You are on page 1of 8

UTM

Fakulti Pengurusan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I


SESI 2017/2018
(FINAL EXAMINATION SEMESTER I
2017/2018 SESSION)

KOD KURSUS : UHAS 1172


(COURSE CODE)

NAMA KURSUS : DINAMIKA MALAYSIA


(COURSE) (MALA YSIAN DYNAMIC)

PROGRAM : SARJANA MUDA


(PROGRAMME) (BACHELOR DEGREE)

MASA : 2 JAM
(DURATION) (2 HOURS)

TARIKH : JANUARI2018
(DATE) (JANUARY 2018)

MARK A ll : 40
(MARKS)

ARAHAN KEPADA CALON:


(INSTRUCTIONTO CANDIDATES)

BAHAGIAN A Jawab SEMUA soalan.


(PART A) (Answer ALL question).

BAHAGIAN B Jawab DU A (2) soalan sahaja.


(PARTB) (Answer TWO (2) questions only).

KERTAS PEPERIKSAAN INI TERDIRIDARIPADA _ 8_ MUKA SURAT SAHAJA.


(TERMASUK MUKA SURAT INI).
THIS EXAMINATION PAPER CONSISTS OF 8 _ PAGES ONLY. (INCLUDING THIS PAGE)
Bahagian A : (10 markah)
Arahan : Jawab semua soalan.

Yang mana antara pemyataan berikut benar mengenai Islam di Malaysia


I. Perlembagaan Malaysia mengakui Islam sebagai agama Persekutuan.
II. Islam sebagai agama persekutuan tidak melibatkan pelaksanaan semua
hukum Islam.
III. Kerajaan Persekutuan berhak menyediakan peruntukan untuk
perbelanjaan agama Islam di Malaysia.
IV. Masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing
serta menganjurkan majlis perayaan agama.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. I, III dan IV.
D. Semua di atas.

Konsep Wasatiyyah dalam konteks kesederhanaan dalam masyarakat majmuk di


Malaysia mempunyai rasional seperti berikut.
A. Melaksanakan hukum Islam dalam masyarakat majmuk.
B. Mewujudkan masyarakat yang memahami pelaksanaan hukum Islam.
C. Memastikan masyarakat bukan Islam menerima Islam sebagai cara hidup.
D. Menggemblengkan warganegara dari pelbagai etnik supaya memahami
tanggungjawab untuk memajukan negara.

3. Di Malaysia, perlembagaan adalah perundangan yang tertinggi dan tiada kuasa yang
boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia. Kenyataan ini bermakna
A. Malaysia hendaklah diperintah berdasarkan kandungan perlembagaan.
B. kuasa meminda perlembagaan adalah terhad.
C. kuasa kerajaan adalah terhad kepada budi bicaranya.
D. tiada mana-mana pihak yang berkuasa ke atas perlembagaan.

2
4. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah merujuk kepada
A. sistem demokrasi menentukan fungsi yang haras dimainkan oleh raja.
B. parlimen terikat kepada sistem beraja.
C. raja terikat kepada perlembagaan uang diluluskan oleh parlimen.
D. raja boleh menentukan fungsi parlimen mengikut sistem demokrasi.

Sesuatu akta yang diperuntukkan dalam Perlembagaan


Negara boleh mengalami pindaan.

5. Pemyataan di atas menunjukkan bahawa Perlembagaan Malaysia bersifat


A. dinamik.
B. longgar.
C. jumud.
D. terbuka.

6. Pilih pemyataan yang tidak benar berkenaan parti-parti politik di Tanah Melayu
sebelum merdeka.
A. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan salah sebuah parti yang
memperjuangkan kemerdekaan T anah Melayu.
B. UMNO merupakan parti paling awal ditubuhkan di Tanah Melayu bagi tujuan
menuntut kemerdekaan.
C. Parti Komunis Malaya merupakan parti pertama yang bergerak aktif dalam
gerakan bawah tanah secara haram.
D. Parti Perikatan memulakan gabungan dalam perjuangan mereka dalam
Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.

7. Apakah yang menyebabkan kegagalan untuk menubuhkan parti politik bersifat nasional
di Tanah Melayu sebelum merdeka?
A. Rakyat masih mengamalkan politik kenegerian.
B. Rakyat tidak mendapat sokongan daripada Raja-raja Melayu
C. Wujudnya sentimen perkauman.
D. Majoriti rakyat menyokong pentadbiran sedia ada.

3
8. Matlamat utama dalam penubuhan MCA adalah bertujuan

A. melindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial masyarakat Cina.


B. mewakili kaum Cina untuk terlibat dalam menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.
C. membentuk keijasama dengan Kesatuan Melayu Muda bagi menentang
Malayan Union.
D. menjaga kepentingan golongan imigran tanpa mengira bangsa.

9. Antara faktor yang menyebabkan kekalahan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)


pimpinan Dato Onn bin Jaafar dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
pada tahun 1952 adalah berpunca daripada
A. British tidak memberikan keijasama kepada IMP.
B. IMP tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada kaum Cina dan India.
C. konsep parti berasaskan pelbagai kaum tidak dapat diterima pada masa tersebut.
D. kegagalan IMP dalam rundingan untuk bekerjasama dengan UMNO dan MCA.

