You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS


MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BIL 4/2016

Tarikh : 31 Januari 2015

Masa : 9.00 malam – 11.30 malam

Tempat : Restoran NOY, Kempas

Pengerusi : En Muhammad Lutfi b Hussain

Kehadiran(Bilangan) : 15 /18 orang

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 En Muhammad Lutfi mengucapakan selamat datang ke mesyuarat PIBG kali keempat. En
Lutfi mengalukan kehadiran Ajk ke mesyuarat. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh
En Nawi bin Ismail.
1.2 En Lutfi mengucapkan terima kasih kerana Pn Hjh Halimah bt Baharudin dan para
pentadbir yang sudi turut serta.

2 UCAPAN PENTADBIR
Pn Hjh Halimah mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang hadir ke mesyuarat PIBG
kali ke empat.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 En Nawi b Ismail mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. En Munir b Baharom
menyokong minit menyuarat disahkan.

PERKARA BERBANGKIT MINIT MESYUARAT KALI KETIGA


4
4.1 Buku Komunikasi
Masih belum dapat dilaksanakan Buku Komunikasi kerana En Zakuan yang
bertanggungjawab telah berpindah ke sekolah yang baru. Pembikinan buku ini akan dibawa
ke tahun depan..
Makluman

4.2 Program Dadah dan Denggi


4.2.1 Program ini dalam proses perbincangan. Akan dilaksanakan dalam masa terdekat
dengan menggunakan wang sumbangan RM1000 dari YB Ayub.
.

Tindakan : PIBK, Pn Norazlina


4.3 Sumbangan RM1
Tujuan sebenar hendak buat susur gajah. Tempoh masa sangat singkat. Perlu membuat lebih
awal jika mahu semua murid membayar. Usul akan dibawa ketika mesyuarat PIBG.

4.4 Yuran PIBG


4.4.1 Duit sumbangan telah diserahkan semua ke En Nawi.
4.4.2 Guru Besar memberitahu guru tidak boleh memegang wang lebih daripada RM500.
4.4.3 Kutipan diterima sebanyak RM22400 sepanjang 2015.
4.4.4 Perlu beri kesedaran kepada ibu bapa berkaitan dengan sumbangan kerana ia banyak
kebaikan kepada murid dan sekolah. Perkara ini akan dimaklumkan di mesyuarat agung.

4.5 Saguhati UPSR


Jumlah yang diberikan dipulangkan semula RM2300. RM300 telah digunakan untuk bola
sepak. Jumlah digunakan RM3200 untuk saguhati UPSR.
4.6 Pembinaan Rumah Hijau
Tempat telah disiapkan dan telah dilawati oleh pihak Jepun.

4.7 Pokok
4.7.1 Pokok yang senget perlu ditebang.
4.7.2 Ia melibatkan kos sebanyak RM1000.
4.7.3 Penebangan pokok yang lain memerlukan kren. Kos sebanyak RM3000 diperlukan.
Surat perlu dihantar ke MBJB untuk mpemotongan menggunakan kren.

4.8 Tarian Naga dan Silat


Dalam perancangan di bawah unit koko. Ping Pong telah dibeli meja. Boleh digunakan oleh
murid ketika rehat.

Tindakan : En Zulkiflee
4.9 Lampu Limpah
Keadaan sekolah pada waktu malam agak gelap. Permohonan ditangguhkan terlebih dahulu
kerana pembinaan tersebut berdekatan dengan tiang menara komunikasi. Permohonan perlu
dibuat dengan syarikat komunikasi.

5. KEWANGAN

5.1 Pembentangan kewangan oleh En Nawi.


5.1.1 Baki wang di bank setakat 31 Disember 2015 RM12308.47
5.1.2 Penyata bulan September belum diterima.
5.1.3 Tujuh buah kelas telah membuat sumbangan RM1. Jumlah yang dimasukkan di dalam
bank RM450. (Rujuk lampiran kewangan).
5.1.4 Ph Hjh Halimah mencadangan penyata diminta setiap bulan dengan pihak bank.
Tindakan: En Nawi

5.3 4 En Munir mencadangkan penyata kewangan disahkan. Puan Nur Shazana menyokong.

6 HAL-HAL LAIN

6.1 Bayaran Khas Tambahan Bukan Warganegra


6.1.1 Pn Mazlina mencadangkan agar bayaran tambahan bagi bukan warganegara adalah
sebanyak RM24.60 bagi sesi 2016/2017. Cadangan telah diterima sebulat suara.

