You are on page 1of 7

BIDANG TUGAS HEM

DISIPLIN DAN KESELAMATAN.


A.     DISIPLIN
1.            OBJEKTIF.
 1.1  Meningkatkan tahap pengkayaan nilai disiplin.
 1.2  Menamankan kesedaran bahawa disiplin menjadi tunggak dalam menuju kejayaan dalam
       semua bidang.
 1.3  Menwujudkan masyarakat penyayang di sekolah.
 1.4    Membentuk pembinaan insani yang sempurna serta bertanggungjawab terutama dari
segi akhlak dan budi pekerti.
 2.            PERANCANGAN TAHUNAN.
 2.1  Menyediakan senarai “PERATURAN SEKOLAH DAN SALAHLAKU”,
        untuk :
            1. Diedar dan ditampal pada setiap kelas.
            2. Dibaca dan difahami.
            3. Ditampal di papan kenyataan umum.
 2.2    Melantik pengawas-pengawas sekolah yang terdiri dari murid-murid lelaki dan
perempuan dari tahun 2 hingga tahun 6.
 2.3    Memberi taklimat mengenai tanggungjawab kepada semua pengawas dari masa ke
       semasa.
 2.4  Menubuhkan Jawatankuasa Pengawas Sekolah.
 2.5  Memberi tugas harian kepada semua pengawas.
 2.6  Mengemaskini bilik pengawas.
 2.7  Menyediakan buku rekod salahlaku dan buku laporan disiplin murid.
 2.8  Mengambil tindakan yang wajar terhadap murid-murid yang bemasalah dan ponteng
sekolah.
 2.9  Taklimat keselamatan jalan raya.
 2.11  Mempastikan semua murid sentiasa berbaris dan bersopan semasa rehat/keluar
kelas/masuk kelas
 2.12  Membantu guru-guru apabila diperlukan dari masa ke semasa.
 2.13  Mengadakan mesyuarat  bila-bila diperlukan.
 2.14  Mengadakan kursus Bimbingan Pengawas.
B. KESELAMATAN
PERANCANGAN TAHUNAN.
2.1  Menyediakan peraturan dan arahan yang mesti dipatuhi bila berlaku
kebakaran/kecemasan.
2.2  Menyediakan pelan yang mesti diikuti dan patuh bila berlaku kebakaran.
2.4    Menampalkan pelan tersebut dalam tiap-tiap bilik darjah dan tempat-tempat yang
penting dan juga di papan kenyataan.
2.4  Mengadakan latihan kebakaran pada bila-bila masa.
2.5   Menjemput pegawai bomba memberi ceramah semasa latihan kebakaran.

KANTIN/RMT SEKOLAH.
 1.            OBJEKTIF.
 1.1    Memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada semua guru, murid dan tetamu yang
       datang ke sekolah.
 1.2    Mewujudkan kesedaran semua pihak agar mematuhi segala arahan dan peraturan
       yang dikeluarkan oleh Kementerian dan Jabatan.
 2.  PERANCANGAN TAHUNAN.
 2.1  Memastikan semua kemudahan yang ada di kantin/RMT tersusun dengan kemas, bersih
dan rapi.
 2.2  Mempamerkan di papan kenyataan di kantin perkara-perkara berikut:
            a). Senarai Jawatankuasa Kantin/RMT
            b). Senarai Pengawas/Guru Bertugas Kantin/RMT
            C). Peraturan kantin/RMT
            D). Poster-poster yang berkaitan.
2.3  Memastikan persekitaran dan kantin/RMT sentiasa bersih.
2.5    Memastikan semua makanan yang dijual mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
       Kementerian dan Jabatan Kesihatan.
2.5  Mempastikan makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang berpatutan.
2.6  Mempastikan semua murid mematuhi segala peraturan semasa di kantin.
2.7  Menyediakan buku “Laporan Kantin/RMT ” untuk diberi perhatian dan diambil tindakan.
2.8    Peringatan mengenai perkara yang diberi perhatian dan diambil semasa perhimpunan
       mingguan.
            
3.  KHAS UNTUK MURID.
3.1  Membasuh tangan dan membaca doa sebelum dan selepas makan dan minum.
3.2  Beratur semasa membeli makanan atau minuman/mengambil makanan.
3.3  Jangan membazir makanan.
3.4    Segala bungkusan dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah
       atau tong sampah.
3.5  Jangan meludah dan mengotorkan kantin/bangunan RMT
3.6  Semua pihak bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin.

