You are on page 1of 15

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN


UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada masyarakat di Malaysia

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


NUR FARAH AIN BINTI ABD SHUKOR D20191087242
KUMPULAN KULIAH F
NAMA PENGAJAR EN. FAIZ BIN IDRIS

PENERANGAN MARKA
H
KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PENYUNTINGAN /4
JUMLAH KESELURUHAN /30
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 1.0 Pengenalan 1
2 2.0 Perenggan isi

2.1Memudahkan maklumat diperoleh dalam kalangan

guru dan pelajar sekolah.

2.2 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil 2-4

pembelajaran.

2.3 Sebagai alat bantu mengajar.

2.4 Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam

Kalangan tenaga pengajar dan pelajar.


3 Kesimpulan 5
4 Rujukan
1

1.0 Pengenalan

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah sangat penting dalam menuju ke

arah dunia yang moden. Teknologi maklumat dan komunikasi dapat dedifinisikan

sebagai teknologi yang membantu menghasilkan, memanipulasi, menyimpan,

berkomunikasi dan menyebarkan maklumat yang melibatkan teknologi komputer.

Selain itu, perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi di dunia

melambangkan satu revolusi digital yang telah mengubah cara masyarakat berfikir.

Menurut Juriah Long, Janabee Md Kassim dan Zaiani Mahbar(2013), “Ledakan

teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan perubahan drastik dalam sistem

pendidikan yang penggunaan TMK/ICT telah dilibatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran”(ms .259). Oleh hal yang demikian, penggunaan TMK/ICT sangat

penting terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di IPTA dan sekolah.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini membuka lebih banyak

peluang kepada pelajar dan pendidik untuk meneroka maklumat dan pengetahuaan.

Perkembangan teknologi maklumat ini juga telah menyebabkan pengaruh media sosial

digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat

sekolah mahupun di IPTA (Mohd.Noorhadi Mohd Yusof dan Zurinah Tahir,2017,ms.2).

Oleh itu, terdapat beberapa peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran kepada masyarakat di Malaysia.


2

2.0 Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP)

2.1 Memudahkan maklumat diperoleh dalam kalangan guru dan pelajar sekolah.

Antara peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran(PdP) ialah dapat memudahkan maklumat diperoleh dalam kalangan guru

dan pelajar sekolah. Ini adalah kerana, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

merupakan satu rangkaian elektonik yang dapat memudahkan guru dan pelajar sekolah

memperoleh maklumat. Menurut Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad

Zubir Ahmad dan Abd.Rahman Hj.Abd Aziz,(2005) “Dalam konteks pendidikan masa

kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan satu rangkaian elektonik

untuk mencari maklumat, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan

menyampai maklumat secara efektif, efisien, pantas dan meluas bagi membantu proses

P&P”(ms.2). Misalnya, penggunaan kaedah E-learning dalam pendidikan membolehkan

pelajar dan guru memperoleh informasi dan maklumat dengan mudah secara atas talian.

Keadaan tersebut dapat memudahkan kerja para guru dan pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan dan pentadbir sekolah boleh berkongsi maklumat-

maklumat yang berguna untuk sebarang urusan seperti surat-menyurat, faksimili,

pesanan suara dan telefon. Penggunaan e-mel berasaskan web pula memudahkan pihak

pengurusan sekolah menerima mesej dan maklumat daripada pihak-pihak tertentu

seperti Kementerian Pelajaran dan sekolah-sekolah yang lain supaya menjadi lebih

lancar dan cepat (Lokman Muhd Tahir et al,2010,ms. 171). Dengan penggunaan TMK

tersebut, ianya dapat memberi manfaat kepada setiap urusan di sekolah dan setiap

proses yang dilakukan akan menjadi lebih cepat dan jelas. Kesannya, setiap masalah

yang berlaku dapat diselesaikan.Tegasnya, penggunaan TMK sememangnya dapat

memudahkan penerimaan maklumat dalam kalangan guru dan pelajar dengan cepat dan
3

mudah.

2.2 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil

pembelajaran. Hal ini adalah kerana, TMK mampu menarik minat para pelajar dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pendidik dapat pelbagai

alternatif atau teknologi yang mampu meraih perhatian kepada para pelajar. Menurut

pandangan Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohsin dan Razali Hassan,(2011) “Tenaga

pengajar dapat membuat persiapan dan bersiap sedia dengan lebih awal dalam

menjalankan proses (PdP). Tambahan lagi, pengajar dapat menjimatkan masa dan

tenaga menyediakan bahan mengajar.”(ms. 87). Sebagai contoh, “streaming video”

merupakan salah satu medium utama dalam proses P&P dan sebagai salah satu alternatif

bagi memastikan pensyarah dan pelajar menjana perspektif pendidikan berteknologi dan

inovatif pada abad ke-2(Mohd.Noorhadi Mohd Yusof & Zurinah Tahir,2017, ms.4).

