You are on page 1of 14

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN


UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

PENULISAN ILMIAH
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
HANI SYAHIRAH BINTI RUMAIZU D20191087240
KUMPULAN KULIAH F
NAMA PENGAJAR ENCIK MOHD. FAIZ BIN IDRIS
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 ISI KANDUNGAN I
2 1.0 PENGENALAN 1
3 2.0 KEBAIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2
DAN KOMUNIKASI
2
2.1 MEMUDAHKAN MAKLUMAT
DIPEROLEH DALAM KALANGAN
GURU DAN PELAJAR SEKOLAH
2-3
2.2 MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN
KEBERSANAN HASIL
PEMBELAJARAN
3-4
2.3 SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR
4
2.4 MENINGKATKAN KEMAHIRAN
KOMUNIKASI DALAM KALANGAN
TENAGA PENGAJAR DAN PELAJAR
4 3.0 KESIMPULAN 5
5 RUJUKAN 6
6 LAMPIRAN 7-12

I
1.0 PENGENALAN

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi di dunia

melambangkan satu revolusi digital yang telah mengubah cara masyarakat

berfikir. Menurut Juriah Long, Jainabee Md Kassim et. al (2013) ledakan

teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan perubahan drastik dalam

sistem pendidikan yang penggunaan TMK/ICT telah dilibatkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, et. al

(2005), “Dalam konteks pendidikan masa kini, teknologi maklumat ICT

merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan,

memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, efisien, pantas

dan meluas bagi membantu proses (PdP). Teknologi maklumat dan komunikasi

merupakan sistem yang penting pada abad ini. Pelbagai sektor menggunakan

sistem ini untuk meningkatkan daya kerja termasuk sektor pendidikan. Oleh itu,

dasar-dasar pendidikan negara dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan

kurikulum pendidikan selari dengan perkembangan pesat terutama dalam bidang

teknologi. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ini, pihak sekolah terutama guru-

guru memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan dasar tersebut.

1
2.0 Kebaikan Teknologi dan Komunikasi melalui sistem Pengajaran dan

Pembelajaran (Pdp) dalam kalangan pelajar di Malaysia.

Terdapat pelbagai kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi melalui sistem

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan pelajar di Malaysia.

2.1 Memudahkan maklumat diperoleh dalam kalangan guru dan pelajar

sekolah.

Teknologi maklumat ( ICT) merupakan satu rangkaian elektronik yang dapat

memudahkan guru dan pelajar sekolah memperolehkan maklumat. Penggunaan

ICT dalam pendidikan, penyampaian maklumat dapat dilakukan secara efektif,

efisien, pantas dan meluas bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran

(PdP). Sebagai contoh, penggunaan kaedah E-Learning dalam pendidikan

membolehkan pelajar dan guru memperoleh informasi dan maklumat dengan

mudah secara dalam talian. Melalui kaedah E-Learning guru dapat membantu

pelajar membuat sesuatu seperti meneliti, memproses dan mengaplikasikan

informasi. Penggunaan teknologi maklumat sememangnya dapat memudahkan

penerimaan maklumat dalam kalangan guru dan pelajar dengan cepat dan mudah.

2.2 Meningkatkan Kecekapan dan Kebersanan hasil pembelajaran.

Penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dapat meningktakan kecekapan dan keberkesanan hasil

pembelajaran. Tenaga pengajar dapat membuat persiapan dan bersedia dengan

lebih awal dalam menjalankan proses (PdP). Menurut pandangan Siti Faizzatul

Aqmal Binti Mohamad Mohsin dan Razali Bin Hassan, (2011) tenaga pengajar

dapat menjimatkan masa dan tenaga menyediakan bahan mengajar. Penggunaan

2
“streaming video” dapat menjimatkan masa tenaga pengajar dalam memberi

kefahaman kepada pelajar mengenai sesuatu topik yang sukar. Tenaga pengajar

tidak perlu membuang masa dengan menggunakan papan hitam untuk mencatat

dan melukis gambar rajah. Nur Amalina Ramli (2015) menyatakan bahawa

pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar untuk

berkomunikasi dan mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam

dan seterusnya boleh diaplikasi dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang

boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah,

simulasi, kerja secara berkumpulan semasa belajar dalam matapelajaran ICT

mahupun matapelajaran lain. Hal ini dapat membantu guru dan pelajar

menggunakan teknologi dengan cara yang berkesan.

