You are on page 1of 7

Pengenalan

Konsep berfikir di kalangan para tokoh berbeza-beza di antara satu sama lain. Menurut
Edward de Bono, berfikir secara lateral adalah satu pendekatan yang bersifat tidak
berterus terang (indirect) dan terlaksana dalam bentuk kreatif. Ianya bermotifkan ke
arah penyelesaian masalah. Pergerakannya ialah secara kewarasan berfikir tetapi ianya
tidak berlaku peringkat demi peringkat secara logik. Penekanan utama berfikir secara
lateral ini ialah menilai kebenaran kepada satu-satu kenyataan dan mengesan kesilapan-
kesilapan yang terdapat didalamnya. Seseorang yang mengguna kaedah berfikir secara
lateral, pemikirannya akan bergerak dari idea yang sudah diketahuinya kepada idea-idea
baru yang beliau cipta sendiri.. Pemikiran lateral lebih menarik sebab ia adalah
pengajaran berfikir yang cukup sistematik, tersusun dan mendalam. Sebab kedua,
pemikiran lateral bertolak daripada pemahaman asas terhadap fungsi kedua-dua belah
otak - kanan dan kiri. Pemikran lateral sentiasa berkait rapat dengan kreativiti. Kreativiti
adalah suatu aset yang amat penting dalam mencari sesuatu idea. Pemikiran lateral
sangat menitik berat tentang fasa pertama dalam berfikir iaitu penggunaan konsep dan
percubaan kepada sesuatu situasi. Ia juga menitik berat tentang ’melarikan diri’
daripada idea yang lama kepada sesuatu yang baru. Pemikran lateral ini sentiasa
memastikan penggunaan maklumat yang tiba di otak secara 100%. Pada zaman ini,
pamikiran secara lateral ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang sebagai contoh
bidang pendidikan dan perusahaan. Ia juga boleh digunapakai untuk mengembangkan
stail berfikir secara lateral ini sebagai satu bonus atau kelebihan dalam pendidikan
konvensional. Kreativiti yang ditonjolkan dalam pemikiran lateral adalah salah satu
kelebihan dalam pelbagai bidang dan menjadikan membawa kesan dan pulangan yang
memuaskan.

Patterning system

“Patterning system” ialah satu sistem yang digunakan oleh minda untuk menyusun
segala maklumat secara automatik. Sistem ini mempunyai ruang yang amat luas untuk
penyusunan maklumat tetapi sistem ini hadir dengan beberapa ciri-ciri yang tertentu.
Dalam sistem ini, maklumat yang diterima oleh minda tersusun secara automatik kepada
bahagian-bahagian tersendiri. Walaubagaimanapun, dalam konteks ini minda tidak
menyusun maklumat tetapi lebih tepat dikatakan sebagai memberi atau menyediakan
satu ruang kepada maklumat yang akan sampai dan ’menyusun sendiri’ kepada bentuk-
bentuk tertentu. ”Patterning system” mempunyai kontra dari segi kebaikan dan juga
keburukan. Antara kebaikan ”patterning system” ialah:-

1. pilihan
2. pengaktif
3. komunikasi kod
4. harapan atau antisipasi
5. peta
6. label dan nilai

Manakala, keburukan ”patterning system” pula ialah


1. pilihan yang terhad
2. pilihan yang lebih halus
3. terhalang oleh keterbukaan sikap
4. cutting across patterns
5. tidak mudah untuk adili
6. kecenderungan
7. model lebih besar
8. model membesar dengan penambahan
9. andaian
10. kesilapan
11. model yang kurang sesuai
12. kesukaran dalam membuat tekaan
13. susunan informasi yang sampai
14. kesinambungan
Prinsip asas pemikiran lateral

Konsep dalam pemikiran lateral boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

1) latar belakang
Pemikiran secara lateral wujud dari cara minda bertindak sebagai “patterning system”
yang memerlukan ketidaksinambungan untuk mengubah sesuatu bentuk informasi
kepada sesuatu yang terkini.

2) proses
Pemikiran lateral sangat menitik berat kepada perubahan yang berlaku iaitu melepaskan
diri dari idea yang lama dan generasi baru. Pemikiran lateral melibatkan dua proses asas
iaitu pelepasan diri (escape) dan provokasi.

3) metodologi
Cara atau stail yang digunakan dalam proses pemikiran secara lateral melibatkan tiga
iaitu:
-tabiat atau perangai
-teknik dan skil
-penggunaan perkataan pengantar

Pengunaan cara-cara ini membolehkan berfikir secara lateral lebih berkesan dan
sistematik.

