You are on page 1of 20
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Ministry Of Education Malaysia) BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Telefon: +603-8884 6000 (Talian Umum) (Human Rosource Management Division) Faks +603-8888 6292 ARAS 3-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E Laman web = http:iivaw.moe.gov.my PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA, Ruj. Kami: KPM.500-8/1/2 (6) Tarikh =: 30 Jun 2020 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN SECARA BERSEMUKA SEMASA PANDEMIK COVID-19 Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2, Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Program Latihan Secara Bersemuka Semasa Pandemik COVID-19 yang disediakan sebagai rujukan kepada semua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program latihan secara bersemuka semasa pandemik COVID-19. 3. Garis Panduan ini hendaklah dipatuhi dan dijadikan rujukan bagi Ketua Jabatan serta Urus Setia yang menguruskan program latihan secara bersemuka tertakluk kepada perubahan dan arahan semasa Kerajaan. Pada masa yang sama, KPM amat menggalakkan pembelajaran secara dalam talian dengan menggunakan platform yang bersesuaian. 4. Garis Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Prosedur Operasi Standard (SOP)/arahan/peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, fermasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 5. Atas perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/Dr./Tuan/Puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, | Jo (HAMDAN BIN PUTEH) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia s.k.: KSU KPPM TKSU (Pengurusan) TKSU (Perancangan dan Pembangunan) TKPPM (Operasi Sekolah) TKPPM (Pembangunan Profesionalisme) TKPPM (Dasar dan Kurikulum) SENARAI EDARAN: 10. 1. 12. 13, 14, Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Pengarah Institut Aminuddin Baki Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Setiausaha Bahagian Bahagian GENIUS Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24, 25. 26. 27. 28, 29. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah Lembaga Peperiksaan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Setiausaha Bahagian Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Ketua Akauntan Bahagian Akaun Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Aset Pengarah Bahagian Matrikulasi 30. Ketua Unit Unit Audit Dalam 31. Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat 32. Penasihat Undang-Undang Unit Undang-Undang 33. Ketua Unit Integr Unit Integriti Agensi 34. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 35. Ketua Pengawai Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan 36. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku 37. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia 38. Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Jabatan 39. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 40. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 41, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak 42. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51 52. 53, 54. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Pengarah Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya KPM.500-8/1/2 (86) ‘es KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN SECARA BERSEMUKA. SEMASA PANDEMIK COVID-19 TUJUAN 1. Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program latihan secara bersemuka semasa pandemik COVID-19. TAKRIFAN 2. Bagi maksud pemakaian Garis Panduan ini, i. “Program Latihan Secara Bersemuka” merujuk kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersemuka di antara jurulatih dan peserta program yang merangkumi_ aktiviti pembelajaran secara teori dan amali termasuklah seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan dan ceramah; KPM.500-8/1/2 (86) ii. “Urus Setia” merujuk kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan menganjur, mengurus dan memantau pelaksanaan sesuatu program latihan bersemuka; iii. “Premis Latihan” merujuk kepada tempat melaksanakan latihan seperti bilik atau dewan; dan iv. “Ketua Jabatan” merujuk kepada Setiausaha atau Pengarah Bahagian dan Jabatan. LATAR BELAKANG 3. Program latihan dan pembangunan merupakan aspek penting dalam membangunkan kompetensi pegawai dan memastikan prestasi kerja di tahap yang terbaik. Dalam keadaan negara yang sedang berada dalam fasa pemulihan akibat pandemik COVID-19, kecekapan pegawai perkhidmatan awam merupakan antara elemen utama yang mampu mempengaruhi pertumbuhan ekonomi melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan. 4. Program latihan secara bersemuka merupakan salah satu kaedah utama latihan dan pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan di KPM. Dalam hubungan ini, adalah penting bagi program latihan secara bersemuka dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat. 5. