You are on page 1of 36

Bijak Wang Pilihan Saya

MALAYSIA
Strategi Literasi
Kewangan Kebangsaan
2019-2023

1
KANDUNGAN

Perutusan Perdana Menteri 3


Kata Alu-Aluan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan 4
Kepentingan Literasi Kewangan 5
Strategi Kebangsaan 10
- Visi dan Objektif
- Hasil Strategik dan Prinsip yang Menjadi Panduan
- Pendekatan
- Mencapai Objektif

Hala Tuju Lima Tahun 14


- Strategi Utama 1
Menyemai nilai murni sejak usia muda

- Strategi Utama 2
Meningkatkan akses orang ramai kepada maklumat, alat kewangan
serta sumber berkaitan pengurusan kewangan

- Strategi Utama 3
Memupuk tabiat kewangan yang positif dalam kalangan kumpulan sasaran

- Strategi Utama 4
Memperkasa amalan perancangan kewangan jangka panjang dan persaraan

- Strategi Utama 5
Mengumpul dan melindungi harta

Bagaimana Anda Boleh Menyumbang 26


Kenali Kami 28
Inisiatif Semasa FEN 30
Ahli FEN 34
Hubungi Kami 35
Perutusan Perdana Menteri

Kerana itu, saya menerima baik pelaksanaan


Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-
2023 (Strategi Kebangsaan), yang menetapkan
matlamat untuk meningkatkan tahap literasi
kewangan dan memupuk tabiat dan sikap
yang bertanggungjawab dalam pengurusan
kewangan. Kerajaan berharap agar rakyat
Malaysia dapat menjalani hidup yang lebih
sejahtera dan menyumbang secara produktif
kepada pembangunan ekonomi yang berdaya
tahan dan inklusif.

Strategi Kebangsaan ini menyokong aspirasi


kerajaan dalam aspek "kemakmuran bersama"
yang mahu memastikan rakyat Malaysia
diperkasa dengan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan keyakinan yang mantap dalam membuat
keputusan kewangan. Dalam hal ini, akses
kepada pendidikan kewangan adalah penting
Kesederhanaan dalam kehidupan dan sentiasa kepada seluruh rakyat Malaysia pada semua
mengukur baju di badan sendiri merupakan peringkat umur dan tahap kehidupan, dan
elemen penting dalam menjalani hidup yang usaha ini hanya akan dapat dicapai melalui
sejahtera, produktif dan sempurna. Walau kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak.
bagaimanapun, kajian terkini yang dijalankan
Tahniah diucapkan kepada Jaringan Pendidikan
oleh Organisation for Economic Co-operation
Kewangan atas penggubalan dan pelancaran
and Development dan Bank Negara Malaysia
Strategi Kebangsaan yang tepat pada masanya.
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai
Usaha meningkatkan tahap literasi kewangan
pengetahuan kewangan yang rendah serta
merupakan tanggungjawab jangka panjang
lebih cenderung untuk mengurus keperluan
yang memerlukan komitmen yang berterusan
semasa tanpa berpandangan jauh dalam
daripada pelbagai pihak.
mengurus kewangan peribadi.
Inisiatif meningkatkan kesejahteraan kewangan
Ramai di kalangan rakyat Malaysia bergelut
rakyat Malaysia merupakan elemen penting
dalam menguruskan kewangan sehingga memberi
dalam merealisasikan potensi sebenar kita.
impak kepada mereka yang menghadapi isu
kewangan di luar jangkaan. Ada di antara mereka Saya yakin kita akan memperoleh manfaat
yang dibuang kerja, menghadapi penyakit yang sepenuhnya daripada pelaksanaan Strategi
berpanjangan atau terpaksa menanggung bil Kebangsaan ini nanti.
yang besar. Memandangkan produk kewangan
dan pelaburan kini semakin kompleks dan
pelbagai, individu perlu menanggung risiko dan
mengambil tanggungjawab yang lebih besar
terhadap sebarang keputusan yang dibuat.
Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh individu Dr Mahathir bin Mohamad
tetapi turut dirasai oleh masyarakat seluruhnya. Julai 2019

3
Kata Alu-Aluan oleh
Jaringan Pendidikan Kewangan
berfungsi bagi menyelaraskan dan memanfaatkan
sinergi dalam pelbagai inisiatif dengan matlamat
utama untuk meningkatkan kesejahteraan
kewangan rakyat Malaysia. Menguasai prinsip
kewangan asas dan memahami hubungan antara
pulangan dan risiko merupakan kemahiran asas
kehidupan yang perlu diberi penekanan.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti


Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada
ahli-ahli Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial
U saha meningkatkan literasi kewangan Education Network atau FEN) yang terdiri
merupakan perkara utama untuk memperkasakan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia,
individu dengan pengetahuan dan kemahiran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Agensi
yang diperlukan demi mempertingkatkan Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Perbadanan
kesejahteraan kewangan mereka. Keupayaan Insurans Deposit Malaysia dan Permodalan
untuk membuat keputusan kewangan yang bijak Nasional Berhad, atas sumbangan mereka yang
merupakan elemen penting dalam kehidupan besar dalam mengenal pasti strategi utama dan
seharian bagi memastikan kita mampu pelan tindakan di bawah Strategi Kebangsaan.
memenuhi keperluan kewangan semasa dan Strategi Kebangsaan ini akan menjadi pelengkap
akan datang. Rakyat Malaysia daripada segenap dan seterusnya pemangkin kepada inisiatif
lapisan masyarakat perlu dibekalkan dengan yang sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi
pengetahuan kewangan supaya mereka mampu ini dan juga membuka peluang kepada pihak
menguruskan simpanan dan perbelanjaan, berkepentingan lain untuk turut serta dalam
melabur dengan bijak dan meminjam secara agenda penting ini.
bertanggungjawab sejajar dengan matlamat dan
keadaan kewangan mereka, termasuklah bagi Seruan panggilan untuk bertindak bagi
tujuan persaraan. memastikan rakyat Malaysia mampu mengharungi
ketidakpastian dan kerumitan kewangan
Mempertingkatkan literasi kewangan dalam merupakan langkah yang tepat pada masanya.
segenap lapisan masyarakat memerlukan Kita semua memainkan peranan penting dalam
pendekatan yang sistematik, mampan dan menggalakkan literasi kewangan dan keupayaan
terselaras dengan fokus untuk mewujudkan generasi sekarang dan akan datang. Kami
perubahan tabiat jangka panjang. Strategi Literasi mengalu-alukan anda semua untuk bekerjasama
Kewangan Kebangsaan 2019-2023 (Strategi dengan FEN dalam memastikan Strategi
Kebangsaan) telah mengenal pasti perkara- Kebangsaan ini dapat dilaksanakan dengan
perkara utama dalam mencapai hasrat ini, dan cemerlang dan mencapai hasil yang diharapkan.

