You are on page 1of 7

Skema Permarkahan

SMJK AVE MARIA CONVENT IPOH


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)
TINGKATAN EMPAT

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan:
P1 Petikan membincangkan akibat / implikasi penggunaan telefon pintar 2m
dalam kalangan murid yang semakin berleluasa kini.
P2 Petikan membincangkan akibat / implikasi penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid dan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon pintar 2m
dalam kalangan murid.
P3 Rumusan ini membincangkan akibat / implikasi penggunaan telefon pintar
dalam kalangan murid dan tindakan pihak sekolah kepada murid yang 2m
membawa telefon pintar ke sekolah.

Isi Tersurat: Kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid


S1 Sesetengah murid bertindak agresif dengan merakamkan aktiviti yang tidak 2m
bermoral
S2 Murid mudah terpengaruh oleh persekitaran dan mempunyai perasaan 2m
ingin mencuba terhadap perkara yang dilihatnya
S3 Mereka mudah leka akan peranti masing-masing 2m
S4 Mereka kurang berinteraksi dengan rakan-rakan 2m
S5 Mereka lebih mementingkan hiburan berbanding dengan pelajaran 2m
S6 Murid-murid juga mudah terpengaruh oleh budaya tidak sihat 2m
S7 Murid-murid mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat 2m
S8 Murid-murid lebih gemar membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) 2m
berbanding dengan membaca buku
S9 Penggunaan telefon pintar sehingga lewat malam boleh menyebabkan 2m
mereka tidak mendapat tidur yang cukup

Isi Tersirat: Tindakan pihak sekolah kepada murid yang membawa telefon
pintar ke sekolah
1 Memberikan nasihat dan teguran 2m
2 Memberikan amaran kepada murid yang melakukan kesalahan yang 2m
berulang
3 Memaklumkan hal tersebut kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak 2m
mereka tidak melanggar peraturan sekolah yang ditetapkan
4 Bertindak dengan cara merampas telefon murid yang dibawa ke sekolah 2m

Kesimpulan:
Kesimpulannya, murid-murid perlulah/hendaklah bijak menggunakan telefon pintar
agar/supaya mereka tidak terpengaruh dengan pelbagai implikasi negatif.
[2m]
Soalan 2(a) – Petikan umum
(i) Maksud:
Maksud mendatangkan impak ialah menyebabkan/menimbulkan kesan/implikasi
[maksimum: 2
markah]

(ii) Kebaikan-kebaikan telefon pintar:


 Telefon pintar membolehkan murid-murid untuk menghubungi keluarga
 Murid-murid boleh menggunakan telefon pintar untuk bertanya kepada rakan-
rakan rapat tentang hal-hal yang berkaitan dengan persekolahan
 Telefon pintar boleh dijadikan peranti untuk mendapatkan sumber maklumat
[maksimum: 3
markah]

(iii) Langkah-langkah menangani masalah penggunaan telefon pintar dalam kalangan


remaja:
 didikan oleh ibu bapa dan guru
 pemantauan oleh pihak sekolah dan ibu bapa
 pendedahan melalui bengkel dan taklimat tentang penggunaan telefon pintar
 kawalan oleh kerajaan melalui sistem perisian
(Mana-mana jawapan yang sesuai)
[maksimum: 4
markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen


(i) Halangan:
 kos pembinaan sebuah sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman
udara dan peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu
ringgit
 kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank
 tidak ada harta untuk dicagarkan selain tanah Pak Kaduk yang baru ditebus
[maksimum: 2
markah]

(ii) Persediaan:
 perlu berani menanggung risiko/kerugian
 perlu memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang yang ingin diceburi
 perlu mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang
 berani bersaing dengan petani lain/sektor ekonomi yang lain
(Mana-mana jawapan yang sesuai)
[maksimum: 3
markah]
(iii) Pengajaran:
- Dalam petikan:-
 Kita hendaklah gigih dalam mengusahakan sesuatu perkara agar
dapat mencapai kejayaan
 Contohnya, Hakim yang sudah beberapa kali turun naik tangga bank
untuk berbincang tentang pinjaman projek penternakannya berjaya
akhirnya untuk mendapatkan pinjaman tersebut.
 Kita hendaklah saling menolong sesama insan agar dapat
meringankan beban orang lain
 Contohnya, Yang Berhormat sanggup campur tangan dan memujuk
pihak bank untuk meluluskan pinjaman Hakim.

