You are on page 1of 5

5.0.

1 Teori Pembelajaran Kognitif

Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati,


mengetahui dan memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka,
Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne
berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung
daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal,
pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran
menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan
kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Rekabentuk dalam perisian
PPBK adalah struktur kandungan aktiviti pembelajaran.

        Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai
struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam
proses pembelajaran. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang
bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi.Teori gestalt
menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam
pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya
bergantung kepada salah satu aspek yang utama. 

        Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.

        Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi
yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu
kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang.

        Dua orang psikologi Jerman iaitu Kohler & Koffka menggunakan
pendekatan kognitif bagi mengkaji bagaimana sesekor cimpanzi menyelesaikan
masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung
sangkarnya. Cimpanzi telah cuba untuk mendapatkan pisang tersebut namun
gagal. Cimpanzi tersebut telah menyusun kotak-kotak yang terdapat di
sangkarnya dan akhirnya ia berjaya memperoleh pisang tersebut. Menurut
Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam
hal ini cimpanzi yang cuba mendapatkan pisang. Inilah celik akal. Celik akal
adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan
unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri
menyelesaikan masalah.

        Bruner(1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses 


pengkategorisasi perkara-perkara atau benda-benda yang mempunyai ciri-ciri
yang sama.Konsep yang dinyatakan dikategori kepada tiga iaitu konsep
konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan. Konsep konjuntif merujuk
kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa atribut yang tergabung dan
tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan. Konsep disjuntif merujuk kepada
atribut-atribut yang tergabung dalam konsep itu boleh digunakan dalam situasi
ataupun situasi lain. Konsep hubungan pula merujuk kepada atribut-atribut dalam
konsep mempunyai hubungan khas di antara satu sama lain.

    Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi
yang dapat  menjelaskan cara perkembangan mental terjadi.

Skema

            Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan


pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur
mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan
pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan
maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana
individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai
struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi

            Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar


mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia
ada. Proses ini melibatkan:

a) sesuatu organisma makan makanan,

b) hadam makanan itu, dan

c) asimilasikan atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan


manusia.

Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi


pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan
bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu,
proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan
bantuan skema yang ada.
 

Akomodasi

           Akomodasi merupakan proses untuk meminda/menambah skema yang


ada atau  menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada
pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada
kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang
sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses
asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan.

1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu.

2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan baru itu dapat
disesuaikan.

Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.

Kesimpulan

Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran adalah perubahan


pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Ingatan manusia terbahagi kepada
dua  ciri penting iaitu maklumat yang ada dalam ingatan akan tersusun dan aktif.
Ingatan tidak menerima sebarang maklumat dengan begitu mudah sebaliknya
ingatan akan membuat sintesis terhadap maklumat, membuat pencarian dan
menyusunnya menjadi maklumat baru. Maklumat tadi disepadukan dengan 
pengetahuan serta disimpan dalam ingatan.

        Menurut Bell Gradler (1986), ingatan yang aktif membuat sintesis
melibatkan tiga proses iaitu pemerhatian (attention), mengekod (encoding) dan
penemuan(retrieval). Pemerhatian merujuk kepada proses memilih maklumat
yang diterima dari persekitaran. Mengekod merujuk kepada proses menterjemah
maklumat ke bentuk yang bermakna yang mudah diingati. Manakala penemuan
merujuk kepada proses mengenalpasti dan memanggil semula maklumat bagi
tujuan tertentu.  Oleh itu seseorang individu akan mudah memanggil semula
maklumat dari ingatan dan menggunakannya di situasi tertentu secara efektif.

5.2.1 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada strategi mengajar dalam satu kumpulan


kecil. Dalam kumpulan kecil ini pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai
kebolehan, di bawah  aktiviti pembelajaran yang terancang. Setiap ahlli
kumpulan bertanggungjawab untuk belajar tetapi juga membantu rakan-rakan
sekumpulan dalam pelajaran. Sifat kerjasama penting dalampembelajaran
koperatif. Penyelidikan banyak dibuat mengenai pembelajaran koperatif di mana
pembelajaran ini dapat membaiki pencapaian akademik, meningkatkan rasa
keyakinan dalam diri dan motivasi serta memupuk perasaan suka terhadap
sekolah dan rakan-rakan sekumpulan.

