You are on page 1of 10

 

CABARAN PENDIDIKAN MASYRAKAT BUMIPUTERA DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan.

Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan

mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi

penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan

dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-

cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga

faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.Guru sebagai pelaksana utama dalam

bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional,

pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara

memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran

tersebut.

Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan

India.  Bumiputera secara ringkas merujuk kepada anak negeri dan membawa maksud anak

tulen di sesebuah negara (sons of the soil). Setelah 60 tahun merdeka dan 54 tahun

terbentuknya persekutuan Malaysia. .Bumiputera terdiri daripada kaum Melayu yang ada di

seluruh negeri di Malaysia yang merupakan kaum teramai di dalam Bumiputera. Suku-suku

orang-orang asli yang banyak terdapat

di Pahang , Perak,Kedah,Terengganu,Kelantan, Selangor dan Johor juga merupakan kaum


bumiputera. Orang-orang asli ini dibawah penguasaan JABATAN KEMAJUAN ORANG

ASLI (JAKOA) yang berfungsi untuk melindungi mereka dan hak mereka sebagai

warganegara Malaysia. Seterusnya, peribumi-peribumi yang ada di negeri Sabah dan

negeri Sarawak. Peribumi terbesar di Sabah ialah kaum Kadazandusun. Peribumi terbesar

di Sarawak pula ialah Iban. Kesemua kaum-kaum ini dipelihara dan dilindungi di negara ini.

Mereka mendapat hak dan keistimewaan sebagai kaum bumiputera. Antarannya ialah

peluang pendidikan tinggi. Antarannya ialah peluang pendidikan tinggi.Universiti Teknologi

Mara sahaja yang memberikan pelajar daripada bumiputera menuntut pengajian tinggi di sini.

UITM SEBAGAI PUSAT PENDIDKAN BUMIPUTERA

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah tidak asing lagi buat seluruh rakyat Malaysia. Ia

adalah merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang kini berpusat di Shah Alam.

Asalnya,UiTM ditubuhkan dalam tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA dan UiTM telah

membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu

di luar bandar. Sejak it uUiTM mula berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi paling

besar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan dan pendaftaran

pelajar.Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diasaskan sebagai Dewan Latehan RIDA

ini telah diilhamkan oleh Onn Jaafar iaitu pengasas dan bekas presiden Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 13

kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang keseluruhan berjumlah 35 kampus.

Dengan 17,488 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 515

program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana bahasa Inggeris.


Bak kata pepatah, “irama dan lagu tidak sesekali dapat dipisahkan”, begitulah juga dengan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kaum Bumiputera yang sememangnya tidak boleh

dipisahkan. Keduadua komponen ini amat berkait rapat dan mempunyai elemen sentimental

terutamanya dari segi bangsa dan juga persejarahannya. Penubuhan UiTM pada dasarnya

adalah untuk membantu anak-anak Bumiputera dari segi pelajaran mereka seterusnya

mempertingkatkan sosio-ekonomi mereka. Matlamat yang sama juga dikongsi dengan

Bumiputera Sabah dan Sarawak, dimana anak-anak mereka diberi sama taraf untuk diterima

masuk belajar di UiTM demi membantu di dalam mempertingkatkan taraf pendidikan anak-

anak mereka.

kemerosotan pencapaian pelajaran oleh pelajar-pelajar Bumiputera khasnya pada peringkat

SPM amat ketara sekali terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik. Begitu juga

pada peringkat pusat pengajian tinggi iaitu di Universiti-Universiti Awam di Malaysia,

jumlah pelajar-pelajar Bumiputera yang berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama masih

rendah jika dibandingkan dengan pencapaian kaum Cina. Menyedari fenomena ini yang

sudah melangkaui sejak dahulu lagi, UiTM mengambil langkah ke depan dengan

mewujudkan puluhan malah ratusan akademik program bagi membantu kaum Bumiputera

untuk maju dalam pendidikan. Malah UiTM juga telah mewujudkan satu program khas iaitu

Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang akan mengambil pelajar-pelajar Melayu dan

Bumiputera yang mempunyai minimum kelayakan 3 kredit sahaja (SPM) untuk memasuki

pengajian peringkat Pra-Sains atau PraPerdagangan di serata kampus UiTM di Malaysia


ISU-ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN MASYRAKAT BUMIPUTERA DI
MALAYSIA

CABARAN UNTUK MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN ANTARA BANDAR


DAN LUAR BANDAR

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan

sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di

bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru

terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di

luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai

kekurangan daripada segi infrastruyktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan

ibu bapa dan masyarakat.Majoriti penduduk bagi luar bandar ialah masyrakat bumiputera.

Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu

tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding

dengan kualiti pendidikan yang disediakan. Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk

kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru

terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di

pedalaman.Akibat daripada jurang pendidikan ini masyrakat bumiputera khususnya masih

ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan.Antara factor-faktor yang kemunduran

pendidikan luar Bandar ialah:

1.Kemisikinan

Keluarga atau ibu bapa membataskan usaha pihak sekolah untuk melibatkan anak-anak

mereka dalam mencari formula yang berkesaan kearah meningkatkan pencapaian anak dalam

pelajaran kerana ibu bapa pelajar lebih memberi penekanan terhadap mencari rezeki demi
meneruskan kelangsungan hidup.Hal ini secara tidak lansung memberikan cabaran kepada

pihak-pihak sekolah dan pendidikan untuk menggalakkan keterlibatan anak-anak bumiputera

dalam pembelajaran kerana tiadanya sokongan moral daripada ibu bapa dan keluarga.

2.Kesukaran merubah persepsi

Pelajar-pelajar luar Bandar yang berstatus bumiputera kebanyakkan nya sukar untuk diubah

persepsi dalam menyediakan aktiviti yang besesuaian dengan tahap pencapaian dan

kebolahan mereka kerana kebanyakan mereka tidak berminat untuk ke sekolah.Mereka lebih

berminat untuk melakukan rutin harian seperti mengikuti ibu menjalankan perkerjaan

kampung kerana tidak membataskan kebebasan mereka jika dibandingkan berada di sekolah

yang menghalang segala pergerakan mereka.

3.Kesukaran saluran tekonologi

Pihak sekolah menghadapi kesukaran dalam penyaluran teknologi kepada pelajar-pelajar

kerana terdapat ibu bapa yang masih beranggapan bahawa teknologi masih tidak sesuai dan

tidak relevan diberikan kepada anak-anak mereka di usia masih muda.Penggunaan tekonogi

ini juga menjadi cabaran dalam golongan bumiputera di kawasan luar Bandar kerana ekoran

daripada ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang berpendidikan dan buta huruf

menjadikan mereka tidak menyokong usaha pihak sekolah dalam ilmu tekonogi.Ini

membantut usaha pihak sekolah dalam melibatkan sama ibu bapa kea arah pendidikan

cermerlang anak-anak.
PENGAJARAN PENDIDIKAN SAINS
DAN MATEMATIK  DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad,suatu dasar baru pendidikan

diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan

masyarakat Malaysia khususnya bagi masyarakat melayu dan bumiputera yang masih agak kurang

dalam penguasaan bahasa inggeris jika dibandingkan dengan masyrakat cina dan india. Namun begitu

pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan

sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun,atas sebab-

sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa

Inggeris.Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan

daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak

pihak ialah kerana: (1)ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabat

kanbahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan

Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan(4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa

Melayu, para cendiakawan,tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau yang memperjuangkan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi.Keputusan hasil prestasi selepas pelaksanaan PPSMI juga telah

dipertikaikan oleh sesetengah pihak.Menurut presiden kesatuan guru-guru melayu barat,Mohamad

