You are on page 1of 1

Write Up From ILPKB For 55 Years Of ILJTM

Sejarah ILP Kota Bharu bermula pada tahun 1987 apabila


bermulanya kerja pembinaan kompleks institute ini di atas tapak seluas 10
hektar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Memulakan pengambilan pertamanya pada bulan Julai 1889, seramai 80
pelajar melibatkan 2 kursus sahaja iaitu Kimpalan dan Automotif. Kini
institut yang telah dirasmikan pada 31 Julai 1990 oleh DYMM Sultan
Kelantan telah melaksanakan 11 program latihan kemahiran melibatkan 8
bidang teknikal. ILP Kota Bharu telah memperolehi persijilan MS ISO
9001:2008 daripada pihak SIRIM serta mendapat pengiktirafan daripada
MQA bagi program Diploma yang sedang dijalankan.

Selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa, prasarana


ILPKB telah dipertingkatkan dengan penambahan blok bengkel, asrama,
dewan kuliah utama dan lain-lain pada setiap pelaksanaan RMK oleh
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia yang boleh
memberi latihan kepada 700 orang pelajar pada satu-satu masa. ILP Kota
Bharu yang merupakan satu-satunya ILJTM dinegeri Kelantan ini, kini
begitu sinonim dengan masyarakat negeri CikSiti Wan Kembang ini kerana
peranannya sebagai penyedia latihan kemahiran serta penglibatan institut
dalam pelbagai khimat sosial, pertandingan kemahiran & innovasi dan
kerja amal yang digerakan oleh warga institut.

Kini tahun 2019, genaplah operasi 30 tahun ILP Kota Bharu yang
telah melatih dan melahirkan lebih 13000 orang pelajar sejak tahun 1989.
Dibawah pentadbiran 10 orang pengetua atau pengarah yang silih bertukar
ILPKB kini merupakan pilihan utama belia lepasan sekolah, pekerja industri
dan masyarakat negeri Kelantan untuk menjalani latihan kemahiran
sepenuh masa dan kursus separuh masa.

You might also like