You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 32

PERSATUAN IBU BAPA – GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS SESI 2015 / 2016

Tarikh : 26 Mac 2016

Masa : 8.30 pagi

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan Gemilang, Sk Kempas

1) UCAPAN ALUAN OLEH YDP PIBG SK KEMPAS: EN. MOHD LUTFI B. HUSSAIN

Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain selaku YDP PIBG mengucapkan selamat datang kepada para ibu bapa dan para
guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK Kempas kali ke - 32. Beliau melahirkan rasa syukur kerana meskipun negara sedang
mengalami musim panas, negeri Johor tidak terlalu terkesan dengan fenomena Equinox yang sedang dialami sekarang.

Beliau melahirkan harapannya agar Mesyuarat Agung PIBG ini menjadi medan perbincangan atau platform agar suara
ibu bapa dapat didengari serta memberi peluang bagi ibu bapa menyuarakan pendapat dan cadangan supaya tindakan sewajarnya
dapat dipertimbangkan dan segala permasalahan ditangani. Beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan daripada pihak
ibu bapa demi anak-anak dan pembangunan SK Kempas.

Di akhir ucapan beliau, beliau telah menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kerana kepercayaan dan amanah yang
diberikan kepada beliau untuk terus menerajui PIBG SK Kempas serta berharap kehadiran yang lebih di kalangan ibu bapa pada
masa akan datang.

Makluman

2) UCAPAN PENASIHAT ( GURU BESAR)

Puan Hjh Halimah Bt Hj. Baharudin selaku Guru Besar SK Kempas menyampaikan ucapan aluan serta memaklumkan
kepada semua bahawa kehadiran ibubapa akan diambil kira dan diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai
laporan.

Beliau mahu pemilihan AJK PIBG yang baru dilantik bertanggungjawab untuk menjana kecemerlangan akademik,
pendidikan dan sahsiah di SK Kempas. Beliau juga memaklumkan bahawa ramai AJK PIBG yang lama telah tiada. Selain itu
pemilihan yang tepat untuk AJK PIBG yang baru dan mahukan wakil ibu bapa yang boleh menyuarakan pendapat. Beliau juga
menekankan sekali lagi, bahawa kehadiran ibu bapa dalam setiap majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah amat penting
terutamannya yang melibatkan organisasi dari luar.

Di dalam ucapannya juga, beliau mengatakan banyak perbelanjaan telah digunakan, oleh itu tiada dana atau modal untuk
bergerak aktif ke arah kecemerlangan pendidikan untuk membantu anak-anak SK Kempas.. Banyak aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan seperti bayaran bas dan makanan untuk membawa murid-murid ke pertandingan bicara berirama peringkat daerah.
Bahkan banyak aktiviti yang belum dijalankan seperti sukan dan PIBG perlu membantu.

Di akhir ucapannya, Puan Hjh Halimah memohon kepada semua untuk bergerak bersama bagi mencari dana terutamanya
untuk membaik pulih dewan yang telah banyak mengalami kerosakan dan untuk perbelanjaan lain. Beliau sangat mengharapkan
agar ibu bapa dapat membantu membangunkan sekolah dan meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Beliau
juga memaklumkan bahawa pada hari itu 7 orang guru SK Kempas terlibat dalam majlis menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) dan beberapa orang guru SK Kempas telah dipanggil temuduga untuk menjadi Guru Pentadbiran Kokurikulum.
Ini menunjukkkan guru dan ibu bapa yang cemerlang membawa kecemerlangan kepada SK Kempas.

Makluman

3) MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE


-32

3.1 Minit Mesyuarat Kali Ke – 32 telah dibentangkan oleh Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain tanpa sebarang pindaan dan
perubahan.
3.2 Pn. Norizan Bt Hj Mailah mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan.

3.3 Cadangan disokong oleh En. Mohd Effendy Bin Nordin.

Makluman

4) MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG BAGI SESI 2015/2016

4.1 Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain telah memaklumkan bahawa Sekolah Kempas telah menjadi Juara Ecolife
Challenge pada tahun 2014. Sehubungan dengan itu, pihak Kyoto telah 3 kali datang ke Sekolah Kebangsaan Kempas
untuk berjumpa dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan sekolah. Maka setiap kali kunjungan pihak
Kyoto, pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Antara perubahan yang telah dilakukan seperti
perubahan bilik setinggan yang diubahsuai menjadi tempat menternak arnab, najis arnab yang dibuat baja dan barangan
kitar semula.

4.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menubuhkan Kelab Ecolife Challenge serta membuat satu
projek takungan air hujan untuk digunakan semula. Projek ini bertujuan untuk menjimatkan kos bil air.

4.3 Beliau juga memaklumkan bahawa ada perubahan besar dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2016. Keputusan UPSR
sekarang ialah 6A kerana soalan B.Inggeris ada 2 kertas. Banyak perubahan dari segi soalan dan mengandungi unsur
KBAT. Guru-guru akan cuba sebaik yang mungkin untuk menangani perubahan ini. Malah pihak sekolah
mengharapkan agar ibu bapa faham dengan perubahan dan memberi motivasi kepada anak-anak.

