You are on page 1of 5

1.

Perincikan konsep yang berkait dengan negara bangsa seperti yang disenaraikan di
bawah

(a) Negara

Negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia.
Negara adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa
menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik mendefinisikan perkataan negara
sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di
bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K. Ramanthan,
1992).

(b) Penduduk

Sekumpulan orang yang menetap secara kekal di dalam sesebuah negara. Dalam konteks
ini ia bermaksud sejumlah orang ramai yang bersifat stabil.

(c) Bangsa

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mungkin berbeza keturunan dan
budaya tetapi menganggap diri mereka secara kolektif satu bangsa yang berdaulat yang
memiliki dan bertanggungjawab memelihara negara dan kedaulatan politik mereka bersama.
Bangsa di dalam kerangka negara bangsa merujuk kepada warganegara.

(d) Kerajaan

Kerajaan merupakan pihak yang boleh menentukan aturan-aturan sosial didalam negara.
Kerajaan jugalah yang bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan awam.

2. Nyatakan berserta huraian lima persoalan yang sering dibincangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

- Wajarkah matlamat akhir semua komuniti ialah pembentukan bangsa Malayan yang
bersatu? Wajar, ini disebabkan hubungan harmoni dan kerjasama antara semua komuniti
adalah kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran.
Dengan ini, dapat menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

- Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan istimewa orang Melayu? Hak-hak istimewa
orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun
diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi. Sebagai
contoh, hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri
(kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri
boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat. Jawatan-jawatan kanan
dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang
tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Peruntukan biasiswa atau bantuan
yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut
bukan Melayu. Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat
lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan
aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

- Wajarkah semua warganegara Persekutuan tanpa mengira bangsa, mempunyai


persamaan status, peluang dan keutamaan? Tidak. Pemimpin UMNO dalam CLC mendesak
agar kedudukan melayu di dalam ekonomi dipertingkatkan melalui pemberian beberapa
keistimewaan.

- Apakah kriteria yang wajar dijadikan kelayakan untuk terbentuknya nasionaliti Malayan?
Memiliki sijil kelahiran sebagai bukti dilahirkan di Persekutuan, berkelakuan baik,
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu, taat setia kepada Raja dan Negara, cinta akan
negara.

- Apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan-persatuan komuniti Malayan untuk mencapai
matlamat bersama mereka? Berunding dengan pemimpin-pemimpin dan mencari
penyelesaian politik yang realistic.

3. Jelaskan tiga dasar kerajaan yang diperkenalkan selepas tercetusnya konflik antara kaum
pada 13 Mei 1969.

- Rukun Negara

Diperkenalkan oleh MAGERAN melalui MPN pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara
merupakan ideologi negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-
undang, Kesopanan dan kesusilaan.

- Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970. Matlamatnya adalah membasmikan


kemiskinan tanpa mengira kaum. Ini adalah untuk merapatkan jurang kekayaan antara
golongan kaya dan goongan miskin. Untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini, kerajaan
telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni
estet, petani nelayan dan pesawah. Antara program dan perancangan yang telah
dilaksanakan ialah penyediaan infrastruktur parit dan tali air termasuk pemberian subsidi
dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.
Selain itu, menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih
kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan
untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil. Di
samping itu, menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk
membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna.
Bukan itu sahaja, melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan
penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Negara (FELCRA).

Dalam DEB, kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula


masyarakat yang telah berpecah belah. Kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan
ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia
termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha
untuk menjayakan DEB, kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan
keberkesanan pelaksaan DEB seperti meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan
kurang upaya, menyusun semula corak guna tenaga dalam sector ekonomi tertentu,
menyusun semula pemilikan ekuiti, melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang
baru di kalangan masyarakat bumiputera, menambah kuota pendidikan di pusat-pusat
pengajian tinggi di dalam dan luar nigari khas untuk pelajar Bumiputera dan menambahkan
bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan
swasta [ CITATION Far12 \l 1033 ].

Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan


meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB),
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri (PKEN), Bank Negara, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Skim Amnah Saham
Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara.

- Dasar Pendidikan Kebangsaan

Ia merupakan hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pendidikan 1957. Tujuan dasar ini adalah membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum,
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah
Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
diwajibkan di semua sekolah menengah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu
mula diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua
kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu. Objektif utama
sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.

Antara matlamat lain dasar ini ialah untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih. Selain itu, menggalakkan perkembangan ekonomi,
kebudayaan, sosial dan politik negara. Di samping itu, membentuk satu masyarakat majmuk
yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain. Mengurangkan pembaziran
tenaga kerja. Akhir sekali, mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.

- Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)

Dasar ini telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh
Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima serta Islam sebagai
unsur penting. Kepentingan DKK ialah dapat saling memberi kefahaman tentang budaya
masing-masing agar perasaan prasangka antara satu sama lain dapat dihindari dan
menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi
kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia, keutuhan identiti kebangsaan, mempertingkatkan mutu kehidupan
manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan
di Malaysia.

- Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diumumkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir


Mohammad pada 17Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Matlamat DPN ialah mencapai pembangunan
seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil serta membentuk
perpaduan kaum. Aspek penting DPN ialah mengimbangkan matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama, meningkatkan daya saing dengan melengkapi
sektor-sektor utama negara bagi mengoptimumkan pertumbuhan, mengurang dan akhirnya
menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam
negara, mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi
bagi memperkukuhkan integrasi nasional.

4. (a) Huraikan tiga prinsip yang mendasari Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

- berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini

- unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

- Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

(b) Kenal pasti dan bincangkan dua kesan tidak langsung daripada perjuangan GLC.

- Konsep tawar-menawar antara etnik menerusi model GLC telah diteruskan dalam bentuk
kerjasama parti-parti berasaskan etnik seperti UMNO, MCA dan MIC.

- Rundingan kemerdekaan juga dilakukan dalam kerangka “tawar-menawar etnik”.

You might also like