4.  KHAS UNTUK PEKERJA KANTIN.


4.1  Memakai apron sepanjang masa mengendalikan kantin/Makanan RMT
4.2  Sentiasa keadaan bersih sepanjang masa.
4.3  Bertudung atau bertopi di kepala.
4.4  Menggunakan penyepit semasa mengambil makanan.
4.5  Menjaga kebersihan tempat menyedia makan dan tempat memasak.
4.6  Menjalani pemeriksaan doktor.

KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID.


A.                 KESIHATAN
1.            OBJEKTIF.
1.1  Memastikan kesihatan murid dalam keadaan baik.
1.2  Menggalakkan semua murid mempunyai fizikal dan mental yang baik dan sihat.
1.3    Menanamkan sikap mementingkan kebersihan rohani dan jasmani seterusnya
      persekitaran mereka.
2.             PERANCANGAN TAHUNAN.
2.1  Mengemaskini “Bilik Rawatan “
2.2 Menyediakan jawatankuasa yang dilantik untuk tugasan harian.
2.4  Menyediakan ubat-ubat pertolongan cemas secukupnya.
2.5  Mengawasi kesihatan murid dan keselamatan dari masa ke semsa.
2.6    Menyediakan kemudahan asas dan memberi kerjasama dan bantuan kepada Pegawai
      Kesihatan/Pergigian memeriksa dan memberi rawatan kepada murid-murid.
2.7  Menyedia dan melengkapkan “Rekod/Kad Kesihatan” (tindakan guru kelas).
2.8  Mengedarkan Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga untuk suntikan pelali untuk tahun 6
sahaja.
2.9  Menjemput Pegawai Kesihatan untuk memberi ceramah kesihatan.
2.10  Mempamerkan poster-poster yang berkaitan dengan kesihatan.
2.11  Melaksanakan projek mengikut keperluan semasa.
3.              PERATURAN BILIK RAWATAN.
3.1    Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik rawatan tanpa izin guru kelas/guru yang
bertugas.
3.2    Memastikan Guru Bertugas mencatat nama murid sakit yang masuk berehat dalam Bilik
rawatan.
3.3    Pengawas/Ketua Darjah dikehendaki melaporkan sebarang kemalangan kepada guru yang
       bertugas secepat mungkin.
3.4  Murid tidak dibenarkan menyentuh apa-apa barang dalam bilik rawatan.
3.5  Murid yang sakit dan ingin berjumpa doktor hendaklah dapatkan borang di pejabat
sekolah.
4.         LAIN-LAIN PERKARA.
4.1    Mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap murid-murid mengenai kebersihan diri
seperti  rambut, gigi, kuku dan pakaian dari masa ke semasa.
4.2    Memastikan rancangan “Colgate Sekolah” sampai ke tangan murid dan digunakan dengan
       sewajarnya.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS.
 1.             OBJEKTIF.
 1.1  Untuk memberi kemudahan kepada semua murid sekolah ini.
 1.2  Membentuk kesedaran individu tentang menghargai harta benda sekolah dan kerajaan.
 2.            PERANCANGAN TAHUNAN.
 2.1  Mengemaskini bilik buku SPBT.(BOSS)
 2.2  Menyemak penyata komputer untuk tindakan selanjutnya jika ada masalah.
 2.3  Menerima dan memproses buku dari pembekal.
 2.4  Mengagihkan buku kepada murid di minggu pertama persekolahan.
 2.5  Mengagihkan borang “G” kepada guru untuk dilengkapkan dan disimpan oleh GPK.
 2.6  Menyediakan senarai hapuskira untuk dihantarkan ke Jabatan.
 2.7  Mengadakan pemeriksaan Buku Teks mengejut kepada semua murid dari masa ke semasa.
 2.8  Melantik Pembantu SPBT di kalangan murid tahap 2.
 2.9    Memastikan Bilik SPBT sentiasa kemas dan bersih dan semua buku tersusun mengikut
      mata pelajaran.
 2.10 Memproses permohonan SPBT dan memberi kelulusan sama ada layak atau tidak.
 2.11 Setiausaha memanggil Penyelaras Tahun bermesyuarat bila perlu.
 2.12 Penyelaras Tahun perlu membuat senarai semak kelayakan dan selesai seminggu dari
tarikh Panel Kelayakan bersidang.
 2.13 Penyelaras Tahun membantu setiausaha SPBT mengedarkan surat pemberitahuan
kelayakan.
 *3.            TUGAS GURU KELAS DALAM PERJALANAN SPBT SEKOLAH
            Guru Kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks diberikan kepada murid yang
layak seperti yang ditetapkan oleh program ini.Beliau juga wajar memupuk rasa sayang akan
buku teks dan menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT.
Oleh itu, guru kelas mempunyai tanggungjawab seperti yang berikut :
            (i)                 Bekerjasama dengan guru SPBT dalam perlaksanaan dan pengurusan SPBT.
(ii)                Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak Borang Kelayakan Murid
(Borang SPBT 1) sebelum diserahkan kepada penyelaras tahun.
(iii)              Menyediakan cadangan senarai nama yang layak dan yang tidak layak
menerima pinjaman buku teks.
(iv)              Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks dari
murid.
(v)               Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan
pemulangan buku teks daripada murid.
(vi)              Memastikan murid menggantikan buku teks yang dihilangkan/dirosakkan
oleh mereka.
(vii)            Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baik.
(viii)           Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka di ruang yang
disediakan pada cap SPBT.
 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN PROJEK SUSU SEKOLAH.
1.            OBJEKTIF. 
1.1.    Meningkatkan lagi taraf kesihatan murid dan amalan pemakanan melalui makanan
seimbang  dan tabiat minum susu.
 1.2   Menggalakkan murid suka minum susu.
 1.3    Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan berkenaan dengan makanan seimbang
dan amalan harian.
 2.            PERANCANGAN TAHUNAN.
2.1  Menyediakan senarai nama murid yang layak mendapat RMT dari tahun 1 hingga 6. 
2.2 Memilih dan memastikan murid yang layak menerima susu percuma bukan dari murid RMT.
2.3  Membuat pesanan susu mengikut jadual yang ditetapkan.
2.4    Melantik pengusaha kantin untuk menyediakan dan mengelolakan RMT mengikut menu
       yang ditetapkan. 
2.5    AJK RMT sentiasa mengawa murid semasa makan dan mencatatkan kehadiran murid
       dalam jadual kedatangan. 
2.6  AJK RMT sentiasa mengawasi, menilai dan memerhati mutu makanan yang disediakan. 

