You are on page 1of 13

KAJIAN KES

1.0 SUBJEK

Nama : Mohd Afiq Bin Ramli


Jantina : Lelaki
Asal : Hospital Kuala Lumpur
Umur : 12 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : Anak tunggal
Pekerjaan bapa : Menjual nasi lemak
Tinggal bersama : Ayah dan ibu
Pencapaian akademik : Sederhana

2.0 KES

Nama Kes

Ponteng Sekolah

Perihal Kes

Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan remaja merupakan


masalah utama dan kerap berlaku di kalangan para pelajar sekolah. Masalah
tingkah laku ini boleh di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia
tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata
lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas dan
sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat
sebagai tingkah laku melarikan diri dari sekolah atau kelas yang boleh dikatakan
melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sekolah pula
ditakrifkan sebagai tempat untuk belajar, mengajar ataupun tempat untuk
menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu sekolah dalam kata yang mudah
ialah tempat untuk menuntut ilmu bagi para pelajar.

Secara keseluruhannya ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tingkah laku


remaja atau golongan pelajar sekolah yang melarikan diri daripada
tanggungjawab sekolah yang merupakan tempat mereka menuntut ilmu
pengetahuan. Ini tergolong sebagai tingkah laku delukien di mana ianya
melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
khususnya dan kementerian pendidikan amnya.

Kajian Kes

Afiq merupakan anak tunggal sebuah keluarga yang sederhana. Ibu Afiq
menjual nasi lemak dibantu oleh ayahnya setiap pagi di tepi jalan raya hadapan
rumahnya. Setiap pagi ayahnya akan menjual nasi lemak dibantu oleh ibunya
yang memasak nasi lemak di rumah. Afiq hidup dalam serba sederhana. Namun
Afiq diberikan dan dibekalkan keperluan yang cukup untuknya ke sekolah. Afiq
pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Afiq adalah penghidap penyakit
asthma.

Namun Afiq mempunyai satu masalah di mana Afiq selalu ponteng


sekolah terutamanya apabila hari tersebut ada subjek Matematik. Tingkah laku
ini memang telah menjadi kelaziman kepada Afiq sejak di bangku sekolah
rendah lagi. Afiq memang tidak akan menghadirkan diri setiap kali tiba waktu
subjek Matematik. Keadaan ini disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu
bapa Afiq sendiri. Ibu dan ayah tidak kisah jika Afiq tidak ke sekolah kerana
perkara ini telah dilazimkan sejak di bangku sekolah rendah.

Alasan Afiq untuk tidak ke sekolah adalah kerana Afiq tidak berminat
dengan subjek Matematik dan Afiq tidak pernah lulus apabila menduduki ujian
Matematik sejak dari sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan Afiq berasa
putus asa dan menganggap Matematik itu susah dan sukar. Di sekolah, Afiq
sering dimarahi oleh guru Matematik kerana ponteng sekolah.

3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih

Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT)

Rasional Teori Dipilih

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga
aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi
penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan
membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau mengajar,
mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang
tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang
tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu
perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan
yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan
semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang
menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang
membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan
seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan


kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya
dapat dikenalpasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti:
● Rasa malu yang teramat (​Awfulizing​)
● Terlalu menuntut (​Demandingness​)
● Merendah diri yang teramat (​Self-devaluation​)
● Daya toleransi yang rendah
● Lemah semangat
● Mengalah dan menyalahkan (​Deservingness & damnation)​
Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Afiq seperti Afiq mudah mengalah
sebelum mencuba untuk mempelajari subjek Matematik dan mengambil jalan
mudah dengan ponteng sekolah.
Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan
kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran
secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya,
bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi
dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga
berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguhkan membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul,
tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan
diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan pertumbuhan potensi. Semua
fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat membantu manusia untuk
menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar
untuk hidup lebih harmonis.
Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori

Seperti di dalam kajian kes ini, afiqg sering berputus asa dan tidak pernah
untuk mencuba memperlajari subjek Matematik. Afiq mengambil jalan mudah
dengan memonteng sekolah setiap kali ada subjek Matematik. Afiq
beranggapan Matematik itu susah dan sukar sejak di bangku sekolah rendah
lagi.

Di dalam kes ini, Afiq telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional
bahawa dia pasti tidak akan berjaya menguasai dan mempelajari subjek
Matematik. Afiq juga memberi alasan bahawa dia tidak akan dapat belajar
Matematik kerana selalu dimarahi oleh guru. Dalam REBT, manusia bermasalah
adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara atau peristiwa tetapi adalah
disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi neurosis
atau psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea
dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik.
Implikasi daripada pemikiran yang karut dan songsang ini akan menimbulkan
gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat ​self defeating.

Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah


sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan
pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang
individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’,
‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Perkataan ini pernah diulang oleh Afiq apabila
dia menyatakan “Saya mesti tidak berjaya belajar Matematik sebab Matematik
susah. Cikgu pun asyik nak marah saya jer”. Ini adalah sebahagian ayat yang
digunakan oleh Afiq dan ini menunjukkan Afiq seakan mengaku kalah dengan
pemikirannya yang tidak rasional.
Matlamat Terapi

Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien


bahawa verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya
gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh klien.

REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi


berpandukan kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan
perlakuan manusia adalah berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri.
Oleh itu tujuan asas REBT ialah bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau
masalah klien tetapi ke arah mendorongkan klien agar dapat menguji secara
kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya masalah yang dihadapi klien seperti
ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara maka sasaran terapis bukan
hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk menangani
perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses
teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada
masalah-masalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada
terapis.

