You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

BILANGAN 2 TAHUN 2020

Tarikh : 29 JUN 2020


Hari : ISNIN
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : BILIK GURU

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. EN. MOHD RIZDUAN BIN AHMAD PENGERUSI / KETUA PANITIA


2. EN. SAHAFARIZAL BIN SALIM SETIAUSAHA PANITIA
3. EN. AMIR DHIYAUDDIN BIN ZULKEPLI AJK
4. EN. MUHAMMAD FAQIH BIN KAMARUDIN AJK
5. EN. AKHIMULLAH BIN ABD HAMID AJK
6. EN. HAFIZULLAH BIN ABD HALIM AJK
7. PN. NUR ADILAH BT JAAFAR AJK
8. PN. NURUL A’IN WAHIDA BT ABU BAKAR AJK
9. SITI NORAKMAL BINTI ISHAK AJK
10. NORYANA BINTI ABDUL RAZAK AJK
11. RAFIDAH BINTI IBRAHIM AJK
12. NOORLINDA BINTI ZAINAL AJK
13. CIK THAEVAKUMARI A/P ANNDY AJK
14. PN. NUR IZZATI BT MD ZAIN AJK
15. EN. HAIRUL AMIN BIN HASSAN AJK

Tidak Hadir (Bersebab)

1. Tiada

Urus Setia Mesyuarat :

1. En. Sahafarizal Bin Salim Setiausaha Panitia PJPK

Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
3.0 Perkara-perkara berbangkit
4.0 Semakan RPT (PKP)
5.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6.0 Kaedah Pembelajaran murid Pasca PKP dan Lembaran Kerja
7.0 Pematuhan SOP
8.0 Hal-hal lain
9.0 Ucapan penangguhan

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli panitia
kerana dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat
dalam pengisian data SEGAK bagi murid tahun 4 hingga 6 pada tahun ini
kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
tugas seperti kehendak pentadbir.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan : En. Muhammad Faqih Bin Kamarudin


2.2 Sokongan : En. Amir Dhiyauddin Bin Zulkepli
(Tiada sebarang pindaan)

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Tiada
Tindakan : Makluman

4.0 SEMAKAN RPT (PKP)

4.1 En. Mohd Rizduan Bin Ahmad selaku ketua panitia menggariskan
beberapa langkah untuk meneruskan kembali pengajaran dan
pembelajaran yang tergendala disebabkan PKP.
4.2 Hasil daripada pemerhatian, rancangan pembelajaran tahunan masih lagi
mengikut silibus yang sedia ada sementara menunggu arahan seterusnya
daripada pihak PPD/JPN dan KPM.
4.3 Guru boleh mempelbagaikan kaedah pembelajaran maya kerana murid
lain masih mengikuti pembelajaran di rumah. Jadi Ketua Panitia
menegaskan bahawa silibus haruslah disusun dengan teratur agar input
yang diberikan kepada murid adalah maksimum..
4.5 Pengerusi juga memaklumkan agar semua guru PJ & PK bersedia dalam
merancang pdpc yang bersesuaian dengan murid agar ilmu pengetahuan
& kemahiran dapat disampaikan sama ada secara teori atau kaedah yang
boleh dilaksanankan berpandukan sop semasa apabila sekolah dibuka
kelak.
Tindakan : Semua guru

5.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


dijalankan seperti biasa untuk semua tahun 1 hingga tahun 6.
5.2 Guru-guru diharapkan dapat membuat rekod PBD seperti biasa pada
tapak perekodan yang telah diselaraskan.
5.3 Semua guru dinasihatkan untuk melaksanakan pentaksiran secara telus
dan tersusun.
5.4 Pentaksiran boleh dijalankan dengan menggunakan buku latihan atau
buku aktiviti serta lembaran kerja mengikut kesesuaian murid dan kelas
yang diajar.
5.5 Pengerusi mencadangkan agar bahan-bahan pembelajaran atau
pentaksiran PJ & PK yang didapati daripada perkongsian guru-guru lain
melalui laman sosial ‘facebook’, ‘whatsapp’, ‘telegram’ bolehlah disimpan
dan dikongsikan sesama ahli panitia untuk digunakan pada masa yang
sesuai.

