You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan

Pada era globalisasi ini, masyarakat dunia semakin berkembang pesat mengikut peredaran
masa. Walaubagaimanapun, masyarakat menjadi semakin tidak bermoral dan hal ini
menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Hal ini secara tidak langsung membawa
ancaman terhadap kesejahteraan masyarakat. Justeru, hal ini dapat dikaitrapatkan dengan
beberapa isu moral yang berlaku dalam kalangan masyarakat kerana terdapat
percanggahan pendapat, nilai dan system pemerintahan setempat dan global. Terdapat
beberapa isu moral yang dapat dikenalpastikan.

Isu-isu moral yang berlaku ini dapat dibahagikan kepada dua jenis isu moral iaitu isu
moral tempatan dan isu moral global. Isu moral tempatan bermaksud persoalan tentang
perlakuan manusia yang berlaku dalam negara kita manakala isu moral global pula ialah
persoalan tentang tingkah laku manusia yang berlaku di luar negara.

2.0 Isu moral tempatan

Salah satu isu moral tempatan yang berlaku di dalam negara kita adalah penyalahgunaan
dadah. Dadah merupakan suatu jenis bahan yang mendatangkan mudarat kepada
kesihatan individu dari segi fizikal dan mental.

Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan yang digunakan untuk merawat
penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuaikan proses kimia dalam badan kita
bagi masalah-masalah kesihatan yang dihadapi. Dalam erti lain, dadah merupakan sejenis
bahan yang mampu mengubah fungsi dalam badan seseorang individu dari segi fizikal dan
mental. Penyalahgunaan dadah bukanlah perkara asing dalam negara kita. Isu-isu moral
timbul apabila masyarakat menyalahgunakan dadah untuk kepuasan diri. Terdapat
beberapa jenis dadah yang sering disalahgunakan oleh masyarakat antaranya ialah Morfin,
Ganja dan Kokain.

Morfin yang juga dikenali sebagai M, White Stuff atau White powder. Morfin selalu
diperoleh daripada pasaran gelap dalam bentuk morfin mentah, morfin sulfat atau morfin
hidrolorid. Morfin ini terdapat dalam beberapa bentuk iaitu blok, serbuk dan juga pil.
Kebiasaannya morfin ini diambil dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil
morfin.

Ganja pula dikenali sebagai Kanabis herba, Marijuana atau Weed. Ganja merupakan
bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Kanabis yang dikeringkan. Ia menyerupai
tembakau yang lebih kehijau-hijauan. Manakala, kokain pula datang daripada daun koka
atau jenis pokok Erythroxylon di Peru, Bolivia dan Colombia d pergunungan Andes, Amerika
Selatan. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan tingkah laku pengguna berubah serta
menyebabkan ketagihan.

3.0 Isu moral global

Isu moral global yang dapat dilihat pada zaman ini adalah isu megenai terorisme. Terorisme
yang berbentuk kekerasan dan juga kekejaman bukanlah suatu isu moral yang baru bagi
masyarakat sejagat. Kebangkitan isu sedemikian telah mewujudkan gejala kekerasan,
kekejaman, kebiadaban dan juga segala bentuk tindakan yang melampaui batas
kemanusiaan. Salah satu contoh isu terorisme yang dapat dilihat ialah isu terorisme yang
berlaku di Paris pada bulan November tahun 2015.

Menurut berita Astro Awani, peristiwa serangan bersiri di Paris itu telah meragut nyawa
seramai lebih daripada 120 orang. Seramai 352 orang mengalami kecederaan dan 99 orang
lagi berada dalam keadaan kritikal. Mangsa telah dikenalpasti terdiri daripada 15 negara
yang berlainan. Peristiwa serangan di Paris ini juga dilaporkan bahawa serangan tersebut
dilakukan oleh pihak militan IS di mana pihak militan IS sendiri yang menyatakan kenyataan
tersebut. Hal tersebut menimbulkan ramai kejutan pada orang ramai di enam lokasi berbeza
di Paris.

4.0 Punca-punca

Antara punca isu-isu moral sedemikian berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan
adalah disebabkan oleh masyarakat yang kian kurang didikan agama ataupun kurang
pegangan agama dalam menjalani kehidupan mereka. Selain itu, hal ini juga berlaku apabila
tiada keinginan untuk menerima nasihat atau teguran daripada orang yang lebih tua. Bukan
itu sahaja, hal sedemikian semakin menjadi-jadi apabila mereka terpengaruh dengan rakan
sebaya terutamanya para pelajar. Tidak dapat dinafikan juga bahawa nafsu seseorang yang
tidak terkawal juga membuatkan mereka ingin cuba melakukan perkara yang belum pernah
dilakukan. Bukan itu sahaja, hal ini juga disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak tahu
menggunakan masa lapang mereka dengan cara yang lebih berfaedah. Akhir sekali, perkara
ini juga disebabkan oleh sikap masyarakat yang kurang berfikiran rasional dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain itu, hal ini juga disebabkan kurangnya peranan daripada pihak ibu bapa dalam
mendidik anak mereka. Dalam hal ini, sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pekerjaan
mereka sehingga alpa dengan tugasan dan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa dalam
mendidik anak telah membuatkan anak-anak mereka berasa terbiar atau dalam erti lainnya
ialah kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Jagaan yang kurang sempurna ini akan
menyebabkan anak-anak berani untuk cuba melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan
perhatian ibu bapa mereka. Masalah ini kemudiannya makin sukar untuk dibendung apabila
ibu bapa tidak tahu mengambil tindakan yang betul untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh anak mereka sehinggakan anak-anak mereka semakin terjebak dalam
melakukan perkara-perkara yang negatif malah terjebak dalam kes-kes jenayah. Rentetan
daripada senario itu, maka lahirlah golongan generasi muda yang kurang berakhlak sekali
gus menyebabkan bilangan penjenayah semakin meningkat.