Kesannya, pelajar akan dapat memahami dan menyelesaikan topik yang sukar apabila

menggunakan teknologi tersebut. Oleh itu, pendidik atau para pelajar perlulah

memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan hasil pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Sebagai alat bantu mengajar

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga dapat digunakan sebagai alat bantu

mengajar dalam proses PdP. Ini adalah kerana, penggunaan TMK menjadikan proses

PdP lebih berkesan dan menarik terhadap pelajar. Nur Amalina Ramli (2015)

menyatakan bahawa strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan

potensi dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam

kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming,


4

pembelajaran ICT mahupun matapelajaran lain (ms .4). Selain itu, tenaga pengajar

boleh menggalakkan pelajar menggunakan “slideshow” untuk melakukan

pembentangan dalam sesuatu topik . Keadaan ini akan melahirkan pelajar yang lebih

kreatif dan dapat mengembangkan potensi serta bakat pelajar. Seterusnya “Kahoot!”

juga dapat digunakan untuk berfikir dengan pantas serta menguji tahap kefahaman

pelajar. Oleh itu, penggunaan TMK sememangnya dapat dijadikan sebagai alat bantu

mengajar yang dapat membolehkan proses PdP berjalan dengan lebih berkesan.

2.4 Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dalam kalangan tenaga pengajar dan

pelajar.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga merupakan salah satu

usaha bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan tenaga pengajar dan

pelajar. Ini adalah kerana, alat pemudah komunikasi amat penting jika pembelajaran

dilakukan secara atas talian. Zamri Mahamod (2012) menyatakan bahawa guru dan

pelajar dapat berkomunikasi dengan baik kerana adanya TMK yamg memudahkan

proses P&P dijalankan. Seterusnya segala urusan pemberitahuan dan penghantaran

tugasan antara guru dan pelajar dapat dilakukan dengan segera menerusi TMK kerana

kini semuanya hanya dihujung jari (ms.258). Sebagai contoh, guru dapat mengakses

segala tugasan pelajar tersebut dengan cepat. Oleh itu, TMK dapat meningkatkan

kemahiran komunikasi sekiranya dilaksanakan dengan betul dan memenuhi syarat iaitu

mempunyai prasarana yang mencukupi.


5

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pelbagai usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan bagi memastikan

teknologi maklumat dan komunikasi ini dipelajari dan digunakan oleh masyarakat

terutamanya dalam bidang pendidikan. Mastura Binti Osman (2014) menyatakan

bahawa ini merupakan usaha kerajaan mempertingkatkan penggunaan komputer dalam

bidang pendidikan dengan harapan supaya dapat melahirkan generasi muda yang celik

komputer dan sentiasa peka dalam perkembangan teknologi semasa. Pengintegrasian

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukan perkara mudah.Tambahan lagi,

Pengintegrasian ICT dalam P&P terdapat dua aspek iaitu aspek pengajaran iaitu guru

dan manakala aspek pembelajaran iaitu pelajar (ms.1). Oleh itu, kerjasama semua pihak

amatlah diharapakan bagi menghidupkan dan mengaplikasikan teknologi dalam

kehidupan seharian masyarakat.


Rujukan

Juriah Long, Jainabee Md Kassim, Zaini Mahbar. (Eds.). (2013). Pemerkasan Sistem

Pendidikan: Pembangunan Modal Insan Dan Jati Diri Kebangsaan. Bangi,

Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd Rahman, M.Al-Muzammil Yassin & Phoon Ai

Ling.(2010). Penilaian guru sekolah rendah terhadap peranan guru besar sekolah

sebagai pemimpin teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Journal of Educators

and Education,25,169-188.

Mastura Binti Osman. (2014). Kesan Penggunaan Google Earth Dalam

Pembelajaran Peta Mata Pelajaran Geografi. Master Dissertation.

Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof dan Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan

Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. ℮- Bangi: Journal of

Social Sciences and Humanities, 12(3), 2.

Nur Amalina Binti Ramli. (2015). Keupayaan Pemikiran Logik Dalam Kalangan

Pelajar. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohamad Mohsin., (2011). Pengajaran dan Pembelajaran

berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad

ke-21.Diakses dari

http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_berasas

kan_streaming_video.pdf

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P Dalam Pendidikan. Tanjong Malim,

Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Lampiran

Lampiran 1 : Jurnal atas talian


Lampiran 2 : Buku Bercetak
Lampiran 3: Tesis/ disertasi Bercetak
Lampiran 4: Tesis/ disertasi atas talian
Lampiran 5 : Tesis/ disertai Bercetak
Lampiran 6 : Buku bercetak
Lampiran 7: Jurnal atas talian

You might also like