DATA / MAKLUMAT
1.            Objektif
1.1               Membantu PPD, JPN Dan kementerian Pendidikan dalam perancangan pendidikan
dengan mengemukakan data yang tepat. 
1.2              Kesedaran kepentingan maklumat kepada semua. 
2.            Perancangan : 
2.1               Menguruskan kemasukan dan mengemaskinikan data dalam komputer menerusi
aplikasi EMIS, SMS dan Penyata Bulanan. 
2.2               Melaporkan peningkatan atau peningkatan bilangan murid mengikut kelas 
2.3               Menyediakan statistik mengikut keperluan JPN atau PPD. 
2.4               Mengemaskini Jadual Statistik murid yang dipamerkan dalam pejabat. 
2.5               Menghantar Disket ke PPD dan JPNS sebelum daripada tarikh yang ditetapkan setiap
bulan.
 PENDAFTARAN DAN REKOD 
1.            Objektif : 
1.1               Membantu melancarkan urusan rekod dan pendaftaran. 
1.2               Membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan. 
1.3               Memeberi khidmat yang terbaik untuk masyarakat. 
2.            Perancangan : 
1.                   Menguruskan kemasukan murid tahun satu. 
2.                   Menulis maklumat murid dan rekod daftar murid. 
3.                   Menguruskan pengesahan murid :
-         Menghantar surat makluman pengesahan
-         Menyediakan Kad Nama murid tahun 1
-         Menggerakkan Jawatankuasa Hari Suaikenal  
4.                   Memproses borang Rayuan Tahun 1 
5.                   Memastikan kad kesihatan, kad gigi, Buku Laporan Kemajuan dan sebagainya
dalam fail peribadi tersusun mengikut kelas. 
6.                   Menguruskan pengasingan fail-fail peribadi mengikut pergerakan murid setiap
akhir tahun. 
7.                   Bekerjasama dengan guru kelas dalam melaksanakan tugas. 
8.                   Memastikan Buku Kedatangan diisi dengan lengkap Memastikan Buku
Kedatangan murid sampai ke Pejabat sebelum atau pada pukul 9 pagi setiap hari 
9.                   Memastikan murid keluar masuk dicatat.Sentiasa semak fail kemasukan dan
pertukaran murid. 
10.               Mengumpul Borang Data Peribadi murid. 
1.                   Menguruskan pemberian sijil-sijil di akhir tahun seperti sijil berhenti sekolah
dan lain-lain sijil yang diperlukan. 
2.                   Menguruskan borang-borang penempatan murid tahun 1 dan tahun 6 serta
pekeliling penempatan dari PPD seperti rayuan penempatan. 