Proses teraputik REBT merupakan suntikan penyembuhan pemikiran


yang tidak rasional kepada pemikiran yang lebih rasional. REBT membuat
andaian bahawa manusia merupakan makhluk yang rasional dan gangguan
emosi adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional yang wujud dalam
hidup seseorang yang telah dipelajari daripada ibu bapa, rakan-rakan dan
masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh memperolehi kebahagiaan
sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan membuang pemikiran yang
tidak rasional.
Teknik Yang Digunakan

● Main Peranan
Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan
dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi.
Kemudian peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula (reverse
role-play) sehingga klien boleh menerangkan sendiri semula bagaimana
pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku.

Afiq sering merasakan dirinya tidak mampu untuk mempelajari


subjek Matemtik kerana meng tidak berminat dengan subjek tersebut dan
sering gagal subjek berkenaan setiap kali ujian. Selian itu Afiq juga
memberi alasan bahawa guru Matematik selalu memarahi dirinya. Saya
menerangkan kepada dengan melukiskan diagram yang menjelaskan
interaksi pelbagai komponen dengan menggunakan konsep ABCDE.

A​(peristiwa) B​(kepercayaan) C​(akibat)


- Matematik susah - saya tidak akan berjaya - saya rasa putus
dalam Matematik asa
- saya rasa malas

D​(mencabar halangan) E​(kesan)


- awak pastikah awak akan gagal - saya mula sedar
jika awak berusaha? - saya rasa
bersemangat
- siapa kata Matematik susah?
- mengapa rakan yang lain boleh? ​F​(perasaan
baru)
Setelah melukis diagram ini bersama dengan Afiq dan akan
menunjukkan bagaimana pemikiran rasional itu wujud. Dari pemerhatian
Afiq , dia akan menjawab setiap persoalan yang saya ajukan. Dari situ,
Afiq sendiri telah dapat menerangkan semula perjalanan pemikiran yang
tidak rasional itu berubah kepada pemikiran yang lebih rasional.

● Imageri Rasional-Emotif
Klien akan membuat imaginasi kepada sesuatu oerkara yang sangat
buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan
perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien
akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan
secara tepat.

Seperti di dalam kes ini, saya cuba membawa Afiq untuk berfikir
jika dia berterusan ponteng sekolah, hitung kerugian yang akan
ditanggung apabila awak berusia 40 tahun nanti. Sehari awak tak datang
sekolah, berapa subjek yang telah awak korbankan? Apabila besar nanti
awak tidak teringinkah memakai kereta besar bersama dengan
kawan-kawan awak yang lain? Ke mana awak boleh pergi tanpa kelulusan
yang bagus? Adakah awak tak mahu mengubah kehidupan keluarga
awak sekarang?

4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Afiq sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah


sebenar Afiq yang menyebabkannya dia ponteng sekolah. Masalah Afiq ini
berpunca daripada persekitaran sekolah dan sikapnya sendiri. Selain itu akibat
daripada pengukuhan yang telah diterima oleh keluarga menyebabkan Afiq rasa
tidak bersalah untuk ponteng sekolah. Afiq juga sering berputus asa tanpa
mencuba sesuatu dan ini dianggap tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya
dibuang dalam diri Afiq

Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran


dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan
soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi,
mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya
aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya,
mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat
hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang
berfungsi dengan sepenuhnya.

Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal


klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh
yang bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat
memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana
pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada
pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan
bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak
selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya
akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Afiq sendiri.

5.0 IMPLIKASI

Selepas sebulan, Afiq masih lagi tidak menunjukkan apa-apa perubahan.


Ini terpulang kepada Afiq kerana Afiq seharusnya memikirkan masa depannya
dan jangan sentiasa berharap sesuatu yang baik jika tidak disusuli dengan
usaha. Saya tidak berjaya membawa kesedaran kepada afiq kerana
pengukuhan keluarga yang kuat mempengaruhi cara Afiq . Ini menyukarkan Afiq
untuk menerima sesuatu yang baru.

6.0 REFLEKSI

Kekuatan
Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu
yang tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan
mematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien.
saya juga tidak perlu berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu
yang lama atau menunggu klien sehingga celik akal mengenai masalahnya.
Saya hanya perlu mengetahui apa cara untuk membantu klien dan tidak perlu
untuk membuang masa yang lama sehingga klien menderita dan merana.
Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang bahagia lebih awal.
Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih mudah, cepat
dan lebih praktikal dalam membantu klien.

Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh
dipisahkan. Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca
daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat
suka mengamalkan pemikiran yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan
bertindak secara tidak rasional. Adalah menjadi tanggunggjawab saya
mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui menyusun semula
persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu agar klien
tidak mempunyai fikiran tidak rasional.
Kelemahan
Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan
memberi contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk
dipraktikkan kepada individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat
mereka kerana sudah biasa dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih
sesuai digunakan kepada orang yang betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai
untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak fleksibel dan juga kurang
berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak geliga.

REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada


perasaan dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi
dan arahan, klien akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan
daripada kaunselor sahaja. Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan
tidak kreatif dalam usaha untuk menyedarkan klien terutamanya dengan
menggunakan hujah dan cabaran, ia berkemungkinan menyinggung perasaan
klien dan akan mengganggu proses penerokaan. Bukan mudah untuk
menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan diri dan
tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri
melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia
mengalami keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan
klien susah untuk menjadi rasional.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada


semua pelajar dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami
diri sendiri dan manusia di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga
sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang
ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk
mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan
individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani
kehidupan seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu


yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam
Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah
kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan
dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani


praktikum dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti
warga sekolah tidak tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul
salah faham antara guru-guru dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru
menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang ‘sepatutnya’
dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan
sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru
pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga
sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah,
pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu,
untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu
diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua
pihak.
8.0 PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik
melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya
dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat
menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan,

.............................................................
(Mohd Fauzi Bin Mohd Safi)
SX081109PHJ04

You might also like