You are on page 1of 8

BAHAGIAN A

[50 MARKAH]
Jawab mana-mana lima soalan sahaja.
1. (a) Terangkan tiga kaedah prniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung
(OBBU) [6 markah]

(b) Nyatakan kepentingan visi kepada sesebuah perniagaan. [4 markah]

2. (a) Terangkan tiga trend persekitaran perniagaan. [6 markah]


(b) Terangkan dua faktor utama yang mempengaruhi persekitaran perniagaan
[4 markah]

3. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Ehsan Sdn. Bhd

Syarikat Ehsan Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang


mengeluarkan roti Best. Syarikat tersebut mempunyai sebuah kilang
roti Best di Segamat, Johor. Syarikat Ehsan Sdn. Bhd. mempunyai
pekerja sepenuh masa seramai 80 orang. Jumlah jualan tahunan RM15
juta. Produk yang dihasilkan akan dipasarkan di seluruh Malaysia.

Jelaskan saiz, skala dan bentuk pemilikan perniagaan Syarikat Ehsan Sdn.
Bhd.
[6 markah]
(b) Pernyataan berikut berkaitan syarikat kain terkenal, Jakel Trading.
Jakel Trading telah memberi bonus kepada pekerja yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk tahun 2017.

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan peranan pengurusan sumber


manusia yang dimainkan oleh Jakel Trading dalam pembangunan perniagaan
yang mampan. [4 markah]
4. (a) Maklumat berikut menunjukkan dua bahagian fungsian di sebuah kilang
membuat kasut.
 Pemasaran
 Pengeluaran

Jelaskan peranan kedua-dua bahagian fungsian dalam memperkembangkan


pengeluaran kasut. [6 markah]
(b) Nyatakan kepentingan pengurusan sumber manusia di dalam sesebuah
organisasi. [4 markah]

5. (a) Rajah berikut berkaitan dengan jenis sumber teknologi.

Sumber
Teknologi

X Y Kemahiran dan pengalaman

Nyatakan dan terangkan tujuan mengurus sumber teknologi bertanda X dan


Y?
[6 markah]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran

Puan Maimunah bercadang untuk memulakan perniagaan salun kecantikan.


Beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM35 000 dengan kadar segera.
Beliau berhasrat menjelaskan pinjaman dalam tempoh tujuh bulan. Puan
Maimunah menjadikan barang-barang yang berikut sebagai cagaran yang
dianggarkan bernilai lebih daripada RM90 000.

Jelaskan satu sumber pembiayaan luaran yang paling sesuai digunakan oleh
Puan Maimunah. [4 markah]

6. (a) Nyatakan faedah kepada objektif perniagaan hasil daripada kerjaya di dalam
bidang perniagaan. [6 markah]

(b) Mona Enterprise merupakan syarikat menjual peralatan elektrik yang


beroperasi di Segamat, Johor. Ringkasan penyata kewangan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2017 adalah seperti berikut:

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017


RM
Jualan 25 800
Tolak: Kos jualan 18 800
R 7 000
Campur: Hasil 5 000
12 000
Tolak: Belanja 4 300
S 7 700
=====

Jelaskan tentang R dan S. [4 markah]


BAHAGIAN B
[30 markah]
Jawab mana-mana dua soalan sahaja.
7. Dialog berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan

Mastura : Saya mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam membuat


roti dan kek. Saya ingin membuka kedai roti dan kek tetapi
modal saya tidak mencukupi.

Adibah : Saya mepunyai modal sebanyak RM200,000 dan saya berminat


untuk menceburi perniagaan ini.

Mastura : Kalau begitu, baik kita berkongsi buka kedai roti dan kek.

(a)(i) Pada pendapat anda, apakah pemilikan perniagaan yang sesuai dibentuk oleh
Mastura dan Adibah jika mereka bersetuju membuka perniagaan bersama?
Jelaskan. [5 markah]
(ii) Jelaskan proses pendaftaran penubuhan perniagaan 7(a)(i). [6 markah]

(b) Mengapakah sesebuah organisasi perniagaan menetapkan misi perniagaan?


[4 markah]

8. (a) Berikut ialah perubahan yang berlaku kepada Syarikat Tinta Abadi
Sdn. Bhd.
yang menjalankan perniagaan menerbitkan pelbagai bahan bacaan
kepada
masyarakat.

2012-2015 2016-2018
Jelaskan faktor-faktor dalaman yang membawa kepada perubahan
persekitaran
perniagaan tersebut. [5
markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan seorang kakitangan di Bank


Perdana Bhd.

Puan Syasyamina adalah graduan Sarjana Muda Perniagaan dan Pemasaran dari
Universiti Putra Malaysia yang telah bekerja di Bank Perdana cawangan Bahau selama
lima tahun sebagai penolong pengurus. Pendapatan Bank Perdana cawangannya sejak
tiga tahun kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan hasil promosi yang dibuat
oleh Puan Syasyamina secara intensif. Ini terbukti dengan peningkatan jumlah
pelanggan yang datang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank. Ketika
baru berpindah di Bank Perdana, Puan Syasyamina banyak menghabiskan masanya
untuk mengkaji satu persatu produk yang ditawarkan oleh Bank Perdana. Puan
Syasyamina sebelum ini pernah bekerja dengan jawatan yang sama di Bank Berjaya Bhd
selama lima belas tahun.

