You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Perniagaan merupakan aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang
atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan
tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan. Contohnya, kereta,
telefon bimbit, televisyen dan lain-lain. Perniagaan juga merupakan salah satu punca rezeki
yang utama serta dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Menurut Zumilah
Zainalaludin (1999), perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang
untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah. Aktiviti jual beli ini
adalah di mana perniagaan bermula dengan membeli sesuatu barangan untuk dijual kepada
pembeli bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Seseorang peniaga memulakan perniagaannya
dengan menyediakan produk atau perkhidmatan untuk dijual. Perniagaan wujud apabila
manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka
berkemahiran dan cekap. Barangan niaga dapat disediakan sama ada di dalam negara ataupun
diimport dari luar negara.

Selain itu, perniagaan juga menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan


perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilik yang sanggup menghadapi risiko daripada
pelaburan wang dan masa mereka. Pelbagai risiko yang bakal dihadapi oleh peniaga-peniaga
kerana membuka sesuatu perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, namun tiada apa yang
mustahil jika berani membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berisiko. Tambahan
pula, perniagaan juga dapat membuka peluang pekerjaan yang luas kepada masyarakat
setempat dan juga dapat meningkatkan ekonomi negara disamping mendapat hasil yang
lumayan. Hal ini demikian kerana, perniagaan merupakan suatu bidang yang berpengaruh
kepada kehidupan seluruh manusia dan seluruh dunia. Menurut Ronald J.Ebert dan Ricky
W.Griffin (1998), perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau
perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.

1.0 SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

2.1 Bahagian A

2.1.1 Definisi Perniagaan

Perniagaan merupakan aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang
atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan
tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.
2.1.2 Fungsi Perniagaan berkaitan Syarikat Perabot Gemilang

PERNYATAAN FUNGSI PERNIAGAAN


Aktiviti syarikat melibatkan proses
pengilangan kayu jati kepada perabot yang Pengeluaran
bernilai bagi memenuhi kehendak pengguna.
Bagi melicinkan perjalanan perniagaan,
syarikat juga menguruskan pemilihan pekerja Sumber Manusia
dan latihan bagi menggerakkan operasi
pengilangan, pemasaran dan kewangan.

2.1.3 Empat Kepentingan Perniagaan Kepada Masyarakat dan Negara

i) Dapat memenuhi keperluan masyarakat iaitu peniaga cuba memenuhi keperluan dan
kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang
bermutu dengan harga, masa dan tempat yang sesuai kepada pelanggan.
ii) Dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pelbagai kemahiran dan
pengetahuan digunakan dalam perniagaan. Ini memberi peluang pekerjaan kepada ahli-
ahli masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pendidikan degan
menyediakan pekerjaan , syarikat-syarikat ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat
melalui pendapatan yang mereka terima.
iii) Dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan negara dengan mengeksport keluaran
yang dihasilkan ke luar negara seterusnya menambahkan pendapatan negara. Perniagaan
juga akan menyuarakan kepada pihak-pihak tertentu untuk memperbaiki infrastruktur
sesebuah tempat. Secara tidak langsung memberi kesan dalam membangunkan kawasan
serta masyarakat sesebuah tempat yang terlibat dengan perniagaan.
iv) Dapat memenuhi kehendak peluang global. Hal ini dikatakan demikian kerana, peluang
perniagaan tidak terhad dalam negara sahaja tetapi meliputi ke luar negara seperti
Amerika Syarikat dan Jepun. Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari
pelbagai negara. Ilmu perniagaan perlu ditingkatkan supaya mampu bersaing dengan
syarikat-syarikat antarabangsa.