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan ini dirangka sebagai rujukan kepada Bahagian/Jabatan/Agensi dalam melaksanakan program latihan secara bersemuka semasa pandemik COVID-19 serta memastikan aspek KPM.500-8/1/2 (86) kesihatan dan keselamatan sentiasa diutamakan dan diberi perhatian dalam aktiviti latihan. SKOP GARIS PANDUAN 6. Garis Panduan ini memperincikan keperluan, mekanisme pelaksanaan dan pematuhan yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan program latihan secara bersemuka semasa pandemik COVID-19. la perlu dibaca bersama dengan Prosedur Operasi Standard (SOP)/arahan/peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KEPERLUAN 7. Dalam usaha memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam program latihan secara bersemuka, aspek-aspek yang disenaraikan dalam Garis Panduan ini perlu diberi perhatian. 7.4 Bilangan Peserta 7.1.1. Bilangan maksimum peserta adalah tidak melebihi 250 orang mengikut kapasiti premis latihan dengan mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter di antara peserta. KPM.500-8/1/2 (86) 7.2 Keperluan Umum 7.21 72.2 7.2.3 Pemantauan Suhu Badan a) Semua peserta termasuk Urus Setia dan penceramah perlu melalui pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis latihan. b) Peserta yang menunjukkan suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala tidak boleh dibenarkan memasuki premis latihan dan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan. c) Person Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan mengikuti program latihan Pemakaian Pelitup Muka a) Semua peserta, Urus Setia dan penceramah digalakkan memakai pelitup muka sepanjang tempoh latihan berjalan. Penggunaan Hand Sanitizer a) Hand sanitizer perlu disediakan di pintu masuk ke premis latihan. Semua peserta, Urus Setia dan penceramah mesti membersihkan tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer setiap kali memasuki premis latihan. KPM.500-8/1/2 (86) 7.2.4 Penggunaan Peralatan a) Perkongsian penggunaan peralatan perlu diminimumkan bagi mengurangkan risiko jangkitan. b) Peserta digalakkan untuk membawa_peralatan peribadi semasa berkursus. c) Peserta digalakkan untuk membuat disinfeksi kuman ke atas peralatan masing-masing. 7.2.5 Penjarakan Sosial a) Peserta perlu diminta mengekalkan jarak satu (1) meter di antara individu sepanjang masa program latihan berjalan dan tidak berjabat tangan atau bersentuhan. b) Peserta tidak dibenarkan —berkumpul atau mengadakan mass gathering. 7.3. Susun Atur Premis Latihan 7.3.1 Premis Latihan a) Urus Setia perlu memastikan semua keperluan yang dinyatakan dalam Garis Panduan ini boleh dipenuhi dalam mempertimbangkan pemilihan premis latihan. 7.3.2 Laluan Keluar dan Masuk a) Laluan keluar dan masuk perlu dihadkan kepada satu (1) laluan sahaja. KPM.500-8/1/2 (86) b) Urus — Setia bertanggungjawab memastikan pemantauan ke atas keluar dan masuk peserta ke premis latihan bagi memastikan ia sentiasa teratur. 7.3.3 Susun Atur Tempat Duduk a) Susun atur tempat duduk peserta perlu mematuhi prosedur penjarakan sosial dengan jarak satu (1) meter di antara setiap peserta. b) Cadangan susun atur tempat duduk adalah seperti di Lampiran. 7.3.4 Disinfeksi (Disinfection) dan Pembersihan a) Premis latihan perlu menjalani proses disinfeksi dan pembersihan sebelum dan selepas program latihan dilaksanakan. 7.4 Aktiviti 7.4.1. Semua_aktiviti melibatkan sentuhan fizikal atau perkumpulan secara rapat adalah tidak dibenarkan. 7.4.2 Aktiviti yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti perbincangan kumpulan boleh dilaksanakan. Urus Setia perlu. memastikan pematuhan kepada prosedur penjarakan sosial sepanjang sesi perbincangan kumpulan berjalan. KPM.500-8/1/2 (86) 7.4.3 Latihan amali atau hands-on boleh dilaksanakan dengan mematuhi prosedur penjarakan sosial. 7.5 Pendaftaran Peserta dan Pengesanan Kontak 7.5.1 Maklumat peserta merangkumi nama, tempat bertugas dan nombor perhubungan perlu direkodkan bagi setiap sesi latihan untuk rujukan Urus Setia. 