You are on page 1of 6

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SK DAMANSARA DAMAI 2

MINIT MESYUARAT : PANITIA TMK BIL : 1 TAHUN : 2018

TARIKH : 27 Disember 2017 (Rabu)


MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Bilik Guru, SK Damansara Damai 2
PENGERUSI : En. Ahmad Rezuan B. Mat Jusoh
KEHADIRAN: 3 / 3

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat panitia pada pagi ini dengan bacaan ummul kitab Al-
Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran jawatankuasa Panitia TMK pada
mesyuarat kali pertama 2018.
Makluman : JK Panitia TMK

2. PERBINCANGAN ISU SEMASA

2.1 Pelantikan Jawatankuasa Panitia 2018

2.1.1 Pengerusi telah mengedarkan surat pelantikan jawatankuasa Panitia TMK bagi tahun 2018.

2.1.2 Beliau berharap jawatankuasa yang dilantik dapat melaksanakan aktiviti panitia dengan lebih
cemerlang pada tahun 2018 walaupun bilangan ajk tidak ramai.

Makluman : JK Panitia TMK


2.2 Agihan tugas dan carta organisasi

2.2.1 Pengerusi membacakan agihan tugas jawatankuasa dan beliau berharap aktiviti panitia mengikut
garis panduan yang ditetapkan dan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali
setahun. Beliau juga meminta semua guru melihat edaran carta organisasi jawatankuasa Panitia
TMK bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :

Pengerusi : Pn. Rosmawati Bt Mat Som ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Pn. Hjh Radziah Bt Hashim ( PK T&K )
Pn. Norsilawa Bt. Bohari (PK HEM)
En. Sharuddin B. Jahari (PK KOKO)
Ketua Panitia : En. Ahmad Rezuan Bin Mat Jusoh
Setiausaha : Pn. Noor Aziah Bt Abd Ghani
AJK : Mohd Fahmi B. Noh
Makluman : JK Panitia TMK

01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.3 Analisis Data/Headcount Peperiksaan Akhir Tahun Mata Pelajaran TMK

2.3.1 Pengerusi membacakan analisis mata pelajaran TMK bagi Peperiksaan Akhir Tahun
mengikut kelas:

Kelas Bil Gred A Gred B Gred C D Tidak Menguasai


Calon Menguasai
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Tahun 4 119 10 8.40 20 16.81 64 53.78 25 21.01 0 0.00 119 100.00
Tahun 5 134 7 5.22 42 31.34 66 49.25 17 12.69 2 1.49 132 98.51
Tahun 6 139 14 10.07 64 46.04 54 38.85 6 4.32 1 0.72 138 99.28

2.3.2 Pengerusi juga membacakan gred purata mata pelajaran (GPMP) bagi subjek TMK dalam
peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut:

Tahun 4 : 2.87
Tahun 5 : 2.74
Tahun 6 : 2.40

2.3.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa TMK kerana bersama-sama
membantu dalam Peperiksaan Akhir Tahun mata pelajaran TMK.

2.3.4 Pengerusi meminta semua jawatankuasa TMK bersama-sama merancang aktiviti dan program
yang sesuai untuk membantu murid yang tersebut.

Tindakan : Guru & JK Panitia TMK

2.4 Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Panitia TMK 2018

2.4.1 Pengerusi telah menyerahkan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Panitia
TMK kepada GPK Kurikulum untuk semakan.

2.4.2 Beliau memohon JK Panitia TMK merujuk edaran yang disediakan - rujuk edaran

Makluman : JK Panitia TMK

2.5 Aktiviti dan Program Panitia 2018

2.5.1 Pengerusi menyatakan aktiviti atau program panitia Sejarah untuk tahun hadapan adalah seperti
berikut :
1. Sudut Informasi TMK (Makmal Komputer)
2. Program Layari Maklumat (PdPc)
3. Pertandingan Membina Slaid PPT sempena Bulan Kemerdekaan
4. PdPc PAK-21

2.5.2 Beliau berharap semua aktiviti atau program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut

01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

perancangan dan masa yang ditetapkan.