Nor Shamsiah Yunus Syed Zaid Albar


Gabenor Pengerusi
Bank Negara Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

4
Kepentingan
Literasi
Kewangan
5
Kepentingan Literasi Kewangan
Ketika ekonomi negara terus membangun, lebih banyak secara bijak pada setiap peringkat kehidupan ke arah
peluang diwujudkan untuk kita meneruskan matlamat peningkatan taraf hidup masing-masing. Keupayaan
hidup dan mencapai kebebasan kewangan. Keputusan kewangan membolehkan isi rumah berinteraksi secara
yang perlu dibuat setiap hari tentang pengurusan bertanggungjawab dengan penyedia perkhidmatan
kewangan - sama ada memilih untuk menyimpan dengan kewangan, seterusnya menyumbang kepada daya tahan
pihak tertentu atau merancang untuk persaraan serta kewangan mereka.
keperluan kewangan yang lain - boleh memberi kesan
yang berkekalan terhadap kesejahteraan kita. Dengan meningkatkan kemampuan, keupayaan dan hasrat
rakyat Malaysia untuk menentukan hala tuju kewangan
Keyakinan dan keupayaan untuk menguruskan kewangan mereka, kita dapat memupuk masyarakat yang lebih berjati
ialah ciri hidup yang sangat diperlukan untuk mencapai dan diri dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk
mengekalkan kualiti kehidupan yang baik. Mereka yang seluruh rakyat Malaysia dan tidak hanya tertumpu kepada
celik kewangan dapat membuat keputusan kewangan sesetengah golongan sahaja.

Keperluan Pendidikan Kewangan untuk Meningkatkan Literasi Kewangan


Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari kewangan semasa dan akan datang, berasa terjamin
Sudut Permintaan 2018 (Financial Capability and Inclusion dengan masa depan kewangan mereka, dan membuat
Demand Side Survey 2018, FCI 2018) oleh Bank Negara pilihan yang membolehkan mereka menikmati kehidupan.
Malaysia menunjukkan bahawa tahap literasi kewangan
rakyat Malaysia ketika ini boleh ditambah baik. FCI Kewujudan produk dan perkhidmatan kewangan yang
2018 tersebut mendedahkan beberapa perkara yang semakin canggih dan boleh diakses melalui saluran digital
membimbangkan tentang rakyat Malaysia, antaranya: telah menjadikan literasi kewangan semakin penting. Oleh
yang demikian, rakyat Malaysia perlu memahami produk
• Tahap pengetahuan kewangan
dan perkhidmatan serta saluran yang digunakan untuk
• Simpanan dan belanjawan
membuat keputusan kewangan yang tepat.
• Kesediaan menghadapi peristiwa yang tidak dijangka
dalam kehidupan; dan
Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023
• Perancangan untuk persaraan
(Strategi Kebangsaan) bertujuan untuk memberi
Hasil kaji selidik Financial Behaviour and State of Financial panduan supaya usaha yang dilaksanakan pada masa
Well-Being of Malaysian Working Adults 2018 (AFBES’18) hadapan dapat memberi impak yang berkesan secara
oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kolektif. Matlamat utama Strategi Kebangsaan ini adalah
dan Assessment of Capital Markets through Malaysians untuk mempergiatkan lagi pendidikan kewangan dalam
Investors’ Perspective 2018 (ACM 2018) oleh Suruhanjaya meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia, sebagai
Sekuriti Malaysia mendapati bahawa pendidikan kewangan salah satu prasyarat untuk mengukuhkan kesejahteraan
memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki kewangan mereka. Strategi Kebangsaan ini adalah pelan
tabiat masyarakat dalam hal kewangan. holistik untuk tempoh lima tahun yang menetapkan
strategi utama dan pelan tindakan menyeluruh untuk
Kesejahteraan kewangan merujuk kepada keupayaan membangunkan masyarakat Malaysia yang celik
seseorang individu untuk memenuhi tanggungjawab kewangan.

Jaringan Pendidikan Kewangan


Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang terdiri daripada Berhad. Kesemua ahli FEN mempunyai dasar dan inisiatif
pelbagai institusi dan agensi kerajaan ditubuhkan jangka panjang dalam pendidikan kewangan untuk
sebagai satu platform antara agensi yang komited untuk menyokong dan meningkatkan kesejahteraan kewangan
meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia. rakyat Malaysia.

FEN dianggotai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Di bawah Strategi Kebangsaan ini, FEN bersama-sama
Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pihak berkepentingan utama yang lain akan menyampai,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, AKPK, Perbadanan memantau dan mengukur tahap literasi kewangan rakyat
Insurans Deposit Malaysia dan Permodalan Nasional Malaysia.

6
Bijak Wang Pilihan Saya

Kesejahteraan
Kewangan
Menjalani kehidupan yang
bermakna, selesa dan stabil, bebas
daripada masalah kewangan yang
berpanjangan, dan berupaya
menghadapi masalah kewangan yang
tidak dijangka, keadaan hidup yang
berubah dan menghadapi kecemasan
tanpa mengalami beban kewangan.

Literasi
Kewangan
Kesedaran, ilmu, kemahiran,
sikap dan tabiat yang
diperlukan untuk membuat
keputusan kewangan yang
bijak (Ruj. OECD)

Pendidikan
Kewangan
Proses untuk meningkatkan
pemahaman, membangunkan
kemahiran dan keyakinan
untuk membuat pilihan
kewangan yang bijak dan tahu
di mana untuk mendapatkan
bantuan (Ruj. OECD)

Nota kaki: The Organisation for Economic


Co-operation and Development (OECD) 7
Tahap Semasa Literasi
Kewangan di Malaysia
Tahap Pengetahuan Kewangan
• Rakyat Malaysia memiliki
tahap keyakinan yang rendah • Isi rumah yang
terhadap pengetahuan H U AN KEW berpendapatan
A
kewangan mereka sendiri.
G ET A rendah cenderung
untuk memiliki

NG
1 daripada 3 rakyat Malaysia

N
tahap pengetahuan

PE
merasakan mereka

AN
mempunyai pengetahuan kewangan yang
kewangan yang rendah. RENDAH TINGGI rendah.

RM6.00 RM6.00
• 75% rakyat Malaysia
memahami bahawa
inflasi bermaksud kos
sara hidup akan PRODUK DEPOSIT PRODUK
meningkat, tetapi PELABURAN

DULU
INFLASI
SEKARANG
hanya 38% dapat
mengaitkan kesan
inflasi kepada kuasa
beli mereka sendiri.
92% BANK
WARA
N

UNIT
SAHAM

VS
AMANAH BON

• 43% rakyat Malaysia


memahami bahawa wang
bertambah pada asas
kompaun mengikut
peredaran masa, • 92% rakyat Malaysia mempunyai produk deposit.
sementara 22% percaya Tidak ramai mempunyai produk pelaburan.
bahawa wang bertambah
secara malar.