  INVENTORI / PERABOT 
1.             OBJEKTIF. 
1.1  Memastikan perabot dan kelengkapan sekolah dalam keadaan baik 
1.2  Memastikan Hak Kerajaan tidak disalahgunakan atau berlaku kehilangan 
1.         PERANCANGAN 
2.1               Menyenaraikan semua barangan yang dikategorikan dalam inventori sekolah oleh
guru-guru kelas dan guru bilik khas. 
2.2               Melabelkan barang atau perabot yang baru. 
2.3               Memastikan barang tidak hilang. 
2.4               Menyediakan buku daftar inventori  yang mengandungi
- Nama bilik dan Nombor Bilik Inventori
- Item dan Kod Inventori 
2.5               Merekod harta kerajaan ke dalam Kad Biru dan kad Hijau Inventori 
2.6               Mengawasi pergerakan perabot dalam kelas dan bilik-bilik khas. 
2.7               Rekod bilangan perabot yang ditampal di setiap bilik. 
2.8               Mengawal keluar masuk kerusi dan meja dari stor. 
2.9               Merekod perabot yang telah rosak. 
  KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
 1.            OBJEKTIF.
1.1  Memastikan keadaan sekitar sekolah bersih dan ceria. 
1.2  Mewujudkan “ Sekolah Dalam Taman” 
2.            PERANCANGAN 
2.1               Jawatankuasa ini juga menjadi jurufoto.Setiap majlis rasmi sekolah perlu diambil
dan album tersebut perlu disimpan dalam bilik Guru Besar. 
2.2               Menyediakan pelan induk lanskap sekolah. 
2.3               Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah
seperti:  
i)                    Mengadakan pertandingan kebersihan kelas.
ii)                  Ceramah-ceramah alam sekitar
iii)                 Pertandingan poster kebersihan.
iv)                Menanam bunga/pokok.
v)                  Kempen kebersihan.
vi)                Gotong-royong. 
2.1               Mengadakan program “Kawasan Angkat Kebersihan“ dimana setiap kelas
mengambil satu kawasan untuk diceriakan. 
2.2               Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan
keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan. 
2.3               Melukis mural dinding. 
2.4               Membuat lanskap di depan ruang legar sekolah. 
2.5               Membuat taman-taman contohnya taman herba. 
  KOMPUTER SEKOLAH 
1.             OBJEKTIF. 
1.1    Memastikan komputer sekolah dalam keadaan baik dan bilik komputer dalam keadaan
kemas. 
1.2    Memastikan Hak Sekolah tidak disalahgunakan atau berlaku kehilangan.  
1.                  PERANCANGAN 
2.1               Melabelkan barang atau perabot yang terdapat dalam bilik komputer. 
2.2               Memastikan kebersihan dan keceriaan terpelihara. 
2.3               Membuat peraturan dan memastikan guru dan murid mematuhi peraturan
tersebut. 
2.4               Membuat jadual penggunaan komputer dalam pembelajaran. 
2.5               Mengadakan kursus dalaman komputer dalam pendidikan. 
2.6               Melatih beberapa orang murid yang mahir komputer untuk membantu
Jawatankuasa menjalankan tugas. 
2.7               Memastikan komputer bebas dari virus.Disket yang dibawa dari rumah perlu
bersihkan dahulu.Anti virus perlu sentiasa di ‘UPGRADE’ 
2.8               Merancang Kursus Komputer (Penyelenggaraan / Pemasangan) dan dibuka kepada
sekolah lain yang berminat.
 

You might also like