Sabr i Mohd Arsad.3.11 peratus pelajar yang menguasai pembelajaran itu,khususnya subjek sains dan

matematik adalah daripada kalangan mereka yang tinggal di Bandar dan berlatar belakang keluarga

berpendidikan manakala mereka yang di luar Bandar masih mengunakan bahasa ibunda terutamanya

bagi masyrakat bumiputera seperti orang asli,bumiputera di sabah yang berbangsa kadazan

dusun,rungus dan lain-lain Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya

menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbang dengan masa depan.Disebabkan isu-isu dan masalah

yang terdapat dalam pelaksanaan PPSMI ini peluang bagi pelajar-pelajar bumiputera terutamanya

menghadapi cabaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang di lebih tinggi khususnya dalam
bidang matematik dan sains pada masa kini kerana bahasa dan penyampian adalah dalam bahasa

inggeris.Peluang bagi masyrakat bumiputera juga amatlah nipis dalam memperolehi lanjutan

pengajian keluar Negara disebabkan penguasaan bahasa inggeris yang lemah jika di bandingkan

dengan masyrakat cina dan india.


ISU KUOTA MATRIKULASI BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA

Sedar tidak sedar bahawasanya, hak kaum Bumiputera di Negara ini telah dikikis sedikit

demi sedikit. Ianya bermula dengan tindakan membuka kuota 10% MATRIKULASI kepada

kaum bukan Bumiputera. Situasi ini menyebabkan golongan lain tidak berpuas hati lebih-

lebih lagi terdapat idea untuk meningkatkan kemasukan orang Melayu dan bumiputera dalam

program matrikulasi.

Kementerian Pendidikan mengumumkan penempatan ke Program Matrikulasi akan ditambah

daripada 25,000 kepada 40,000.Hal ini bermakna ia membolehkan penambahan tempat untuk

pelajar bukan Melayu. Pada masa sama mengekalkan kuota pengambilan pada tahap 90

peratus Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera. Hal ini mencetuskan pelbagai

persepsi. Apabila kemasukan 4000 bukan bumiputera ke program matrikulasi ini merupakan

peningkatan sekali ganda daripada sebelum ini. Sedangkan matlamat matrikulasi yang

diperkenalkan pada tahun 1998 ini ialah untuk memastikan golongan bumiputera diberikan

peluang mendapat orientasi pendidikan tinggi dan mengumpulkan golongan anak-anak

golongan bumiputera ini bagi meneruskan pengajian bidang aliran sains tulen dan

professional. Hal ini kerana pelajar Bumiputera lulusan STPM hampir tiada dan pelajar

mengambil aliran sains tulen juga berkurangan. Justeru, matrikulasi ialah pilihan utama

bumiputera selain memasuki politeknik dan UITM selepas tamat Sijil Pelajaran

Malaysia.Pembukaan kuota ini ssedikit sebanyak telah mencalarkan insitusi pndidikan

bumiputera yang telah lama dikekalkan dan telah brcanggah dengan tujuan asal,kesan

daripada ini juga telah memberi impak kepada pelajar-pelajar bumitera untuk bersaing

dengan golongan bukan bumiputera yang sememang terkenal dengan kepintaran mereka yang

tersendiri.Dari sudut lain ianya merupakan satu persaingan yang di anggap positif namun
yang membimbangkan bagi pelajar bumiputera ialah isu kelayakan mendapat pekerjaan pada

masa hadapan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.

Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera

https://www.sinarharian.com.my/article/6902/BERITA/Nasional/UiTM-masih-kekal-dasar-hanya-
untuk-Bumiputera

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/566805/isu-kuota-matrikulasi-
kementerian-pendidikan-pertahankan-tindakan

 
 

Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera

https://www.sinarharian.com.my/article/6902/BERITA/Nasional/UiTM-masih-kekal-dasar-hanya-
untuk-Bumiputera

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/566805/isu-kuota-matrikulasi-
kementerian-pendidikan-pertahankan-tindakan

You might also like