Simpanan dan Belanjawan


PERBELANJAAN HARIAN
SIMPANAN
43% 39%
Makanan
Rawatan & barangan
kesihatan dapur
• 84% rakyat Malaysia mendakwa mereka menyimpan
• 1 daripada 10 rakyat Malaysia mempercayai bahawa mereka secara tetap hanya untuk jangka masa terdekat, iaitu
tidak berdisiplin dalam mengurus kewangan mereka. simpanan tersebut kebiasaannya dikeluarkan pada akhir
bulan untuk menampung perbelanjaan harian.

• 76% rakyat Malaysia mempunyai • 1 daripada 5 orang dewasa Malaysia • 3 daripada 10 orang dewasa
bajet untuk berbelanja, tetapi 2 yang bekerja tidak membuat Malaysia yang bekerja perlu
daripada 5 mendapati sukar simpanan dalam tempoh enam meminjam wang untuk membeli
untuk mengikutinya. bulan sebelumnya. barangan keperluan asas.
8
Kesediaan untuk Menghadapi Situasi Luar Jangkaan

BIL PETROL

• 52% rakyat Malaysia berasa • Hanya 24% rakyat Malaysia dapat menampung • Hanya 17% rakyat Malaysia
sukar untuk menyediakan perbelanjaan sara hidup untuk sekurang-kurangnya mempunyai insurans hayat
RM1,000 sekiranya berlaku 3 bulan atau lebih sekiranya kehilangan sumber dan perlindungan takaful.
kecemasan. pendapatan utama mereka (10% boleh bertahan
untuk lebih daripada 6 bulan).

Merancang untuk Persaraan

Simpanan KWSP
Sasaran yang disyorkan
240k

UMUR
0 25 55 75

• 41% rakyat Malaysia bergantung pada • 68% daripada ahli KWSP yang aktif tidak • 6 daripada 10 pekerja
simpanan KWSP mereka sebagai sumber mencapai Simpanan Asas yang disyorkan Malaysia bekerja sendiri dan
pendapatan utama untuk persaraan. mengikut kumpulan umur. tidak tergolong sebagai
• Hampir separuh daripada rakyat Malaysia • Jumlah Simpanan Asas yang disyorkan pada tenaga kerja dan tidak
tidak yakin mempunyai pendapatan yang umur 55 tahun ialah RM240,000, yang dilindungi oleh sebarang
mencukupi untuk persaraan. membolehkan pengeluaran bulanan sistem persaraan atau
sebanyak RM1,000 untuk tempoh 20 tahun pencen yang formal.
• 16% rakyat Malaysia sangat bimbang
tentang perbelanjaan isi rumah pada selepas bersara.
usia tua mereka.

Kesedaran Tentang Risiko dan Pulangan Pelaburan

Tinggi Tinggi
Peratus Kerugian %

40 40

30 30
Peratus %

Sederhana Sederhana
20 20
Rendah Rendah
10 10
12.4 24.0 42.9 12.3 23.6 41.8
0 0 Risiko Pelaburan
Pulangan Pelaburan Tahunan
• Pelabur didapati mempunyai jangkaan • Persepsi pelabur tentang jumlah kerugian yang
yang tidak realistik terhadap pulangan sanggup mereka terima menunjukkan
tahunan daripada pelaburan di dalam kekurangan pengetahuan mereka tentang
produk pasaran modal. tahap risiko pelaburan dalam pasaran modal.

Nota kaki: Sumber termasuk FCI 2018, AFBES 2018, ACM 2018, Statistik KWSP. Simpanan Asas akan disemak semula berdasarkan kadar pencen
minimum kakitangan sektor awam atau pada setiap tiga tahun mengikut mana yang terdahulu.
9
Strategi
Kebangsaan

10
Tinjauan Keseluruhan Strategi Literasi
Kewangan Kebangsaan Malaysia

STRATEGI
KEBANGSAAN
VISI Meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia

Meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia dan


OBJEKTIF
menggalakkan tabiat yang bertanggungjawab

Memperkasa rakyat Malaysia untuk…

HASIL Menyimpan, Merancang dan Melindungi harta


mengurus dan melabur untuk masa daripada penipuan
STRATEGIK melindungi wang depan yang mampan kewangan

Meningkatkan
Meningkatkan Jangkauan Mempengaruhi akses kepada
PENDEKATAN kerjasama sektor dan komunikasi perubahan produk dan
awam-swasta yang efektif tabiat perkhidmatan
kewangan

PERINGKAT Murid
Remaja Dewasa
Bakal Pesara /
KEHIDUPAN sekolah Pesara

STRATEGI
UTAMA
Menyemai nilai Meningkatkan akses Memupuk tabiat Memperkasa amalan Mengumpul
murni sejak orang ramai kepada kewangan yang perancangan dan melindungi
usia muda maklumat, alat kewangan positif dalam kewangan jangka harta
serta sumber berkaitan kalangan panjang dan
pengurusan kewangan kumpulan sasaran persaraan

11
Visi dan Objektif
Meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia. Strategi Kebangsaan ini bermatlamat
untuk meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia dan menggalakkan tabiat kewangan
yang bertanggungjawab serta sikap pengurusan kewangan yang wajar.

Hasil Strategik dan Prinsip


yang Menjadi Panduan
Strategi Kebangsaan memberi tumpuan pada pasti dan menangani jurang kelemahan
usaha memperkasa rakyat Malaysia supaya dalam pengurusan kewangan serta
dapat: mengoptimumkan sumber dan mencapai
sinergi.
• Menyimpan, mengurus dan melindungi
wang 2) Pembangunan program pendidikan yang
inklusif dan disasarkan untuk rakyat Malaysia
• Merancang dan memastikan masa depan
pada setiap peringkat kehidupan. Inisiatif
yang mampan
literasi ini perlu mengambil kira keperluan
• Melindungi diri daripada skim penipuan kewangan mengikut peringkat kehidupan
kewangan dengan mensasarkan kumpulan yang paling
Prinsip yang menjadi panduan yang perlu rentan.
diterima pakai dalam melaksanakan Strategi 3) Pelaksanaan inisiatif yang memperkasa dan
Kebangsaan adalah: memberi galakkan kepada rakyat Malaysia
1) Tanggungjawab bersama antara pihak untuk bertanggungjawab atas kesejahteraan
berkepentingan untuk meningkatkan kewangan mereka sendiri. Prinsip teras yang
literasi kewangan rakyat Malaysia. diterapkan dalam strategi ini adalah setiap
Kerjasama ini membolehkan usaha mengenal individu bertanggungjawab atas diri sendiri.

