You are on page 1of 1

No. Ruj.

Kami : SKTTDI (1) 100/3/3/2 ( )


Tarikh : Januari 2017

Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Persiaran Tunku Syed Sirajuddin,
50604 Kuala Lumpur.
(UP: Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

YBhg. Dato’,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK PROGRAM SOLIDARITY JOURNEY TO PARIS, PERANCIS

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima pelawaan dari Yayasan
Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM) yang dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri untuk mengikuti program ini melalui surat
bertarikh 16 Mei 2016.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sokongan dan kelulusan daripada YBhg.
Dato’ agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif sebagaimana yang dirancangkan.
Untuk makluman YBhg. Dato’, segala perbelanjaan ditanggung oleh ibu bapa dan YHKM.

4. Bersama-sama surat ini dikepilkan kertas kerja program, senarai peserta, tentatif program,
surat tawaran dari YHKM dan Surat Kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk makluman dan rujukan YBhg. Dato’.

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato’ dalam perkara ini amat kami harapkan dan hargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(RAMNAH BINTI DARUS)


Guru Besar

You might also like