You are on page 1of 10

MERANCANG AKTIVITI MEMBACA

I. Membaca Bersama

A. Pengenalan

Membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca
buku yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama
mengadap buku besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut
membaca bersama.

B. Tujuan

Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana
membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.

C. Hasil

Membaca bersama membentuk sikap positif kerana ;

1. Seronok
2. Membantu murid memahami buku
3. Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan
4. Memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik
5. Melibatkan murid secara aktif
6. Meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru
7. Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid
8. Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap
9. Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual
10. Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan

D. Sebelum Membaca

1. Guru tentukan
- apa yang hendak dibaca?
- mengapa buku itu dipilih untuk dibaca?

2. Pilih dua atau tiga buku besar supaya kanak-kanak biasa melihatnya

3. Tentukan objektif sesi. Fokusnya mungkin isi kandungan atau strategi


membaca.
- satu cerita
- satu topik
- satu tema
- pengarang
- bahasa - puisi, sastera, maklumat
- strategi membaca

4. Tentukan sebanyak mana hendak dibaca. Satu perenggan, satu bab,


keseluruhan teks

5. Galakkan murid
- lihat
- bercakap
- berkongsi
- meramal
6. Letakkan buku di atas kayu pemidang supaya boleh dilihat

7. Sekiranya murid belum pernah membaca teks, tunjukkan kulit buku dan
bincang judul serta ilustrasi

8. Minta murid mereka perkara yang akan dibaca

9. Sediakan perkataan atau pengetahuan asas untuk membantu murid


memahami teks.

10. Beritahu murid tujuan membaca.


Hari ini kita membaca ;
- supaya kita dapat cari perkataan berirama
- kerana cerita ini cerita jenaka
- untuk mengetahui mengenai katak bagi projek kita

E. Semasa Membaca

1. Baca teks sebaik mungkin dengan tidak berhenti bersoal jawab. Baca
mengikut nada dan intonasi membaca yang betul. Baca sehingga habis.

2. Ulang baca. Galakkan murid


- membaca bersama

F. Selepas Membaca

1. Dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat membaca
semula
- membaca sendiri

2. Berbincang dengan rakan

3. Menulis - inovasi teks


- kerja projek

4. Bentuk peta cerita

5. Buat rumusan / laporan

6. Tulis surat

7. Mendengar kaset – teks yang telah dibaca

8. Choral reading

9. Drama, teater pembaca

Murid digalakkan menjalankan sesi membaca bersama sendiri

G. Bahan

1. Buku besar untuk membaca bersama

2. Buku saiz biasa untuk membaca sendiri

3. Fiksyen
- jalan cerita yang jelas
- ilustrasi yang menarik dan dapat membantu teks
- bahasa berirama, berulang
- cerita tiada penamat (circle stories)

4. Bukan fiksyen
- format yang jelas untuk membantu penulisan
- terdapat tajuk, subtajuk, muka surat, isi kandungan, indeks, bibliografi
- rajah, graf, gambar foto, ilustrasi yang membantu teks

H. Maklumat Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa perlu diberitahu mengenai aktiviti membaca bersama. Ada baiknya ibu
bapa tahu bagaimana aktiviti ini dijalankan dan mengapa dijalankan. Ibu bapa
boleh diperkenalkan dengan aktiviti, dengan cara menjemput ibu bapa melihat
sesi ini dijalankan di kelas. Guru boleh berbincang mengenai apa yang dipelajari
oleh murid-murid dan proses yang dijalankan untuk murid-murid membaca.

I. Membuat Buku Besar Untuk Bilik Darjah

1. Buku besar akan digemari oleh pelajar

Ianya mempunyai banyak aktiviti yang berbeza bagi panduan membentuk


buku ini. Aktiviti ini memerlukan pelajar berbincang, menulis, bercerita
mengikut urutan yang betul dan mempersembahkan dalam teks yang asal.
Aktiviti ini juga memerlukan pengetahuan am untuk menyampaikan teks baru
yang lebih kreatif.

2. Pengalaman Bahasa

Pelajar diberi peluang untuk melengkapi pembentukan buku besar dengan


perkara yang mereka gemari semasa pembacaan bebas. Teks yang dibina
boleh disokong dengan gambar atau lukisan. Bentuk teks yang dihasilkan
boleh ditulis dalam bentuk rencana, contoh ;

- menceritakan dengan panjang lebar mengenai sesuatu temasya


- peraturan untuk membuat resepi, percubaan sains atau menyelesaikan
Masalah matematik
- laporan mengenai haiwan atau pembelajaran mengenai serangga

3. Bahan

- kertas untuk melakar tulisan


- kertas besar yang kosong (saiz 40 cm x 30 cm)
- pensil warna atau pen
- gambarajah (jika diperlukan)