6.2 Subtainable Energy Project – Eco Life


6.2.1 En Munir menyatakan sekolah telah terpilih untuk pusat rujukan sistem tadahan air
hujan. Kertas kerja telah dihantar ke En Shaharudin. Sistem tadahan ini akan membekalkan
air ke bilik air dan kantin.
6.2.2 Sekolah telah terpilih oleh UTM untuk dijadikan bahan rujukan di dalam buku terbitan
UTM berkaitan dengan low carbon life style.
6.2.3 KEFS dalam proses ubah suai. KEFs akan berjalan semula dan dinaik taraf guna kitar
semula. Aktiviti akan libatkan PIBG dan PIBK
6.2.4 En Munir dan En Uqbah disenaraikan sebagai jurulatih dan akan dihantar berkursus di
Jepun.
6.2.5 Sistem tadahan memerlukan RM800. Ahli jawatan kuasa meluluskan permohonan En
Munir.

6.3 Rumah Pam dan Syiling Dewan.


Rumah pam dan syiling dewan perlu dibaiki. En Lutfi menyatakan keutamaan kepada pelajar.
Jika mempunyai peruntukan, keutamaan diberikan kepada membaik pulih dewan. Dana akan
diusahakan.

6.5 English In Camp


6.5.1 English in Camp akan dilaksanakan pada 26/2/2016 hingga 27/2/2016. Ia melibatkan
murid tahun 6. Teknik menjawab UPSR menjadi fokus utama.
6.5.2 Peruntukkan sebanyak RM2000 diperlukan untuk menjayakan program ini.
6.5.3 Guru-guru Bahasa Inggeris akan terlibat sama.
6.5.4 Peruntukan diluluskan bagi tujuan untuk meningkatkan keputusan UPSR Bahasa
Inggeris memandangkan pada tahun ini Bahasa Inggeris dibahagikan kepada dua kertas.

6.6 KEBIRUS
6.6.1 Wakil kebirus mengadakan jualan pada mesyuarat agong PIBG.
6.6.2 KEBIRUS bercadang untuk membuka tapak jualan kepada orang luar.
6.6.3 Dicadangkan jualan menggunakan kupon.
6.6.4 Setiap tapak jualan disewa dengan bayaran RM50.

6.8 Gotong-royong
Gotong royong bersihkan kawasan luar sekolah akan dilaksana sebelum ‘fogging’ dilakukan
oleh pihak kesihatan.

6.9 Kipas Dewan


Dua kipas telah dibeli dan tambahan empat buah kipas lagi di dewan. Setiap satu berharga
RM280. Ia merupakan sumbangan dari teakwando.

6.11 Saguhati AJK


Peruntukkan sebanyak RM1000 untuk pembelian hadiah saguhati kepada AJK 2015/2016.

6,12 Cabutan bertuah


6.12.1 RM1000 diperuntukkan untuk cabutan bertuah. Sumbangan dari pihak luar akan
diteruskan lagi. Cabutan bertuah hanya melibatkan ibu bapa sahaja.

6.13 Mesyuarat PIBG


6.13.1 Mesyuarat akan diadakan pada 27 Mac 2016.
6.13.2 AJK bersetuju untuk melantik En Muhammad Lutfi sebagai ahli jawatan kuasa PIBG
untuk sesi 2016/2017 walaupun anak beliau tidak bersekolah di SK Kempas.
6.13.3 AJK bersetuju untuk menjemput Datuk Yang Mulia Tengku Putera Harun Aminurashid
bin Datuk Hamid Jumat, Ahli Dewan Undangan Negeri – Kempas untuk merasmikan
mesyuarat agung.

PENUTUP
a. En Lutfi mengucapkan terima kasih atas cadangan dan kerjasama ahli jawatan kuasa sepanjang
mesyuarat dijalankan. Semoga cadangan tersebut memberi manfaat kepada anak-anak murid
demi kecemerlangan mereka.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................………............
( MAZLINA BINTI MAZLAN ) ( EN MUHAMMAD LUTFI B HUSSAIN)
Setiausaha Yang Dipertua
PIBG SK Kempas PIBG SK Kempas

Tarikh : 12 Februari 2016 Tarikh :

You might also like