You are on page 1of 13

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG VALDOR,

SUNGAI JAWI, 14200 SUNGAI BAKAP,


PULAU PINANG.
KOD SEKOLAH : PBD 4032 TEL&FAKS: 04- 5827157

MINIT MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH BIL 1/2020

Tarikh : 10 Januari 2020

Masa : 12.00 – 1.00 tengahari.

Tempat : Kelas Prasekolah, SJK T Ladang Valdor

Kehadiran : (rujuk Lampiran)

Agenda mesyuarat : 1. Perutusan Penasihat


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara-Perkara Yang Berbangkit
4. Pelantikan AJK Majlis Permuafakatan Prasekolah 2020
5. Hal-Hal Lain
6. Penutup

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga murid prasekolah
sesi 2020

1.2 Guru Besar SJKT Ladang Valdor mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan
penjaga murid prasekolah di atas kehadiran ke perjumpaan Ibu / Bapa / Penjaga
Prasekolah kali ke-2 Tahun 2020.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

3.1 Waktu persekolahan bermula pada jam 8.00-12.00tengahari dan keselamatan murid.
3.1.1 Ibu bapa diminta memastikan anak hadir ke sekolah selewat-lewatnya pukul 7.45
Pagi.
3.1.2 Ibu bapa diminta mengambil pulang anak dari sekolah pada pukul 12.00 tengahari.
3.1.3 Ibu bapa yang ingin lambat mengambil anak pulang dari sekolah diminta untuk
Memaklumkan kepada guru prasekolah pada awal pagi.
3.1.4 Ibu bapa diminta memastikan keselamatan anak masing-masing dengan mengambil
kira tidak membawa barang seperti alatan yang tajam ke sekolah gunting,
alat permainan yang membahayakan ke sekolah.

3.2 Uniform Murid Prasekolah.


3.2.1 Pakaian Uniform Murid Prasekolah tertakluk kepada panduan yang dikeluarkan
oleh KPM.
3.2.2 Murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai tshirt berkolar putih dan seluar
trak yang berwarna biru hitam atau hitam.
3.2.3 Rambut bagi murid lelaki perlu dipotong dan disikat kemas manakala bagi murid
Perempuan pula perlu didandan dengan kemas.
3.2.4 Kasut muri prasekolah perlu dipakai hitam dengan sarung kaki hitam.
3.2.5 Murid-murid perlu dibekalkan dengan alat tulis, pensel warna, dan botol air ke
Kelas Prasekolah.
3.2.6 Baju sepersalinan tambahan perlu disimpan di dalam kelas untuk digunakan pada
masa diperlukan.

3.3 Makanan dan minuman bagi murid prasekolah


3.3.1 Sebarang makanan dan minuman dari luar kawasan prasekolah tidak dibenarkan.
3.3.2 Sarapan pagi, kudapan akan dibekalkan kepada murid prasekolah dihidangkan
Pada pukul 8.30pagi dan kudapan pula dihidang pada pukul 10.00 pagi.

3.4 Pelaksanaan PDPC Prasekolah.


3.4 .1 Guru Besar menekankan bahawa Kurikulum yang digunakan kurikulum yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK).
3.4.2 Tiada peperiksaan dan hanya penilaian secara berterusan.
3.4.3 Murid tiada buku kerja hanya menggunakan lembaran kerja.
3.4.4 Ibu bapa digalakkan memberi sumbangan dari segi tenaga, kepakaran, dan
lain-lain terhadap keperluan prasekolah.
3.4.5 Ibu bapa bersetuju untuk memberi memberi kertas A4 sebagai sumbangan untuk
Pelaksanaan PdPC prasekolah.
.
Tindakan: Makluman

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Prasekolah Tahun 2020

Penasihat : Ranuga A/P Narayanan

Pengerusi : Arulselvi A/P Sandarvarnan

Naib Pengerusi : Maran A/L Balakrishnan

Setiausaha : Emily A/P Selvam, Guru Prasekolah

Bendahari : Emily A/P Selvam, Guru Prasekolah

AJK 1 : Arasu A/L Subramaniam

AJK 2 : S Santira Moli A/P Sandaravarnan

Tindakan: Ahli mesyuarat

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pembantu Pengurusan Murid akan menghantar murid prasekolah di kantin selepas tamat
sesi pengajaran dan pembelajaran prasekolah .
5.2 Pengurusan Murid juga diminta menunggu ibu bapa menjemput anak-anak mereka.
PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Tengahari.

