You are on page 1of 7

TUGASAN KHAS FOR SEMESTER 2 SESI 2019/2020

SPECIAL ASSIGNMENT FOR SEMESTER 2 SESSION 2019/2020

Kod Kursus / Code : KPK3012

Nama Kursus / Course : KONSEP KESIHATAN DAN GAYA HIDUP SIHAT

Kumpulan / Group : A

Nama Pensyarah / Lecturer’s Name :

Nama Pelajar / Student’s Name :

No. Matrik / Matric No. :

Semester Semasa / Current Semester : 4

Program / Programme : AT59- ISMP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Fakulti / Faculty : FSSKJ

Jawapan soalan 1. (a)


i. Ahmad berisiko mengidap penyakit kronik.
ii. Mudah stress atau ketidak seimbangan perasaan.
iii. Cepat letih.
iv. Mengalami masalah gangguan pencernaan.
v. Peningkatan berat bandan yang menyebabkan obesiti.

Jawapan soalan 1. (b)

Langkah-langkah yang Ahmad boleh lakukan untuk mengubah tingkah laku beliau kepada
gaya hidup sihat :-

Langkah pertama Ahmad perlu sedar tentang pentingnya untuk hidup aktif dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Ahmad perlu sedar bahawa mengamalkan gaya hidup
sihat ini beliau dapat mencegah banyak jenis penyakit yang boleh menjadi masalah dalam
kehidupan sehari-harian Ahmad. Contoh penyakit yang akan timbul sekiranya kita tidak
hidup aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat adalah diabetes, darah tinggi, penyakit
jantung dan lain-lain. Apabila Ahmad sedar tentang pentingnya melakukan perkara ini, dia
akan lebih bersemangat untuk mengubah tingkah laku beliau. Oleh itu, sedar tentang
pentingnya hidup aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat ini boleh membantu Ahmad
dalam mengubah tingkahlakunya. 
Langkah kedua Ahmad perlu meletakkan komitmen yang tinggi dalam diri beliau
untuk berubah. Tanpa komitmen yang tinggi Ahmad sukar untuk mengubah tingkah laku
beliau kerana mengubah gaya hidup memerlukan komitmen yang tinggi. Contoh aktiviti yang
memerlukan komitmen dalam hal ini adalah bersenam dan mengubah pemakanan kepada
pemakanan sihat. Apabila Ahmad telah berkommitment, saya yakin setiap perubahan aktiviti
yang beliau lakukan beliau dapat lakukan dengan baik dan berterusan. Oleh itu, komitmen
sangat penting untuk mengubah tingkah laku diri kepada gaya hidup sihat dan lebih aktif.
Seterusnya, Ahmad perlu membuat persiapan untuk mengubah tingkah laku
beliau. Persiapan ini membawa maksud pengumpulan dan perancangan maklumat yang
teratur untuk aktiviti yang bakal dilakukan. Jadual senaman dan jadual pemakanan adalah
contoh pengumpulan dan perancangan maklumat yang bakal dilakukan untuk mengubah
tingkah laku kepada gaya hidup sihat. Apabila persiapan yang rapi telah dilakukan barulah
Ahmad dapat mengubah tingkah-lakunya secara terurus dan rapi. Oleh itu, pentingnya
persiapan ini untuk mencapai sesuatu matlamat seperti kita.
Selain itu, melakukan tindakan iaitu melakukan perkara-perkara yang telah
dirancang dengan berkomitment. Langkah ini adalah langkah yang sangat penting dijana
Ahmad perlu melakukan semua yang telah dijadualkan tanpa gagal bagi mendapatkan hasil
yang memberangsangkan. Ia mungkin sukar pada awalnya tapi saya percaya selepas fasa
adaptasi Ahmad mampu untuk teruskannya. Langkah ini amat ditekankan kerana langkah
keempat ini yang menentukan hasil yang akan diterima oleh Ahmad.
Akhir sekali, Ahmad perlu mengekalkan perkara yang dilakukan. Pada tahap ini
Ahmad Sudah mendapat hasil yang memberangsangkan daripada komitmen dan
perkara-perkara yang dilakukan. Hanya perlu mengekalkannya bagi mendapat hasil
yang berkekalan dan berterusan. Jika seseorang itu telah mengubah tingkah lagunya
kepada gaya hidup sihat tidak mustahil untuk beliau kembali seperti asal berlaku. Oleh
itu, pengekalan gaya hidup sihat hanya Ahmad yang dapat tentukan dan lakukan untuk
mengekalkannya. 
Soalan 2:
Antara prinsip-prinsip latihan kecergasan yang Dani perlu ambil perhatian semasa
merancang program latihan tersebut adalah:-

