You are on page 1of 10

SULIT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR. ISMAIL (1)

`SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI’

UJIAN DIAGNOSTIK
2020
TAHUN 4
BAHASA MALAYSIA
BAHASA MELAYU
Julai 1¼ jam
Satu jam lima belas minit

Nama : ____________________________________________________

Kelas : ____________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nama dan kelas kamu pada ruangan yang Untuk Kegunaan Pemeriksa
disediakan.
2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu: Bahagian No. Soalan Markah
Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
3. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. A
4. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangan yang
disediakan di dalam kertas soalan ini. Sekiranya B
ruang yang disediakan tidak cukup, sila dapatkan
helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. C
Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan
dihantar bersama-sama kertas soalan. Jumlah
50

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.................................... .................................... .......................................


(Wan Smara Bt Wan Muda) ( )
Guru Bahasa Malaysia Ketua Panitia Bahasa Malaysia
Tahun 4

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

012 [Lihat halaman


sebelah

SULIT
Ujian Diagnosti Julai 2020 2 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk
kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.
A patah
B senget
C sempit
D pendek

2 Nelayan itu membuang ________ yang tersangkut pada pukatnya kerana hidupan laut ini
tidak boleh dimakan.
A bari-bari
B abuk-abuk
C sibur-sibur
D ampai-ampai

3 Pelbagai ________ telah diberikan oleh pemaju perumahan itu kerana gagal menyiapkan
Projek Kediaman Mesra Rakyat itu.
A alasan
B kritikan
C cemuhan
D tohmahan

4 ________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan
dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.
A Pada ... untuk
B Pada ... dengan
C Bagi ... terhadap
D Dalam ... kepada

5 Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya ________ melawat ke Pulau Langkawi pada cuti
persekolahan akhir tahun nanti.
A akan
B harus
C masih
D pernah

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 3 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Muhammad Aidil dan kawan-kawannya amat gemar ________ Internet untuk mendapatkan
maklumat tentang pelajaran yang mereka kehendaki.
A merayau
B melayari
C meninjau
D menjenguk

7 Sultan Selangor dan Sultanah Norashikin ________ menerima mengadap delegasi seni dan
kebudayaan dari negara Brunei Darussalam itu.
A bertitah
B berkenan
C berangkat
D bersemayam

8 ________ murid Tahun Enam Waja membuat kerja masing-masing apabila melihat Cikgu
Hamdan menuju ke kelas mereka.
A Semua
B Seluruh
C Sekalian
D Setengah

9 Pengurus syarikat jualan langsung itu selalu menabur janji kepada para pelanggannya
namun, satu pun tidak pernah ditunaikannya.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah


A lesung mencari alu.
B lidah tidak bertulang.
C nasi sudah menjadi bubur.
D menanti kucing bertanduk.

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 4 BAHASA MELAYU : 011 & 012

10 Golongan remaja yang masih menganggur dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan
sebagai kerjaya mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi menceburi.
A melibati
B merestui
C mewarisi
D mendalami

11 Penyerahan bantuan khas kepada mangsa banjir itu akan dijalankan pada pagi ini di Dewan
Orang Ramai Kampung Sentosa.
Pilih perkataan antonim bagi penyerahan.
A Penutupan
B Pengambilan
C Penyampaian
D Penganugerahan

12 Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Saya telah serahkan skrip jawapan karangan saya itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak
dan dinilai semula.
A Di manakah Cikgu Farhana letakkan skrip jawapan karangan kamu itu?
B Bilakah kamu serahkan skrip jawapan karangan kamu itu kepada Cikgu Farhana?
C Siapakah yang mengambil skrip jawapan karangan kamu itu daripada Cikgu Farhana?
D Mengapakah kamu serahkan skrip jawapan karangan itu kamu kepada Cikgu Farhana?

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat yang betul.

13 A Cik Lizawatie baharu sahaja melaporkan diri di tempat kerja barunya.


B Dia baharu sahaja sampai dari Kuala Lumpur menaiki kereta api elektrik.
C Encik Ghani membeli kereta baru di Kota Bharu, Kelantan baharu-baharu ini.
D Abang menghadiahi adik basikal baharu sempena hari ulang tahun kelahirannya.

14 A Mahadi menjaga beberapa ekor anak kucing siam dan anak kucing parsi.
B Seri Rampai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan ala Pantai Timur.
C Lelaki itu ditangkap polis kerana menjual barang lancung kepada pelanggannya.
D Pekerja Jabatan Pertanian sedang memperdalamkan parit di kawasan bendang itu.

Soalan 15

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 5 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 “Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Aufa,”  kata Aini.
A Aini menasihati Aufa agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
B Aini meminta Aufa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
C Aini memujuk Aufa membersihkan masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.
D Aini meminta Aufa menceritakan masalah yang dialaminya supaya boleh diselesaikan.

