You are on page 1of 2

PK 07 - LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1 / TAHUN 2019

Tarikh : 24 Januari 2019

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : BILIK MORAL

Pengerusi : PN. AISYAH BINTI HASANUDIN

Kehadiran : PN. AISYAH BT. HASANUDIN – KP PANITIA MORAL


EN. MOHD SUHAIRI BIN HUSSIN (GPK HEM)
PN. THIYAGESWAR A/P SUBRAMANIAM
EN. ZAILAN
Hadir Bersama (Jika ada) : ............................................................................................................................................

Tidak Hadir : ............................................................................................................................................

Urus Setia/Setiausaha : PN. THIYAGESWARI A/P SUBRAMANIAM

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Puan Aisyah mengucapkan terima kasih dengan kehadiran guru-guru Panitia
Moral.
Tindakan: Makluman

1.2. Pn. Aisyah meminta guru-guru agar dapat memperbanyakkan maklumat untuk
menggerakkan Panitia Moral. Guru juga harus memastikan buku lengkap dan
menceriakan bilik Pendidikan Moral.

Tindakan: Semua guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1.Minit Mesyuarat Bil 1 / 2019 dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Aisyah bt
Hasanudin dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.
Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN


4.1 Perancangan Tahunan
4.1.1 Takwim Panitia Pendidikan Moral
Ketua Panitia memaklumkan bahawa Minggu Panitia Moral akan diadakan
bersamaan dengan Minggu Panitia Pendidikan Islam.
Tindakan: Setiausaha
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
02 Februari 2016 – Keluaran 04 | Pindaan 00
PK 07 - LAMPIRAN 3

4.1.2 Peperiksaan
Bagi peperiksaan-peperiksaan yang dijalankan pada tahun 2019, format yang
digunakan ialah 60% adalah peperiksaan bertulis dan 40% adalah markah
sahsiah murid. Tiada peperiksaan dan ujian untuk tahap satu. Hanya
pentaksiran secara PBD sahaja.
Tindakan: Semua guru

4.2. Rancangan Pengajaran Harian


4.2.1 Cara membuat Rancangan Pengajaran Harian
Dalam subjek Pendidikan Moral Tahun 1- Tahun 6, guru-guru diminta membuat
tiga objektif iaitu Penaakulan Moral, Perasaan Moral dan Perlakuan Moral.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Ketua Panitia meminta guru-guru Pendidikan Moral untuk bersama-sama


menghias bilik Moral yang kosong.
Tindakan:
Makluman

5.2. Guru-guru diminta menggunakan bilik moral secara optimum selepas ini. Ketua
Panitia berharap agar semua guru dapat bekerjasama bagi memastikan Panitia
Moral akan bertambah baik pada tahun ini.

Tindakan: Semua Guru

6
PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada
mesyuarat kali ini dan berharap guru-guru dapat meneruskan dan meningkatkan
semangat untuk terus melaksanakan tanggungjawab mereka.

Disediakan oleh,

…………………..........................................
(PN. THIYAGESWARI A/P SUBRAMANIAM)
Setiausaha Pendidikan Moral

Tarikh: 26 Januari 2019

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


02 Februari 2016 – Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like