You are on page 1of 2

NO.

SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATUK WILSON UGAK ANAK KUMBONG
[ HULU RAJANG ]

TARIKH : 15 JULAI 2020 (RABU)

SOALAN NO. 26

Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status projek pembangunan


semula sekolah daif di Sarawak terutama sekolah-sekolah yang terletak
di kawasan Hulu Rajang.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu bagi tahun


2016 sehingga 2020, sejumlah RM1.388 bilion telah diluluskan untuk
projek menaik taraf dan pembangunan semula 291 buah sekolah daif di
negeri Sarawak. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf atau
membina bilik darjah, asrama, bangunan pentadbiran dan kemudahan
lain.

Sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 167 projek telah siap, dengan 158
projek telah dikeluarkan Certificate of Completion and Compliance
(CCC)/Certificate of Partial Occupancy (CPO) dan sembilan (9) projek
lagi sedang dalam proses mendapatkan CPO. Di samping itu, sebanyak
49 projek masih dalam pembinaan, 13 projek dalam proses perolehan
dan 62 projek berada dalam fasa pra bina.

1
NO. SOALAN: 26

Bagi kawasan Parlimen Hulu Rajang, terdapat lapan (8) sekolah yang
terlibat dalam projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif
dengan kos berjumlah RM66.6 juta.

Sehingga 30 Jun 2020, satu (1) projek telah siap iaitu SK Long Gang,
dua (2) projek dalam pembinaan iaitu SK Nanga Sempili dan SK Abun
Matu manakala baki 5 projek iaitu SK Ulu Kakus, SK Sg Tunoh, SK
Airport, SK Keling dan SK Ng Oyan dalam peringkat prabina.

Sekian, terima kasih.

RJM 01

You might also like