10. Pendidikan madrasah berjaya mencetuskan pembaharuan dalam


A. menghasilkan tenaga kerja dalam sektor pendidikan.
B. melatih guru dalam bahasa dan kebudayaan Melayu.
C. melahirkan golongan pemikir dan pejuang kemerdekaan.
D. mengekalkan kedaulatan raja-raja Melayu.

11. Berikut adalah pemyataan yang benar tentang peruntukan penting yang terdapat dalam
Akta Pendidikan 1996 kecuali
A. Sistem peperiksaan dibahagi mengikut jenis dan kategori sekolah.
B. Pendidikan Islam diperluas ke semua kategori sekolah.
C. Mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan.
D. Memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum.

4
12.

X dalam rajah di atas merujuk kepada


A. Dasar Sosial Negara.
B. Dasar Budaya Kebangsaan.
C. Dasar Wawasan Negara.
D. Budaya Serantau.

13. Yang mana berikut bukan merupakan langkah dalam proses pembinaan bangsa
Malaysia.
A. Pemimpin memainkan tanggungjawab menjadi pelopor dalam menggalakkan
perpaduan nasional
B. Penyusunan masyarakat berasaskan etnik diraikan dalam Malaysia.
C. Pengintegrasian wilayah dalam Malaysia diperkukuhkan dalam segala aspek ke
arah matlamat yang sama.
D. Rakyat mesti disedarkan tentang bahaya perkauman dan pentingnya perpaduan
nasional.

14. Berikut adalah antara langkah penyusunan semula masyarakat menurut Dasar Ekonomi
Baru kecuali
A. Menyusun semula guna tenaga untuk mencerminkan komposisi kaum yang
seimbang.
B. Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang
Melayu dan kaum bumiputera.
C. Mengekalkan suasana desa dengan tidak menggalakkan migrasi masyarakat
dari luar bandar ke bandar.
D. Menubuhkan agensi kerajaan yang membantu kaum bumiputera mendapatkan
modal dan membuat pelaburan.

5
15. Strategi menyusun semula masyarakat dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
adalah seperti berikut kecuali
A. Menyusun semula guna tenaga dalam ekonomi negara.
B. Sumber manusia dibangunkan melalui program latihan dan pendidikan.
C. Sektor swasta terlibat secara aktif dalam memberikan peluang pekeijaan.
D. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan masyarakat bandar.

16. Antara perkara yang menunjukkan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara
adalah
I. Peningkatan pendapatan perkapita.
II. Peningkatan kualiti hidup.
III. Keadaan alam sekitar yang bersih.
IV. Keupayaan memperoleh peluang pekerjaan.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

17. Strategi utama Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional mempunyai
persamaan daripada segi
A. menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.
B. menumpukan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
C. menekankan pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat.
D. menarik pelaburan asing dalam bidang strategik.

18. Pembangunan secara holistik akibat globalisasi boleh mendatangkan masalah kepada
sesebuah negara kerana ia melibatkan migrasi antarabangsa. Pilih kenyataan yang salah
mengenai migrasi antarabangsa.
A. Kurang integrasi antara penduduk tempatan dengan golongan mi gran.
B. Konflik mudah tercetus antara golongan migran dengan pihak berkuasa tempatan.
C. Kecenderungan golongan migran untuk mendiami kawasan penempatan yang
berbeza-beza.
D. Ancaman kepada keselamatan negara ekoran pertembungan budaya tempatan dan
budaya asal golongan migran.

6
19. Konsep perkampungan sejagat (global village) telah memberi kesan kepada identiti
bangsa kecuali
A. Konsumerisme menjadikan budaya dan produk tempatan sebagai superior.
B. Kegiatan berpolitik tempatan akan dipisabkan dengan fahaman agama.
C. Identiti bangsa akan diasimilasikan dengan budaya barat yang lebih bersifat
dominan.
D. Pluralisme dalam agama diterima dalam masyarakat.

20. Berikut adalah penyataan yang benar tentang globalisasi kecuali


A. globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia semakin mengecil.
B. proses globalisasi berbeza dengan proses kolonialisme.
C. satu proses transformasi budaya ke arah pembentukkan ‘budaya global’.
D. globalisasi boleh mempengaruhi gaya hidup masyarakat sama ada secara sedar
atau tidak sedar.

7
Bahagian B : (30 markah)
Arahan : Jawab dua (2) soalan sahaja.

1. Bincangkan peranan agama dalam membangunkan masyarakat Malaysia yang bersatu


padu dan hidup secara harmoni?
(15 markah)

2. Permuafakatan politik membantu mewujudkan kesepaduan sosial masyarakat pelbagai


etnik di negara ini. Bincangkan.
(15 markah)

3. Ciri keperibadian nasional perlu ditonjolkan oleh semua rakyat Malaysia antaranya
melalui aspek kebudayaan. Bincangkan.
(15 markah)

4. Untuk membina negara yang harmoni lagi maju, membasmi rasuah adalah lebih
utama dari membasmi kemiskinan. Bincangkan.
(15 markah)

5. Bincangkan implikasi penularan khabar angin di media sosial kepada keharmonian


masyarakat di Malaysia.
(15 markah)

You might also like