You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24

JALAN PETOLA 24/8, SEKSYEN 24, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI

BILANGAN 1 TAHUN 2020

Tarikh : 11 Februari 2020

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Bengkel RBT

Kehadiran bilangan : 5 orang

Bil Nama Jawatan

1. Pn Salasiah binti Tomin Guru Penolong Kanan Pentadbiran


2. Ku Nur Hashmah binti Mat Diran Ketua Panitia
3. Mohd Helmi bin Saparwan AJK
4. Mohd Nazri bin Mat Zan AJK
5. Norfarahin binti Abd Rahman Setiausaha

Nama yang tidak hadir:

1. Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru
yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau memaklumkan bahawa pemantauan
daripada PPD sedang dijalankan pada waktu terdekat ini.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Cadangan : Mohd Nazri bin Mat Zan
Sokongan : Mohd Helmi bin Saparwan
Tindakan: Makluman
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. AGENDA PROFESIONAL

4.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Rancangan


Pengajaran Tahunan (RPT)
Huraian sukatan DSKP hendaklah dicetak oleh setiap panitia matapelajaran. Ketua
panitia akan menyediakan cetakan DSKP. Begitu juga dengan RPT, hendaklah
disediakan oleh panitia matapelajaran bagi setiap aliran tahun. RPT diselaraskan
minggu pdpc adalah sebanyak 40 minggu. Berikut adalah guru yang ditugaskan
menyediakan RPT:

TAHUN NAMA GURU


Tahun 4 Ku Nur Hashmah binti Mat Diran
Tahun 5 Mohd Helmi bin Saparwan
Tahun 6 Mohd Nazri bin Mat Zan

Tindakan: Guru yang terlibat

4.2 Bahan Projek RBT


Ketua panitia meminta guru bagi setiap aliran mencadangkan bahan yang
diperlukan untuk menjalankan projek selaras dengan sukatan matapelajaran. Guru-
guru telah membuat kata putus untuk memilih bahan projek yang bersesuaian.
Ketua panitia akan menyenaraikan bahan projek yang perlu ditempah pada nota
minta. Berikut adalah projek yang diperlukan pada tahun ini:

TAHUN BAHAN PROJEK

Tahun 4 1. 3D pen, filamen


2. Rumah batang aiskrim
Tahun 5 1. Tabung penggera
2. Tanaman
Tahun 6 1. Palang keselamatan

Tindakan: Ketua panitia

4.3 RPH
Ketua Panitia mengingatkan agar guru-guru menyiapkan RPH awal iaitu sebelum
pdpc dijalankan. Hal ini supaya guru lebih bersedia dengan bahan bantu mengajar
(BBM) dan pdpc berjalan dengan lebih berkesan.

Tindakan: Semua guru


5. HAL- HAL LAIN
5.1 Guru-guru diingatkan oleh ketua panitia agar meminta murid membuka tingkap
sebelum menggunakan bengkel supaya dapat mewujudkan persekitaran kondusif.

5.2 Guru-guru juga perlu memastikan kebersihan bengkel dijaga serta mengunci
bengkel setelah digunakan.

Tindakan: Makluman

.
6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh

Setiausaha
Panitia RBT
SK Seksyen 24.
Tarikh : 17 Februari 2020

You might also like