You are on page 1of 4

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN KEPADA PROSES PENYELIDIKAN

Proses penyelidikan bermula apabila sifat ingin tahu ada dalam diri seseorang indidvidu bagi
mengetahui apa yang berlaku terhadap sesuatu yang menarik minat seperti sesuatu peristiwa,
keadaan, dan objek (Shuib, Perumal, & Lee, 2013). Proses penyelidikan merupakan satu proses
yang melibatkan individu, organisasi dan masyarakat dalam penyelidikan boleh berlaku apabila
seseorang mula mengumpul maklumat yang diperlukan, menjawab persoalan – persoalan
tertentu dan dapatmembantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, organisasi
atau masyarakat. Proses yang baik ialah proses saintifik atau proses bersistematik. Penyelidikan
yang berkesan perlulah mengikut langkah – langkah seperti mengenal pasti masalah,
membangunkan persoalan kajian, sorotan literatur, falsafah dan pendekatan penyelidikan, reka
bentuk penyelidikan, pengumpulan data, pemprosesan dan analisa data dan rumusan dan laporan.
Berikut adalah penerangan bagi langkah-langkah bagi proses penyelidikan :

Mengenalpasti Masalah

Sorotan / Kajian Literatur

Falsafah dan Pendekatan


Penyelidikan

Rekabentuk Penyelidikan

Pengumpulan Data

Memproses dan Menganalisis Data

Rumusan Dan Laporan


Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah
Langkah pertama yang perlu dilakukan dalam menjalankan penyelidikan adalah dengan
mengenalpasti masalah ataupun situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan
penyelidikan bagi mendapatkan penyelesaiannya. Punca masalah boleh diperolehi dari pelbagai
sumber seperti media cetak dan elektronik, jurnal dan buku yang berkaitan dengan tajuk
penyelidikan, pengalaman individu serta melalui konsep, teori, elemen yang hendak dikaji oleh
penyelidik berdasarkan pengalamannya dan perbincangan antara induvidu juga kumpulan.

Langkah 2 : Merangka Soalan Kajian


Langkah seterusnya dalam proses penyelidikan adalah merangka sebanyak mana soalan-soalan
kajian. Soalan-soalan kajian timbul adalah sebagai satu garis panduan kepada pencarian literatur,
pengumpulan data, analisis dan rumusan sesuatu penyelidikan. Semua persoalan yang timbul
tidak dapat dipenuhi keseluruhannya kerana biasanya bergantung kepada kos dan waktu yang
telah ditetapkan bagi menyiapkan sesuatu penyelidikan itu.

Langkah 3 : Sorotan / Kajian Literatur


Sorotan kajian adalah merupakan satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik tertentu.
Ianya berbentuk penulisan ilmiah seperti jurnal, monograf, buku akademik mahupun laporan
penyelidikan. Langkah ini dapat memberi peluang kepada para penyelidik mempelajari atau
sebagai rujukan dari pengalaman yang dimiliki oleh penyelidik lain di samping dapat
memperbaiki kaedah-kaedah yang pernah digunakan. Oleh yang demikian, kemajuan akan dapat
dicapai sekiranya kaedah dan cara yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dibuat
penambahbaikan. Dalam langkah ini perkara yang perlu diutamakan adalah kawasan atau tajuk
yang hampir sama.

Sorotan kajian dapat memberi penjelasan mengenai perkara yang diketahui dan perkara yang
perlu diketahui berkenaan topik yang dipilih. Selain dari itu ianya dapat memberi garis panduan
kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji serta menjelaskan istilah-istilah
yang digunakan di dalam kajian. Pengkaji juga dapat lebih memahami penemuan-penemuan
awal yang mungkin kadang kala berlainan dengan apa yang sepatutnya. Oleh itu, pengkaji
dengan mudah dapat menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang bersesuaian
dengan penyelidikan.

Langkah 4 : Falsafah penyelidikan dan pendekatan


Langkah keempat adalah bagi meramalkan terhadap kemungkinan dapatan di dalam
penyelidikan dan biasanya dibentuk selepas sesuatu objektif penyelidikan ditentukan. Langkah
ini bertujuan meramalkan hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah selain dinyatakan
secara jelas, terang dan logik, spesifik serta khusus agar boleh menjadi sebagai panduan kelak.

Langkah 5 : Reka Bentuk Penyelidikan


Langkah kelima adalah reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam memastikan hala tuju
penyelidikan berada di landasan yang betul. Terdapat dua jenis reka bentuk penyelidikan iaitu
kuantitatif dan kualititatif.

Langkah 6 : Pengumpulan data


Langkah pengumpulan data ini memerlukan kaedah persampelan terlebih dahulu. Biasanya
penyelidikan kualitatif akan menggunakan jenis data yang berbentuk imej, perkataan dan objek
manakala penyelidikan kuantitatif akan menggunakan data berbentuk nombor dan statistik.

Langkah 7 : Memproses dan menganalisis data


Perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam langkah ini adalah bagaimana kaedah yang
perlu digunakan dalam penyediaan data sama ada analisis secara kualitatif dan kuantitatif. Data
perlu diterjemahkan dan diubah suai mengikut analisis yang bersesuaian.

Langkah 8: Rumusan dan laporan


Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah penyelidikan,
penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar penyelidikannya boleh dikongsi
oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan.
Laporan akhir membentangkan keseluruhan projek penyelidikan dan bermula daripada isu
kajian, sorotan literature, metodologi penyelidikan, dapatan kajian, analisa data dan rumusan.
Bagi memastikan sesuatu penyelidikan Berjaya, pengkaji haruslah :
i) Mendapatkan maklumat yang terbaru dan terkini,
ii) Mendapatkan maklumat dari mereka yang mempunyai banyak maklumat berkenaan
sesuatu situasi dan prospek teknologi,
iii) Mengenal pasti pengkaji lain yang membuat penyelidikan yang sama,
iv) Mengenal pasti kejayaan dan kegagalan pengkaji lain dalam keadaan yang sama.
Faktor yang menggugat proses penyelididkan adalah seperti berikut:
i) Sindrom metodologi yang terbaik.
ii) Tanggapan dengan dapatan kajian dapat menyelesaikan semuamasalah.
iii) Mereka bentuk soalan yang tidak pasti.
iv) Permasalahan kajian yang tidak dinyatakan dengan jelas.
v) penyelidikan yang dipolitikkan.

You might also like

  • 1 SM PDF
    1 SM PDF
    Document18 pages
    1 SM PDF
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet
  • Jurnal Org Asli 2 PDF
    Jurnal Org Asli 2 PDF
    Document15 pages
    Jurnal Org Asli 2 PDF
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet
  • Jurnal 9
    Jurnal 9
    Document14 pages
    Jurnal 9
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet
  • Jurnal 3
    Jurnal 3
    Document12 pages
    Jurnal 3
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet
  • Docx
    Docx
    Document14 pages
    Docx
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet
  • Georafi Folio
    Georafi Folio
    Document10 pages
    Georafi Folio
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet
  • PLC PBD
    PLC PBD
    Document1 page
    PLC PBD
    Jamuna Batumalai
    No ratings yet