Disediakan oleh,     Disemak oleh,

................................................ ............................................
(EMILY A/P SELVAM) (RANUGA A/P NARAYANAN)
Setiausaha Majlis Permuafakatan Prasekolah Guru Besar
Prasekolah Valuvar SJK T Ladang Valdor
SJK T Ladang Valdor

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG VALDOR,


SUNGAI JAWI, 14200 SUNGAI BAKAP,
PULAU PINANG.
Kod Sekolah : PBD 4032 TEL& FAKS: 04-5827157

MINIT MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH BIL 2/2020

Tarikh : 10 Januari 2020

Masa : 12.00 – 1.00 tengahari.

Tempat : Kelas Prasekolah, SJK T Ladang Valdor

Kehadiran : (rujuk Lampiran)

Agenda mesyuarat : 1. UCAPAN PENASIHAT


2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3. PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT
4. UCAPAN GURU PRASEKOLAH
5. SESI SOAL JAWAB
6. PENUTUP

1. PERUTUSAN PENASIHAT

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga murid prasekolah.
1.2 Guru Besar SJKT Ladang Valdor mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan
penjaga murid prasekolah di atas kehadiran ke perjumpaan Ibu / Bapa / Penjaga
Prasekolah kali ke-2 Tahun 2020.

2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Pentadbir perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:

2.1.1 Memberikan penerangan kepada ibu bapa / penjaga tentang norma baharu yang perlu
dipatuhi.
2.1.2 Memastikan kemudahan untuk mencuci tangan dan pengimbas suhu disediakan di kelas
prasekolah / tabika / tadika.
2.1.3 Memastikan bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dibersihkan sebelum sesi
persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas sesi persekolahan tamat.
2.1.4 Memastikan fokus utama pembersihan pada permukaan yang sentiasa disentuh dan pada
ketinggian yang boleh dicapai dengan tangan seperti tombol pintu, suis lampu, kepala
paip, pengepam tandas, pelapik duduk tandas dan3
susur tangan bagi prasekolah / tabika / tadika yang mempunyai Murid Berkeperluan Khas
(MBK).
2.1.5 Memastikan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membuat persediaan sebelum
pembukaan semula kelas, iaitu:
a.menentukan kedudukan murid dengan mematuhi penjarakan sosial;
b.membersihkan kelas, bahan dan peralatan; dan
c.memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan skirting meja.

2.1.6 Menyediakan bilik kesihatan / bilik sakit yang dijadikan sebagai bilik isolasi untuk
menempatkan murid yang didapati bergejala sebelum dibawa oleh ibu bapa / penjaga
untuk rawatan.

2.2 Guru dan Pembantu Pengurusan Murid

Guru dan Pembantu Pengurusan Murid perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:
2.2.1 Memakai pelitup muka semasa bersama-sama dengan murid.
2.2.2 Memastikan gate keeping dijalankan bagi memeriksa suhu badan dan membuat
saringan gejala. Ibu bapa / penjaga dan murid yang bergejala tidak dibenarkan
memasuki kawasan prasekolah.
2.2.3 Memastikan ibu bapa / penjaga tidak memasuki kelas prasekolah / tabika / tadika.
2.2.4 Mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)
sebelum serta selepas aktiviti PdP.
2.2.5 Memastikan murid mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti PdP.
2.2.6 Memastikan aktiviti berkumpulan atau aktiviti yang melibatkan sentuhan tidak
dilaksanakan.
2.2.7 Memastikan murid tidak berkongsi bahan dan peralatan.
2.2.8 Membersihkan (disinfeksi) bahan dan peralatan selepas digunakan.
2.2.9 Menghidangkan makanan di tempat yang disediakan.

2.3 Ibu Bapa / Penjaga

2.3.1 Ibu bapa / penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut: 2.3.1 Memastikan
anak / anak jagaan berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke prasekolah / tabika /
tadika. /anak jagaan yang tidak sihat tidak dibenarkan hadir.
2.3.2 Memastikan anak / anak jagaan menjaga kebersihan diri.
2.3.3 Menghantar dan mengambil anak / anak jagaan mengikut waktu yang ditentukan.
2.3.4 Menggalakkan anak / anak jagaan memakai pelitup muka. Anak / anak jagaan
berimuniti badan yang rendah mesti sentiasa memakai pelitup muka manakala anak
/anak jagaan yang tidak boleh mengurus pemakaian pelitup muka tidak perlu
memakainya.
2.3.5 Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis prasekolah / tabika / tadika semasa
menghantar dan mengambil anak / anak jagaan.
2.3.6 Memastikan anak / anak jagaan tidak membawa beg sekolah dan bekalan makanan /
minuman (pengecualian diberikan kepada anak / anak jagaan yang memerlukan
makanan khas dengan kebenaran pihak pentadbir sekolah).

