You are on page 1of 1

Kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah.

Aktiviti kokurikulum di sekolah


termasuklah persatuan, unit beruniform dan permainan. Ia biasanya dijalankan pada waktu petang
atau pada hari Sabtu.

Menyertai aktiviti kokurikulum dapat membantu kita mengisi masa lapang. Selalunya, aktiviti
kokurikulum dilaksanakan pada waktu petang iaitu selepas sesi persekolahan. Masa lapang pada
waktu ini dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti menyertai pasukan pengakap atau
kelab seni dan kebudayaan.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat merapatkan hubungan kita dengan rakan-rakan dan
guru-guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam persatuan, unit beruniform dan permainan
dilakukan secara berkumpulan atau berpasukan. Aktiviti berpasukan seperti permainan bola baling
atau bola jaring memerlukan kerjasama murid-murid untuk mencapai kemenangan.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat mengasah bakat murid-murid. Melalui aktiviti
yang dijalankan dalam kelab atau persatuan, kita dapat mencungkil bakat contohnya dalam bidang
nyanyian, tarian, puisi atau seni lukis.

Menyertai aktiviti kokurikulum juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi
pengalaman baharu kepada murid-murid. Banyak aktiviti yang mendatangkan faedah dalam pasukan
pengakap seperti mempelajari ikatan untuk membina peralatan, pengalaman berkhemah atau
melakukan khidmat masyarakat.

Aktiviti kokurikulum sangat penting dan banyak memberi kebaikan kepada murid-murid. Kita
perlu menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk meningkatkan kemahiran dan mengasah bakat
dalam pelbagai bidang.

You might also like