You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK (1),

JALAN YAACOB LATIFF,


56000 KUALA LUMPUR.

BADAN BERUNIFORM PENGAKAP


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK (1)

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN


Pada mematuhi Sub peraturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11,
Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.(A)196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Muzik Dan Kebudayaan
Sekolah Kebangsaan BandarTun Razak (1) yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan”
sahaja.

PERATURAN 1
1. NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Persatuan: BADAN BERUNIFORM PENGAKAP
SK Bandar Tun Razak (1)

SK Bandar Tun Razak (1),


b. Alamat:
Jalan Yaacob Latiff,
56000 Kuala Lumpur.

PERATURAN 2
2. MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3
3. OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab / Persatuan (Badan Beruniform
Pengakap) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Badan Beruniform
Pengakap dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli Badan Beruniform Pengakap Sekolah akan seberapa daya


berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi
terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.

PERATURAN 4
4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan
ini.

PERATURAN 5
5. GURU PENASIHAT

5.1 Ketua Guru Badan Beruniform/Persatuan Akademik/Kelab Hobi &


Rekreasi/Kelab Permainan bertanggungjawab mengisi butir-butir di dalam buku
ini.

5.2 Ketua Guru Badan Beruniform/Persatuan Akademik/Kelab Hobi &


Rekreasi/Kelab Permainan hendaklah mengemaskini butir-butir berikut:

a) AJK Guru Penasihat bagi tahun semasa.

b) JK Badan Beruniform/Persatuan Akademik/Kelab Hobi & Rekreasi/Kelab


Permainan terdiri daripada:
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Naib Setiausaha
v. Bendahari
vi. Ahli Jawatankuasa (maksimum 4 orang)
c) Rancangan Tahunan bagi tahun semasa.
d) Senarai nama dan rekod kedatangan ahli.
e) Laporan dan minit mesyuarat yang dijalankan.
f) Senarai aktiviti yang dijalankan.
g) Laporan aktiviti yang dijalankan.

5.3 Fail Kokurikulum hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan


Kokurikulum pada setiap hari Khamis.

PERATURAN 6
6. TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN/GURU PENASIHAT
6.1 Memastikan Mesyuarat Agong diadakan bagi tujuan pelantikan Ahli Jawatankuasa.
6.2 Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
6.3 Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
6.4 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung dalam
perlembagaan.
6.5 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6.6 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual.
6.7 Merancang strategi untuk meningkatkan kecemerlangan Badan
Beruniform/Persatuan Akademik/Kelab Hobi & Rekreasi/Kelab Permainan.
6.8 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda atau peralatan diurus
dengan baik.
6.9 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
6.10 Mendaftarkan Badan Beruniform/Persatuan Akademik/Kelab Hobi &
Rekreasi/Kelab Permainan kepada Guru Besar atau Badan Induk.
6.11 Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli.
6.12 Menguruskan penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah, zon,
negeri, dan kebangsaan dengan baik.
6.13 Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
6.14 Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
6.15 Menandatangani Buku Kehadiran ahli.
6.16 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang
diwakili.
6.17 Menentukan Papan Kenyataan digunakan sepenuhnya.
6.18 Memastikan tiada unsur-unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
6.19 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
6.20 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
6.21 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.

PERATURAN 7
7. TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
7.1.2 Meneliti catatan Minit Mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
7.1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan semester dan
tahunan bersama-sama Ahli Jawatankuasa dan Guru Penasihat.
7.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik.
7.1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari
semasa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi


7.2.1 Membantu Pengerusi di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan Mesyuarat jika Pengerusi tidak dapat hadir.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari
semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Mencatat Minit Mesyuarat dan mengedarkan Minit Mesyuarat kepada
ahli.
7.3.2 Menyediakan Laporan Semester dan Laporan Tahunan untuk diselia oleh
Guru pemimpin.
7.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari
semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Bekerjasama dengan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari
semasa ke semasa.

7.5 Bendahari
7.5.1 Mengutip wang derma daripada ahli (sekiranya ada).
7.5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam Laporan Kewangan.
7.5.3 Menyerahkan semua kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru
Pemimpin.
7.5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
7.5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

7.6 Ahli Jawatankuasa


7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7.7 Pemeriksa Kira-kira


7.7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan Penyata Kewangan pada
akhir tahun.
7.7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8
8. TINDAKAN KEPADA KEHADIRAN

8.1 Kehadiran Kokurikulum


8.1.1 Kehadiran adalah wajib dan merupakan salah satu daripada aspek yang
dinilai.
8.1.2 Penasihat perlu mengeluarkan surat amaran jika didapati pelajar tidak
hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab dan mengemukakan satu salinan
kepada penyelaras Kokurikulum.
8.1.3 Jika tidak dapat menghadirkan diri kerana sebab-sebab tertentu, bukti-
bukti sokongan hendaklah ditunjukkan seperti surat akuan doktor atau
surat kebenaran daripada ketua jabatan.
8.1.4 Jika menjalankan tugas rasmi ataupun mewakili sekolah dalam sebarang
aktiviti yang ada kebenaran, seseorang itu dikira hadir aktiviti
kokurikulum bagi minggu tersebut.
8.1.5 Tiap-tiap Badan Beruniform/Persatuan Akademik/Kelab Hobi &
Rekreasi/Kelab Permainan dipertanggungjawab untuk menyediakan
daftar kedatangan ahli masing-masing.
8.1.6 Ketua Guru Penasihat/Guru Penasihat perlu menandatangani daftar
kedatangan selepas setiap sesi.
8.1.7 Pelajar atau Guru Penasihat yang datang lewat 15 minit dikira tidak hadir
Kokurikulum.
8.1.8 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
8.1.9 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.

8.1.10 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa


aktiviti dijalankan.

PERATURAN 9
9. AKTIVITI
9.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 10
10. PERATURAN-PERATURAN

10.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 11
11. TINDAKAN DISIPLIN

11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
11.2.1 Amaran lisan
11.2.2 Amaran bertulis
11.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 12
12. PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Guru Besar.

PERATURAN 13
13. PEMBUBARAN PERSATUAN

13.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

PERATURAN 14
14. HAL-HAL LAIN
14.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

(RUBENESWARY JAYABALAN)
Guru Penasihat,
Badan Beruniform Pengakap

You might also like