You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN EWA

07000 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.


NO. TEL / FAX : 04-9591726
Email: skewalangkawi08@gmail.com
“KEDAH GEMILANG”

Ruj. Kami : SKE600-01/11


Tarikh : 3 JULAI 2017

Ibu bapa/Waris/Penjaga
Pelajar-pelajar Tahun 1 hingga 5
Sekolah Kebangsaan Ewa
Langkawi

Tuan/Puan,

HARI INTERAKSI WARIS

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Ewa akan mengadakan Hari Interaksi Waris pada :

Tarikh : 6 Julai 2017 (Khamis)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kelas Tahun 1 hingga 5
SK Ewa

3. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa/waris/penjaga dijemput hadir ke sekolah untuk
berinteraksi/berbincang dengan guru kelas dan guru subjek mengenai perkembangan
pembelajaran anak-anak tuan/puan serta menandatangani slip keputusan peperiksaan mereka.
Tuan/puan dibenarkan membawa anak/jagaan tuan/puan balik selepas majlis tersebut.

Diharap mendapat perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


Jawatankuasa Induk Kurikulum
SK Ewa

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM KALI KEDUA 2017

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 12 Jun 2017 (Isnin)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Ewa

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Perutusan Pengerusi


3.2 Mengesah dan membentangkan minit yang lalu
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Analisis ujian 1
3.5 Pelan Intervensi Panitia (Tahun 2 hingga 6)
3.6 Laporan Panitia
3.7 PSS/Linus/Pemulihan/PBS/Pra/PLC/Bimbingan Kaunseling
3.8 PKB
3.9 Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan adalah diharapkan.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(MOHD. RAZALI BIN SAID)
Guru Besar
SK Ewa
Ruj. Kami: SKE.LDP/2017(4)
Tarikh : 10 MEI 2017

Tuan Pengurus
Galeria Perdana Langkawi
Kampung Kilim
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

Tuan,

MOHON MENGGUNAKAN AUDITORIUM

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa gabungan tiga buah sekolah, SK Ewa, SK Kuala Teriang
dan SK Nyior Chabang akan mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan pada :

Tarikh : 13.5.2017 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Cadangan
Tempat : Auditorium Galeria Perdana

3. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan kami
menggunakan auditorium untuk tujuan tersebut.

Semoga mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(MOHD. RAZALI BIN SAID)
Guru Besar
SK Ewa

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi


Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
Lebuh Dahlia
07000 Kuah, Langkawi
Kedah Darul Aman

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN SEMINAR

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa gabungan tiga buah sekolah, SK Ewa, SK Kuala Teriang
dan SK Nyior Chabang akan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan Integriti
Guru dan Penataran SKPMg2 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13.5.2017 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seminar PPD/L
Penceramah : Tn. Hj. Badaruddin bin Yeop
(Nazir Kanan JNJK Kedah)

3. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan kami
menggunakan Dewan Seminar PPD/L untuk tujuan tersebut.

Semoga mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..

Ruj. Kami : SKE600-6/9(1)


Tarikh : 19.3.2017
Ketua Nazir Negeri Kedah
Blok C, Aras 2,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Wisma Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Muaadzam Shah,
06500 Anak Bukit,
Alor Setar Kedah
(u.p : Hj. Badaruddin bin Yeop)

Tuan,
MOHON MENYAMPAIKAN CERAMAH

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa gabungan tiga buah sekolah, SK Ewa, SK Kuala Teriang
dan SK Nyior Chabang ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyampaikan ceramah
seperti berikut :

Tajuk Ceramah : Integriti Guru dan Pengurusan PAJSK


Tarikh : 8 April 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kolej Komuniti Langkawi
Jumlah Peserta : 104 orang (gabungan 3 buah sekolah)

3. Sehubungan dengan itu besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat menyampaikan
ceramah kepada guru-guru daripada tiga buah sekolah tersebut bagi meningkatkan
pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(MOHD RAZALI BIN SAID)
Guru Besar
SK Ewa

You might also like