You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Menurut Asmah Hj. Omar (1984), laras bahasa dapat didefinisikan sebagai pengkhususan
dalam bahasa yang digunakan berdasarkan sesuatu bidang tersebut. Selain itu, laras
bahasa juga dapat didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras
bahasa tidak tetap yang mana laras bahasa ini biasanya berubah-berubah mengikut situasi
yang sesuai. Variasi yang terdapat pada setiap penutur adalah maksud bagi laras. Antara
ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan juga frasa yang
digunakan. Ure dan Ellis (1977) beranggapan bahawa laras merupakan jenis-jenis bahasa
yang digunakan mengikut situasi yang bersesuaian.

Ferguson (1968) menyatakan bahawa salah satu cara untuk menentukan taraf
kemajuan sesuatu bahasa adalah menerusi jumlah laras yang terdapat dalam sesuatu
bahasa itu. Laras bahasa juga boleh dibahagikan kepada dua golongan besar iaitu laras
biasa dan laras khusus.

Laras biasa bermaksud laras yang digunakan khas ditujukan kepada masyarakat
umum seperti hiburan, maklumat dan juga pengetahuan. Antara ciri-ciri laras biasa yang
dapat dilihat ialah laras biasa tidak melibatkan mana-mana bidang yang tertentu, bahasa
yang mudah difahami, tidak mempunyai istilah teknikal dan peminjaman kata yang sedikit.
Ayat adalah bersifat sederhana, ringkas dan padat. Struktur ayat juga adalah mudah dan
ringkas. Laras bahasa ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu laras bahasa biasa formal
dan tidak formal.

Laras khusus pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang merujuk kepada khalayak
ramai mengikut bidang-bidang yang tertentu. Terdapat perbezaan antara laras biasa dan
laras khusus dari segi gaya, kosa kata dan tatabahasa yang mana laras bahasa khusus
melibatkan bidang yang tertentu seperti keagamaan, ilmiah dan teknikal.

2.0 Laras Bahasa Sastera

Laras bahasa sastera merupakan bahasa yang menggunakan gaya bahasa yang menarik
dan kreatif yang terhasil daripada imaginasi atau pengalaman. Bahasa sastera ini biasanya
boleh dalam bentuk naratif, deskrptif dan puitis. Antara ciri-ciri yang perlu diambil kira dalam
laras bahasa sastera ialah perlu besifat kreatif dan imaginatif, penyusunan dan pemilihan
kata, penggunaan bahasa tersirat, penyimpangan bahasa, mempunyai unsur-unsur gaya
bahasa dan bernada puitis dan mempunyai sifat komunikatif.

Petikan yang dipilih untuk mengkaji laras bahasa sastera ialah syair makna riak. Bahasa
sastera bagi syair makna riak tersebut ialah bersifat puitis atau lebih tepat lagi iaitu
berbentuk syair. Penulis syair makna riak membuat penyusunan dan pemilihan kata yang

1
tepat dan sesuai untuk menghasilkan syair tersebut yang mana penulis menyusun dan
memilih kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan perlakuan manusia yang riak dalam dunia
ini.

Penggunaan bahasa tersirat dan penyimpangan bahasa juga dapat dilihat dalam syair
tersebut. Perkara ini dapat dilihat dimana penulis syair menggunakan bahasa tersirat untuk
menjelaskan perbuatan manusia yang riak melalui syair tersebut untuk membuatkan syair
tersebut lebih menarik.

Justeru itu, terdapat penggunaan unsur gaya bahasa dalam syair tersebut. Antara unsur
gaya bahasa yang telah digunakan ialah gaya bahasa simile yang dapat dilihat pada ayat
baris ke-3,rangkap ke-7 iaitu terkadang jazbah seperti gila.

Bukan itu sahaja, penggunaan gaya bahasa diksi juga dapat dilihat dengan jelas pada
syair tersebut. Gaya bahasa diksi yang digunakan ialah bahasa Arab yang dapat dilihat
pada ayat baris ke-4, rangkap pertama iaitu perkataan syirik yang merupakan bahasa Arab.

3.0 Laras Bahasa Media Massa

Laras bahasa media pula kurang mementingkan gaya, penggunaan imbuhan dan juga kata
hubungan. Berita sebagai suatu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri dan
berlainan daripada struktur teks cereka malah juga berlainan daripada struktur teks esei dan
juga karya atau teks ilmiah.