4. Langkah-langkah

- Guru dan kanak-kanak berbincang penggunaan bahasa, menentukan


bagaimana untuk ditulis / dirakam dan penyambungan pembinaan teks

- Ulang dan sunting bersama. Guru menulis teks di atas kertas besar dan
kanan-kanak melukis gambarajah atau menambah lakaran di mana-
mana yang patut

- Mempamerkan muka surat itu, dalam urutan seperti carta atau lukisan
supaya ia boleh digunakan bersama dalam pembacaan sehingga kanak-
kanak menjadi biasa dengan teks itu
- Untuk membuat buku, kumpulkan muka surat ikut turutan dan tambah
kulit hadapan untuk ditulis nama pengarang, muka surat bersama isi
kandungan dan apa sahaja yang berkaitan

- Baca semula buku secara berulang-ulang (kerap kali) dan tinggalkan


kepada kanak-kanak untuk dibaca

- Buat banyak salinan dalam saiz buku untuk perpustakaan kelas

J. Penerangan Teks

1. Selepas kanak-kanak membaca teks bukan fiksyen dan catat dalam bahasa
yang berbeza mengikut struktur dan penerbitan yang digunakan dan
panduan membentuk buku besar dengan format yang sama

2. Bahan
- kertas untuk lakaran tulisan
- kertas kosong yang besar
- pensil atau pen warna
- gambarajah

3. Langkah-langkah
- Baca semua teks dengan menggunakan contoh
- Bincang dan lukis jadual / carta mengikut kebiasaan yang dapat
diperhatikan oleh kanak-kanak seperti isi kandungan muka surat, index,
bibliography dll
- Semak muka surat isi kandungan dan gunakan garis panduan untuk
membina buku besar dalam topik yang hampir sama seperti

Apa labah-labah kelihatan


Dimana labah-labah tinggal

- Kanak-kanak membuat penyelidikan untuk mendapatkan penerangan di


setiap perkara
- Guru dan kanak-kanak bersama membentuk teks dari penyelidikan
mereka. Ulang dan semak
- Pindahkan penerangan dalam kertas besar dengan menggunakan saiz
yang dicadangkan. Kanak-kanak boleh melakar teks yang sepadan
- Pamerkan mengikut siri dalam carta dinding. Baca berulang kali dan
bercakap mengenai bahasa yang digunakan dalam penerangan teks

- Kumpulkan muka surat dan bina buku besar bersama. Bincangkan


tempat, bentuk dan fungsi untuk disiarkan dalam berbagai kumpulan

II. Membaca Kepada Kanak-kanak


A. Pengenalan

Membaca kepada murid merupakan aktiviti yang sangat bernilai dan sepatutnya
menjadi program harian.Murid daripada semua peingkat umur akan dapat faedah
mendengar buku dibacakan didalam suasana yang kondusif. Guru bolehmemilih
buku yang dirasakan murid akan suka .Tujuan membaca ialah berkongsi teks
untuk hiburan dan juga bagi tujuan pembelajaraan yang tertentu.

B. Tujuan

Membaca kuat memberi peluang guru menentukan kecintaan kepada buku dan
membawa murid menghayat bentuk bahasa narrative, puisi atau maklumat.

C. Hasil

Membaca kepada murid akan membantu murid membentuk sikap positif melalui;

1. Merangsang untuk membaca


2. Merangsang imaginasi dan mencetus idea baru
3. Membaca adalah satu keseronokan
4. Contoh pembacaan yang baik
5. Mengenal perkataan baru
6. Mengenalkan pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen
7. Buku dan pengarang baru

D. Sebelum membaca

Beritahu murid mengapa bahan dipilih.

E. Semasa membaca

1. Jadikannya seronok
2. Baca sehingga hahis

F. Selepas membaca

1. Galakkan murid
- Bercakap
- Berfikir
- Berkongsi maklumat
- Membanding

2. Beri masa untuk membincang teks.

3. Lihat semula teks.

4. Beri teks kepada setiap murid supaya mereka dapat membaca sendiri.

G. Bahan

1. Buat kajian untuk menentukan tabiat membaca dan bahan yang digemari
murid- murid.

2. Perkenalkan murid kepada pelbawgai bahan bacaan


- Puisi
- Cerpen
- Cerita rakyat
- Fiksyen sejarah/ sains
- Artikel surat khabar/ majalah

H. Maklumat Ibu Bapa

Ibu bapa digalakkan membaca kepada anak-anak. Sediakan pelbagai bahan


bacaaan. Aktiviti membaca dirumah melibatkan seluruh keluarga (tiada
televisyen).Anak-anak mengikut contoh orang disekelilingnya. Ibu bapa perlu
memberi contoh yang baik.

III Membaca Berpandu


A. Pengenalan

Membaca berpandu ialah aktiviti membaca yang membolehkan guru memehati


kumpulan kecil (tidak lebih daripada 10 orang). Kumpulan ini membaca buku yang
ditentukan oleh guru. Guru memberi soalan,perkara perbincangan dan panduan.