- Dalam keseluruhan cerpen:-


 Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain
 Contohnya, Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil
raja di mahkamah.
 Kita hendaklah berani menceburi bidang pertanian walaupun
terdapat pelbagai risiko
 Contohnya, Hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya
dengan menjalankan penternakan.
(Mana-mana jawapan yang sesuai)
[maksimum: 4
markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik


(i) Perkara yang diadukan oleh Bendahara kepada Tuanku Syah Alam:
 Tugas berkawal itu merupakan tugas Temenggung
 Temenggung tidak melaksanakan tugas, sebaliknya Laksamana pula
mengambil alih tugas tersebut
[maksimum: 2
markah]

(ii) Reaksi Temenggung selepas mendapat perintah Tuanku Syah Alam:


 Temenggung mematuhi arahan tersebut
 Temenggung bermohon kembali ke rumahnya
 Temenggung mengerah semua hambanya seramai lima ratus orang dengan
senjatanya untuk berkawal
[maksimum: 3
markah]

(iii) Tindakan yang akan anda kenakan kepada Temenggung yang gagal menjalankan
tugas dengan baik:
 Saya akan memberikan amaran kepada Temenggung supaya melaksanakan
tanggungjawabnya dengan sempurna
 Saya akan menggantikan Temenggung dengan orang lain
 Saya akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada Temenggung
(Mana-mana jawapan yang sesuai)
[maksimum: 3
markah]

Soalan 2(d) – Petikan Puisi


(i) Bentuk penindasan:
 melibas kuda dengan cemeti
 menunggang kuda tanpa mempedulikan keletihannya
 menunggang kuda tanpa mengira kesakitannya

[maksimum: 2 markah]
(ii) Kesan-kesan:
 rasuah semakin berleluasa
 negara akan mundur dan rakyat akan lebih miskin akibat penindasan
 berlakunya penentangan rakyat terhadap pemerintah.
(Mana-mana jawapan yang sesuai)
[maksimum: 3 markah]
(iii) Persoalan
 Kebijaksanaan mengekploitasi golongan yang lemah
Penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda
itu masuk ke kandang.
 Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang
gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh
segala rintangan dan kepayahan

[maksimum: 4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) (i) lalu


Maksud : boleh,masuk
Ayat : Ayu tidak lalu makan setelah melihat kemalangan ngeri di hadapan
rumahnya.
(ii) berlalu
Maksud : pergi
Ayat : Dicky berlalu pergi sebaik sahaja menerima tugasan yang diberi oleh
gurunya.
(iii) melalui
Maksud :menempuhi
Ayat : Masyarakat Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun melalui
kehidupan yang begitu sukar.
(iv) terlalu
Maksud : teramat sangat
Ayat : Junid terlalu menyayangi Pusaran, anak lembu peliharaan keluarganya.
(v) keterlaluan
Maksud : perbuatan yang melampaui batasan
Ayat : Sikap keterlaluan sesetengah majikan yang mendera orang gaji
menyebabkan orang gaji tertekan dan melarikan diri apabila mendapat
peluang.
(vi) laluan
Maksud : jalan yang dilalui
Ayat : Peserta merentas desa diminta mengikut laluan yang telah ditetapkan
dalam masyarakat jawatankuasa kokurikulum.

(b) Pola Ayat :


(i) FN + FK
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS
(iv)FN + FN
(v) FN + FK
(vi)FN + FN
(c) Kesalahan Ejaan, penggunaan imbuhan
Salah Betul
(i) was-was waswas
mengenali dikenali
(ii) sektur sektor
dijana dijanakan
(iii) di landa dilanda
lupakan melupakan

(d) Kesalahan kata istilah, tatabahasa


Salah Betul
(i) luput pupus
hari ke sehari hari ke hari / sehari ke sehari
(ii) diturapkan diserapkan
Juru-juru terbang Juruterbang-juruterbang
(iii) teringin terpesona / terpegun
Banyak para pelancong Banyak pelancong / para pelancong

(e) Peribahasa
i) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
iii) Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Soalan 4 : Novel
Soalan 1

Latar tempat Contoh peristiwa


Kampung Sentosa Tempat Lili menghabiskan masa cuti persekolahannya
selama dua minggu.
Rumah datuk / Haji Abdual -Danel dan ayahnya William Ng datang ke rumah datuk
Rahman untuk berubat.
-Tempat Datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu
kepada Lili.
Pondok usang Tempat Lili dikurung ketika diculik oleh Haziq dan
Raziq
Balai Raya o    -Tempat penduduk kampung berkumpul bagi
menyelesaikan masalah pembelian tanah orang
kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o    -Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa
suaminya Seman yang melarikan kubah surau

Soalan 2

Nilai Peristiwa
Tanggungjawab
tanggungjawab nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke
seorang nenek rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri
terhadap cucunya cucunya itu.
tanggungjawab Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi orang
sesama sahabat tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab
terhadap semua kejadian yang berlaku itu.
tanggungjawab ketua kampung bertanggungjawab mengarahkan penduduk-
sebagai ketua penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq
kampung dan Haziq bersembunyi.
tanggungjawab Lili bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan
membantu orang masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah
yang dalam tangga dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak
kesusahan Mimah, selaku penolong pegawai di Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

You might also like