Bahasa yang digunakan oleh wartawan atau mana-mana pengarang akhbar untuk
menjelaskan sesuatu perkara adalah dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan
mudah difahami oleh khalayak ramai. Antara tiga ciri-ciri penting dalam berita ialah
penggunaan bahasa yang mudah, gaya penulisan yang jelas dan tepat serta isi tulisan atau
maklumat yang dinyatakan mestilah tepat.

Penggunaan bahasa adalah sangat dititikberatkan kerana berita atau akhbar mempunyai
bilangan pembaca yang besar. Bukan itu sahaja, bahasa yang digunakan dalam
penyampaian maklumat juga adalah bersifat laporan. Ertinya, bahasa yang digunakan
seharusnya ringkas dan jelas tetapi berita yang disampaikan seharusnya mempunyai
maklumat dan info yang cukup untuk disalurkan kepada penonton berita di rumah ataupun
pembaca akhbar. Penggunaan ayat yang panjang, unsur-unsur gaya bahasa dan istilah
teknik seharusnya dielakkan.

Petikan yang dipilih untuk menganalisis laras bahasa media massa ialah sebuah petikan
daripada keratan akhbar Berita Harian (Nasional) yang bertajuk Benih awan tak guna bahan
kimia bahaya. Berdasarkan keratan akhbar ini, penggunaan bahasa yang mudah dan jelas

2
dapat dilihat pada setiap perenggan dalam keratan akhbar tersebut di mana pengarang
menggunakan ayat yang tidak rumit untuk menafikan penggunaan bahan kimia bahaya
dalam proses pembenihan awan.

Selain itu, gaya penulisan dalam keratan akhbar juga jelas dan tepat yang mana
maklumat-maklumat atau info-info yang disampaikan adalah berdasarkan fakta-fakta yang
benar dan bukanlah andaian atau pendapat pengarang itu sendiri. Melalui keratan akhbar ini
juga, kita dapat lihat bahawa keratan akhbar ini bersifat laporan dimana pengarang cuba
melaporkan tentang penafian penggunaan bahan kimia bahaya oleh pihak Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Penggunaan panjang-pendek ayat adalah bersesuaian dimana tiada ayat yang terlalu
panjang atau terlalu pendek dalam keratan akhbar tersebut. Unsur-unsur gaya bahasa juga
tidak kelihatan dalam keratan akhbar tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa istilah teknik digunakan dalam menulis akhbar


tersebut. Istilah yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah istilah sains yang terdapat pada
perenggan kedua keratan akhbar itu natrium klorida.

4.0 Perbezaan penggunaan laras bahasa

Berdasarkan kedua-dua petikan yang dipilih, petikan yang pertama mempunyai laras
bahasa sastera dan petikan yang seterusnya ialah laras bahasa media massa.

Bagi laras bahasa sastera, laras bahasa yang terdapat dalam petikan syair tersebut
ialah laras bahasa khusus. Laras bahasa sastera boleh dalam pelbagai bentuk dan
berdasarkan petikan yang dipilih laras bahasa sastera tersebut adalah dalam bentuk syair
atau puitis. Laras bahasa sastera ini mempunyai penggunaan unsur-unsur gaya bahasa dan
penggunaan bahasa tersirat untuk membuatkan petikan tersebut lebih menarik dan kreatif.
Struktur teks bagi petikan tersebut pula berangkap dan bukannya berperenggan.

Berlainan dengan laras bahasa media massa pula, laras bahasa yang digunakan dalam
dalam petikan akhbar tersebut ialah laras bahasa biasa. Penggunaan ayat juga berbeza
daripada laras bahasa sastera dimana susunan dan penggunaan ayat adalah ringkas dan
amat jelas berbanding laras bahasa sastera yang lebih rumit dan mempunyai bahasa
tersirat. Penggunaan unsur gaya bahasa juga tidak digunakan dalam menyediakan akhbar
berita kerana maklumat yang ingin disampaikan sepatutnya jelas dan tepat agar dapat
dibaca oleh khalayak ramai dengan mudah. Struktur teks pula berperenggan.

5.0 Kesimpulannya

3
Secara kesimpulannya, penggunaan laras bahasa yang berbeza itu dapat menghasilkan
petikan yang berbeza dari segi bahasa, penggunaan bahasa dan struktur teks.

Rujukan

You might also like