Prinsip ansur maju, ansur maju ini merujuk kepada peningkatan tahap kesukaran kepada
latihan yang dilakukan secara beransur-ansur. Beban kerja hendaklah bertambah dari masa
ke semasa berdasarkan tempoh latihan yang ingin dilakukan yang ditetapkan. Contoh, pada
minggu pertama pelanggan Dani hanya mampu melakukan 8 bangkit tubi satu set, maka
Dani menetap kan satu set bangkit tubi sebanyak 6 kali untuk 3 set. Selepas empat minggu
pertama Dani meningkat kan kadar ulangan bangkit tubi sebanyak 5 set. Peningkatan beban
latihan itu seharusnya secara ansur maju agar atlet tidak cedera dan mendapat hasil yang
memberangsangkan.
Seterusnya, adalah prinsip beban lebih dalam latihan. Prinsip ini membawa maksud
kadar intensiti latihan yang dilakukan perlu melebihi tahap kemampuan atlet agar
mendapatkan kesan. Dalam prinsip ini jenis latihan bebanan perlulah spesifik kepada
kompeten kecergasan apa yang hendak dibina oleh Dani. Contohnya, pelanggan ingin
menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama pelanggan ingin meningkat kan
kekuatan otot agar dapat membantu beliau dalam pekerjaan beliau. Oleh itu, prinsip beban
lebih ini sangat penting semasa ingin merancang program latihan.
Selain itu, prinsip kekhususan juga antara prinsip yang sangat penting dalam
merancang program latihan. Prinsip ini merujuk kepada jenis latihan yang berfokus kepada
satu komponen kecergasan atau kemahiran khusus sahaja. Dalam kes Dani, dia hanya
perlu memfokuskan kepada pengurangan berat badan pelanggannya secara sihat,
sebarang perubahan matlamat pelanggan Dani perlu dipastikan agar dapat difokuskan
dalam latihan. Oleh itu, prinsip kekhususan ini penting agar matlamat sesuatu program
latihan dapat dicapai.
Disamping itu, prinsip kepelbagaian perlu ditekankan. Prinsip ini menyatakan program
latihan yang dirancang perlu mempunyai kepelbagaian aktiviti dalam sesi yang ditetapkan.
Kepelbagaian ini secara spesifik merujuk kepada variasi sesuatu aktiviti dalam komponen
kecergasan yang ditetapkan. Sebagai contoh,  latihan untuk meningkat kan kekuatan otot
perut adalah bangkit tubi, Russian Twist atau side plank. Oleh itu, pelanggan tidak bosan
dengan latihan yang dilakukan kerana bervariasi.
Akhir sekali perbezaan individu perlu diambil berat. Dalam sesuatu program latihan
mestilah bersifat spesifik ataupun bersifat individu untuk matlamat, tujuan, fisiologi, motivasi,
objektif, genetik dan persekitaran. Ini kerana setiap individu mempunyai perbezaan yang
tidak akan pernah sama secara seratus peratus. Contohnya, walaupun matlamat pelanggan
Dani ini sama dengan pelanggan lain sebelumnya, program latihan tidak boleh disamakan
kerana secara genetiknya mereka berlainan. Jika program latihan disamakan hasil daripada
program itu pastikan kurang memberangsangkan tidak memuaskan pelanggan Dani.
Jawapan Soalan 3:
a) Huraikan kesan amalan gaya hidup Gary terhadap kesihatan fizikal dan mental.

Kesan seks rambang terhadap kesihatan secara fizikal dan mental:-


Daripada seks rambang masalah mental yang berkemungkinan Gary hadapi adalah
masalah ketagihan seks. Di mana tanpa perhubungan seks beliau akan merasakan depresi
dan mudah marah. Oleh itu secara kesihatan mental ia tidak baik untuk jangka masa
panjang. 
Selain itu, secara fizikalnya Gary berkemungkinan akan dijangkiti penyakit kelamin.
Sebagai contoh, HIV, herpas gentile, dan lain-lain lagi. Penyakit kelamin ini akan
menunjukkan gejala seperti gatal, bengkak, dan kemerahan-merahan di bahagian kelamin.
Oleh itu, ia akan memburukkan keadaan fizikal Gary di masa hadapan. 
 