7.5.2 Peserta diwajibkan mendaftar secara imbasan kod QR melalui aplikasi_ MySejahtera selain daripada pendaftaran bagi rekod penganjur. 7.5.3. Penilaian latihan juga perlu dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya. 7.6 Makan dan Minum 7.6.1 Makan dan minum disediakan secara berbungkus (pack food) untuk setiap peserta dan makan dalam kedudukan penjarakan serta tidak berkumpul semasa makan. 7.6.2 Makan dan minum secara bufet adalah dilarang sama sekali. KPM.500-8/1/2 (86) 7.6.3 Sekiranya terdapat premis berasingan untuk peserta makan dan minum, Urus Setia juga bertanggungjawab memastikan perkara 7.6.1 dipatuhi. 7.7. Penginapan Tedd 7.7.2 7.7.3 7.74 Bagi program latihan secara bersemuka yang menyediakan kemudahan penginapan, Urus Setia bertanggungjawab memastikan hanya peserta yang benar-benar memerlukan penginapan sahaja menginap di asrama. Peserta tidak dibenarkan berkongsi_bilik sekiranya perlu menginap. Saringan suhu badan perlu dilakukan semasa pendaftaran masuk ke asrama dan setiap kali peserta kembali ke asrama selepas program. Peserta yang menunjukkan suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala perlu diasingkan di bilik sakit, diberikan pelitup muka dan dihantar ke pusat kesihatan/hospital untuk rawatan. Peserta wajib mematuhi semua arahan dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama termasuk sentiasa mengamalkan penjarakan_sosial sepanjang berada di asrama. Penggiliran pemantauan KPM.500-8/1/2 (86) oleh Urus Setia boleh dibuat bagi memastikan aspek ini sentiasa dipatuhi 7.7.8 Untuk makan dan minum di asrama, Urus Setia juga bertanggungjawab memastikan perkara 7.6.1 dipatuhi. MEKANISME PELAKSANAAN 8. Dalam melaksanakan Garis Panduan ini, Urus Setia adalah bertanggungjawab untuk merujuk kepada SOP/arahan/peraturan yang sedang berkuat kuasa dan telah ditetapkan oleh pihak MKN, JPA dan KKM. 9, Pelaksanaan Garis Panduan ini juga adalah tertakluk kepada penetapan oleh MKN di mana program latihan secara bersemuka tidak dibenarkan di zon yang diisytiharkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada semua aspek yang dinyatakan dalam Garis Panduan ini. Perhatian juga perlu diberikan kepada SOP/arahan/peraturan yang sedang berkuat kuasa dan telah ditetapkan oleh pihak MKN, JPA dan KKM. KPM.500-8/1/2 (86) PERTANYAAN 11. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan ini bolehlah dirujuk kepada: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 3-5, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p.: Cawangan Latihan dan Kompetensi) No. Telefon : 03-8884 7960/7967/7952 Faks : 03-8884 7925 PEMAKAIAN DAN PENGUATKUASAAN 12. Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan. Garis Panduan ini hendaklah dipatuhi dan dijadikan rujukan bagi Ketua Jabatan dan Urus Setia yang menguruskan program latihan secara bersemuka di semua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPM dalam tempoh penularan pandemik COVID-19, tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada arahan Kerajaan. 43. Dalam keadaan di mana terdapat kekeliruan atau percanggahan di antara Garis Panduan ini dengan SOP/arahan/peraturan yang sedang berkuat kuasa dan telah ditetapkan oleh pihak MKN, JPA dan KKM, maka ketetapan oleh MKN, JPA dan KKM adalah terpakai dan mengatasi Garis Panduan ini. KPM.500-8/1/2 (86) 14. Bagi yang berkaitan operasi di sekolah, sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah bertarikh 3 Jun 2020 dan SOP/arahan/peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh KPM. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia 26 Jun 2020 KPM.500-8/1/2 (86) LAMPIRAN CADANGAN SUSUN ATUR TEMPAT DUDUK PESERTA. 1. Susun Atur Bentuk U — peserta duduk dalam jarak satu (1) meter antara satu sama lain. 2. Susun Atur Bentuk Bilik Kursus (i) ~ peserta duduk dalam jarak satu (1) meter antara satu sama lain dan meja dijarakkan sekurang-kurang 1.5 meter. 12 KPM.500-8/1/2 (86) 3 4. Susun Atur Bentuk Bilik Kursus (ii) — peserta duduk menggunakan meja banquet dengan jarak satu (1) meter antara satu sama lain dan meja dijarakkan sekurang- kurang 1.5 meter. a ‘Susun Atur Bentuk Bilik Kursus = peserta duduk menggunakan meja bulat bersaiz 60 — 66 inci dengan jarak satu (1) meter antara satu sama lain. Meja dijarakkan sekurang-kurang 2.5 meter satu sama lain. 13 KPM.500-8/1/2 (86) 5. Susun Atur Bentuk Bilik Kursus (iv)- bagi penggunaan meja bulat yang lebih besar (72 inci ke atas) dengan jarak satu (1) meter antara satu sama lain. Meja dijarakkan sekurang-kurang 2.5 meter satu sama lain, 14

You might also like