You are on page 1of 2

PELAN TINDAKAN TAHUNAN

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


2019

ISU / MASALAH

Murid-murid tidak menunjukkan minat terhadap Mata Pelajaran .Ada 2 aspek yang
mendorong keadaan ini iaitu:-

1. Tiada buku kerja dan juga buku rujukan.


2. Berpendapat ianya tidak penting kerana bukan mata pelajaran teras.

SASARAN

Murid-murid tahap I dan II iaitu tahun 1,2,3,4, 5 dan tahun 6.

TEMPOH PELAKSANAAN

Dalam setahun, sepanjang tahun 2019 ini.

MATLAMAT

Mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap Mata Pelajaran ini disamping
mempelbagaikan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan dengan tujuan untuk
meningkatkan minat mereka terhadap Mata Pelajaran ini.

OBJEKTIF

1. Murid-murid akan mengambil bahagian secara aktif semasa proses


pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2. Murid-murid akan menunjukkan keseronokkan dan kesungguhan dalam
melakukan sebarang kerja yang diberikan.
3. Murid akan menunjukkan kreativiti mereka semasa menghasilkan sesuatu
projek yang diberikan.

LANGKAH-LANGKAH STRATEGIK

1. Mengemaskini bengkel supaya lebih menarik dan menyediakan suasana


tempat belajar yang menyeronokkan.
2. Mengadakan pameran hasil kerja atau program yang telah dibuat oleh murid.
3. Menyediakan tempat yang sesuai bagi program yang akan dijalankan seperti
Perlawan dan persahabatan dalam permainan.
4. Menyedarkan murid-murid tentang pentingnya kemahiran yang dipelajari dan
mempunyai kesinambungan semasa melanjutkan ke sekolah menengah
nanti.
PERANCANGAN

1. Penyusunan murid-murid melalui pembahagian kumpulan.


2. Penyediaan alatan dan sebagainya.
3. Mengadakan Ujian mengikut tajuk yang diajar seterusnya peperiksaan.
4. Mengadakan bimbingan khusus di mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5. Menyediakan perancangan Pengajaran secara terancang melalui:-
Ø        Pengunaan Bahan Bantu Belajar.
Ø        Alatan Tangan.

PELAKSANAAN

1. Menyusun dan membuat organisasi setiap kumpulan bagi memudahkan


aktiviti secara kumpulan.
2. Mengenalpasti tempat dan keperluan lain seperti alatan untuk permainan dan
sebagainya.
3. Mengadakan ujian dan membuat analisa tentang pencapaian dan
mengenalpasti sasaran .
4. Membuat tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan murid semasa
berada di padang.
5. Penggunaan Bahan Bantu Belajar yang menarik lagi menyeronokkan seperti
video dan juga Komputer.

PEMANTAUAN

1. Pemantauan aktiviti jangkah pendek dan jangkah panjang secara berterusan.


2. Setiap aktiviti yang berkersan hendaklah diatasi segera melalui
penambahbaikan.

PENILAIAN

Membuat pendukomentasian semua hasil projek atau aktiviti yang dijalankan untuk
dimaklumkan kepada ketua Bidang dan pihak Pentadbir dan yang berkenaan juga
sebagai satu panduan dimasa akan datang

You might also like