You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP LINGGIU

MINIT MESYUARAT SEJARAH BIL. 1/(2019)

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Pengerusi :
Kehadiran(Bilangan) :

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada penasihat dan semua guru-
guru matapelajaran sejarah yang hadir.
1.3 Pengerusi mengharapkan agar mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar
dan dapat dimanfaatkan oleh guru-guru kelak. Beliau juga mengharapkan
agar semua guru-guru sejarah dapat memberikan cadangan dan pandangan
untuk penambahbaikan Panitia sejarah serta murid-murid SK LKTP Linggiu.
Tindakan : Makluman

1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada pelantikan semua AJK Panitia Sejarah
SK LKTP Linggiu bagi sesi 2019. Beliau mengharapkan semua guru dapat sama-
sama membantu dalam meningkatkan lagi mutu PdPc sejarah.
Tindakan : Makluman
1.5 Senarai AJK adalah seperti berikut :

Pengerusi :
Guru Besar SK ..................
Timbalan Pengerusi :
GPK Pentadbiran SK .............
Naib Pengerusi 1 :
GPK Hal Ehwal Murid SK ...............
: GPK Ko-kurikulum SK ......................
Ketua Panitia :
Setiausaha :
AJK :-

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh..................................
Disokong untuk pengesahan oleh .....................................

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran sejarah
diselaraskan daripada Tahun4 hingga Tahun 6.
3.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran telah
dikemaskini mengikut tahun 2019.
3.3 Dokumen Standard Kurikulum dicetak dan salinan diisi di dalam fail panitia.
3.4 Semua fail panitia sejarah akan mula dilengkapkan dengan kerjasama semua
guru sejarah pada minggu ketiga bulan Januari.
3.5 Pentaksiran Bilik Darjah dilaksanakan bermula minggu kedua bagi kelas sejarah
Tahun 4 hingga Tahun 6. Penyediaan borang transit, borang offline dan
instrumen pentaksiran akan dititikberatkan.
3.6 Peperiksaan bagi kertas sejarah dilaksanakan bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan
6 bagi ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
3.7 Semua guru sejarah Tahun 4 hingga Tahun 6 perlu menyediakan TOV dan ETR
secara online (SAPS) bagi mata pelajaran yang diajar masing-masing.
3.8 Analisis keputusan peperiksaan 2018 perlu dicetak dan dibuat salinan untuk fail
panitia.
Tindakan : Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1 Pelaksanaan bulan kemerdekaan masih diteruskan bagi murid-murid Tahun 1
hingga Tahun 6 pada bulan Ogos hingga September.
Tindakan : Semua guru sejarah

4.2 Bulan kemerdekaan akan dilaksanakan mengikut takwim sekolah iaitu pada
bulan ogos dan ada banyak cadangan aktiviti boleh dilaksanakan antaranya
Pertandingan Basikal Kemerdekaan, Kuiz Bulan Kemerdekaan, Pertandingan
Permainan Tradisional , Pertandingan Pintu Gerbang, Pertandingan Menghias
Kelas Sempena Hari Kemerdekaan, Pertandingan Pakaian Merdeka.
4.3 Kuiz sejarah akan dilaksanakan pada setiap bulan bagi meningkatkan minat
murid dan pengetahuan sejarah. Jawatankuasa akan dibentuk melibatkan
warga sekolah.
4.4 PLC sejarah akan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengajar
subjek sejarah.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Bilik Sejarah adalah tanggungjawab sepenuhnya guru-guru panitia sejarah.
Jadi perlu bekerjasama mengurus dan mengingatkan murid-murid tentang
peraturan di bilik sejarah. Susun atur, penambahan alatan dan keceriaan
perlu ditingkatkan untuk persediaan pemantauan dari mana-mana pihak.

5.3 Pengerusi meminta guru-guru sejarah agar menyenaraikan senarai bahan


bantu mengajar yang perlu dibeli atau ditambah bagi memastikan
keberkesanan PdPc yang dijalankan. Bahan bantu mengajar tersebut
mestilah mengikut kandungan DSKP bagi setiap tahun yang terkini.

Tindakan: Makluman

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam mesyuarat ini .
Diharapkan Panitia sejarah terus cemerlang dalam melahirkan murid-murid yang
cergas dan cerdas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.


Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat sejarah Bil. 1/(2019)
Tarikh : (6 Januari 2019)

You might also like