You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 28 Disember 2018


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Abad ke-21

Kehadiran :

1. Pn. M.kalpana
2. Pn.T.Susila (ketua Panitia)
3. Pn. Puvanesvari(Setiausaha)
4. Pn. R.Uma Devi(AJK)

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia sains
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali pertama Tahun 2019.

1.2 Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2018 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh
dan bersungguh-sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Pn. M.Kalpana selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan salam dan
mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains. Beliau mengucapkan tahniah
dan syabas kerana pencapaian UPSR 2018 dengan kelulusan sebanyak 100 %
dan GPS sebanyak 1.8.
2.2 Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan Januari ini.
2.3 Memastikan supaya Perancangan Strategik dibuat pada tahun 2018 hingga
2020 (Jangkamasa panjang)
2.4 Memastikan Perancangan Strategik sahaja dibuat.
Tindakan : Tindakan guru.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn.R.Uma Devi mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Pn. Puvanesvari.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Murid-murid yang masih lemah dalam Sains perlu diberi bimbingan secara individu dari
masa ke semasa. Terutamanya pada waktu PdP. Selain waktu PdP guru – guru juga boleh
menggunakan waktu lapang murid iaitu pada waktu pagi, pada waktu rehat dan waktu balik
iaitu sementara menunggu van. Ini akan memberi kesan yang positif.

Tindakan : Guru Sains

5.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Panitia


5.01 AJK Panitia Bahasa Tamil telah dilantik dengan sebulat suara.

Penasihat : Pn.M.Anuradha (Guru Besar)


Pengerusi : Pn.M.Kalpana (PK Pentadbiran)
Ketua Panitia : Pn. T.Susila
Setiausaha : Pn.V.Puvanesvari
Bendahari : Pn.R.Uma Devi

Maklumkan Semua Guru Sains


6.0 Maklumat Mata Pelajaran
6.1 Senarai guru yang mengajar mata pelajaran Sains adalah seperti berikut:

TAHUN NAMA GURU


1 Avvai Pn.Puvanesvari
2 Thiruvalluvar Pn.Puvanesvari
3 Barathi Pn.Puvanesvari
4 Pavanar Pn.R.Uma Devi
5 Kamban Pn.R.Uma Devi
6 Sambanthan Pn.T.Susila

7.0 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)


7.1 Semua guru mata pelajaran harus memastikan bahawa DSKP bagi kelas yang diajar
telah difailkan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
7.2 Penyemakan fail DSKP akan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
Akademik.
Tindakan Semua Guru Sains

8.0 Rancangan Pengajaran Tahunan / Harian


1.1 Semua guru harus memastikan supaya Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) telah
difailkan dan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
1.2 Semua guru yang mengajar Sains boleh merujuk fail DSKP panitia bagi menyediakan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwin sekolah 2018.
1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah difailkan akan disemak oleh Guru Besar
dan Guru Penolong Kanan Akademik.
Tindakan Semua Guru Sains

9.0 Penggunaan Buku Teks


10.1 Para guru diseru untuk mengoptimumkan penggunaan buku teks semasa Pdp.
10.2 Guru harus memastikan murid telah membalut buku teks dengan pembalut buku plastik
dan menggunakan buku tersebut dengan berhemah.

Tindakan Semua Guru Sains


10.0 Penggunaan ICT / VLE / ABM / BBM
11.1 Guru mata pelajaran digalakkan untuk melaksanakan Pdp melalui penggunaan
peralatan ICT yang telah dibekalkan oleh pihak KPM.
11.2 Guru-guru disarankan untuk merancang aktiviti Pdp yang dapat mengalakkan anak
murid untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai langkah
pendedahan teknologi kepada mereka.
11.3 Guru-guru boleh mendapatkan bahan pengajaran atau bahan rujukkan dari laman
Frog-Vle sebagai rujukan tambahan dalam pelaksanaan Pdp. Para guru boleh
merujuk dengan Penyelaras Vle Sekolah sekiranya terdapat sebarang kemusyikilan.
11.4 Semua ABM / BBM telah pun dikemaskini dengan bantuan serta kerjasama semua
guru dan staf sokongan sekolah bagi memudahkan penggunaan para guru bagi sesi
pembelajaran dan pengajaran 2018.

Tindakan Semua Guru Sains

11.0 Penyemakan Buku Latihan


12.1 KPI bagi penyemakan buku yang telah ditentukan semasa mesyuarat adalah 2 hari
persekolahan. Ini bermakna guru –guru dikehendaki menanda latihan dan hasil kerja
murid dalam tempoh tersebut tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.
12.2 Para guru juga harus memeriksa tarikh dan hari dari segi ejaan serta data agar ditulis
dengan betul oleh murid.

Tindakan Semua Guru Sains


12.0 PdP / Pencerapan Guru
13.1 Pdp yang dijalankan perlulah merangkumi aspek pembelajaran abad ke 21 seperti
konsep ‘trafic light’, ‘parking lot’, pemberian ganjaran, ‘behavior chart’ dan
sebagainya.
13.2 Aktiviti Pdp yang dirancang perlu terdiri daripada pelbagai aras dan diselit dengan
didik hibur agar objektif Pdp dapat dicapai secara efektif dan afektif.

Makluman Semua Guru Sains

13.0 Sudut Mata Pelajaran di Bilik Darjah


14.1 Guru kelas harus menyediakan sudut mata pelajaran Bahasa Tamil di kelas.
14.2 Guru mata pelajaran harus menampal hasil kerja dan kreativiti murid termasuk hasil
murid yang berlandaskan I-Think (peta pemikiran) atau bahan hasil murid sendiri dan
harus ditukar dari semasa ke semasa.

Tindakan Semua Guru Sains

14.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Peperiksaan


15.1 Guru mata pelajaran harus mengemaskinikan data dalam modul offline dalam masa
yang ditetapkan oleh Penyelaras PBS.
15.2 Guru mata pelajaran juga perlu mengisi data markah murid dalam sistem SAPSNKRA
pada tarikh yang dimaklumkan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Tindakan Semua Guru Sains

15.0 Analisa Item


16.1 Guru mata pelajaran diwajibkan untuk membuat analisa item sejurus selepas
penyemakan setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.
16.2 Apabila kelemahan murid dapat dikenalkan pasti melalui analisa item, guru dapat
merancang tindakan / langkah susulan bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Tindakan Semua Guru Sains

16.0 ‘Professional Learning Communities’ (PLC)


17.1 Guru Besar menyarankan agar sesi ‘Professional Learning Communities’ diamalkan
kerana PLC merupakan aspek yang diwajibkan dalam Pelan Pembangunan Pendididikan
Malaysia agar meningkatkan kualiti Pdp serta nilai profesionalisme dalam kalangan
guru.
Tindakan Semua Guru Sains
17.0 Hal-hal lain
18.1 Guru harus berhati-hati semasa menegur murid agar tidak menyinggung perasaan murid
melalui pertuturan dan tindakan guru. Namun begitu, ketegasan guru tetap
dititikberatkan.

18.0 PENUTUP
19.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------------ ----------------------------------
(SUSILA A/P TARAKISHNAN) (PN.M.KALPANA)
PENGERUSI, PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
PANITIA SAINS

You might also like