Bukan itu sahaja, isu-isu moral sedemikian yang makin berleluasa pada masa kini
juga adalah disebabkan oleh pembangunan ekonomi negara yang turut membangun
dengan pesat. Dalam hal ini, dengan pembangunan ekonomi yang kian pesat telah
mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan ini termasuk jugalah pekerjaan seperti
bekerja menjadi pelayan dalam pub, kelab malam dan pusat karaoke. Hal ini kerana mereka
cuma mementingkan nilai wang tanpa berfikiran panjang bahawa tindakan sedemikian akan
mengakibatkan mereka terjebak dalam mana-mana isu moral dengan begitu mudah
contohnya seperti penglibatan dalam salah guna dadah. Tambahan pula, pembangunan
ekonomi negara yang pesat juga akan mengundang persaingan yang sengit antara
sesebuah negara. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya percanggahan hanya kerana ingin
bersaing antara satu sama lain untuk menjadi negara yang paling maju. Fenomena ini
secara tidak langsungnya menyebabkan kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara itu
semakin terancam.

5.0 Kesan-kesan

Salah satu kesan yang daripada isu-isu moral yang berlaku ini ialah berlakunya perubahan
akhlak dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Perubahan akhlak yang dimaksudkan
ialah dengan keruntuhan sikap dan nilai moral dalam diri seseorang individu tersebut. Hal ini
lebih membimbangkan lagi apabila perubahan yang negatif ini lebih kerap berlaku dalam
kalangan generasi muda yang merupakan pelapis negara kita pada masa akan datang.

Selain daripada itu, isu-isu moral yang berlaku ini juga akan menyebabkan
pentadbiran negara menjadi kucar-kacir. Dengan bilangan isu moral yang semakin
meningkat pada masa kini, pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara akan menjadi
semakin lemah. Hal ini secara tidak langsungnya akan menyebabkan organisasi dalam
sesebuah pentadbiran itu menjadi lumpuh.

Malah, hal ini secara tidak langsungnya akan menjatuhkan imej sesebuah negara.
Dalam hal ini, peningkatan bilangan isu moral ini akan menyebabkan masyarakat lain
memandang serong terhadap sesebuah negara itu. Hal ini bererti perasaan ragu-ragu akan
timbul dalam kalangan masyarakat yang lain terhadap sesebuah negara itu. Ini juga
menyebabkan cara pengurusan dan pentadbiran negara juga tidak akan mendapat
keyakinan yang sepenuhnya daripada mana-mana pihak dalam sesebuah negara.

6.0 Cara-cara mengelakkan isu-isu moral

Terdapat banyak cara dapat diambil bagi mengelakkan isu-isu moral ini untuk terus berlaku
dalam kalangan masyarakat. Salah satunya ialah dengan bermula daripada peranan yang
harus diambil oleh ibu bapa. Ibu bapa sepatutnya menunjukkan rasa kasih sayang dan juga
perhatian kepada anak-anak mereka dengan secukupnya. Selain itu, didikan agama juga
tidak dapat dilupakan kerana ini mampu memupuk anak-anak untuk membentuk akhlak
yang tinggi dan terpuji. Interaksi dan komunikasi yang mesra dan berkesan seharusnya
wujud bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak mereka agar anak-anak
tidak terasa terabai.

Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan penting dalam
membendung masalah ini iaitu dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
menarik untuk memenuhi masa lapang masyarakat dalam sesebuah negara itu. Aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan adalah lebih baik sekiranya ditujukan khasnya kepada generasi
muda dalam sesebuah negara tersebut. Seterusnya, pelaksanaan undang-undang jenayah
juga harus dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan dengan lebih menyeluruh iaitu dengan
mengetatkan lagi pelaksanaan undang-undang jenayah. Ertinya, pihak kerajaan seharusnya
mengetatkan lagi undang-undang negara serta hukuman terhadap penjenayah atau pesalah
laku dalam sesebuah negara tersebut.

7.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, isu-isu moral yang berlaku di sekeliling kita pada masa kini akan
semakin menular dengan pesat sekiranya langkah-langkah yang efektif tidak diambil kira
oleh semua pihak terutamanya pihak yang berkuasa. Sekiranya isu-isu moral yang menjadi
kebimbangan sejagat masih tidak dibendung dari awal maka tidak hairanlah jika negara kita
semakin lembab dalam mencapai kemajuan negara. Begitu juga dengan keadaan di luar
negara di mana keamanan dunia tidak mungkin dapat dicapai atau dikekalkan dengan
mudah lagi jika tiada inisiatif yang tinggi untuk mengurangkan isu-isu moral yang berlaku.
Walaubagaimanapun, perkara sedemikian masih dapat diselesaikan sekiranya komitmen
dan kerjasama daripada semua pihak secara menyeluruh wujud dalam sesebuah
masyarakat tersebut kerana perpaduan merupakan kunci dan elemen yang penting dalam
menjayakan mana-mana hasrat atau objektif negara.

Rujukan

Ahmad, J. H. (2009). Salah guna dadah: sebab, akibat, cegah, dan rawat. Serdang:

Universiti Putra Malaysia Press.

Serangan paris: Berita Terkini, Foto, Video mengenai serangan paris. (n.d.). Retrieved

March 28, 2017, from http://www.astroawani.com/topic/serangan-paris

Dollah, W. A. (2010). Penggunaan ubat dan gejala dadah. Kuala Lumpur: E1 Publication.

Serangan di Paris. (2015, November 18). Retrieved March 28, 2017, from

https://www.bharian.com.my/node/96778

Pendidikan moral. (2000). Petaling Jaya: Pearson Education.

You might also like