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu Kamal
Azhar bin Sulaiman, guru kelas Tahun Enam Cendekia. Muhammad Naim bin Sazali, ketua
kelas Tahun Enam Cendekia dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terima kasih saya ucapkan
kerana kalian memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata
dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu yang
terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya berasa
hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang amat sangat saya
hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenar-benarnya dan sukar sekali untuk
dijelaskan dengan kata-kata.
Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang pada
hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada
minggu hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah ini
mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya akan
memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini.
Hadirin yang dihormati,
Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa
dalam ingatan saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Kamal Azhar atas
segala bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan tunjuk
ajar beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak disenangi
oleh segelintir murid. Namun, kita semua tahu, niat mereka terlalu murni untuk membimbing
permata hati yang mereka amat sayangi lagi mereka kasihi di sekolah ini agar terus berjaya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meraih kejayaan kepada
rakan-rakan dalam bidang akademik. Namun demikian, matlamat menginginkan kecemerlangan
dalam bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan aktiviti kokurikulum sama sekali.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada semua
rakan, saya berharap agar kita dapat terus berhubung antara satu sama lain melalui surat ataupun
telefon demi kebaikan bersama serta hubungan silatulrahim yang berpanjangan.

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 6 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Hadirin yang budiman,


Setiap pertemuan ada perpisahan. Perpisahan walaupun pahit, terpaksa ditelan jua. Akhir
kata, sebagai penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan maaf
daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata serta tingkah laku saya yang kurang
menyenangkan selama ini.
Sekian, terima kasih.

16 Murid-murid Tahun Enam Cendekia mengadakan majlis tersebut adalah untuk


A meraikan kejayaan cemerlang penulis.
B meraikan pertukaran Cikgu Kamal Azhar.
C mengalu-alukan kedatangan murid baharu.
D meraikan majlis perpisahan seorang kawan.

17 Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya?


A Belajar dengan tekun supaya tercapai cita-cita.
B Mengekalkan hubungan baik antara murid dengan guru.
C Jangan abaikan kurikulum semata-mata pentingkan sukan.
D Sentiasa menjalin hubungan yang erat dari semasa ke semasa.

18 Rangkai kata menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan
A menadahkan kedua-dua belah tapak tangan.
B menggenggam jari sepuluh antara tapak tangan.
C mempertemukan jari-jari kanan dengan tapak tangan kiri.
D meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain.

19 Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya?
A Dia tidak pernah tinggal di negeri Pahang.
B Dia belum pernah bersekolah di negeri Pahang.
C Dia belum ada kenalan di sekolah baharunya itu.
D Dia mengetahui tentang sekolah baharunya melalui Internet.

20 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.


Penulis berasa sangat sedih dan terharu pada hari tersebut kerana
A akan berpindah ke sekolah baharu.
B berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya.
C hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya.
D terpaksa meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-gurunya.

BAHAGIAN A TAMA

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 7 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Bahagian B
Soalan 21

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

untuk setelah supaya daripada


ketika hingga dengan terhadap

(i) Kasih sayang Nurul Amalenna _______________ kedua-dua ibu bapanya tidak pernah
luntur dan berbelah bahagi.

(ii) Kakak saya menyiapkan kerja sekolahnya _______________ pukul 12:00 tengah malam
pada setiap hari persekolahan.

(iii) Mak Cik Munah terpaksa menggadaikan barang kemasnya _______________ menyara
persekolahan kelima-lima orang anaknya.

(iv) Keropok Lekor Losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok itu
diperbuat _______________ ikan yang segar.

[4 markah]
(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

Contoh:
Cikgu Nurul Aida selalu menggunakan bahasa yang sopan ketika betul
berbicara dengan ibu bapa murid.

(i) Jalan raya ke kampung saya sedang diperlebarkan oleh pekerja


Syarikat Belati Wangsa Sendirian Berhad.

(ii) Ustaz Azam menghadiahkan seutas rantai emas kepada isterinya


sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

(iii) Cikgu Johari dan isterinya berjoging di Padang Speddy, Teluk


Intan di waktu petang hari Sabtu dan Ahad.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 8 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)
papan

jambak

longgok

(ii)
utas

bentuk

pasang

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.

_____________________________________________________________________________.

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 9 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Soalan 23

( a ) Saudagar hidup bersama-sama ……………………………………………… .


( 1 markah )
( b ) Berapa lamakah saudagar itu pergi ke kota ?
___________________________________________________________

___________________________________________________________
( 2 markah )
( c ) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Saudagar kaya memiliki betul


tiga orang anak perempuan.

Anak pertama saudagar ingin


sebuah rumah banglo yang mewah.

Anak yang kedua inginkan sepasang salah


sepatu berwarna merah.

( 2 markah )

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020
Ujian Diagnosti Julai 2020 10 BAHASA MELAYU : 011 & 012

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Tahun 4 SKTTDI 12020

You might also like