Makluman

5) MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

5.1 En. Nawi Bin Ismail selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31
Disember 2015.

5.2 Penyata akaun ini telah disemak oleh Pn Mazlinda Bt Ahmad Norani selaku juru audit PIBG sesi 2015/ 2016 dan
disahkan oleh Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain.

5.3 Pn Dzainab Bt Md Isa mencadangkan penyata kewangan disahkan.

5.4 En. Mohd Effendy Bin Nordin menyokong cadangan tersebut.

Makluman

6) PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN

6.1 Terdapat lima usul yang diterima dan dibahaskan pada mesyuarat PIBG kali ini.

6.2 Cadangan – cadangan yang dikemukakan oleh ibu bapa akan dipertimbangkan dan diberi perhatian oleh pihak sekolah.

7) PEMBUBARAN AJK PIBG 2015 / 2016 DAN PEMILIHAN AJK PIBG 2016/2017

7.1 Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain.mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2015 / 2016.
7.2 Pemilihan Pengerusi Sementara Mesyuarat PIBG
Calon : Puan Hjh Halimah Bt Hj. Baharudin
Pencadang : Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain.
Penyokong : Sebulat suara

7.3 Pemilihan AJK PIBG sesi 2016/2017

7.3.1 Yang Dipertua PIBG


Calon : Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain
Pencadang : Pn. Nor Haslinda Bt Abdul Ghani
Penyokong : Hj Shalahuddin Bin Abd Razak
Keputusan : Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain
( Majoriti )
7.3.2 Naib Yang Dipertua PIBG
Calon : Dr. Noraihan Bt Mohd Tobi
Pencadang : Pn. Mazlinda Bt Ahmad Norani
Penyokong : Pn Admi Bt Tugiman
Keputusan : Dr. Noraihan Bt Mohd Tobi
( Majoriti )

7.3.3 Setiausaha
Calon : Pn. Mazlina Bt Mazlan
Pencadang : Puan Hjh Halimah Bt Hj. Baharudin
Penyokong : Sebulat suara
Keputusan : Pn. Mazlina Bt Mazlan

7.3.4 Bendahari
Calon : En. Nawi Bin Ismail
Pencadang : Puan Hjh Halimah Bt Hj. Baharudin
Penyokong : Sebulat suara
Keputusan : En. Nawi Bin Ismail

7.3.5 AJK PIBG ( Guru ) Sesi 2016/2017


Pn. Rodziah Bt Ismail ( Naib Setiausaha )
En. Kamarudin Bin Ibrahim
Pn. Norazlina Bt Che Razali
Pn. Admi Bt Tugiman
En. Mohd Munir Bin Baharom

7.3.6 AJK PIBG ( Ibu Bapa ) Sesi 2016/2017


Calon : Pn. Suriani Bt Sulaiman
Pencadang : Pn Nazhathul Shima Bt Junawi
Penyokong : Pn. Admi Bt Tugiman

Calon : Pn. Nazhathul Shima Bt Junawi


Pencadang : Pn. Admi Bt Tugiman
Penyokong : Sebulat suara

Calon : Pn. Nor Haslinda Bt Abdul Ghani


Pencadang : Pn. Admi Bt Tugiman
Penyokong : Sebulat suara

Calon : Pn. Mazlinda Bt Ahmad Norani


Pencadang : Pn. Admi Bt Tugiman
Penyokong : Sebulat suara

Calon : En. Mohd Effendy Bin Nordin


Pencadang : Pn. Nor Haslinda Bt Abdul Ghani
Penyokong : Pn. Admi Bt Tugiman

Calon : En. Mohd Radzi b Mohd Nor


Pencadang : En. Muhammad Lutfi b Hussain
Penyokong : En Nawi b Ismail

7.3.7 Juru Audit Dalaman


Calon : En. Mohamed Alim Bin Muhamad ( Ibu Bapa )
Pencadang : Pn. Admi Bt Tugiman
Penyokong : En. Syahrizan Bin Mohamed

Calon : En. Mohd Bustaman Bin Mat Jusoh ( Guru )


Pencadang : Puan Hjh Halimah Bt Hj. Baharudin
Penyokong : Sebulat suara
8) PENGESAHAN SUMBANGAN PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN

8.1 Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain selaku YDP PIBG mencadangkan agar Yuran PIBG sebanyak RM 40
sekeluarga dikekalkan dan bayaran tambahan makmal komputer sebanyak RM 10 perlu dikutip. Guru Besar
menjelaskan bayaran tambahan ini perlu dikutip untuk kegunaan penyelenggaraan komputer di makmal komputer.
Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 80 buah netbook untuk kegunaan murid SK Kempas disediakan di
makmal komputer.

