You are on page 1of 5

SK SUNGAI RAMAI SJKT LADANG

AYER TAWAR
32400 AYER TAWAR. 32400 AYER
TAWAR.

KERTAS KERJA
HARI KANAK -KANAK

ANJURAN BERSAMA
SK SUNGAI RAMAI & SJKT LADANG AYER TAWAR

TARIKH:
12 NOVEMBER 2019
(SELASA)

MASA:
7.45-12.00 tengah hari

TEMPAT:
PADANG, SK SUNGAI RAMAI
1. PENDAHULUAN

 Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-
kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai
“Satu Hari Bersaudara Dunia dan Persefahaman dalam Kalangan Kanak-kanak”.
Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak
Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keprihatinan
masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah
turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.

 Pada tahun ini, pihak sekolah meraikan hari kanak-kanak bersama SK Sungai
Ramai untuk memeriahkan lagi sambutan dan mengeratkan hubungan silahturahim
antara murid dan guru.

 Ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping mewujudkan


kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan
kanak-kanak di Malaysia.

 Ia juga merupakan salah satu program yang dikhaskan untuk meraikan peranan
dan sumbangan kanak-kanak di sekolah.

 Bagi mencapai maksud objektif Hari Kanak-kanak Sedunia yang diisytiharkan oleh
UNESCO dan PBB iaitu sebagai ‘hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman
dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia’, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh
kedua-dua buah sekolah bagi memeriahkan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak
pada tahun ini.

2. MATLAMAT
 Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka
sentiasa terpelihara.

3. OBJEKTIF
3.1 Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan
menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa
depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistic dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Pembentukan nilai peribadi yang mulia, sahsiah terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.
4. SASARAN DAN PENGLIBATAN

4.1 Semua murid SJKT LADANG AYER TAWAR dan SK SUNGAI RAMAI.

4.2 Semua guru dan kakitangan SJKT Ladang Ayer Tawar dan SK Sungai Ramai

5. TARIKH

12 November 2019 (Selasa)

6. TEMPAT

Dataran Perhimpunan dan Padang SK Sungai Ramai

7. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Krishnan Nadarajah (GB SJKT Ladang Ayer Tawar)


: Puan Raihan Binti Harun (GB SK Sungai Ramai)

NaibPengerusi : Puan Sulosna Subramaniam (GPK Hal Ehwal Murid SJKT Ladang
Ayer Tawar)
: Puan Norazimah binti Adli (GPK HEM SK Sungai Ramai)

NaibPengerusi 1 : Puan Kaliswari Muniandy (GPK Pentadbiran)


: Puan Nurhidayati binti Mohamed (GPK Pentadbiran SK Sungai
Ramai)

NaibPengerusi 2 : Cik Moahana Munusamy (GPK Kokurikulum SJKT Ladang Ayer


Tawar
: Puan Kasimawati binti Mohamed Kasim(GPK Kokurikulum SK
Sungai Ramai)

Penyelaras Program : Puan Sulosna Subramaniam (SJKT Ladang Ayer Tawar)


: Puan Nur Azelin binti Abd Aziz (Penyelaras SK Sungai Ramai)

JAWATANKUASA KERJA :

PENGACARA MAJLIS : Puan Nur Azelin binti Abd Aziz (SK Sungai Ramai)

BACAAN DOA : Ustaz Zulhilmi bin Masri

LAPORAN & DOKUMENTASI : Puan Nur Azelin binti Abd Aziz (SK Sungai Ramai)

PERSEMBAHAN MURID : Puan Sumathi (SJKT LAT)

PERALATAN SUKANEKA : Ustaz Zulhilmi bin Masri (SK Sungai Ramai )


PERSIAPAN TEMPAT : Puan Maslinawatie binti Mat Hassan (SK Sungai
Ramai)

PENYELIA PESERTA
(SUKANEKA) : Puan Nalani (SJKT LAT)

FOTOGRAFI : Puan Kalaywany Balan (SJKT LAT) &


Puan Nurhidayati binti Mohamed (SK Sungai Ramai)

JAMUAN : Puan P.Thilakawathy (SJKT LAT) &


Puan Kasimawati binti Mohamed Kasim (SK Sungai Ramai)

KAWALAN MURID : Puan B.Myuri (SJKT LAT) &


Puan Nor Azimah binti Adli (SK Sungai Ramai)

BI PERKARA BUTIRAN ANGGARAN


L KOS
SJKT LADANG AYER SK SUNGAI RAMAI
TAWAR

1. Makanan dan RM2.50 X 45 orang RM2.50 X 43 orang RM220.00


minuman murid

2. Badut RM250.00 RM250.00 RM 500.00

3. Banting RM35.00 RM35.00 RM 70.00

4. Senamrobik RM25.00 RM25.00 RM 50.00

5. Ais Krim RM0.80 x 45 RM0.80 X 39 orang RM 67.20

JUMLAH BESAR RM907.20

8. ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

9. TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi : Murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan


Bacaan doa
8.00 pagi : Senamrobik
8.15 pagi : Perasmian
(Guru Besar SJKT LAT & SK SG RAMAI)
8.30 pagi : Acara Sukaneka
- Bawa bola dengan gelung rotan
- Lari guni
- Isi air dalam botol (dengan tangan)
10.00 pagi : Rehat & Jamuan makan
10.30 pagi : Persembahan badut
12.00 pagi : Majlis bersurai

10. PENUTUP

Diharapkan aktiviti Program Hari Kanak-kanak ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan program seperti ini
akan dapat diteruskan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak
dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Sekolah bagi mengeratkan hubungan di
kalangan warga SK Sungai Ramai & SJKT Ladang Ayer Tawar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………………………..
(NUR AZELIN BINTI ABD AZIZ) (KASIMAWATI BINTI MOHAMED KASIM)
Penyelaras Hari Kanak-kanak, GPK Hal Ehwal Murid,
SK Sungai Ramai. SK Sungai Ramai.

Disahkan oleh,

……………………………
(RAIHAN BINTI HARUN)
Guru Besar,
SK Sungai Ramai.

You might also like