Teknik Kreativiti Dan Mencari Idea

Teknik 1: Mengenal pasti idea terkini

Sebelum bertukar daripada idea lama dan mencipta idea baru, mengenal pasti idea yang
akan digunapakai adalah amat penting. Apabila sesuatu idea telah dikenalpasti,
pertukaran idea adalah lebih mudah. Beberapa cara untuk mengenalpasti idea baru
ialah:
i) menggunakan idea dominan
Mengaplikasikan sesebuah idea yang diberikan oleh orang yang lebih dominan dalam
sesuatu perbincangan.
ii) idea dalam saat genting
Idea yang muncul di saat-saat genting dimana idea amat diperlukan dan selalunya
berlaku secara spontan.
iii) kecenderungan
Menggunakan idea yang lebih relevan jika idea hadir dalam masa yang sama.
iv) sempadan/ had
Penggunaan idea melihat kepada keterhadan atau limitasi idea yang akan digunapakai.
v) andaian
Idea digunapakai yang bermula daripada andaian.

Teknik 2: Menukar idea melalui penghindaran/ teknik mengelak

Teknik menghindar atau mengelak dalam konteks ini merupakan satu frasa yang
digunakan untuk mengelak idea-idea yang kurang kreatif atau relevan. Teknik ini boleh
diaplikasikan apabila idea diberikan oleh orang yang kuat mendominasi, idea yang
datang dari andaian, idea spontan dan lain-lain lagi. Teknik ini sering digunakan dalam
mencari idea yang lebih relevan dan menggunakan pro-kontra dalam mencari sesuatu
idea.

Teknik 3: Mencari idea awal/ permulaan idea

Dalam mencari dan membuat idea, saat yang paling sukar sekali ialah mencari idea di
awal perancangan atau lebih dikenali sebagai “starting point”. Idea pertama yang
muncul memungkinkan idea seterusnya hadir dengan lebih mudah dan lebih relevan.
Isu-isu terkini atau permasalahan daripada persekitaran sekeliling dapat digunakan
sebagai ilham mencari idea awal dan seterusnya mengembangkan idea tersebut.
Teknik 4: Teknik Ketidaksinambungan

Menurut Edward de Bono, ketidaksinambungan dapat dicapai melalui pengaruh luar.


Antara pengaruh luar yang dimaksudkan ialah pendedahan luar dan menterbalikkan
masalah. Pengaruh luar dapat dilihat sebagai antara satu teknik yang boleh dipercayai
dan diyakini dalam penggunaan pemikran lateral.

Teknik 5: Ketidaksinambungan yang teratur

Teknik ini dapat dicapai menggunakan persamaan dalam mana-mana idea sebelumnya
dan penggunaan perkataan secara rawak. Ini juga merupakan salah satu cara dalam
mencari sesebuah idea walaubagaimanapun ianya lebih terancang dan teratur. Ia juga
boleh dikategorikan sebagai pengaruh luar tetapi kerap digunakan dalam perancangan
jangka panjang.

Kepentingan ”Brainstorming” dalam mencari idea

Kaedah ”brainstorming” sebelum mencari idea adalah penting dan sering diaplikasikan
untuk mencapai matlamat dalam mencari idea dengan cepat. Berikut meprupakan
faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan sewaktu ”brainstorming”:
1. masa
2. selang masa pemanasan (warm-up period)
3. bilangan orang yang terlibat
4. komitmen atau tabiat orang yang terlibat
5. pencatat maklumat
6. pengerusi majlis
7. kesalahan biasa (common errors)

keberkesanan ”brainstorming” akan lebih berjaya jika disusuli dengan kesinambungan


idea (follow up) dan seterusnya sesi evaluasi.
Tokoh-tokoh dalam bidang psikologi

Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya
berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua
bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai
kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa
fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir
dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama,
muzik dan imaginasi. Kesimpulannya, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir
secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah
dikembangkan.

Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

i. Kecerdasan linguistik
ii. Kecerdasan logical-matematik
iii. Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di
sekolah-sekolah.
Kesimpulan

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Berfikir
secara lateral merupakan satu cara berfikir yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan
idea-idea yang hebat dan dapat digunakan kepada pelbagai bidang. Kemahiran berfikir
secara lateral menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta
sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, idea atau gagasan. Ia juga menerokai dan mencari makna , pemahaman dan
penyelesaian masalah secara inovatif.

Rujukan

Jamhari., R. 2009. Kemahiran Berfikir. Di akses pada 27 September 2009 di


http://en.wordpress.com.

Nik Ahmad., N.Y. 2009. No One Education ”Berfikir Secara Lateral” . Di akses
pada 27 September 2009 di http://nikahmadnikyaacob.blogspot.com.

You might also like