3. Pelaksanaan
3.1 Pengoperasian prasekolah

3.1.1 Tempoh masa operasi adalah seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Kehadiran murid ke prasekolah /
tabika / tadika semasa pembukaan semula bergantung kepada kapasiti bilik darjah
dengan mengambil kira penjarakan sosial.
3.1.2 Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk menghantar anak mereka ke prasekolah /
tabika / tadika bagi memastikan murid dapat menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya.

3.2 Waktu tiba dan pulang

3.2.1 Waktu Tiba


Perkara yang perlu dilakukan apabila murid tiba di sekolah adalah seperti yang
berikut:
a. Guru / PPM merekodkan suhu badan murid di hadapan ibu bapa / penjaga
sebelum masuk ke kelas. Jika suhu badan murid mencecah 37.5⁰C dan ke
atas, ibu bapa / penjaga perlu membawa pulang anak / anak jagaan untuk
mendapat rawatan.
b. Murid mesti mencuci tangan sebaik tiba di kelas.

c. Murid duduk di tempat yang telah ditetapkan.

d. Murid bersarapan dan melakukan aktiviti di tempat masing-masing.

e. Guru / PPM memastikan tiada percampuran antara satu

kumpulan dengan kumpulan yang lain.

3.2.2 Waktu Pulang

Perkara yang perlu dilakukan apabila murid pulang dari sekolah adalah seperti
yang berikut:

a. Guru memberikan pesanan dan bahan tugasan dengan kaedah yang selamat
kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti pembelajaran di rumah.

b. Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa anak / anak jagaan terus pulang ke
rumah selepas sesi persekolahan.

3.3 Pengajaran dan pembelajaran (PdP) prasekolah

Pelaksanaan PdP dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang terkandung dalam KSPK dengan
memberikan penekanan kepada aspek keselamatan dan kesihatan. Guru / PPM perlu
memastikan perkara berikut dipatuhi:

3.3.1 Perbualan awal

a. Murid berada di tempat duduk masing-masing semasa perbualan awal.

b. Murid dididik tentang amalan keselamatan dan kesihatan diri semasa berada
di kelas dan di rumah.

7
3.3.2 Rehat

a. Murid mengamalkan penjarakan sosial semasa mencuci tangan.

b. Murid makan di tempat masing-masing.

c. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan dan peralatan makan minum


seperti sudu, cawan dan sebagainya.

d. Murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan selepas makan.

a. Pelibatan pihak luar dalam PdP secara bersemuka tidak dibenarkan.

b. Murid mesti mencuci tangan sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.

c. Bagi penggunaan pusat pembelajaran, guru perlu:

i. mengehadkan bahan dan peralatan;

ii. mengehadkan satu (1) hingga dua (2) orang murid dengan
mengambil kira penjarakan sosial dalam satu masa yang sama; dan

iii. memastikan bahan dan peralatan disinfeksi sebelum dan selepas


digunakan.

d. Aktiviti PdP luar bilik darjah hanya boleh dilaksanakan di persekitaran bilik
darjah dengan mengamalkan penjarakan sosial.

e. Penggunaan kemudahan dan alat permainan luar tidak dibenarkan.

f. Lawatan sambil belajar dalam / luar kawasan prasekolah

/ tabika / tadika tidak dibenarkan.

8
3.3.4 Aktiviti Penutup

a. Guru dan murid berkongsi pengalaman pembelajaran pada hari tersebut


dengan memberikan penekanan tentang aspek keselamatan dan kesihatan.

b. Guru memberikan pesanan tentang amalan kebersihan dan aktiviti


pembelajaran di rumah.
.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pembantu Pengurusan Murid akan menghantar murid prasekolah di kantin selepas tamat
sesi pengajaran dan pembelajaran prasekolah .
5.2 Pengurusan Murid juga diminta menunggu ibu bapa menjemput anak-anak mereka.

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Tengahari.

Disediakan oleh,     Disemak oleh,

................................................ ............................................
(EMILY A/P SELVAM) (RANUGA A/P NARAYANAN)
Setiausaha Majlis Permuafakatan Prasekolah Guru Besar
Prasekolah Valuvar SJK T Ladang Valdor
SJK T Ladang Valdor

You might also like