You are on page 1of 8

KIT SEKOLAH

PENJAJARAN
KURIKULUM
BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN
SEMULA SEKOLAH
MODEL
PENJAJARAN
KURIKULUM
SEMASA KRISIS
PENJAJARAN KURIKULUM adalah penyusunan semula
kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan
hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi
keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan.
KANDUNGAN Dijajar untuk memberi fokus kepada standard kandungan & standard pembelajaran kritikal
dalam tempoh pelaksanaan kurikulum pembukaan semula sekolah
ASAS TAMBAHAN PELENGKAP
Pengetahuan, kemahiran dan nilai Pengetahuan dan kemahiran yang Pengetahuan, kemahiran dan nilai
asas yang perlu dikuasai murid berbentuk pengayaan kepada yang melengkap atau
untuk meneruskan pembelajaran pengetahuan asas mengharmonikan pengetahuan asas
ke peringkat seterusnya
Perlu dilaksanakan dengan •Boleh dilaksanakan menggunakan kaedah lain dengan bimbingan guru atau secara
bimbingan guru atau kendiri
menggunakan bilik/peralatan •Boleh dipelajari merentas subjek
khusus •Boleh dilangkau dan dilaksanakan kemudian tanpa menjejaskan konsep kandungan
PEDAGOGI Dirancang untuk mengambil kira kesesuaian kandungan pembelajaran, pentaksiran serta
kemudahan infrastruktur dan sumber yang ada
PENTAKSIRAN Dilaksanakan menggunakan standard prestasi melalui pelbagai mod pentaksiran bersesuaian
dengan PdP yang dijalankan

PEMBELAJARAN TERADUN
ibu bapa NGO
dalam luar
bilik bilik
darjah darjah
guru guru komuniti
PEMBELAJARAN TERADUN adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan teknik
pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai dan kedua-
duanya membentuk PdP yang berkesan.
PdP dalam bilik darjah PdP luar bilik darjah / pembelajaran di rumah
SECARA BERSEMUKA DALAM TALIAN PEMBELAJARAN
KENDIRI BERSTRUKTUR
Aktiviti pembelajaran dalam Aktiviti pembelajaran Aktiviti pembelajaran kendiri
bilik darjah secara secara dalam talian seperti berasaskan pembelajaran dan
bersemuka dengan guru telesidang, video kemahiran yang telah dipelajari
pengajaran dan lain-lain sebelum ini
Peranan sekolah dalam proses
penjajaran kurikulum

01 JK KURIKULUM SEKOLAH
Membaca surat makluman
Memuat turun DSKP yang
yang dikeluarkan oleh BPK
telah dijajarkan dan bahan
sokongan dari portal BPK di
http://bpk.moe.gov.my/
JK KURIKULUM SEKOLAH
Merangka jadual waktu
bersesuaian dengan mata 02
pelajaran yang dijajarkan
dan keperluan operasi
sekolah

03 PANITIA
Mengenal pasti keperluan
bagi setiap mata pelajaran
dan menyediakan
PANITIA infrastruktur bersesuaian
Mengenal pasti
kandungan mata 04 mengikut SOP yang
ditetapkan.
pelajaran yang terjejas
dan merancang RPT bagi
baki persekolahan yang

05
tinggal berdasarkan
kurikulum yang telah
dijajarkan
JK KURIKULUM SEKOLAH
Menjalankan pemantauan berstruktur secara berterusan bagi
memastikan pelaksanaan PdP di sekolah dan aktiviti
pembelajaran murid di rumah seperti yang dirancang
Membuat penambahbaikan dan meningkatkan mutu PdP di
sekolah dan pembelajaran di rumah
Memberi panduan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah
PdP dan penyediaan bahan pembelajaran bersesuaian
Peranan guru dalam proses
penjajaran kurikulum

