You are on page 1of 4

Yang Berbahagia, Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi

Pengarah Ipg Kampus Ipoh

( Kalau Ada)

Yang Berusaha, Dr Yahya bin Osman,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh

Yang diraihkan, En Mah Chee Wai

Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Kamal Bin Mat Yusof

Ketua Jabatan Sains Sosial

En.Roslan Shaari

Ketua Jabatan Sains

En Zulkifli Bin Mahayuddin

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-ketua Unit,

Para pensyarah IPG Kampus Ipoh,

Para staff sokongan,

Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh sesi 2018/2019,

Serta siswa guru yang dihormati sekalian.

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita semua
dapat berkumpul di Dewan Sri Tanjung pada pagi yang penuh bersemangat ini bagi
menyempurnakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Majlis Penyampaian
Hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan
kemerdekaan peringkat IPG Kampus Ipoh tahun 2018.
Warga dewan yang mulia,

Tenung benang menjadi sari

Di atas papan batang jerami

Kepada tuan sembah diberi

Mohon rasmikan majlis kami

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Dr Yahya bin Osman , Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup bagi Sambutan Bulan
Kebangsaan IPG Kampus Ipoh 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Dr Yahya Bin Osman, Timbalan pengarah IPG KAMPUS IPOH diiringi
oleh Tuan Haji Mohd Kamal Bin Mat Yusof , Ketua Jabatan Sains Sosial untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi pertandingan nyanyian lagu patriotik, tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 10 cent
yang diketuai oleh saudara Ganesh. Tempat kedua dimenangi oleh Wong Zi Qi dari unit U4.
Johan bagi pertandingan nyanyian lagu patriotik ialah Kumpulan T9 yang diketuai oleh Lau
Min Foon.

Bagi pertandingan kuiz pula, tempat ketiga dimenangi oleh Saudari Afiqah Najiha dari unit
T11. Tempat kedua dimenangi oleh saudari Nur Zafirah Binti Zainal dari unit R2. Johan bagi
pertandingan kuiz ialah Saudari Khalifah Mastura Binti Azmie dari unit T7.

Seterusnya, Bagi pertandingan fotografi, tempat ketiga dimenangi oleh Saudari Nurul Ain
Khoo Teo Mui dari unit R1. Tempat kedua pula dimenangi oleh saudari Siti Nabila Binti
Mohd Azlan dari unit U1. Johan bagi pertandingan fotografi ialah Saudara Muhamad Azri Bin
Mahali dari unit Q5.

Bagi pertandingan video Kreatif pula, tempat ketiga dimenangi oleh saudara Ahmad Adib
Aidil Bin Azizi. Tempat kedua pula dimenangi oleh Saudara Amirul Aqmar Bin Mohd Fozi
dari unit Q5. Johan bagi pertandingan ini ialah Kumpulan R4.
Bagi pertandingan poster, tempat ketiga dimenangi oleh Chin Wei dari unit S3. Tempat
kedua dimenangi oleh Muhd Azri Bin Mahali dari unit Q5. Johan bagi pertandingan poster
ialah Seah Yu dari unit S3.

Seterusnya, bagi pertandingan selfie kemerdekaan, tempat kedua dimenangi oleh Muhd
Azri dari unit Q5. Tempat pertama dimenangi oleh Muhd Ismail Bin Gunong dari unit R2.

Tahniah kepada semua pemenang.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada timbalan pengarah di atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Warga dewan sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan tayangan video kreatif yang
telah disediakan oleh pemenang-pemenang dalam pertandingan video kreatif kemerdekaan.
Marilah sama sama kita saksikan.

Hadirin sekalian,

Kita akhiri majlis ini dengan nyanyian lagu-lagu patriotic , lagu IPGM dan Kami Guru
Malaysia. Hadirin diminta berdiri.

SONGKET BIRU TAMPAK BERSERI,

TENUNAN INDAH BUAT ARJUNA,

TERSILAP BICARA HARAP DIMAAFI,

KETEMU LAGI DI LAIN ACARA.

DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU SEBENTAR TADI, MAKA BERAKHIRLAH


SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. DI KESEMPATAN INI, PIHAK MAJLIS INGIN
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR DAN
TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN IPG KAMPUS IPOH 2018. SAYA
________________________________________________, MEWAKILI SELURUH
JAWATANKUASA MAJLIS INI MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN
MAAF ANDAI ADA KEKURANGAN SEMASA KAMI MENGENDALIKAN MAJLIS.

MENGUMUMKAN PERGERAKAN KELUAR YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI


KAMARUL IZHAM BIN HAZIZI, PENGARAH IPG KAMPUS IPOH DIIRINGI

DIF-DIF KEHORMAT

MENINGGALKAN DEWAN.

You might also like