You are on page 1of 2

Jurnal ini diterbitkan oleh Mohd Asri Mohd Noor, daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jurnal ini berkaitan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memajukan masyarakat Orang
Asli melalui pendidikan menerusi polisi Kluster Kecemerlangan. Penulis menyatakan sejarah
perkembangan bidang di Malaysia sejak sebelum merdeka sehingga mencapai kemerdekaan melalui
peringkat- peringkat tertentu.

Penulis juga menceritakan sejarah perkembangan masyarakat Orang Asli bermula dari
sebelum negara mencapai kemerdekaan (1950) yang ditubuhkan oleh kerajaan British dikenali
“Jabatan Orang Asli” yang berperanan mengusir anasir komunis.

Pada tahun 1954, Akta Orang Asli diwujudkan untuk mengawal dan mengurus hal ehwal
masyarakat ini. Pada November 1961, kerajaan menubuhkan jabatan kekal yang kemudian dikenali
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA). Segala program berkaitan masyarakat ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk
diuruskan. Agenda pendidikan menjadi sebahagian keutamaan. JHEOA melatih guru- guru Melayu
untuk mengajar di serata sekolah rendah sehingga diambil alih oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan melancarkan polisi bantuan khas untuk


melindungi peluang kesamarataan, menghubung dan memajukan populasi mereka serta melindungi
budaya tradisi mereka. Sebahagian rancangan ini telah dijalankan dengan mengstruktur semula
pendidikan masyarakat Orang Asli. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 diwujudkan
Polisi Kluster Kecemerlangan yang bertujuan mengetengahkan potensi sekolah dalam bidang
kebitaraan atau “niche area” dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan. Terdapat sekolah
Orang Asli yang tersenarai dalam kelompok sekolah kecemerlangan atau dikenali sebagai Sekolah
Kluster Kecemerlangan.

Sumber yang digunakan oleh penulis berpandukan pelbagai sumber yang boleh dibuat
perbandingan dan rujukan seperti kajian- kajian penulis yang lepas dan masih baru antaranya Abdul
Razaq, A.& Zalizan, M.J (2009) – Masyarakat Orang Asli : Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya
diterbitkan di UKM, Cheng Y.C (2007) Future developments of educational research in the Asia
Pacific region : Paradigm shift, reforms and practice. Educational Research for Policy and Practice,
6(2), 71-85 dan Department Of Orang Asli Affairs. (2006). Annual report of Depatment of Orang Asli
Affairs 2006. Kuala Lumpur : Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pada pandangan saya, penulis
menggabungkan sumber yang pelbagai kaum.

Kajian ini menjurus ke arah skop yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis menggunakan
sumber rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang datanya mempunyai kesahan dan
boleh digunapakai untuk rujukan. Artikel yang diulas ini merupakan perkara baru dalam system
pendidikan di Malaysia dan sekolah Orang Asli khususnya iaitu pelancaran Sekolah Kluster
Kecemerlangan yang salah satu peranan memajukan pendidikan masyarakat ini di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Sorotan ini mencukupi, penulis menceritakan dengan terperinci salah sebuah sekolah yang
dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak daripada diikitiraf sehingga ke tahun yang
seterusnya. Pelbagai teori dikemukan oleh penulis membantu penulisan beliau untuk difahami.
Hipotesis dan teori dikemukan berpandukan dapatan kajian sebelum ini dan pemerhatian beliau
sepanjang menjalankan kajian.

Metodologi yang diginukan oleh penulis

You might also like