Kesan meminum alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan secara fizikal dan
mental:-
Kemudaratan meminum alkohol secara berlebihan kepada sistem saraf dan otak di
mana ia akan mengganggu kesihatan mental. Antara contoh masalah mental adalah
kecelaruan tingkah-laku dan fikiran, kemurungan dan lebih teruk lagi kecenderungan untuk
membunuh diri. Oleh itu secara kesihatan mental ia tidak baik untuk Gary. 
Selain itu, secara fizikalnya Gary akan mengalami loya, cirit-birit dan muntah-muntah.
Apabila meminum alkohol terlalu banyak, ia kan menjadi toksik dalam badan yang
menyebabkan kegagalan fungsian organ-organ dalam badan Gary. Lebih teruk lagi,
kematian juga boleh berlaku disebabkan kegagalan fungsian pada organ-organ dalam
badan. Oleh itu, tabiat meminum alkohol secara berlebihan ini sangat mempengaruhi
kesihatan fizikal Gary. 

Kesan pengambilan pil Ekstasi terhadap kesihatan secara fizikal dan mental:-
Kesan pengambilan pil ekstasi secara kesihatan mental adalah masalah Psikiatri.
Antara contoh masalah Psikiatri adalah paranoia iaitu mempunyai syak wasangka yang
tinggi, dan mudah berhalusinasi. Perkara ini amat merisaukan di mana seseorang itu
berkemungkinan untuk melakukan perkara-perkara yang membahayakan dirinya di mana
disebabkan kesan pil ekstasi tersebut. Oleh itu secara kesihatan mental pil ekstasi ini akan
memudaratkan Gary. 
Selain itu, secara fizikalnya Gary menghadapi masalah kerosakan jantung, kerosakan
otot dan juga suhu meningkat. Apabila menggunakan pil ekstasi, ia akan menyebabkan
denyutan jantung lebih pantas daripada biasa yang boleh menyebabkan kerosakan pada
jantung. Manakala kerosakan otot mungkin berlaku disebabkan daripada melakukan
sesuatu aktiviti fizikal secara terus menerus tanpa rehat dan ini memudaratkan otot dan juga
tulang. Oleh itu, pengambilan pil ekstasi ini seharusnya tidak boleh untuk semua golongan di
negara kita. 
    

b) Antara gaya hidup sihat yang sepatutunya Gary amalkan adalah:-

Mengamalkan pemakanan sihat. Gary sepatutnya mengurang kan pengambilan makanan


dan minuman yang memudaratkan seperti minuman arak yang mempengaruhi kesihatan
Gary. Contoh penyakit yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat adalah darah tinggi,
kencing manis dan sebagainya.
Selain itu, beriadah secara konsisten. Di mana beriadah dapat membantu meningkat
kan kecergasan badan seseorang. Apabila kecergasan seseorang baik mereka dapat
mengurang kan risiko penyakit seperti strok, kencing manis dan sebagainya. Contoh riadah
yang boleh Gary lakukan adalah berlari, bersukan, dan aerobik. 
Disamping itu, mendapatkan tidur yang cukup. Gary kena pastikan mendapat tidur
yang mencukupi setiap hari bagi mendapat tahap kesihatan yang baik. Tidur kena teratur
dan tidak berlebihan barulah dikategorikan sebagai amalan hidup sihat.
Seterusnya, mengamalkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan
kesihatan sebaiknya dilakukan sekali setahun bagi memastikan keadaan seseorang itu masi
berada pada tahap yang sihat. Jika mempunyai masalah kesihatan sedia ada, kekerapan
untuk pemeriksaan kesihatan perlu diperbanyakkan.
Akhir sekali, tidak merokok. Merokok berkemungkinan akan mendapat lebih daripada
40 jenis penyakit yang ada. Antara kesan merokok adalah ia menjejaskan sel-sel tisu yang
berada di tubuh badan manusia. Oleh itu, dengan tidak merokok kita dapat mengurang kan
kabarangkalian untuk mendapat penyakit lain.

You might also like