Menganalisis kandungan 01
pembelajaran yang telah
terkesan akibat PKP Merujuk portal BPK di
http://bpk.moe.gov.my/
untuk mendapatkan
Merangka PdP bersemuka kandungan mata
atau tidak bersemuka
dengan mengambil kira: 02 pelajaran yang telah
dijajarkan.
kandungan kurikulum
yang dijajarkan;
keperluan murid;
jadual kelas;
operasi sekolah;
sumber yang ada.
03
Melaksanakan PdP 

PdP dalam bilik darjah PdP luar bilik darjah


/ pembelajaran di rumah

PEMBELAJARAN KENDIRI
SECARA BERSEMUKA DALAM TALIAN
BERSTRUKTUR
Aktiviti pembelajaran Aktiviti pembelajaran Aktiviti pembelajaran
dalam bilik darjah secara secara dalam talian kendiri berasaskan
bersemuka dengan guru seperti telesidang, video pembelajaran dan
pengajaran dan lain-lain kemahiran yang telah
dipelajari sebelum ini

Menentukan dan merancang pentaksiran


formatif atau sumatif yang bersesuaian.

04 Berkomunikasi dengan ibu bapa mengenai keperluan


murid untuk pembelajaran home-based.
PERSEDIAAN PDP BAGI
PEMBELAJARAN TERADUN
PEMBELAJARAN TERADUN
- kaedah pembelajaran yang menggabungkan PdP bersemuka dan tidak
bersemuka menggunakan medium yang sesuai dan kedua-duanya
membentuk PdP yang berkesan.
Dalam talian:
Aktiviti  yang menggunakan bahan pembelajaran secara dalam talian
seperti telesidang, video pengajaran dan lain-lain
Luar talian:
Aktiviti pembelajaran kendiri berstruktur yang berasaskan pembelajaran
dan kemahiran yang telah dipelajari dalam bilik darjah
DOKUMEN YANG PERLU ADA:
1. DSKP mata pelajaran yang telah dijajarkan yang dimuat turun dari
portal BPK di laman web: http://bpk.moe.gov.my/
2. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) untuk baki persekolahan 2020
3. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) / Individu (RPI)
4. Dokumen lain yang berkaitan dengan mata pelajaran
BAHAN BANTU MENGAJAR:
1. Bahan bantu mengajar secara bersemuka yang bersesuaian
2. Peranti dan capaian internet, jika menggunakan mod dalam talian
3. Platform digital seperti Google Classroom jika perlu
4. Medium komunikasi untuk berbincang dengan murid/ibu bapa
5. Capaian laman sesawang sekiranya ada
KIT PEMBELAJARAN MURID:
Contoh Bahan Dalam talian:
1. Video pengajaran dalam talian
2. Aktiviti interaktif dalam talian
Contoh Bahan Luar Talian:
1. Modul lengkap
2. Projek berbentuk eksplorasi
3. Senarai semak (checklist)
4. Nota / Latihan / Amali di rumah
Contoh Jadual Pembelajaran di Rumah
Tahun 5 Anggerik minggu ini

Hari Masa Mata pelajaran / Tugasan Medium


Isnin
Selasa
8.30 – 10.30 pagi
Waktu sendiri Matematik: Konsep Masa
SEKOLAH
O H
PJPK: Permainan Tradisional Google Classroom
Modul Kendiri

Rabu 3.00-5.00 petang


Waktu sendiri

N T
Sains: Kitaran Semulajadi
BI: Natural Disasters
(Find info for a poster)
Google Meet
Worksheet
Modul : Hantar gambar stensil

O
Waktu sendiri PSV: Stensilan melalui WhatsApp
Khamis 8.30-9.30 pagi Sejarah: Identiti Negara Kita TV Pendidikan & Latihan

Jumaat C10.30 – 12.30 tghari


Waktu sendiri
PI: Asas Ibadah
PM: Baik hati
BM: Penjodoh Bilangan
Jenis Pembelajaran: Bersemuka dalam talian
Jenis Pembelajaran: Pembelajaran Kendiri Berstruktur
Youtube & checklist amalan 
Modul Kendiri
Portfolio