Makluman : Guru MP & JK Panitia TMK

2.6 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

2.6.1 Pengerusi memaklumkan DSKP bagi mata pelajaran TMK Tahun 4, 5 dan 6 ada dalam simpanan
Fail panitia.

2.6.2 Beliau memaklumkan sukatan mata pelajaran TMK tiada perubahan atau semakan semula.

Makluman : Guru MP & JK Panitia TMK

2.7 Pentaksiran 2018

2.7.1 Pengerusi telah mengedarkan tarikh-tarikh pentaksiran bagi tahun 2018. Beliau berharap semua
ahli dapat menyimpan edaran ini dalam fail peribadi masing-masing sebagai panduan. - rujuk
edaran

2.7.2 Beliau menyatakan format pentaksiran adalah secara Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
iaitu Pentaksiran Formatif (sepanjang masa PdP) dan Pentaksiran Sumatif (Setengah dan Akhir
Tahun).

2.7.3 Beliau juga berharap semua ahli mengadakan perbincangan sebelum soalan pentaksiran dibuat
agar penyelarasan format dan JSI dapat dilakukan.

Tindakan : Guru MP TMK

2.8 Penyelarasan Fail Rekod Mengajar, Rancangan Tahunan dan RPH

2.8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan rekod mengajar ditulis dalam bentuk folio (fail)
seperti yang disarankan oleh Pn Guru Besar. Penyelarasan penulisan RPT dan RPH perlu untuk
tujuan penyelarasan – rujuk edaran
Tindakan : Guru MP TMK

2.9 PdPc dan PAK-21

2.9.1 Pengerusi berharap semua guru dapat melaksanakan PdPc PAK-21 dalam pengajaran mata
pelajaran TMK di bilik darjah memandangkan semua guru telah mengikuti penataran PAK-21
yang diadakan pada 13 November yang lalu.

2.9.2 Beliau telah membacakan dapatan penataran PAK-21 yang boleh digunakan dalam aktiviti
pengajaran mata pelajaran TMK seperti :

1) Think-Pair-Share

01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

- Contoh :
Tajuk : Komputer dan Fungsinya
SK : 1.0 Memperihalkan komputer dan fungsinya
SP : 1.1 Menyatakan maksud komputer
- minta murid berfikir makna komputer dan fungsinya melalui lakaran yang dibuat bersama
rakan di sebelah/bertentangan
- kemudian kongsi jawapan dengan rakan sekelas.

2) Gallery Walk

- Contoh :
Tajuk : Komputer dan Fungsinya
SK : 1.0 Memperihalkan komputer dan fungsinya
SP : 1.2 Mengenal dan menyenarai jenis komputer
- minta murid bentuk beberapa kumpulan kecil
- edarkan sehelai kertas majung dan minta murid dalam kumpulan menyenaraikan jenis-jenis
komputer yang mereka tahu
- tampal hasil kerja kumpulan pada dinding di makmal komputer/kelas
- ketua kumpulan akan bentang hasil jawapan dan rakan dari kumpulan lain akan mengemukakan
soalan
* jika jawapan setiap kumpulan adalah berbeza – minta murid catat jawapan rakan yang bentang
dan guru akan soal pada akhir pengajaran
- sticking note akan diberi pada kumpulan yang bentang oleh rakan-rakan

3. Hal-hal lain

3.2.1 Peruntukan kewangan bagi subjek TMK menggunakan wang peruntukan PCG. Guru mata
pelajaran boleh membeli ABM dengan mengisi Nota Minta dan diserahkan kepada kerani
sekolah pada tahun hadapan.

3.2.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun ini. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan
Surah Al-Asr.

01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP

- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................ ......................................
(Pn Noor Aziah Bt. Abd Ghani) (En. Ahmad Rezuan B. Mat Jusoh)
Setiausaha Panitia TMK, Ketua Panitia TMK,
SK Damansara Damai 2 SK Damansara Damai 2

Disahkan oleh :

......................................

Tarikh : 27 Disember 2017

01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SK DAMANSARA DAMAI 2

REKOD EDARAN

Nama Dokumen : MESYUARAT PANITIA TMK KALI PERTAMA 2018

Tarikh Edaran Dibuat : 24 DISEMBER 2017

Bil Nama Guru Tanda tangan Catatan


1
2 En Ahmad Rezuan B. Mat Jusoh
3 En Mohd Fahmi B Noh
4 Pn Aziah Bt. Abd Rahman

Disediakan oleh :

.....................................
(Cik Fauziah Binti Khalil)
Setiausaha Panitia TMK
SK Sultan Abu Bakar 2 Muar

01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like