8.2 Cadangan disokong oleh Pn. Hazaimah Bt Zainal dan disetujui sebulat suara oleh semua ibu bapa yang hadir.

9) HAL – HAL LAIN

9.1 Encik Muhammad Lutfi Bin Hussain mencadangkan untuk mewujudkan kumpulan ‘WhatsApp’ atau Facebook’ di
kalangan ibu bapa sahaja. Ianya bertujuan untuk memudahkan ibu bapa berkongsi maklumat, pendapat, informasi dan
idea demi pembangunan SK Kempas.

PENANGGUHAN MESYUARAT

En. Muhammad Lutfi B. Hussain mengucapkan terima kasih atas kepercayaan semua ibu bapa melantik beliau untuk terus
menerajui PIBG SK Kempas. Namun beliau menyuarakan agar ada calon lain dilantik sebagai YDP PIBG SK Kempas kerana
memandangkan beliau sudah tidak mempunyai anak yang bersekolah di SK Kempas lagi. Walaubagaimanapun , beliau berjanji
akan terus memberikan sumbangan dan melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya sebaik mungkin. Beliau juga berharap
ibu bapa dapat memberikan kerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG untuk kecemerlangan murid-murid di SK Kempas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.40 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………….. ………………………………..

( PN. MAZLINA BT MAZLAN ) ( EN. MUHAMMAD LUTFI B. HUSSAIN )

Setiausaha, Yang DiPertua,


Persatuan Ibu Bapa – Guru Persatuan Ibu Bapa – Guru
SK Kempas, Johor Bahru. SK Kempas, Johor Bahru.
Sesi 2016 / 2017 Sesi 2016 / 2017
Bertarikh : 3 April 2016 Bertarikh :
PERBAHASAN USUL

BIL USUL ULASAN

1. Membaik pulih kelas-kelas dan menyediakan Inisiatif telah diambil oleh pihak sekolah dengan membuat aduan
kemudahan mesin pencetak secara percuma. kepada PPD dan usaha dari pihak sekolah sendiri untuk menyimen
semula lubang-lubang di dalam bilik darjah berkenaan. Malangnya,
Pn. Rosliza Bt Chek Rus simen yang telah dibaiki berulang kali tidak kekal lama dan pecah
semula. Pihak sekolah memberi jaminan bahawa kerosakan ini akan
diperbaiki.

Kemudahan mesin pencetak secara percuma tidak dapat


dilaksanakan kerana memandangkan kos drum mencecah RM3000.
Namun demikian, pihak sekolah ada mencadangkan pihak kedai
buku sekolah menyediakan kemudahan mesin fotostat berbayar.

2. Utamakan keselamatan pelajar dengan lebih Guru Besar sangat bersetuju dan meminta kerjasama dari ibu bapa.
ketat. Ibu bapa yang ingin berurusan dengan pihak sekolah perlulah
mendapatkan borang khas dari jaga pondok keselamatan sekolah
En. Ismail Bin Ayub terlebih dahulu sebelum memasuki sekolah. Borang ini perlu
diserahkan semula kepada pihak sekolah jika urusan telah selesai.

Ibu bapa murid Tahun 1 tidak digalakkan datang ke sekolah


membawa bekal pada waktu rehat. Dikhuatiri berlaku keracunan
makanan dan dakwaan makanan berpunca sama ada dari kantin
sekolah atau makanan yang di bawa dari luar sekolah.

Mohon kerjasama ibu bapa agar tidak menghalang laluan pintu


masuk sekolah.

Arahan kepada pengawal keselamatan sekolah untuk menutup pintu


pagar sekolah pada pukul 7.30 pagi.

3. Membanyakkan latih tubi terutama bagi mata Guru Besar bersetuju dan memohon kerjasama daripada ibu bapa
pelajaran Bahasa Inggeris. untuk menyemak buku anak-anak terutama dari segi tulisan. Ibu
bapa perlu menandatangani di ruangan yang telah ditetapkan bagi
Pn. Hasliza Bt Wahab mana-mana buku yang telah dicop.

4. Memperbanyakkan kerja rumah untuk murid Guru Besar meminta kerjasama guru dan ibu bapa untuk
Tahap 1 kerana murid lebih suka membuat bekerjasama dalam hal ini. Guru-guru perlu sentiasa memastikan
kerja rumah yang diberikan oleh guru. bahawa latihan adalah mencukupi. Manakala Guru Besar bertindak
Tumpuan tidak hanya berfokus kepada Tahun sebagai pemeriksa kedua dari segi kesalahan ejaan, tarikh dan
6 sahaja. sebagainya.

Pn. Mahani

5. Membuat pemantauan dan menetapkan harga Pihak kantin telah memberi harga yang ditawarkan kepada para
siling untuk kantin sekolah guru dan murid. Pihak sekolah juga sering memantau harga
makanan dan pernah memanggil pengusaha kantin. Jika terdapat
En. Muhammad Shahir aduan, sila catatkan hari, tarikh, jenis makanan serta harga dan
rujuk kepada HEM.

6. Memperluaskan pintu masuk ke sekolah bagi Bas sekolah telah disediakan tempat khas. Oleh itu bas sekolah
memudahkan laluan bas. tidak akan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Pn. Refnita

You might also like