You are on page 1of 4

3.

1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang metadologi yang digunakan untuk mengumpul data
kajian berkaitan perbandingan tahap kebimbangan bagi atlet olahraga SMK Merotai
Besar dalam kejohanan olahraga peringkat MSSDT. Metadologi kajian merangkumi reka
bentuk kajian, populasi & sampel kajian, instrument kajian, pentadbiran instrument ujian,
kajian rintis, prosedur pengumpulan data serta kaedah analisis data. Kajian ini adalah
tertumpu kepada perbandingan tahap kebimbangan dalam pertandingan sebelum dan
selepas pertandingan bagi atlet olahraga SMK Merotai Besar yang menyertai kejohanan
olahraga.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk diskriptif dengan menggunakan kaedah soal
selidik untuk mengukur tahap kebimbangan atlet olahraga SMK Merotai Besar sama ada
rendah, sederhana atau tinggi dan melihat perbandingan mengikut peringkat iaitu sebulan
sebelum pertandingan, seminggu sebelum pertandingan dan selepas pertandingan.
Dengan itu, subjek akan menjawab kali dengan soal selidik yang sama.

3.3 Populasi & Sampel Kajian

Sampel bagi kajian terdiri daripada atlet olahraga yang akan menyertai satu kejohanan
olahraga peringkat MSSDT. Sampel kajian dipilih secara rawak iaitu seramai 40 orang
atlet yang kesemuanya terdiri daripada atlet lelaki dan perempuan yang berlainan
kategori umur dan acara. Sampel akan menjawab soal selidik yang diberikan sebanyak
tiga kali setiap seorang mengikut peringkat.
3.4 Instrumen Kajian

Untuk menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan borang soal selidik Sport
Compotition Anxiety Test (SCAT) yang direka oleh Martens (1977) hasil adaptasi
daripada State-Trait Anxiety Inventory (STAI) yang dikemukan oleh Speilberger (1970).

Sebelum borang soal selidik SCAT digunakan, ia telah diubahsuai dari Bahasa
Inggeris ke Bahasa Melayu dengan cara translate re translate. Kaedah ini dilakukan
dengan memberikan salinan instrumen asal kepada seorang guru yang pakar dalam dwi
Bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang akan menterjemahkan instrument
tersebut ke dalam Bahasa Melayu. Langkah seterusnya, instrument yang telah diterjemah
tadi akan diberikan pula kepada seorang lagi guru yang pakar dalam kedua-dua bahasa
(Melayu dan Inggeris) untuk diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Inggeris dengan
tanpa merujuk kepada instrument asal. Instrumen yang telah diterjemahkan kali kedua
tadi akan dibandingkan dengan instrument asal untuk diteliti agar tiada perbezaan dari
segi maksud oleh kedua-dua orang guru tadi bersama pengkaji sebelum digunakan.

SCAT direkabentuk khas untuk mengukur tahap kebimbangan bagi seseorang


atlet dalam situasi pertandingan. Pemilihan instrumen ini adalah bersesuaian untuk kajian
yang dijalankan, memandangkan penggunaan yang meluas dalam kajian terhadap
kebimbangan di kalangan atlet Amerika dan Eropah. Borang soal selidik ini juga adalah
self administrering dan boleh ditadbirkan sama ada secara individu ataupun kumpulan.
Masa utuk menjawab soalan daripada soal selidik ini juga tidak dihadkan dan biasanya ia
boleh diselesaikan dalan masa lima hingga 10 minit sahaja. Arahan-arahan yang lengkap,
ringkas dan jelas disertakan dalam soal selidik ini.

SCAT mengandungi 15 item situasi atau soalan di mana setiap item diberikan
skor mengikut respon yang dipilih oleh subjek. Hanya 10 item sahaja diuji sebenarnya,
iaitu item nombor 2, 3, 5, 6, 8, 9, 11, 12, 14 dan 15. Manakala item palsu pula adalah
nombor1, 2, 7, 10 dan 13. Item nombor 2, 3, 5, 8, 12, 14 dan 15 menunjukkan pandangan
negative dan diberi skor seperti berikut:

Respon Skor
Tidak Pernah 1
Kadang-kadang 2
Selalu 3

Item nombor 6 dan 11 pula menunjukkan pandangan positif dan diberi skor yang
songsang (reverse order) iaitu:

Respon Skor
Tidak Pernah 3
Kadang-kadang 2
Selalu 1

Jumlah skor yang berada di bawah 17 menunjukkan tahap kebimbangan yang


rendah, seterusnya skor 18 hingga 24 menunjukkan tahap kebimbangan yang sederhana
dan skor yang berada di atas 25 menunjukkan tahap kebimbangan yang tinggi.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam kajian ini borang soal selidik SCAT digunakan untuk melihat perbandingan tahap
kebimbangan atlet olahraga SMK Merotai Besar dalam kejohanan olahraga peringkat
MSSDT. Borang soal selidik yang bertujuan menguji tahap kebimbangan atlet di
peringkat pertandingan telah diberikan kepada subjek mengikut peringkat iaitu satu bulan
sebelum pertandingan dan satu minggu sebelum pertandingan. Sebelum responden
menjawab soal selidik satu sesi penerangan dibuat untuk memastikan soal selidik dijawab
dengan sempurna. Tujuan sesi penerangan diadakan bagi memastikan subjek menjawab
sola selidik mengikut arahan yang telah ditetapkan dan secara ikhlas tanpa paksaan.
Borang tersebut dikutip semula sebaik sahaja responden selesai melengkapkannya.
3.6 Kaedah Analisis Data

Berdasarkan maklumat-maklumat daripada soal selidik yang telah ditadbirkan data


tersebut dikumpul dan dikodkan. Selepas itu, jumlah skor dipindahkan ke borang koding
(coding sheets) untuk memudahkan kemasukan data ke adalam computer. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunkan perisisan computer ‘Statistical Package For
The Social Sciences’ (SPSS).

3.7 Rumusan

Secara kesimpulannya, bab ini menghuraikan metadologi kajian yang digunkan


sepanjang kajian ini dijalankan. Aspek yang telah dibincangkan adalah reka bentuk
kajian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan
kaedah analalisis data. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang menggunakan
satu borang soal selidik sebagai instrument kajian iaitu borang soal selidik SCAT. Kajian
ini tertumpu kepada satu populasi iaitu atlet olahraga SMK Merotai Besar yang
menyertai kejohanan olahraga peringkat MSSDT.

You might also like