Tindakan : Semua guru

6.0 KAEDAH PEMBELAJARAN MURID PASCA PKP DAN LEMBARAN KERJA

6.1 Pengerusi memberitahu bahawa guru-guru boleh mula atau meneruskan


membuat pengajaran di alam maya dengan menggunakan semua
platform yang tersedia seperti google classroom, google meet, whatsapp,
telegram dan youtube channel.
6.2 Selain itu juga, guru boleh memberi latihan berkala dengan penggunaan
lembaran kerja atau buku modul mengikut kesesuaian. Lembaran kerja
atau apa-apa bahan latihan boleh juga untuk diletakkan di pondok
pengawal bagi memudahkan ibu bapa murid untuk mengambilnya dan
murid akan menyiapkan latihan tersebut di rumah masing-masing
bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan.
6.3 Pengerusi mengharapkan agar semua guru sentiasa bersedia untuk
memberikan komitmen yang tinggi bagi meningkatkan lagi pembelajaran
murid sekiranya mendapat arahan atau makluman terbaharu daripada
pihak KPM, JPN, PPD & pentadbiran sekolah berkaitan pendidikan
di sekolah rendah.
6.4 Pengerusi juga meggalakkan guru-guru PJ & PK untuk mencari atau
membina bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan subjek
PJ & PK seperti video pdpc atau kuiz.
6.5 Pengerusi memberitahu bahawa bahan-bahan pembelajaran untuk subjek
PJ & PK sememangnya lebih terhad berbanding subjek-subjek yang lain.
Walaubagaimanapun, kita sebagai guru PJ & PK boleh berusaha setakat
yang termampu untuk memastikan pengajaran kita dapat disampaikan
kepada murid.

Tindakan : Semua guru

7.0 PEMATUHAN SOP

7.1 Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru dalam panitia memberikan


komitmen yang berterusan untuk terus mematuhi SOP yang telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan. Guru juga perlu bersedia dengan SOP
apabila sekolah dibuka kelak
7.2 Susun atur peralatan di stor sukan serta laluan masuk dan keluar dari
stor sukan perlulah mengikut SOP semasa. Tatacara penggunaan
peralatan sukan dan pelaksanaan pdpc Pendidikan Jasmani & Pendidikan
Kesihatan juga perlu berpandukan SOP semasa.

Tindakan : Semua guru

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Pengerusi mencadangkan serta mengingatkan semua guru agar apa-apa


sahaja bahan pembelajaran seperti latihan atau video pembelajaran agar
dapat dikongsikan di dalam ‘group telegram panitia’.
8.2 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru PJ boleh menggunakan
peralatan-peralatan yang terdapat di stor sukan untuk kegunaan
pengajaran & pembelajaran masing-masing. Sebagai langkah
keselamatan, keadaan peralatan perlu dipastikan selamat untuk
digunakan terlebih dahulu.
8.3 Guru-guru diingatkan untuk mencatat rekod penggunaan peralatan sukan
pada buku yang disediakan.
8.4 Pengerusi memaklumkan bahawa status terkini pelaksanaan ujian
‘SEGAK’ adalah ‘ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan’
berdasarkan surat KPM600-3/2/1( ) bertarikh 16 April 2020.
Walaubagaimanapun, guru-guru PJ Tahap 2 di sekolah ini akur akan
kehendak pentadbir yang meminta pengisian data ‘SEGAK’ diisi dengan
meletakkan ‘TL’ iaitu ‘Tidak Melaksanakan AKtiviti’ berikutan ujian
‘SEGAK’ yang tidak sempat dilaksanakan sebelum PKP.

Tindakan : Semua guru

9.0 PENUTUP
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
9.2 Tarikh mesyuarat akan datang adalah mengikut keperluan dan merujuk
kepada takwim.
9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi dengan tasbih kafarah dan
surah Al’Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh

……………….............................. …………………….............................
(SAHAFARIZAL BIN SALIM) (MOHD RIZDUAN BIN AHMAD)
Setiausaha Panitia PJPK Ketua Panitia PJPK
SK Seri Pangkor SK Seri Pangkor

Disahkan oleh,

...........................................................
(MEGAT NOR SHAHFIEE B MEGAT HUSSIN)
Guru Besar SK Seri Pangkor

You might also like