12
Pendekatan konsisten melalui pelbagai saluran, dengan
memberi penekanan pada media digital.
• Mempengaruhi perubahan tabiat
Strategi Kebangsaan ini akan menggunakan
Menggalakkan amalan terbaik dan
pendekatan strategik berikut:-
melaksanakan dasar yang sesuai untuk
• Meningkatkan Kerjasama Sektor Awam- merangsang tabiat kewangan yang baik.
Swasta
• Meningkatkan akses kepada produk
Menggalakkan lebih banyak kerjasama
dan perkhidmatan kewangan
antara sektor awam dengan swasta supaya
Memastikan rakyat Malaysia mempunyai
pelaksanaan pelan tindakan bawah Strategi
akses kepada pelbagai produk dan
Kebangsaan menjadi lebih berkesan dan
perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan
mantap.
keperluan mereka.
• Capaian dan komunikasi yang efektif
Menggunakan mesej yang mudah dan

Mencapai Objektif
Strategi Kebangsaan telah mengenal pasti lima FEN dan pihak berkepentingan lain untuk
Strategi Utama yang relevan untuk pelbagai memastikan dasar yang digubal adalah efektif
peringkat kehidupan rakyat Malaysia. Setiap dan menepati objektif. Penilaian sedemikian
Strategi Utama pula akan didukung oleh Pelan adalah penting untuk mengenal pasti perkara
Tindakan yang khusus bagi mengukuhkan yang memerlukan intervensi, menetapkan dan
pelaksanaan inisiatif pendidikan kewangan mengkaji semula sasaran bagi menambah
yang dikenal pasti. baik dan memberi sokongan yang diperlukan
Satu komponen penting untuk menyokong dalam penggunaan sumber secara berkesan.
pelaksanaan setiap Pelan Tindakan ialah Sepanjang pelaksanaan Strategi Kebangsaan
strategi komunikasi yang berkesan. Dengan ini, inisiatif pendidikan kewangan akan
meningkatkan kesedaran dan mempergiat dipantau dan dinilai secara konsisten untuk
komunikasi mengenai literasi kewangan, rakyat memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.
Malaysia akan lebih menyedari keperluan Hasil dari penilaian tersebut akan dikongsi
terhadap pendidikan kewangan. Dalam hal ini, bersama ahli FEN bagi tujuan merangka amalan
kita sedia maklum bahawa kemajuan teknologi terbaik dan melaksanakan penambahbaikan
boleh dimanfaatkan untuk menyediakan akses yang difikirkan perlu.
yang mudah kepada maklumat pendidikan Strategi Kebangsaan ini turut menyokong
kewangan bagi rakyat Malaysia. Akhirnya, kerjasama dalam bidang penyelidikan dan
kesedaran yang jelas dan mampan mengenai perkongsian data. Hasil kajian tersebut akan
pendidikan kewangan akan menyokong usaha memandu inisiatif penggubalan dasar pada
meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat
masa hadapan. Hasil kajian ini juga boleh
Malaysia.
dikongsi secara terbuka untuk meningkatkan
Strategi dan inisiatif pendidikan kewangan kesedaran masyarakat tentang isu literasi
perlu dinilai secara konsisten oleh ahli kewangan.

13
Hala Tuju
Lima Tahun

14
Strategi Utama dan Pelan Tindakan Malaysia
Strategi Utama 1: Menyemai nilai murni sejak usia muda
• Memperluaskan elemen asas pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah dari
peringkat prasekolah, sekolah rendah sehingga menengah
• Memperkukuhkan pendidikan kewangan melalui aktiviti kokurikulum
• Memperkenalkan pembangunanan keupayaan dan sokongan kepada guru
• Menggalakkan penyertaan pendidikan kewangan dalam kalangan murid, kumpulan
ibubapa dan masyarakat sokongan

Strategi Utama 2: Meningkatkan akses orang ramai kepada maklumat,


alat kewangan serta sumber berkaitan pengurusan kewangan
• Menjadikan maklumat asas pendidikan kewangan difahami, diperolehi dan diakses
dengan mudah oleh semua
• Meningkatkan kesedaran dan mempergiatkan inisiatif pendidikan kewangan melalui
kempen mendekati masyarakat di seluruh negara

Strategi Utama 3: Memupuk tabiat kewangan yang positif dalam


kalangan kumpulan sasaran
• Menyampaikan pengetahuan kewangan untuk menggalakkan tabiat kewangan yang
positif dalam kalangan belia
• Menggalakkan pendidikan kewangan di tempat kerja untuk meningkatkan daya
tahan kewangan yang seterusnya akan memberi impak positif terhadap produktiviti
pekerja
• Memupuk amalan pengurusan wang secara bijak melalui pendidikan kewangan
dalam komuniti
• Melengkapkan individu yang bekerja sendiri dengan pengetahuan kewangan bagi
menggalakkan kemapanan kendiri dan perniagaan

Strategi Utama 4: Memperkasa amalan perancangan kewangan


jangka panjang dan persaraan
• Menggalakkan penggunaan alat bantu dan panduan kewangan yang inovatif bagi
menambah baik perancangan kewangan jangka panjang
• Mewujudkan kesedaran dan mempromosi faedah mendapatkan nasihat profesional
tentang perancangan kewangan
• Menggalakkan kepelbagaian dalam pendapatan melalui promosi saluran dan
platform untuk simpanan secara sukarela
• Mendidik rakyat Malaysia supaya membuat perancangan kewangan jangka panjang
untuk persaraan mereka

Strategi Utama 5: Mengumpul dan melindungi harta


• Meningkatkan pemahaman tentang risiko dan pulangan untuk mengumpul harta
• Meningkatkan kesedaran tentang inovasi produk dan perkhidmatan kewangan
serta implikasinya
• Meningkatkan kesedaran tentang skim penipuan kewangan
• Menyedia dan menerbitkan bahan berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan
yang sofistikated
15
Matlamat
• Mendidik murid sekolah tentang
pengetahuan dan kemahiran asas

Strategi kewangan.
• Memupuk nilai kewangan yang baik
Utama 1 sebagai asas bagi mewujudkan rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab dari
Menyemai nilai murni segi kewangan.
sejak usia muda
Hasil yang Diingini
• Golongan muda di Malaysia
memahami dan berupaya
mengaplikasi asas pengetahuan
kewangan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari apabila membuat
keputusan tentang kewangan.