2.3 Sebagai alat bantu mengajar

Teknologi maklumat (ICT) juga dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar

dalam proses (PdP). Bahan bantu mengajar seperti proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dapat dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting

bagi mencorakkan modal insan yang dilahirkan. Pengurusan (PdP) yang dinamis

dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan

baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang

lebih mampan serta penyebaran maklumat. Penggunaan ICT menjadikan proses

(PdP) lebih berkesan dan menarik terhadap pelajar. Tenaga pengajar boleh

menggalakkan pelajar menggunakan “slideshow” untuk melakukan

pembentangan dalam sesuatu topik. Selain itu, guru dapat melahirkan pelajar

yang lebih kreatif dan inovatif dengan mengembangkan potensi dan bakat pelajar.

Sebagai contoh, aplikasi “Kahoot!” juga dapat digunakan untuk melaksanakan

3
kuiz bagi memantapkan kecekapan pelajar untuk berfikir dengan pantas serta

menguji tahap kefahaman pelajar. Menurut Zamri Mahamod (2012) guru dan

pelajar dapat berkomunikasi dengan baik kerana adanya alat bantu mengajar

seperti ICT yang memudahkan proses (PdP) dijalankan. Segala urusan

pemberitahuan dan penghantaran tugasan antara guru dan pelajar dapat dilakukan

dengan segera kerana kini semuanya hanya berada di hujung jari. Oleh itu,

penggunaan ICT sememangnya dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang

dapat membolehkan proses (PdP) berjalan dengan lebih berkesan.

2.4 Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Tenaga Pengajar

dan Pelajar.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu

usaha bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan tenaga pengajar

dan pelajar. Teknologi dan komunikasi adalah sebagai peranti pemudah

komunikasi antara guru dan pelajar bagi tujuan melancarkan proses (PdP). Guru

dan pelajar dapat memberikan serta menerima tugasan yang diberikan dengan

lebih jelas. Pelajar dapat menghantar segala tugasan yang diberikan melalui emel

atau aplikasi mudah alih yang lain dengan cepat dan mudah. Oleh itu, guru dapat

menerima tugasan pelajar dengan mudah dan cepat. Penggunaan ICT

sememangnya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan tenaga

pengajar dan pelajar sekiranya dilaksanakan dengan betul dengan memenuhi

syarat iaitu mempunyai prasarana yang mencukupi.

4
3.0 Kesimpulan

Teknologi maklumat dan komunikasi telah membuktikan bahawa sistem

tersebut amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai usaha dan

inisiatif yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memastikan teknologi

maklumat dan komunikasi ini dipelajari dan digunakan oleh masyarakat

terutamanya dalam bidang pendidikan. Pengintegrasian penggunaan komputer

dalam bidang pendidikan bukan perkara yang mudah. Pengintegrasian ICT dalam

(PdP) terdapat dua aspek iaitu aspek pengajaran iaitu guru dan manakala aspek

pembelajaran iaitu pelajar (Mastura Binti Osman,2014). Kerjasama antara semua

pihak amatlah diharapkan bagi menhidupkan dan mengaplikasikan teknologi

dalam kehidupan seharian masyarakat.

5
RUJUKAN

Juriah Long, Jainabee Md Kassim, Zaini Mahbar. (Eds.). (2013). Pemerkasan Sistem

Pendidikan: Pembangunan Modal Insan Dan Jati Diri Kebangsaan. Bangi, Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mastura Binti Osman. (2014). Kesan Penggunaan Google Earth Dalam

Pembelajaran Peta Mata Pelajaran Geografi. Master Dissertation. Tanjong Malim,

Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof dan Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan

Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. ℮- Bangi: Journal of

Social Sciences and Humanities, 12(3), 2.

Nur Amalina Binti Ramli. (2015). Keupayaan Pemikiran Logik Dalam Kalangan

Pelajar. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohamad Mohsin, (2011). Pengajaran dan Pembelajaran

berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad ke-

21. Diakses dari

http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_berasaska

n_streaming_video.pdf

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P Dalam Pendidikan. Tanjong Malim,

Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

6
Lampiran

Lampiran 1: Jurnal Dalam Talian

7
Lampiran 2: Buku Bercetak

8
Lampiran 3: Tesis/ disertasi Bercetak

9
.

Lampiran 4: Tesis/ disertasi atas talian

10
Lampiran 5 : Tesis/ disertai Bercetak

11
Lampiran 6: Buku bercetak

12

You might also like