Waktu sendiri: Murid bebas melengkapkan tugas mengikut jadual sendiri

Nota:
Tugasan di rumah yang dirangka perlulah mengambil kira faktor seperti:
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ingin dicapai
Kandungan modul / projek / aktiviti yang dapat memenuhi hasrat pembelajaran
Topik yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh murid di rumah
Masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran murid di rumah
Seko
lah a
mela nda
ksan
BAGAIMANA MERANGKA
peng akan
PEMBELAJARAN TERADUN
gilira
mur n
id? 

Rujuk portal BPK


Rujuk DSKP yang telah dijajarkan bagi mata pelajaran anda
di portal BPK di laman web: http://bpk.moe.gov.my/

Rangka PdP mengikut unit


Rangka PdP secara menyeluruh. Pastikan kandungan asas
diutamakan dahulu dan sisipkan kandungan tambahan dan
pelengkap mengikut kesesuaian.

Mengenal pasti PdP bersemuka dan tidak


bersemuka
Setelah merangka mengikut unit/topik, kenal pasti PdP yang
akan dijalankan secara bersemuka dan tidak bersemuka
mengikut kesesuaian unit/topik.

Mengenal pasti keperluan murid


Bincang dengan ibu bapa murid dan kenal pasti keperluan
murid. Sekiranya murid tidak mempunyai peranti atau
capaian internet, sediakan aktiviti pembelajaran kendiri
berstruktur dalam bentuk modul atau projek.

Pilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian


Pastikan pentaksiran formatif atau sumatif dapat dijalankan
dalam pelbagai situasi pembelajaran. Pilih kaedah
pentaksiran yang bersesuaian melalui tugasan yang diberi.
FAQ
FREQUENTLY
ASKED
QUESTIONS

Bagaimana sekolah boleh memastikan guru tidak


#1 terbeban dalam melaksanakan kurikulum dengan
baki persekolahan yang ada?
KPM telah menjajarkan kurikulum untuk semua mata pelajaran
bagi setiap peringkat persekolahan untuk disesuaikan dengan
tempoh persekolahan yang tinggal. Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah perlu merancang penjadualan yang bersesuaian
dengan keperluan mata pelajaran berdasarkan kurikulum yang
telah dijajarkan. KPM menyarankan agar pembelajaran teradun
dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah dalam tempoh ini.
 
Oleh itu, untuk memastikan guru tidak terbeban, pihak sekolah
perlu meneliti pembahagian bilangan waktu mengajar di
sekolah dan mengambil kira persediaan serta pelaksanaan
pembelajaran di rumah untuk setiap mata pelajaran.
Bagaimana pihak sekolah memastikan aktiviti
#2 pembelajaran murid di rumah dilaksanakan?
Pelaksanaan penjajaran kurikulum bergantung kepada
perancangan sekolah dalam memastikan PdP di sekolah dan
aktiviti pembelajaran di rumah dapat disempurnakan. Oleh itu,
pihak pentadbir sekolah perlu menjalankan pemantauan
berstruktur yang berterusan. Sebagai contoh, pihak sekolah
boleh menyediakan pelaporan pentaksiran bagi aktiviti
pembelajaran di rumah.
Bagaimana pihak sekolah boleh melibatkan ibu
#3 bapa / penjaga dalam melaksanakan kurikulum
bagi tujuan pembukaan semula sekolah?
Pihak pentadbir sekolah perlu merangka pelan komunikasi
yang berkesan menggunakan saluran komunikasi bersesuaian
berdasarkan panduan yang diberikan dalam Sarana Ibu Bapa.
Sekolah disaran untuk menggalakkan ibu bapa berbincang
dengan pihak sekolah sekiranya mereka menghadapi masalah
dalam menyokong pembelajaran murid di rumah.

You might also like