16
Pendidikan kewangan hendaklah bermula dengan sokongan Kementerian Pendidikan
pada usia muda. Pendidikan kewangan Malaysia.
asas perlu diajar kepada murid sekolah
untuk menyemai nilai kewangan yang Pelan Tindakan di bawah Strategi Utama
baik dalam kalangan generasi muda. Ini ini bermatlamat untuk mengembang dan
membolehkan murid mengaplikasikan apa memperkukuhkan pendidikan kewangan
yang telah mereka pelajari tentang cara di sekolah serta menyokong pembangunan
mengendalikan kewangan peribadi dan keupayaan dan sumber untuk guru. Kumpulan
mengamalkan pengurusan kewangan yang ibu bapa dan masyarakat umum juga
berhemat. digalakkan supaya menyokong pendidikan
kewangan kerana mereka memainkan
Pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam peranan penting dalam menerapkan nilai
kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Sektor yang baik dalam kalangan generasi muda di
awam dan swasta juga boleh menyumbang Malaysia.
dan bekerjasama dalam inisiatif sedemikian,

1
Akta Kanak-Kanak 2001 Malaysia mentakrifkan kanak-kanak sebagai individu di bawah umur 18 tahun.
Pada 2018, lebih lima juta pelajar sekolah, berumur antara 5 dan 17 tahun, menghadiri pra-sekolah,
sekolah rendah dan menengah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan.

Memperluaskan elemen asas pendidikan


kewangan dalam kurikulum sekolah dari peringkat
pra-sekolah, sekolah rendah sehingga menengah

Memperkukuhkan pendidikan kewangan


melalui aktiviti kokurikulum
PELAN
TINDAKAN
Memperkenalkan pembangunanan
keupayaan dan sokongan kepada guru

Menggalakkan penyertaan pendidikan


kewangan dalam kalangan murid, kumpulan
ibu bapa dan masyarakat sokongan

17
Matlamat
• Menyediakan maklumat, alat kewangan
dan sumber berkaitan pendidikan
Strategi kewangan yang relevan dan tepat
pada masanya kepada rakyat Malaysia

Utama 2 melalui pelbagai saluran dan kaedah


perhubungan.
Meningkatkan akses orang ramai
kepada maklumat, alat kewangan
serta sumber berkaitan
pengurusan kewangan
Hasil yang Diingini
• Rakyat Malaysia mempunyai
kesedaran yang lebih tinggi dalam
membuat keputusan kewangan yang
berhemat dan mengamalkan tabiat
kewangan yang baik.

18
Kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia untuk menggalakkan tabiat kewangan
kurang yakin dengan pengetahuan dan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia,
kemahiran kewangan mereka. Satu seperti:
daripada tiga rakyat Malaysia menyatakan
bahawa tahap pengetahuan kewangan • Pengetahuan mengenai konsep asas
mereka adalah rendah ; manakala kewangan;
satu daripada sepuluh rakyat Malaysia • Keupayaan berbelanja mengikut
pula merasakan bahawa mereka tidak kemampuan;
berdisiplin dalam pengurusan kewangan
• Menguruskan perbelanjaan sebenar
peribadi.
dan di luar jangka;

FEN berhasrat mendidik dan menggalakkan • Sentiasa berwaspada daripada terjebak


rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya dengan skim penipuan kewangan; dan
hidup kewangan yang betul. Maklumat • Berupaya mengenal pasti risiko dan
untuk meningkatkan kesedaran kewangan manfaat produk dan perkhidmatan
akan disebar dan disampaikan dengan kewangan, termasuklah yang
menggunakan mesej yang ringkas dan ditawarkan melalui platform digital.
padat melalui pelbagai saluran, termasuklah
media sosial, platform digital serta secara Pelan Tindakan bagi Strategi Utama ini
bersemuka. Kesemua kaedah ini digunakan akan memanfaatkan kerjasama antara
untuk mendekati rakyat Malaysia, seramai ahli FEN dan pihak berkepentingan lain,
mana yang mungkin. termasuklah pelbagai kempen di seluruh
negara untuk meningkatkan kesedaran
Maklumat penting berkaitan dengan tentang inisiatif pendidikan kewangan
pengurusan kewangan amatlah relevan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menjadikan maklumat asas pendidikan


kewangan difahami, diperolehi dan diakses
dengan mudah oleh semua
PELAN
TINDAKAN
Meningkatkan kesedaran dan mempergiatkan
inisiatif pendidikan kewangan melalui kempen
mendekati masyarakat di seluruh negara

19
Matlamat
• Menangani jurang kelemahan dalam
pengurusan kewangan bagi segmen
Strategi atau kumpulan tertentu dalam kalangan
masyarakat.

Utama 3 Hasil yang Diingini


Memupuk tabiat kewangan • Memupuk perubahan tingkah
laku yang menggalakkan tabiat
yang positif dalam kalangan kewangan yang sihat.
kumpulan sasaran
• Memperkasa kumpulan sasaran
ini untuk membuat keputusan
kewangan yang berhemat dan
bertanggungjawab.
• Menjadikan mereka berdaya tahan,
menyesuaikan diri dan bersedia dari
segi kewangan untuk menghadapi
sebarang cabaran dalam kehidupan.
20
Strategi Utama ini akan menumpukan Penglibatan yang konsisten dalam tempoh
usaha terhadap segmen masyarakat masa yang ditetapkan adalah perlu untuk
yang mudah terjejas. Kumpulan sasaran memupuk sikap kewangan jangka panjang
ini termasuklah suri rumah, individu yang dan perubahan tabiat yang positif. Pelan
bekerja sendiri, graduan muda yang baru Tindakan ini termasuklah inisiatif yang
menceburi alam pekerjaan dan perlu menyediakan maklumat, pendidikan dan
belajar menguruskan pendapatan mereka. insentif kepada kumpulan sasaran ini. FEN
FCI 2018 mendapati bahawa isi rumah akan memanfaatkan sektor awam dan
berpendapatan rendah cenderung untuk swasta serta organisasi bukan kerajaan
mempunyai tahap literasi kewangan yang bagi memupuk tabiat positif yang dapat
lebih rendah. memperkukuh daya tahan kewangan.

