You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH

TANJUNG BEREMBANG, 14310 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

TAJUK:

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF FIZIKAL
TAPAK PERTANIAN
SMKSA
TAHUN 2020

1
MUKADDIMAH

Tapak pertanian merupakan kawasan murid menjalankan aktiviti amali dan kerja kursus
SPM seperti mengurus selia tapak fertigasi, menyemai benih pokok, mengira hasil
tanaman, membancuh baja, menternak puyuh atau ayam bagi subjek pertanian selain
daripada menempatkan alatan dan jentera pertanian, petak tanaman, tapak projek SPM,
aktiviti kelab pertanian dan lain-lain.

Tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif adalah penting untuk mencapai
objektif – objektif projek yang dijalankan di bawah bidang pertanian disamping menarik
minat murid dalam menguasai aktiviti yang dilaksanakan. Maka projek untuk menaiktaraf
tapak pertanian Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh telah dirancang.
Sehubungan itu, Panitia Pertanian Sekolah berusaha untuk mencari dana bagi memperbaiki
segala kekurangan dan kerosakan yang berlaku.

MATLAMAT

1. Projek menaiktaraf ini dapat mengurangkan gangguan dalam menjalankan aktiviti


terutama sekali penternakan puyuh.
2. Memberi keselesaan kepada guru dan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Aktiviti-aktiviti berkaitan pertanian dapat dijalankan dengan lebih baik dan teratur.
4. Menjadi tempat perbincangan amali yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada
guru dan murid-murid SMKSA.
5. Menggunakan ruang pertanian yang tersedia sebaik mungkin.

OBJEKTIF

Di antara Objektif Projek Menaiktaraf Tapak Pertanian ialah :


1. Tempat Persediaan kelas amali (Bangsal tanpa dinding)
2. Tempat ternakan puyuh

NAMA PROJEK

”MENAIKTARAF TAPAK PERTANIAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH.”

2
TEMA

“MENDEPANI PERTANIAN”

CARTA ORGANISASI INDUK

PENGERUSI
Encik Azmi bin Othman
(Pengetua)

TIMBALAN PENGERUSI
En Shamsul Kamar bin Ahmad
(PK Pentadbiran)

PENGARAH
Puan Norbisham binti Had

PENOLONG PENGARAH
Puan Salmah binti Saad

SETIAUSAHA
Encik Muhammad Zaki bin Abu Bakar

BENDAHARI
Puan Norhayati binti Yusof

AJK
Puan Asnidar binti Alias
Puan Sabariah binti Ahmad
Puan Robayah binti Samat
Puan Siti Fairus binti Jamaluddin
Puan Nur Hafiza binti Ibrahim
Puan Syahida binti Salleh

3
ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK MENAIKTARAF FIZIKAL TAPAK
PERTANIAN SMKSA 2020
BIL PERKARA JUMLAH(RM)
1 Tempat persediaan kelas amali 600.00
(Sebelah stor gas makmal) **stor selamat dan tiada tong
berisi dan stor tidak digunakan lagi.
3 Tempat ternakan puyuh 443.50
(Belakang stor gas makmal)
-Menempatkan ruang untuk sangkar puyuh sedia ada

JUMLAH RM 1043.50

SUMBER PENDAPATAN

1. Program waqaf & infak daripada orang ramai.


2. Memohon sumbangan dana daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

PENUTUP

Akhir kalam, adalah diharapkan agar Projek Menaiktaraf Tapak Pertanian ini diluluskan
supaya berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan serta
kemaslahatan dalam meningkatkan potensi murid-murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ................................................
(Encik Muhammad Zaki bin Abu Bakar) (Puan Norbisham binti Had)
Setiausaha, Pengarah,
Projek Menaiktaraf Fizikal Tapak Pertanian Projek Menaiktaraf Fizikal Tapak
SMKSA Pertanian SMKSA
.

Diluluskan oleh,

.......................................................
(Encik Azmi bin Othman)
Pengetua SMK Sungai Acheh

You might also like