

8.7: Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster

Pertandingan mewarna dan melukis poster telah berjaya diadakan sepanjang minggu
Kempen Wabak Denggi. Murid- murid begitu seronok semasa melakukan aktiviti-
aktiviti mewarna dan melukis poster. Penilaian telah dilakukan terhadap karya- karya
murid yang menarik. Hadiah kepada johan, pemenang kedua, pemenang ketiga dan
dua orang pemenang saguhati telah diberikan bagi setiap aktviti semasa
perhimpunan.

9. KELEBIHAN

9.1: Murid- murid mendapat kesedaran tentang wabak denggi melalui Kempen Wabak
Denggi. Mereka juga telah diberikan ilmu tentang cara- cara mengenalpasti struktur
badan nyamuk AEDES, simptom- simptom demam denggi dan bagaimana caranya
untuk mengatasi pembiakan nyamuk AEDES melalui pameran yang telah diadakan
sekali dengan ceramah.

9.2: Persekitaran sekolah dapat dibersihkan melalui aktiviti gotong- royong yang telah
dilaksanakan oleh murid- murid sendiri. Bukan itu sahaja, pembiakan nyamuk AEDES
di persekitaran juga dapat diatasi dengan memasukkan ‘abate’ iaitu ubat nyamuk ke
dalam tempat- tempat air bertakung terutamanya tangki simpanan air di tandas
sekolah.

10. MASALAH / ISU:

10.1: Kebisingan murid- murid semasa ceramah tidak dapat dikawal. Apabila pegawai
kesihatan menyampaikan ucapan tentang wabak denggi maka sebahagian murid-
murid telah membuat kebisingan di mana tidak dapat dikawal. Hal ini disebabkan
ceramah tersebut telah diberikan secara verbal di mana murid- murid tidak dapat
memberikan fokus dengan sepenuhnya lalu mereka mula bercakap dengan
rakannya.

10.2: Pengurusan masa telah menjadi isu semasa aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan.
Banyak masa telah diperluangkan sebelum aktiviti gotong- royong dimulakan. Hal ini

4
disebabkan murid- murid Tahun 4 Onyx menghadiri aktiviti gotong- royong setelah
menghabiskan kelasnya. Maka, pengurusan masa tidak dapat diikuti dengan seperti
mana yang dirancangkan dan ini menyebabkan aktiviti gotong- royong terpaksa
diadakan dengan lewat.

11. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

11.1: Ceramah tersebut mungkin diadakan dengan tayangan video mengenai topik.
Penceramah juga menggunakan carta- carta mengenai wabak denggi apabila
memberikan ucapan. Oleh itu, murid- murid mungkin tertarik dengan tayangan
videodan juga carta- carta bnergambar maka kebisingan dalam kalangan murid
dapat dikurangkan.

11.2: Kepentingan perlu diberikan kepada pengurusan masa supaya sesuatu aktiviti itu
dijalankan dengan lancar serta mengikut ketetapan jadual. Oleh itu, setiap guru
haruslah mengetahui cara menguruskan masa semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran jika pihak mengendalikan apa- apa program atau aktiviti.

12. DOKUMENTASI BERGAMBAR:

5
Gambar 1, 2 & 3: Perhimpunan dan Ceramah Kempen Wabak Denggi

Gambar 4 & 5: Aktiviti Gotong- royong

Gambar 6 & 7: Kemasukan ‘Abate’ ke Dalam Tangki Kumbahan

6
GAMBAR 8, 9 & 10: PEMBERIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………….. …………………………………………...

(DINESVARY A/P THANGAYAH) (EN SABRI BIN TAN)

You might also like