Menyampaikan pengetahuan kewangan untuk


menggalakkan tabiat kewangan yang positif
dalam kalangan belia

Menggalakkan pendidikan kewangan di tempat kerja


untuk meningkatkan daya tahan kewangan yang
seterusnya akan memberi impak positif terhadap
produktiviti pekerja
PELAN
TINDAKAN
Memupuk amalan pengurusan wang secara bijak
melalui pendidikan kewangan dalam komuniti

Melengkapkan individu yang bekerja sendiri dengan


pengetahuan bagi menggalakkan kemapanan kendiri
dan perniagaan

21
Matlamat
• Mendidik rakyat Malaysia tentang
perancangan kewangan jangka panjang.
• Memperkasa rakyat Malaysia untuk
merancang persaraan mereka.
Strategi
Utama 4 Hasil yang Diingini
Memperkasa amalan • Rakyat Malaysia dapat memupuk
perancangan kewangan tabiat perancangan jangka panjang
jangka panjang dan pada setiap peringkat atau peristiwa
dalam hidup yang berbeza, seperti
persaraan
perkahwinan, membina keluarga,
mengerjakan haji dan ditimpa
musibah atau berlaku kematian.
• Rakyat Malaysia mempunyai dana
yang mencukupi untuk memenuhi
keperluan kewangan masa hadapan
dan bersara dengan selesa.
22
Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan tidak dijangka seperti kehilangan pendapatan,
Malaysia pada tahun 2017, jangka hayat di mengalami masalah kesihatan yang serius atau
Malaysia adalah kira-kira 74.8 tahun. Ini jelas ditimpa kemalangan.
menunjukkan bahawa perancangan kewangan
jangka panjang dalam kalangan rakyat Malaysia Di samping itu, ketiadaan perancangan
perlu diperbaiki supaya mereka dapat mencapai persaraan dalam kalangan mereka yang
matlamat kewangan jangka sederhana dan bekerja di sektor tidak formal amatlah
jangka panjang, serta mempunyai dana yang membimbangkan. Meskipun simpanan
mencukupi bagi menghadapi pelbagai peristiwa persaraan sektor swasta dan yang bukan
dalam hidup, termasuklah perkahwinan, berpencen dikendalikan oleh Kumpulan Wang
membina keluarga dan persaraan. Simpanan Pekerja (KWSP), namun masih
terdapat sejumlah besar rakyat Malaysia yang
Dalam merancang kewangan, FCI 2018 bekerja dalam sektor tidak formal yang tidak
mendapati bahawa rakyat Malaysia cenderung terangkum dalam sebarang skim berpencen
untuk menyimpan tanpa matlamat yang jelas mahupun skim persaraan.
dan juga "hidup hanya untuk hari ini". Ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai dana Oleh itu, usaha yang lebih bersungguh-sungguh
yang mencukupi untuk urusan yang melibatkan diperlukan untuk memacu perancangan
perbelanjaan yang besar. 8 daripada 10 kewangan jangka panjang, persediaan untuk
rakyat Malaysia menyatakan mereka kerap menghadapi peristiwa dalam hidup yang tidak
menyimpan wang. Namun simpanan ini dijangka dan perancangan persaraan dalam
biasanya dikeluarkan pada penghujung bulan, kalangan rakyat Malaysia. Pelan Tindakan
menyebabkan mereka gagal mengumpul ini termasuklah penyediaan alat bantu dan
harta. Tanpa matlamat jangka panjang, panduan kewangan, mempromosi skim
ramai rakyat Malaysia tidak bersedia untuk persaraan sukarela dan mengambil khidmat
menanggung perbelanjaan yang dijangka dan nasihat kewangan profesional.

Menggalakkan penggunaan alat bantu dan


panduan kewangan yang inovatif bagi menambah
baik perancangan kewangan jangka panjang

Mewujudkan kesedaran dan mempromosikan


faedah mendapatkan nasihat profesional tentang
perancangan kewangan
PELAN
TINDAKAN
Menggalakkan kepelbagaian dalam pendapatan
melalui promosi saluran dan platform untuk
simpanan secara sukarela

Mendidik rakyat Malaysia supaya membuat


perancangan kewangan jangka panjang untuk
persaraan mereka

23
Matlamat
• Membolehkan rakyat Malaysia membuat
keputusan kewangan dengan bijak

Strategi
setelah memahami dengan jelas risiko
dan manfaat berkaitan pelbagai produk
pelaburan.
Utama 5 • Membolehkan rakyat Malaysia
mempelbagaikan pelaburan mereka.
Mengumpul dan
melindungi harta
Hasil yang Diingini
• Meningkatnya kesedaran dan
kefahaman terhadap ciri utama
produk dan perkhidmatan kewangan
tertentu.
• Membina keyakinan diri untuk
membuat keputusan pelaburan
yang bijak.
24
Inovasi kewangan telah meningkatkan Berdasarkan kaji selidik Suruhanjaya Sekuriti
peluang untuk membuat simpanan dan Malaysia yang dijalankan pada 2018,
pelaburan. Pada masa yang sama, rakyat pelabur menganggap bahawa pulangan
Malaysia perlu memahami manfaat dan risiko tahunan sebanyak 12.4% sebagai rendah,
melabur dalam produk baharu. Mereka juga 24% sebagai sederhana, manakala 42.9%
perlu mengenal pasti produk kewangan sebagai tinggi. Ini menunjukkan bahawa
yang sesuai berdasarkan tahap risiko yang rakyat Malaysia mempunyai jangkaan yang
sanggup diambil serta matlamat pelaburan tidak realistik terhadap pulangan daripada
mereka, dan seterusnya membuat keputusan pelaburan. Jangkaan pulangan yang tidak
kewangan yang bijak. realistik ini meningkatkan risiko mereka
menjadi mangsa skim penipuan dan skim
Literasi kewangan juga amatlah penting dalam kewangan yang tidak sah.
era digitalisasi, kerana maklumat yang terdapat
secara dalam talian boleh mengelirukan Dengan memiliki pengetahuan kewangan
dan ada kalanya tidak benar. Seterusnya, asas, rakyat Malaysia akan dapat membezakan
dengan meningkatnya populariti produk produk yang sah daripada skim penipuan
dan perkhidmatan kewangan baharu seperti serta mengetahui pihak yang boleh dirujuk
perbankan internet dan pembayaran mudah untuk mendapatkan bantuan apabila timbul
alih, rakyat Malaysia yang celik kewangan sebarang keraguan.
berupaya mengesah dan memastikan
kesahihan maklumat yang diterima sebelum
membuat sebarang keputusan kewangan.

Meningkatkan pemahaman tentang risiko dan


pulangan untuk mengumpul harta

Meningkatkan kesedaran tentang inovasi produk


dan perkhidmatan kewangan serta implikasinya

PELAN
TINDAKAN Meningkatkan kesedaran tentang skim penipuan
kewangan

Menyediakan dan menerbitkan bahan


berkaitan dengan produk dan perkhidmatan
kewangan yang sofistikated

25
Bagaimana
Anda Boleh
Menyumbang

26
Prinsip teras Strategi Kebangsaan ini adalah FEN mengalu-alukan sokongan dan kerjasama
kerjasama dan kolaborasi antara pelbagai anda sebagai rakan usahasama dalam mencapai
pihak berkepentingan. visi Strategi Kebangsaan ini melalui usaha
literasi kewangan secara kolektif. Untuk
Visi dan objektif yang digariskan dalam berkongsi bagaimana anda boleh menyumbang
Strategi Kebangsaan ini menyokong aspirasi ke arah pelaksanaan Strategi Kebangsaan
negara ke arah masa depan yang lebih baik ini, anda boleh menghubungi kami melalui
untuk semua rakyat Malaysia. emel di info@fenetwork.my.

