You are on page 1of 3

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,
serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal - Ayat Majmuk Gabungan

a) Idayu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.


b) Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Idayu dan Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.


a) Fareeza seorang pelajar yang garang.
b) Fareeza seorang pelajar yang ganas.

Fareeza seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.


a) Ain masuk ke dalam bilik.
b) Ain tidur.

Ain masuk ke bilik lalu tidur.


a) Naqiuddin memandang saya.
b) Naqiuddin ketawa.

Naqiuddin memandang saya sambil ketawa.


a) Arash mahu minum kopi?
b) Arash mahu minum teh?

Arash mahu minum kopi atau teh?


Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

1. Kami suka akan rumah yang kecil. Kami suka akan rumah yang selesa. 
2. Kanak-kanak itu menjerit. Kanak-kanak itu lari. 
3. Dia bernyanyi. Dia menari dengan rancaknya. 
4. Budak itu sedang berlari. Budak itu adik saya. 
5. Nenek sedang memasak nasi. Dia baru sahaja datang dari kampung. 
6. Guru itu baru berpindah ke sini. Dia mengajarkan Matematik kepada pelajar
Tingkatan Lima. 
7. Buku itu tebal. Buku itu buku revisi Bahasa Melayu SPM. 
8. Kebun kelapa itu luas. Kebun kelapa itu terletak di sepanjang jalan raya itu. 
9. Penduduk kampung itu sedar. Kampung mereka akan mengalami banjir kilat. 
10. Keluarga itu berpindah ke dewan orang ramai. Keluarga itu ingin mengelakkan
diri mereka daripada bencana banjir. 

You might also like