2.1.4 Tiga pihak berkepentingan dan Tiga Persekitaran Umum

Pihak berkepentingan:
 Pihak pengurusan : Pihak pengurusan adalah yang terbabit dalam pengurusan syarikat.
Pengurus mempunyai tugas menyelaraskan dan mengawal kerja yang dilakukan oleh
orang bawahan untuk mencapai maklumat tertentu. Matlamat itu tidak akan tercapai
sekiranya dilakukan oleh pengurus secara bersendirian. Pihak pengurusan terdiri
daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif. Pihak
pengurusan menentukan hala tuju perniagaan, operasi perniagaan, perancangan
perniagaan dan keuntungan perniagaan.
 Pekerja : Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti
syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran. Pekerja terdiri dari golongan mahir,
separuh mahir dan tidak mahir. Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan
mencapai matlamat yang ditetapkan. Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan
kegagalan syarikat serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan. Pekerja yang
berkemahiran, berpengetahuan dapat menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.
 Pembekal : Pembekal merupakan pihak yang menawarkan segala keperluan kepada
sesebuah perniagaan misalnya bahan mentah, pekerja dan pengangkutan. Perniagaan
harus menjalinkan perhubungan yang baik dengan pembekal supaya bekalan dapat
dihantar kepada peniaga apabila diperlukan pada harga berpatutan. Ini juga untuk
menjamin operasi syarikat tidak terganggu dan operasi perniagaan dapat berjalan
dengan lancar. Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej perniagaan
akan meningkat dengan produk berkualiti di pasaran.

Persekitaran Umum.

 Teknologi : Merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan sesuatu kerja.


Perkembangan teknologi memberi kesan di mana perniagaan yang menggunakan
teknologi terbaru dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran
dan mengurangkan kos perniagaan. Sesebuah perniagaan mestilah peka dengan
perkembangan teknologi semasa bagi menjamin kemandirian perniagaan yang
dijalankan.
 Sosiobudaya : Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh
sesuatu kelompok masyarakat. Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya
yang berbeza dari segi agam, adat resam dan cara hidup. Corak sosiobudaya sesebuah
masyarakat memaksa perniagaan menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut
kehendak masyarakat tersebut.
 Global : Persekitaran dunia yang merangkumi politik, undang-undang dan ekonomi
dunia yang mempengaruhi sesebuah perniagaan. Perniagaan perlu bersaing di
peringkat antarabangsa. Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa
mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara. Dasar buka pintu yang
diamalkan oleh sesebuah negara membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di
negara asing.

2.1.5 Sumbangan Persekitaran Perniagaan dalam Membantu Perkembangan


Sesebuah Perniagaan

i) Pembiaya
Pihak yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan dan membiayai modal sesebuah
perniagaan bagi membolehkan usahawan menjalankan aktiviti perniagaan. Pembiaya akan
memastikan syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang baik dan
berpotensi mendapat untung. Contoh pembiaya ialah bank, syarikat kewangan dan
sebagainya. Pembiaya mendapat keuntungan dengan mengenakan kadar faedah tertentu
kepada peniaga iaitu peminjam. Bantuan kewangan yang diberikan oleh pembiaya akan
membantu perniagaan terus bertahan dalam pasaran dan mengembangkan peniagaan ke thap
yang lebih baik.

ii) Masyarakat
Masyarakat merujuk kepada jaringan perhubungan antara individu di dalam komuniti
melibatkan sesebuah negara tang menggambarkan kerakyatan, hak dan etika yang diamalkan
penduduk sesebuah negara. Perniagaan akan berhadapan masyarakat yang secara langsung
mempengaruhi aktiviti perniagaan kerana mereka akan menjadi pengguna dan penyokong
serta penentu pembentukan imej perniagaan.

iii) Sosiobudaya
Sosiobudaya merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adat resam dan cita rasa penduduk
sesebuah negara. Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat memaksa perniagaan
menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak masyarakat setempat.
Perniagaan yang berupaya memahami sosiobudaya sesebuah pasaran dengan baik akan
berpeluang menguasai pasaran tersebut.

iv) Politik dan Undang-Undang


Politik merujuk kepada keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi fahaman parti politik
memerintah. Kestabilan politik dapat menjamin kelancaran dan pertumbuhan aktiviti
perniagaan. Persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi iklim perniagaan apabila
pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui kuasa politik dan undang-undang yang
dibuat. Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk kepentingan semua unutuk
memastikan wujud persaingan yang sihat dalam kalangan perniagaan, melindungi pengguna
dan dapat mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan penyelewengan. Perniagaan yan
dijalankan mengikut perundangan yang sah akan membolehkan perniagaan tersebut terus
maju dan diyakini oleh pelanggan.

2.1.6 Tiga Ciri Persamaan Kedai Runcit Jacky dan Perniagaan Batik Ahmad dan
Rakan-rakan

You might also like