Anda boleh boleh menyertai atau menyumbang dalam bidang berikut:

Inisiatif Butiran

Dasar literasi Untuk memudahkan penggubalan dasar literasi


kewangan kewangan yang bersesuaian, orang ramai, sektor
awam dan swasta digalakkan untuk memberi maklum
balas serta komen terhadap Strategi Kebangsaan dan
pelaksanaannya.

Rakan usahasama Institusi dan pakar kewangan boleh bekerjasama


pelaksanaan dengan pihak sekolah, organisasi bukan kerajaan (NGO)
serta komuniti untuk membawa program pendidikan
kewangan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Perkongsian ini akan memperluaskan capaian inisiatif
Strategi Kebangsaan.

Membangunkan Untuk membantu meningkatkan kesedaran kewangan,


bahan dan alat sektor awam dan swasta serta ahli akademik boleh
bantu literasi
kewangan berkolaborasi dalam membangunkan bahan dan alat
bantu yang diperlukan untuk menyokong dan
menyumbang ke arah meningkatkan kesejahteraan
kewangan rakyat Malaysia.

Capaian dan Orang ramai, sektor awam dan swasta boleh membantu
Komunikasi mempromosi dan mewujudkan kesedaran mengenai
Strategi Kebangsaan dan objektif yang ingin dicapai
melalui penggunaan pelbagai platform komunikasi. Pihak
berpengaruh media sosial juga boleh memberikan impak
yang besar dengan menyebarkan kesedaran mengenai
Strategi Kebangsaan dan mempromosikan kepentingan
literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

27
Kenali
Kami

28
Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) pendidikan kewangan yang berkesan kepada
merupakan satu platform antara agensi yang rakyat Malaysia. FEN akan bekerjasama
terdiri daripada institusi dan agensi yang dengan agensi kerajaan, persatuan industri,
komited untuk meningkatkan literasi kewangan institusi, kumpulan pengguna yang berkaitan
rakyat Malaysia. FEN memanfaatkan sumber dan pihak berkepentingan utama yang
dan kepakaran ahlinya untuk bekerjasama, lain untuk melaksanakan, memantau dan
menyelaras dan secara kolektif memacu mengukur inisiatif pendidikan kewangan di
usaha mempromosi pelaksanaan inisiatif bawah Strategi Kebangsaan.

FEN mengamalkan kerangka kerja tadbir urus dua peringkat untuk


memacu inisiatif Strategi Kebangsaan:

Jawatankuasa Pemandu Antara Agensi Peringkat Tinggi atau High


Level Inter-Agency Steering Committee (HLSC) bagi menyediakan
hala tuju strategik dan memantau penggubalan dan pelaksanaan
Strategi Kebangsaan.

Kumpulan Peringkat Kerja, jawatankuasa kecil yang memastikan


pelaksanaan Pelan Tindakan untuk setiap Strategi Utama dan
melaporkan perkembangan dan hasil pelaksanaan kepada HLSC.

29
Inisiatif
Semasa
FEN

30
Organisasi Inisiatif Pendidikan Butiran
Kewangan

Pengintegrasian elemen pendidikan kewangan dalam beberapa


mata pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Antara
mata pelajaran yang mengaplikasi elemen pendidikan
kewangan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan KSSR (Semakan 2017) ialah mata pelajaran Matematik,
Kementerian Pengintegrasian elemen
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.
Pendidikan pendidikan kewangan
Manakala mata pelajaran pada peringkat Kurikulum Standard
Malaysia dalam kurikulum
Sekolah Menengah (KSSM) pula ialah Ekonomi, Perniagaan,
Prinsip Perakaunan, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains Rumah Tangga, Pertanian dan mata pelajaran
lain. Pengintegrasian elemen literasi kewangan dilaksanakan
menurut tema atau bidang pembelajaran yang bersesuaian.

Karnival Kewangan merupakan pusat “edutainment” setempat


untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara
berkaitan kewangan, meningkatkan tahap literasi kewangan
dalam kalangan rakyat serta menawarkan produk kewangan
kepada para pengguna. Karnival Kewangan merupakan inisiatif
kerjasama melalui perkongsian Awam-Swasta yang bertujuan
Karnival Kewangan
untuk menjangkau lebih banyak pengguna kewangan di seluruh
negara.

Program Train-the-Trainers (TTT) merupakan inisiatif untuk


melatih dan meningkatkan keupayaan kaunselor agensi
Bank Negara Program Train-the-
kerajaan bagi menjalankan sesi pendidikan kewangan di agensi
Malaysia Trainers (TTT) untuk
mereka. Program ini juga menyediakan program intervensi
agensi Kerajaan
untuk menyemai sikap pengurusan kewangan yang berhemat
dalam kalangan pegawai kerajaan.

Modul Pendidikan Modul Pendidikan Kewangan Peribadi merupakan modul


Kewangan Peribadi pembelajaran dalam talian yang baru dilancarkan kepada semua
yang ditawarkan penjawat awam di Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan inisiatif
melalui platform Kerajaan untuk mempromosikan penggunaan pembelajaran
pembelajaran dalam dalam talian kepada penjawat awam sejajar dengan usaha
talian E-Pembelajaran memupuk pembelajaran berterusan sepanjang hidup mereka.
Sektor Awam (EPSA®)

InvestSmart® adalah merupakan inisiatif pendidikan pelabur SC


yang bermatlamat untuk mewujudkan pelabur yang lebih
bermaklumat supaya mereka lebih yakin dan berupaya
membuat keputusan pelaburan dengan lebih bijak. Sejak
dilancarkan pada tahun 2014, InvestSmart® telah melaksanakan
Suruhanjaya pelbagai inisiatif secara aktif untuk mendekati pelbagai lapisan
Sekuriti masyarakat di Malaysia, mendidik mereka tentang topik
Malaysia berkaitan pelaburan. Inisiatif InvestSmart® termasuklah acara
tahunan utama pendidikan pelaburnya iaitu InvestSmart® Fest,
Bersama InvestSmart® @ Borneo, SC Bersama Komuniti,
seminar, laman sesawang dan aplikasi mudah alih InvestSmart®,
permainan pendidikan dalam talian Jump2Invest dan platform
media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter.

31
Organisasi Inisiatif Pendidikan Butiran
Kewangan

Panduan perbelanjaan yang menunjukkan anggaran perbelanjaan


bulanan minimum bagi setiap kategori barangan dan perkhidmatan
Belanjawanku untuk pelbagai isi rumah di Malaysia. Belanjawanku boleh digunakan
untuk merancang perbelanjaan peribadi dan keluarga bagi mencapai
Kumpulan taraf hidup yang baik.
Wang
Simpanan Khidmat Nasihat Persaraan menyediakan nasihat kewangan
Pekerja peribadi terutamanya bagi perancangan persaraan untuk orang
Khidmat Nasihat awam. Perkhidmatan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap celik
Persaraan kewangan dan memberikan panduan kepada rakyat Malaysia cara
merancang persaraan mereka dan memahami pilihan yang ada untuk
meningkatkan simpanan persaraan mereka.

