You are on page 1of 3

DEFINISI TERAPI SENI

Profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni
dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan
individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.

KONSEP TERAPI SENI

Bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang
ilmu Pendidikan Seni Visual.

Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan

Emosi dan tekanan dalam menghadapi

Proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

Satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.

Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda
mereka memberi tumpuan pada hasil seni.

Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda.

Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.

SEJARAH TERAPI SENI

Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya adalah sejak kurun kemunculan manusia dari zaman
dahulu kala

Zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat
Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna
pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan

KEPENTINGAN TERAPI SENI

Menyelesaikan konflik emosi

Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri

Membina kesedaran sosial

Mengubah tingkah laku

Membina strategi penyelesaian masalah

Meningkatkan kemahiran penguasaan hidu


KEPENTINGAN TERAPI SENI KEPADA MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN

meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar

meluahkan perasaan

menguatkan daya imaginasi

menguatkan motor kasar dan motor halus

CADANGAN TERAPI SENI VISUAL

King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau
menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama, perpaduan, ketahanan
kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai bidang atau latar
belakang .Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini menuju
kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik berkumpulan seperti
“brainstorming” dan “mind mapping” .

Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit didalam
kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulanmenurun di sebabkan
kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula,
kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan
melatih secara individu tentang kemahiran penyelesaian masalah. Teknik mengenalpasti peningkatan
organisasi kreativiti termasuk memisahkanpenyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian
( Cummings dan O’Connell, 1978 ).

Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukar idea, pengesahan pertentangan, simulasipenyertaan


dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran ekstrinsik.Bassadur, Graen dan
Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila lebih banyak masa digunakan untuk
menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan
penilaian kritikal.

Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran
berfikirberdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti
output kreatif. Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah
individuyang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam
berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.

Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yangrelevan dan
tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari tiga
komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam
menghasilkan inovasi. Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti
pelajar dan inovasi berkumpulan.

Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu. Inovasi dilihat
sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti kreativiti. Pengetahuan bersifat
personal , sukar dIformalkan , subjektif , ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman
seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.

Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi inovasi
seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang memberi kesan kepada
inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial
dan pengaruh keadaan .

Guru sebagai penyalur maklumat kurikulum melalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan pelajar
secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran .

Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa pelajar.

Pendekatan yang pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi
minat.

Guru menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi kepada
pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif.

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan
permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui
kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar
mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni
masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan
pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan,
mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

You might also like