B. Tujuan

1. Membentuk keyakinan memdapatkan maklumat dari buku.


2. Memudahkan perbincangan yang dapat membentuk kefahaman.
3. Menggunakan bahan untuk kemahiaran membaca yang tertentu.

C. Hasil

Guru dapat,

1. Melihat strategi yang digunakan oleh murid


2. Membantu murid membaca dengan tujuan
3. Membantu murid membuat renungan
4. Merangsang murid untuk membaca
5. Melihat reaksi murid kepada teks

D. Sebelum membaca

1. Guru tentukan
- Apa yang hendak dibaca
- Mengapa dibaca
2. Tentukan kumpulan untuk tujuan yang ditetapkan
3. Tentukan objektif pembacaaan
4. Pilih bahan bacaan yang sesuai
5. Bincangkan tujuan membaca.Beri bahan kepada setiap ahli kumpulan
6. Bincangkan kulit buku dan judul
7. Galakkan murid
- Lihat
- Bercakap
- Berkongsi
- Meramal
8. Sediakan pengetahuan asas yang dapat membantu murid memahami teks.

E. Semasa membaca

1. Baca teks bersama/ sendiri mengikut objektif pembacaan


2. Beri soalan dan murid membaca senyap untuk mencari jawapan. Murid yang
dapat menjawab dahulu diminta membuat soalan seterusnya.
3. Bincangkan teks melalui jawapan yang diberi
4. Bincangkan bagaimana untuk memahami teks
5. Bincangkan perasaan murid mengenai teks
6. Baca semula teks

F. Selepas membaca

1. Buat renungan
2. Bincang teks berpasangan
3. Buat peta cerita,peta minda
4. Cerita semula teks
5. Kerja projek
6. Choral reading
7. Drama
8. Dengar kaset mengenai teks

G. Bahan

Buku yang digunakan dipilih mengikut kebolehan murid membaca dan minat
mereka. Buku yang dipilih boleh memberi cabaran tetapi tidak terlalu sukar.Teks
perlukan buku yang sebenar.

H. Maklumat Ibu Bapa

Ibu bapa perlu di beri penerangan mengenai aktiviti membaca


berpandu.Sekiranya tidak dapat memjempu ibu bapa kesekolah,brosyer boleh
disediakan untuk pengetahuan ibubapa.

IV. Membaca Sendiri


A. Pengenalan

Kanak-kanak belajar membaca dengan melihat orang lain membaca.Tujuan


utama program mmbaca ialah untuk menghasilkan pembaca yang boleh
membaca sendiri.Semua kanak-kanak dari awal lagi perlu diberi peluang
membaca sendiri.

B. Tujuan

Kanak-kanak boleh

1. Berlatih dan membentuk keyakinan membaca.


2. Mencuba,menilai cara mereka membaca dan belajar daripada kesalahan.
3. Fokus kepada perkara yang meraka perlu latihan.

C. Hasil

Memastikan kanak-kanak

1. Ada masa untuk memilih buku.


2. Ada peluang untuk membaca semula buku yang mereka suka semasa
membaca bersama
3. Boleh memilih jenis buku dan pengarang yang mereka minati
4. Boleh belajar memilih teks mengikut kebolehan mereka.

D. Sebelum menentukan

1. Murid menentukan
- apa yang hendak dibaca
- mengapa membaca

2. Peranan guru
- menyediakan masa untuk membaca (USSR)
- memastikan banyak bahan bacaan
- beri masa untuk murid memilih buku
3. Galakkan murid
- melihat
- berfikir
- meramal
- menentukan bagaimana membaca

E. Semasa membaca

1. Baca teks.
2. Murid perlu melihat guru juga membaca.
3. Semua orang membaca.

F. Selepas Membaca

1. Buat renungan dan membuat catatan/ rekod dengan menghasilkan peta


minda. Aktiviti ini memerlukan murid melihat semula teks.
2. Berkongsi maklumat.

G. Bahan
Bahan untuk membaca sendiri boleh dipinjam daripada pusat sumber sekolah.
Guru memilih buku yang sesuai, beranika jenis dan mengikut tahap kebolehan
murid membaca.

H. Maklumat ibu bapa

Ibu bapa perlu memahami nilai sesi membaca sendiri dijalankan oleh semua ahli
keluarga.

1. Beri masa anak membaca sendiri tanpa diganggu.


2. Beri pujian dan galakan dan luangkan masa untuk berbincang mengenai
Buku yang dibaca
3. Beri buku sebagai hadiah.
4. Galakkan anak-anak;
- Baca buku pengarang yang diminati.
- Pergi ke pepustakaan selalu.
- Baca sebelum tidur.
- Bertanya mengenai buku yang mereka baca.

You might also like