Program jangkauan yang bertujuan memberikan pendidikan


Program Penglibatan
kewangan dan kesedaran awam tentang PIDM kepada masyarakat
Awam PIDM
Perbadanan di pelbagai lokasi.
Insurans
Deposit Siri sesi taklimat awam untuk meningkatkan kesedaran tentang
Malaysia Taklimat PIDM
sistem perlindungan konsumer kewangan PIDM kepada segmen
sasaran yang berlainan, seperti para belia, pesara dan golongan
bekerja.

AKPK menyediakan pelbagai program awam sepanjang tahun


yang menyasarkan pelbagai segmen masyarakat seperti para belia,
wanita, usahawan dan kumpulan masyarakat lain yang berkaitan.
Program Pendidikan
Program ini bertujuan memberikan satu set pengetahuan dan
Kewangan Awam
kemahiran bagi membolehkan seseorang individu membuat
keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi dan berkesan
yang berkaitan dengan sumber kewangannya.

Agensi Portal AKPK iaitu learn.akpk.org.my dibangunkan untuk


Kaunseling menyediakan program pendidikan kewangan secara dalam talian.
Portal Pembelajaran
dan Portal ini menyediakan platform pembelajaran rakan kepada rakan
Dalam Talian AKPK
Pengurusan yang menggalakkan interaksi sosial (peserta boleh mengikuti forum
(learn.akpk.org.my) perbincangan mengikut modul) lantas menjadikan pembelajaran
Kredit
sebegini menyeronokkan, menarik dan berkesan.

Program solusi kewangan yang direka khusus ini adalah mengikut


Program Solusi penilaian yang dibuat dalam kalangan pekerja organisasi untuk
Kewangan yang Direka mengenal pasti isu kewangan yang perlu ditangani agar produktiviti
Khusus – (Program di tempat kerja dapat dipertingkatkan. Isu kewangan yang
Kesejahteraan Pekerja) berbangkit akan dikendalikan melalui pendidikan kewangan,
kaunseling dan juga program pengurusan kredit.

32
Organisasi Inisiatif Pendidikan Butiran
Kewangan

Simposium ini merupakan salah satu usaha AKPK untuk


menggalakkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Simposium Literasi Acara penting dalam simposium ini ialah pembentangan hasil kaji
Kewangan AKPK selidik AKPK terhadap rakyat Malaysia, diikuti oleh forum dan
Agensi pembentangan kajian yang berkaitan. Simposium ini diadakan dua
Kaunseling tahun sekali.
dan
Pengurusan Program SELFY yang diadakan setiap tahun membabitkan para
Kredit Literasi Perusahaan pelajar di institut pengajian tinggi merupakan satu kaedah
Sosial bagi Belia atau pembelajaran yang memberikan pengalaman positif terhadap wang
SELFY (Social Enterprise dan perubahan sosial. Para pelajar diberikan pendidikan kewangan
Literacy for Youth) dan seterusnya modal asas untuk memulakan satu perusahaan.
SELFY berkonsepkan Jana, Urus, Simpan dan Beri.

MSAM merupakan aktiviti tahunan yang mula dilancarkan pada


tahun 2000 dengan matlamat untuk mendidik orang awam
Minggu Saham Amanah mengenai pelaburan dalam unit amanah, konsep risiko dan
Malaysia (MSAM) pulangan serta perancangan kewangan. Di samping itu, MSAM
bertujuan untuk mendidik pelabur tentang di mana wang mereka
dilaburkan oleh PNB.

Seminar harian yang dijalankan oleh perancang kewangan


Seminar Pelaburan 360 bertauliah ASNB di pelbagai lokasi kepada segenap lapisan
masyarakat mengenai konsep perancangan kewangan.

Bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam


Permodalan Kelab Pelaburan Bijak kalangan murid sekolah menengah. Pada masa ini, 155 buah
Nasional sekolah telah dipilih untuk menyertai Kelab Pelaburan Bijak PNB.
Berhad
Pertandingan kuiz pelbagai kategori berkisarkan pelaburan,
Kuiz Pelaburan PNB perancangan kewangan, unit amanah dan konsep risiko dan
pulangan.

Merupakan program pelaburan tahunan anjuran ASNB berdasarkan


konsep mendidik sambil berhibur. Melalui Fiesta Labur, orang
ramai mendapat pengetahuan mengenai pelaburan dan
perancangan kewangan menerusi cara pembelajaran interaktif
Fiesta Labur PNB
dan menyeronokkan. Acara ini menyediakan pelbagai aktiviti
dan hiburan untuk seluruh anggota keluarga yang mendidik
dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan perancangan
kewangan dalam kehidupan seharian mereka.

33
Ahli FEN

Pengerusi
Bersama dan
Sekretariat
Bersama

Ahli Lain

Agensi Kaunseling dan


Pengurusan Kredit

34
Hubungi Kami
Kementerian Pendidikan Malaysia
2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya
Financial Education Network
+603-8870 6000
info@fenetwork.my
kpkkpm@moe.gov.my
https://www.moe.gov.my

Bank Negara Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


Jalan Dato’ Onn 3, Persiaran Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur Bukit Kiara
Malaysia 50490 Kuala Lumpur
1300-88-5465 (BNMTELELINK) +603-6204 8999/8000
+603-2698 8044 (Talian Am)
investsmartsc@seccom.com.my
bnmtelelink@bnm.gov.my
https://www.sc.com.my
http://www.bnm.gov.my https://www.investsmartsc.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Perbadanan Insurans Deposit Malaysia


Bangunan KWSP Tingkat 12, Menara Axiata
Jalan Raja Laut No. 9, Jalan Stesen Sentral 5
50350 Kuala Lumpur Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
+603-8922 6000
+603-2173 7436 / 2265 6565
cad@epf.gov.my
Talian Bebas Tol: 1-800-88-1266
http://www.kwsp.gov.my
info@pidm.gov.my
https://www.pidm.gov.my

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Permodalan Nasional Berhad


Kredit
Tingkat 4, Menara PNB
Tingkat 14, Menara TH Perdana 201-A, Jalan Tun Razak
1001 Jalan Sultan Ismail 50400 Kuala Lumpur
50250 Kuala Lumpur
+603-7730 8899
+603-2616 7766
asnbcare@pnb.com.my
fed@akpk.org.my
http://www.asnb.com.my
https://www.akpk.org.my

35
info@fenetwork.my

You might also like