You are on page 1of 5

Teori Pembelajaran Kontekstual

Definisi

Pembelajaran Kontekstual diperkenalkan oleh David Hunt and associates

(Harvey, Hunt, and Schroder, 1961; Schroder, Driver and Streufert, 1967). Teori

pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi

kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam

pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran hanya berlaku apabila

murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang

bermakna dalam rangka minda mereka.

Ciri-ciri

Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran

maka bagi individu yang memiliki pelbagai jenis kecerdasan ianya merupakan

bonus kepada mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna jika

maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada

murid seperti di dalam konteks budaya, sosial, fizikal dan psikologi. Di dalam

teori ini penekanan diberikan kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran

untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Mengikut teori pembelajaran

kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses

maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.

Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat
hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitaran. Teori

pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek

persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau

kehidupan seharian.

Antara ciri-ciri pembelajaran ini, murid akan melalui satu atau lebih

daripada bentuk pembelajaran. Yang pertama, mempunyai kemahiran

menghubung kait iaitu belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan

baru dengan pengalaman hidup. Contohnya murid melakukan aktiviti mengutip

sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi

pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa

mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Murid juga akan melalui proses mengalami iaitu belajar dalam konteks

penerokaan, penemuan dan reka cipta. Mengaplikasi iaitu belajar dalam konteks

bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

Contohnya murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta

membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug tiga pin.

Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar tiga

pin radio tertanggal.

Selain itu mengapplikasi juga merupakan salah satu bentuk pembelajaran

yang dapat dipelajari dalam proses pembelajaran kontekstual. Mengapplikasi

iaitu belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh

digunakan dalam situasi lain. Contohnya murid mempelajari teori dan konsep

tuas. Mereka dapat mengapplikasi pengetahuan ini apabila bertemu situasi


sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Dengan

mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas

untuk menggantikan jek kereta bagi menukar tayar. Murid juga digalakkan

bekerjasama dengan memberi maklum balas dan berkomunikasi. Contohnya

murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah

pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang

dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperolehi

adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara

bekerjasama.

Melalui bentuk pembelajarsan memindahkan, murid belajar dalam konteks

pengetahuan sedia ada dan menggunakannya atau membina daripada yang

telah diketahui. Contonya murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut

tegak menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan

pengetahuan segitiga 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam

aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Kebaikan

Melalui pendekatan kontekstual, individu dapat mengekalkan maklumat

dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Teknik pembelajaran

Kontekstual memberi beberapa faedah kepada guru dan murid. Diantaranya,

bagi seorang murid melalui teori ini mereka dapat mengaitkan mata pelajaran

dengan pekerjaan atau kehidupan mereka. Selain itu, ia juga dapat mengaitkan

isi kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian. Dalam teori


kontekstual, murid boleh memindahkan kemahiran dan juga boleh meneroka dan

mendapatkan bukti. Faedah pembelajran kontekstual kepada murid juga

membolehkan mereka menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit

dan murid dapat belajar secara kerjasama dengan rakan-rakan.

Faedah pembelajaran ini turut membawa kebaikan kepada guru.

Antaranya ia dapat menjadikan pengajaran seseorang guru itu sebagai satu

pengalaman yang berguna apabila guru berjaya mengaitkan prinsip-prinsip mata

pelajaran dengan dunia pekerjaan.

Keburukan

Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah

pembelajaran kontekstual. Malah guru juga perlu diberi latihan atau kursus untuk

mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya

di dalam bilik darjah. Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan

komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan bagi menambahkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Kesimpulan

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana

murid dapat memahami perhubungan antara teori dengan amalan. Pembelajaran

secara kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai

penghubung antara akademik dan alam pekerjaan. Pengetahuan yang diperoleh

murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat

mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan

pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh

menyediakan scenario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah.

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat

dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah

menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.

Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan

pengalaman den persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara

kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya

kepada situasi lain.

You might also like