        Menurut Johnson & Johnson (1991) dan Salvin (1983) pelajar yang
bekerjasama  antara satu sama lain dalam satu kumpulan akan dapat belajar
dengan lebih baik dan mampu meningkatkan  prestasi masing-masing.

5.2.2 Pembelajaran Kobolaratif

Pembelajaran kolaboratif adalah satu pembelajaran di mana pelajar-pelajar


bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang tipikal atau komplek yang
memerlukan pencarian maklumat oleh pelajar. Interaksi di antara pelajar dan
bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru akan berlaku
ketika pembelajaran kolaboratif. Pelajar-pelajar ini akan membahagikan tugas-
tugas tertentu untuk  mencari maklumat bagi menyelesaikan masalah. Secara
tidak langsung pelajar akan membina pengetahuan yang lebih bermakna
berbanding dengan belajar secara individu. Pelajar-pelajar bekerjasama sebagai
satu kumpulan dalam menyelesaikan masalah. Kumpulan pembelajaran
kolaboratif akan berubah menjadi sekumpulan pelajar heterogenus yang berbeza
tahap kebolehan dan kepakaran.

        Menurut Schwartz, Black & Strange (1991) pelajar-pelajar yang bekerja
dalam satu kumpulan melalui proses pembelajaran bukan sebaliknya pasif
apabila mendengar penerangan guru. Pasangan pelajar yangbekerjasama
menunjukkan interaksi yang efektif. Begitu juga tiga atau lebih daripada tiga
orang pelajar. Kagan (1986) menyatakan bahawa pelajar yang saling bantu
membantu antara satu sama lain akan membina menyokong komuniti yang
meningkatkan prestasi setiap ahli kumpulan.

5.2.3 Pembelajaran Anjal (fleksibel)

Anjal membawa makna mudah berubah sama ada bertambah atau berkurangan.
Dalam pendidikan, masa belajar seseorang pelajar bergantung kepada
ketetapan jadual waktu belajar yang telah ditentukan oleh pentadbir sekolah.
Dalam PPBK, pelajar bebas, menggunakan PPBK mengikut keselesaan masa
pelajar. Pembelajaran anjal mengaitkan masa belajar pelajar.

5.2.4 Pembelajaran Aktif

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung, pelajar-pelajar


bukan setakat mendengar sahaja tetapi mereka mesti membaca, berbincang dan
terlibat dalam penyelesaian masalah. Pentingnya bagi pelajar-pelajar melibatkan
diri secara aktif.. Pelajar mesti terlibat dalam 'high order thinking', menganalisa
tugasan, sintesis dan menilai. Oleh itu pembelajaran aktif adalah satu bentuk
'instructional' aktiviti melibatkan pelajar melakukan tugasan dan memikir tentang
apa yang mereka lakukan.
5.2.5 Pembelajaran Reflektif

Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang
suka memikir, memerhati dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan
dalam alam sekitar. Dalam  pembelajaran reflektif, pelajar mempunyai ide sendiri, suka
memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan
kemahiran berfikir. Gaya-gaya pembelajaran reflektif ialah : 

mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.


suka menafsir dan menilai sesuatu perkara, keputusan serta membuat refleksi
kendiri.
berhati-hati dan sentiasa memikirkan pilihan dengan teliti.
belajar membuat kerja secara sistematik.
suka mencari hakikat sebenar.

5.2.6 Pembelajaran Penemuan Berpandu(Inkuiri-Penemuan)

Pembelajaran Inkuiri-Penemuan merupakan gabungan dua kaedah iaitu kaedah


inkuiri dan kaedah penemuan. Pembelajaran Inkuiri-Penemuan merangkumi
semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Kemahiran-
kemahiran seperti membuat perbandingan,  hipotesis, mengumpul maklumat
melalui pemerhatian, membuat rujukan atau melakukan eksperimen, mengkaji
dan menganalisis maklumat dan membuat generalisasi. Pembelajaran Inkuiri-
Penemuan melatih pelajar berusaha memperoleh jawaban bagi sesuatu
masalah. Dalam pembelajaran ini guru bertindak sebagai pembimbing yang
memandu pelajar ke landasan pembelajaran yang betul.

You might also like