Terangkan hubungkait antara keperluan kemahiran kebolehkerjaan


yang
dimiliki oleh Puan Syasyamina dengan kejayaan Bank Perdana Bhd.
[4
markah]

(c) Encik Amir telah berjaya mendaftarkan perniagaannya untuk membuka


Kedai Makanan Laut di Pasir Panjang, Port Dickson.
Apakah tanggungjawab yang perlu Encik Amir patuhi setelah
mendaftarkan perniagaannya ?
[6 markah]

9. (a) Jelaskan tugasan setiap bahagian fungsian yang berikut:

i. Fungsian pengeluaran
ii. Fungsian pemasaran [4 markah]

(b) Berikut adalah rancangan pengeluaran produk bagi Puan Aini, seorang
usahawan produk kecantikan.
Puan Aini ingin mengeluaran produk yang berasaskan herba untuk
kecantikan dan kegunaan harian. Produk yang dihasilkan akan
dipasarkan di sekitar Segamat, Johor. Puan Aini juga bercadang
memasarkan produknya secara atas talian.
Huraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang perlukan dilaksanakan
dalam operasi perniagaan Puan Aini. [5 markah]

(c) Kerajaan telah menyediakan pelbagai skim dan dana kewangan bagi
membantu usahawan . Kemudahan ini ditawarkan dalam bentuk bantuan
modal, jaminan kredit serta geran penyelidikan dan pembangunan.

Jelaskan kekuatan dan kelemahan dalam mendapatkan sumber


pembiayaan daripada agensi kerajaan. [6 markah]

BAHAGIAN C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
10. Baca dengan teliti kes di bawah.

Minat yang tinggi kepada bidang perniagaan sejak zaman sekolah menghasilkan laba
besar kepada seorang graduan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang kini
sudah menjadi usahawan berjaya walaupun baru berusia 21 tahun. Lepasan KKTM
Pasir Mas, Muhammad Zakuan Mohd Zin yang juga pemilik Syarikat Kijang Arena
Sdn. Bhd. mempunyai kedai jersi sukan sendiri di Pasir Mas dan mampu menggaji 12
pekerja sejak 2 tahun lalu.

“Semasa zaman sekolah di Sekolah Menengah Agama Binjai Manis, Pohon Buluh,
Pasir Mas saya berniaga macam-macam”.

“Saya tolong orang jual telefon, motosikal dan pelbagai lagi kerana minat sangat
berniaga”.
“Kemudian apabila melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan
Mekanikal Rekabentuk di KKTM Pasir Mas saya fokus dahulu belajar sebelum mula
berniaga secara serius semasa semester keempat”.

Muhammad Zakuan menerima Anugerah Usahawan Institut Pendidikan Mara


dan geran RM15 000 yang telah disampaikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Muhammad Zakuan, semasa di kolej dia berniaga secara atas talian untuk
mengambil tempahan pelanggan membuat jersi sukan dengan mencipta nama ‘Style
Sport Jersey’ ketika itu dan dalam tempoh enam bulan mampu mendapat jualan
sehingga RM150 000 dengan purata tempahan 500 helai jersi sebulan. Kini
syarikatnya yang mengeluarkan produk di bawah nama ‘Kijang Jersey’ mampu
menghasilkan sehingga 2,500 helai jersi setiap bulan.

“Saya bermula dengan modal '0' dan tidak pernah mendapat pembiayaan atau
pinjaman mana-mana pihak sehingga ke hari ini”.

“Perkara paling penting untuk usahawan adalah ilmu, saya nasihatkan golongan muda
supaya lengkapkan diri dengan ilmu pemasaran, jualan dan simpan kira serta jangan
mudah terpedaya dengan pujian atau janji orang kepada kita”.

Untuk memastikan pengurusan penerimaan dan pembayaran perniagaan dibuat


dengan tepat dan betul. Beliau juga bertanggungjawab menganalisis setiap perkara
yang berlaku berkaitan dengan Penyata Kewangan perniagaan seperti berikut:

Butiran Tahun 2016 (RM) Tahun 2017 (RM)


Untung Kasar 155,000 186,000
Jualan Bersih 188,000 210,000
Untung Bersih 130,000 150,000

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

(a)(i) Terangkan dua ciri-ciri keperibadian yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan
seperti Muhammad Zakuan [4 markah
]

(ii) Huraikan faktor penyumbang untuk memulakan perniagaa yang terdapat dalam diri
Muhammad Zakuan [3 markah
]

(b) Terangkan kepentingan Syarikat Kijang Arena Sdn. Bhd memastikan hubungan
interaksinya dengan para pembekal untuk menghasilkan produk ‘Kijang Jersey’.
[4 markah ]

(c)(i) Hitungkan margin untung bersih bagi tahun 2016 dan tahun 2017. [4 markah ]

(ii) Jelaskan persediaan untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan jualan bagi produk dan
perkhidmatan perniagaan Muhammad Zakuan. [5 markah
]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like